Tuesday 20 March 2012

TOKOH MATEMATIK 1


PROFESSOR DR. SHAHRIR MOHAMMAD ZAIN


TOKOH MATEMATIK MALAYSIA

Bolehkah anda menamakan beberapa tokoh matematik negara?  
Tokoh matematik negara yang disegani ramai ialah Professor Dr. Shaharir Mohammad Zain.

  • Beliau merupakan anak Melayu pertama mendapat ijazah Ph.D. dalam bidang matematik fizik atau secara khususnya dalam bidang fizik kuantum.
  • Beliau merupakan antara perintis bidang penyelidikan matematik di Malaysia, dan ahli matematik pertama dari Malaysia menerima Fulbright Scholarship.
  • Beliau juga merupakan ahli matematik pertama yang mendapat pengiktirafan sebagai fellow Akademi Sains Malaysia. Hampir semua ahli matematik di Malaysia mendapat manfaat langsung atau tidak langsung dari usaha awal Prof. Shaharir menanam benih penyelidikan Matematik di Malaysia tahun 70an dahulu dan boleh dikatakan merupakan penyelidik melayu professional yang pertama.
  • Beliau terlibat secara aktif dengan Akademi Sains Islam Malaysia(ASASI) dan Persatuan Sains Matematik Malaysia (PERSAMA)  kedua-duanya sebagai Presiden.

Sumbangan  Professor Dr. Shaharir Mohammad Zain di dalam cabang ilmu matematik adalah seperti :

  • membina teori baru dalam kefahaman mekanik kuantum menerusi kamiran fungsian.
  • membina formulasi teori pengoptimuman multi-matlamat yang lebih serasi dengan Islam,
  • membina Lagrangean baru bagi soliton yang memenuhi persamaan KdV,
  • menemui sistem nombor, angka serta sistem sukatan Melayu, mengukuhkan gagasan teori danformula yang spesifik dalam pempribumian dan pengIslaman ilmu terutamanya dalam sains matematik
  • membina model peruntukan sumber universiti 

3 comments: