Saturday 28 April 2012

PERIMETER 1

   

INFO : Wang

Nota Ringkas Tentang Wang (Money) :
 
  • RM = Ringgit Malaysia
  • RM 1 = 100 sen

  • Semasa menjalankan operasi tambah atau tolak, titik perpuluhan bagi nombor-nombor berkenaan mesti disejajarkan
  • Nombor sebelah kiri titik perpuluhan adalah nilai ringgit, manakala nombor sebelah kanan titik perpuluhan ialah nilai sen

Saturday 21 April 2012

DARAB 1


        JADUAL SIFIR DARAB
X
1
2
3
4
5
6
7
8
9

1
1
2
3
4
5
6
7
8
9

2
2
4
6
8
10
12
14
16
18

3
3
6
9
12
15
18
21
24
27

4
4
8
12
16
20
24
28
32
36

5
5
10
15
20
25
30
35
40
45

6
6
12
18
24
30
36
42
48
54

7
7
14
21
28
35
42
49
56
63

8
8
16
24
32
40
48
56
64
72

9
9
18
27
36
45
54
63
72
81

Thursday 19 April 2012

KIRA CEPAT 1

KIRA CEPAT
SUMBER: JABATAN PELAJARAN NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN.


Tuesday 17 April 2012

ABACUS


 SEJARAH ABACUS
  • Ø  Dipercayai berasal dari Asia Barat atau Asia Tengah
  • Ø  Sejenis alat mengira yang telah direka semenjak zaman sebelum masehi dinamakan abacus
  • Ø  Abacus berasal dari perkataan Greek ‘abax’ dan perkataan kuno semitic yang bererti ‘dust’
  • Ø  Orang China telah mereka semula, diubah suai menjadi seperti yang ada sekarang pada abad ke 12
  • Ø  Digunakan secara meluasdi negara-negara Asia dalam bidang perniagaan dan perdagangan
  • Ø  Pada waktu ini ia digunakan secara meluas di negara-negara Asia dalam bidang perniagaan dan perdagangan
  • Ø  Sekarang ia masih digunakan di sekolah-sekolah di negeri China, Jepun dan Korea. Di negara barat ia digunakan di elementri school dalam pendidikan matematik 

(SUMBER MAKLUMAT DARI KPM)

Monday 16 April 2012

MINGGU KARNIVAL BAHASA




Ucapan daripada Guru Besar : Tn. Hj Awang Bin Mat Saman


Ucapan daripada Guru Besar : Tn. Hj Awang Bin Mat Saman

Perasmian Minggu Karnival Bahasa 16-21 April 2012

Perasmian oleh : Tn Hj Awang Bin Mat Saman

Pengadil pertandingan bererita Tahun 1 dan Tahun 2
Pengadil 1 : En.Mohd Razi Bin Barik
Pengadil 2 : En. Mohd Zamree Bin Zainol

Salah seorang peserta pertandingan bercerita Tahun 1 

Salah seorang peserta pertandingan bercerita Tahun 2

Sunday 15 April 2012

PEMBUDAYAAN ICT DI SK SRI KELEDANG

PENGENALAN


ICT (Information Communication Tecnology) adalah sistem yang membolehkan pengumpulan, pengurusan, manipulasi, perolehan dan komunikai maklumat dalam pelbagai bentuk. ICT dalam pendidikan pula digunakan bagi menyokong proses teras dalam pengurusan dan pentadbiran pendidikan serta Pengajaran dan pembelajaran (P&P). Kementerian Pelajaran Malaysia juga telah menggariskan tiga dasar utama ICT dalam pendidikan iaitu :
1.      Literasi ICT untuk semua pelajar, iaitu pelajar memperoleh kemahiran menggunakan kemudahan ICT.
2.      Mengutamakan peranan dan fungsi ICT dalam pendidikan kurikulum dan alat P&P iaitu seperti penggunaan perisian kursus, internet dan aplikasi.
3.      Menekankan penggunaan ICT untuk meningkatkan produktiviti, kecekapan dan keberkesanan sistem pengurusan. Ini termasuklah sistem aplikasi pengurusan yang membawa kepada penambahbaikan proses kerja.
Oleh yang demikian, penggunaan ICT diperingkat sekolah adalah sangat  penting bagi melahirkan seorang individu yang bermaklumat. Pihak sekolah haruslah menjalankan tanggungjawab untuk memdedahkan pelajar disekolah tentang ilmu ICT. Sekolah-sekolah perlu mempunyai kelengkapan infrastruktur ICT dan diuruskan berasaskan inovasi ICT. Peralatan yang digunakan dalam pengajaran di sekolah terdiri daripada komputer, overhead projector ,note book, digital camera dan transperansi, slaid dan kemudahan peralatan muiltimedia lain. Peralatan-peralatan ini penting sekiranya kaedah pengajaran perlu dipelbagaikan. Semua peralatan ini, boleh dikategorikan kepada penggunaan teknologi tinggi dan penggunaan teknologi rendah. Era teknologi maklumat dan komunikasi, World Wide Web (WWW) telah menjadikan internet lebih mesra pengguna di mana ia dapat mengintegrasikan grafik, teks dan bunyi ke dalam satu halaman paparan.
Revolusi maklumat yang berlaku disebabkan kemajuan ICT memberi cabaran baharu kepada profesion keguruan, di samping kemajuan yang berlaku ini perlu dimanfaatkan untuk mempertingkatkan martabat profesion keguruan yang sedang mengharungi perubahan abab ke -21. Perkembangan pendidikan baru dalam pengetahuan ICT memerlukan anjakan peranan pendidikan dan profesion keguruan. Negara membangun memerlukan lebih ramai guru yang mempunyai pengkhususan bidang pengetahuan komunikasi maklumat (ICT). Latihan pendidikan guru juga memerlukan perubahan paradigma bagi melahirkan guru-guru yang berkelayakkan dan berkebolehan mendidik dan membangunkan masyarakat dan negara. Penggunaan komputer semakin  penting dalam menjana dan memperkembangkan idea  dan kreativiti para pendidik dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Negara membangun memerlukan lebih ramai guru yang mempunyai pengkhususan bidang pengetahuan komunikasi maklumat (ICT). Akan tetapi, terdapat pelbagai kekangan dan cabaran dalam penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru di Sekolah Menengah, ini termasuklah kekangan menghabiskan silibus, sikap negatif guru, kekurangan kemahiran, kekurangan prasarana dan bahan sokongan, jurang ICT dan digital, sumber kewangan yang tidak mencukupi.


PERANCANGAN BAGI MENINGKATKAN PENGGUNAAN ICT DI SEKOLAH


AKTIVITI
PENETAPAN MASA
OBJEKTIF/STRATEGI
SASARAN
TINDAKAN
Mesyuarat
Januari/
April/
Julai/
Oktober
-          Perancangan Tahunan
-          Pembahagian Tugas
AJK Makmal
Penyelaras ICT
Kemaskini Komputer Dan Inventori
Januari/
Febuari
-          Memastikan peralatan komputer berada di dalam keadaan baik dan sempurna.
-          Melaporkan kerosakan kepada pihak yang terbabit.
Ajk Makmal /Pembantu Makmal Computer
Penyelaras ICT/Guru Besar
Penyusunan Jadual Penggunaan Makmal Komputer
Febuari
-          Memastikan makmal komputer digunakan sepenuhnya oleh murid-murid dan guru.
Murid Sekolah
Guru Terlibat
Pelantikan Briged Siber
Mac
-          Membantu Guru-Guru Mengawal Perjalanan Makmal Komputer.
-          Menjaga Kebersihan Makmal.

Briged Siber
Penyelaras ICT
Kursus Asas Komputer:
1.      Pengenalan Komputer :
(PraSekolah)
2.      Microsoft Words (Tahun 1,2)
3.      Microsoft Power Point (Tahun3,4,5,6)
April
Mei
Jun
-          Membantu dalam melaksanakan tugas pengurusan makmal ICT
-          Member pendadahan kepada murid tentang perisian asas computer.
Pra Sekolah
Semua murid Tahun 1-6
Penyelaras ICT/ Penyelaras Pusat Akses
AJK ICT
Pembelajaran Berbantukan Komputer
Mei
-          Memberi pendedahan kepada murid tentang penggunaan internet dengan betul.
Murid Tahap 2
AJK ICT
Pameran ICT
Jun
-          Member pendedahan kepada masyarakat setempat tentang ICT
-          Menarik minat murid dan masyarakat setempat tentang ICT.
Semua Murid
 
Masyarakat setempat
AJK ICT
Bengkel Penggunaan Makmal Komputer
Jun - Julai
-          Memberi pendedahan kepada guru dan murid tentang pengendalian makmal komputer.
Guru Kelas
AJK/ Penyelaras ICT
Program ‘Zoom A’
Mei - Julai
-          Melalui jadual penggunaan makmal komputer. Guru boleh menunjukkan murid cara penggunaan Zoom-A dari memasukkan UserID dan Password sehinggalah menjawab soalan secara online.
Murid
Tahun 6
Guru Tahun 6







TN. HJ AWANG BIN MAT SAMAN (Guru Besar)
Hasil daripada temubual dengan Tuan Haji Awang Bin Mat Saman iaitu guru besar sekolah juga wakil pihak pengurusan sekolah, beberapa pandangan dan komen telah memberikan tentang kemudahan ICT di sekolah. Berikut merupakan beberapa komen dan pandangan beliau :
Beliau menyatakan kursus-kursus ICT yang dihadiri oleh guru amat sederhana jika dibandingkan dengan sebahagian besar guru-guru telah berpengalaman mengajar selama lebih 10 tahun. Penggunaan makmal komputer oleh guru-guru memang menggalakan iaitu boleh dikatakan hampir keseluruhan pernah menggunakan makmal komputer dan pusat akses di sekolah untuk tujuan penagajaran dan pembelajaran. Penggunaan makmal komputer yang tinggi ini mungkin disebabkan oleh guru-guru yang mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam bidang ICT dan bersikap positif  tentang penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran mereka.
            Penguasaan pengetahuan ICT merupakan prasyarat bagi seseorang guru untuk menguasai lebih banyak ilmu pengetahuan pada zaman globalisasi ini. Oleh itu beliau beliau beranggapan seseorang guru itu perlu mempunyai pengetahuan yang baik dalam bidang ICT bagi melaksanakan tugas-tugas peribadi atau pengurusan dan sebagai satu kelebihan untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Guru-guru di sekolah ini banyak pengetahuan dalam aspek penggunaan perisian pemprosesan perkataan (Microsoft Word) dan pencarian maklumat melalui internet kerana mereka kerap menggunakan komputer untuk menyiapkan tugasan mereka.
Manakala penggunaan internet untuk tujuan pencarian maklumat sangat menggalakkan disekolah, ini mungkin disebabkan oleh terdapatnya kemudahan pencapaian internet di sekolah. Ini menunjukkan guru mempunyai inisiatif sendiri dalam meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka berkaitan dengan ICT secara menggunakan internet yang ada di sekolah untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan komputer juga begitu meluas dalam bidang pengajian perguruan, terutama di institusi-institusi perguruan. Maka tidak hairanlah guru-guru keluaran daripada bidang perguruan mempunyai pengetahuan yang banyak berkaitan dengan komputer, kerana ianya digunakan semasa proses pembelajaran.
Penggunaan komputer dari sudut teknologi internet pula, guru-guru banyak menggunakan  kemudahan internet untuk mencari bahan-bahan pengajaran semasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selain dari menjimatkan masa kerana pencarian maklumat melalui internet hanya mengambil masa beberapa minit berbanding dengan pencarian secara manual di perpustakaan, penggunaan internet oleh guru dalam pengajarannya akan menarik minat pelajar dalam matapelajaran yang diajar kerana kepelbagaian corak pengajarannya, umpamanya pengajaran secara simulasi yang membolehkan pelajar melihat dan merasai seperti situasai yang sebenar.
Selain daripada itu guru-guru juga dapat menggunakan kemudahan ICT yang lain seperti OHP yang telah dipasang di kelas-kelas. Ini segaligus dapat memberi kelebihan kepada guru untuk menyampaikan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dengan lebih berkesan disamping dapat mempelbagaikan lagi kaedah pengajaran mereka. Walaubagaimanapun, kemudahan OHP di sekolah ini berada pada tahap yang kurang memuaskan disebabkan hanya beberapa kelas sahaja yang dapat menggunakan kemudahan ini (sedia ada di pasang di kelas). Oleh kerana faktor persekitaran sekolah dan faktor-faktor lain, beberapa OHP telah rosak dan perlu dibaiiki dan memerlukan kos baik pulih yang sangat tinggi. Oleh yang demikian murid terpaksa menggunakan bilik-bilik khas tertentu untuk mendapatkan kemudahan ICT ini. Walaubagaimanapun ianya tidak menjadi masalah kerana jumlah murid yang tidak terlalu ramai di sekolah membolehkan nisbah murid yang mendapat menfaat daripada kemudahan-kemudahan ini sangat tinggi.
Oleh itu kesimpulannya, kemudahan ICT di sekolah ini berada pada tahap yang memuaskan. Murid dan guru masih lagi dapat memenfaatkan kemudahan-kemudahan ICT yang ada di sekolah, seperti, kemudahan internet, kemudahan makmal konputer, pusat akses, mesin pencetak, scanner dan lain-lain.






SUMBANGAN KEMUDAHAN ICT


  Pusat Akses Sekolah

Pusat Akses Sekolah merupakan satu ruang pembelajaran yang disediakan bagi membolehkan murid membuat pembelajaran kendiri (self-learning) yang berkonsepkan 'cyber cafe'.  Murid boleh menggunakan kemudahan Pusat Akses Sekolah pada waktu terluang dan guru bertindak sebagai pemudah cara dengan membuat pemantauan dari semasa ke semasa. Murid boleh mencari dan memilih sumber pembelajaran secara kendiri mengikut kadar kendiri, terarah kendiri dan akses kendiri. Murid boleh menggunakan Pusat Akses Sekolah ini untuk Mencari maklumat daripada Internet untuk pembelajaran, mengakses sumber maklumat seperti buku-buku, bahan bercetak atau bahan digital yang berkaitan(e-learning), menyediakan tugasan dan slaid persembahan berkaitan dengan pembelajaran, berkomunikasi dengan guru dan murid lain melalui e-mel dan berkolaborasi dengan murid lain selepas waktu persekolahan.
Keutamaan menggunakan kemudahan Pusat Akses Sekolah diberikan kepada murid. Walaubagaimanapun warga sekolah lain termasuk pentadbir sekolah, guru, dan staf sokongan boleh menggunakan kemudahan Pusat Akses Sekolah untuk memperoleh maklimat dari Internet. Kemudahan Pusat Akses Sekolah juga dibuka kepada komuniti setempat dan PIBG. Ini adalah bertujuan untuk memberi kemudahan kepda masyarakat setempat untuk mendalami ilmu ict dan menggunakan kemudahan ict yang terdapat di sekolah.
Pusat Akses Sekolah beroperasi semasa dan selepas waktu persekolahan. Ia juga beroperasi pada hujung minggu dan cuti sekolah sekiranya ada pengawasan oleh pihak sekolah yang boleh menjamin keselamatan peralatan dan juga boleh memantau penggunaannya.



 


 Makmal ICT Sekolah

Penubuhan dan pembinaan makmal-makmal komputer di sekolah-sekolah adalah merupakan satu perkembangan yang baik yang harus dipuji ke arah memperlengkapkan prasarana ICT di sekolah-sekolah serta sebagai satu lagi penambahan gedung ilmu.
Makmal ICT di sekolah memberi banyak menfaat kepada semua guru dan murid. Banyak aktiviti yang dapat dijalankan di dalam makmal komputer. Antara aktiviti yang selalu di jalankan di makmal komputer selain daripada P&P harian adalah seperti LADAP guru. Bukan iruu sahaja, murid Tahun 6 khususnya sering menggunakan waktu terluang mereka dengan menjawab soalan zoom a online bagi meningkatkan prestasi mereka di dalam makmal komputer. Makmal komputer juga digunakan semasa aktiviti pameran ICT diadakan setiap tahun. 

 

 

P&P Di Kelas

Dengan ada nya LCD Projector iaitu salah satu kemudahan ICT yang ada disekolah, maka proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik dan menyeronokkan. Guru dapat menyediakan bahan P&P yang lebih menarik dan interaktif. Kemudahan yang disediakan ini secara tidak langsung dapat memberi input yang sangat berguna kepada murid.
Murid biasanya akan lebih teruja dengan cara pengajaran menggunakan kemudahan ICT. Murid akan lebih memberi perhatian dan berminat untuk belajar.


SUMBANGAN PIBG


Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) merupakan antara mekanisme penting dalam mewujudkan pendidikan yang berkualiti di sekolah. Menerusi PIBG, banyak program dan langkah boleh diatur dalam mengatasi pelbagai kekangan yang boleh mencacatkan iklim pengajaran dan pembelajaran di sesebuah sekolah. Selain itu, PIBG sebagai sebuah organisasi yang berwibawa boleh menubuhkan tabung pendidikan untuk semua murid di sesebuah sekolah. Tabung ini boleh diisi bukan sahaja menerusi sumbangan ahli persatuan bahkan juga oleh ahli korporat dan individu tertentu. Dana yang terkumpul ini boleh digunakan untuk kebajikan, kemudahan dan juga manfaat bagi sekolah dan para pelajar. Ini termasuklah sumbangan kepada melengkapkan kelengkapan dan kemudahan disekolah untuk menfaat bersama-sama. Bukan itu sahaja malah dana tersebut juga dapat diguna pakai untuk murid-murid miskin, yatim dan ditimpa kemalangan. Dengan dana yang ada, prasarana pendidikan di sekolah dapat ditambah dan ditingkatkan. Hasilnya, para pelajar dan warga sekolah amnya dapat memaksimunkan tenaga ke arah kecemerlangan dalam pendidikan dan sekali gus merealisasikan Standard Tinggi Kualiti Pendidikan (STKP) yang dicita-citakan.
Ucapan penghargaan dan ribuan terima kasih tidak terhingga kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah kerana telah bnyak membantu pihak sekolah dari segi pelbagai aspek. Salah satu sumbangan yang diberikan oleh PIBG kepada pihak sekolah adalah kemudahan/peralatan ICT. Antara sumbangan peralatan ICT yang pernah di berikan kepada pihak sekolah adalah seperti mesin dua buah mesin pencetak. Satu daripada mesin pencetak itu diletakkan di pejabat sekolah untuk tujuan kegunaan kerani sekolah bagi  melancarkan dan memudahkan sistem pengurusan pihak pentadbir sekolah. Manakala satu lagi mesin pencetak telah di sumbangkan untuk kegunaan guru-guru di bilik guru sekolah. Pihak sekolah sangt menghargai sumbangan yang telah diberikan itu. Selain daripada itu antara sumbangan peralatan ICT lain yang pernah diberikan oleh pihak pentadbir adalah sebuah komputer meja. Komputer meja ini digunakan di pusat sumber sekolah sebagai penyimpan data dan maklumat buku-buku yang ada di pusat sumber sekolah. Ini secara tidak langsung menjadikan sistem pengurusan pusat sumber lebih baik dan lebih efisien. Walaupun hanya sebiji komputer yang dapat disumbagkan oleh pihak PIBG namun ia dapat memberi banyak manfaat kepada sekolah, guru dan murid khasnya.
 Sesungguhnya PIBG dan sekolah ibarat ‘aur dengan tebing’ yang perlu saling membantu. Dengankerjasama erat kedua-dua pihak sahaja kualiti pendidikan di sekolah dapat ditingkatkan.

CADANGAN MEMBUDAYAAN ICT


Tidak dapat dinafikan guru-guru dizaman ini banyak pengetahun tentang ICT. Walau bagaimanapun guru-guru tiada pengetahuan dalam aspek yang berkaitan tentang fungsi dan penggunaan blog. Mungkin guru-guru kurang menggunakan kemudahan ini, kerana kurangnya pengetahuan dan pendedahan tentang itu. Kekurangan dalam aspek ini boleh mengakibatkan guru-guru kurang mahir membina laman blog atau web. Guru sepatutnya tahu membina laman blog sekolah atau sendiri, kerana melalui laman blog ini, murid-murid boleh mengakses segala nota-nota, soalan-soalan dan maklumat dalam laman blog tersebut. Terdapat juga perbincangan secara atas talian dalam laman blog, ini memudahkan guru untuk berbincang dengan murid berkaitan dengan pelajaran di luar waktu sekolah. Kekurangan ini perlu diatasi dengan pihak sekolah perlu mengadakan kursus-kursus dalaman (LADAP) serta guru-guru itu sendiri perlu mempertingkatkan pengetahuan mereka dengan menghadiri kelas atau kursus yang di anjurkan oleh badan tertentu seperti Kolej Komuniti, Pusat Kegiatan Guru dan sebagainya. Kementerian Pendidikan melalui Pejabat Pelajaran Daerah diharapkan dapat mempertimbangkan lagi penyediaan program-program latihan peningkatan ilmu dalam bidang teknologi maklumat kepada guru-guru. Guru-guru sendiri perlulah mengambil inisiatif dengan meningkatkan lagi pengetahuan serta memperkukukan kemahiran mereka selaras dengan perubahan paradigma dalam sistem pendidikan kini.
Walaubagaimana pun dengan adanya laman mukabuku iaitu facebook hari ini secara tidak langsung dapat memberi menfaat kepada semua pihak. Laman ini dapat dijadikan sebagai sumber ilmu dimana pelbagai info dan maklumat dapat di sampaikan dengan cara yang sangat mudah. Interaksi antara murid dan guru tidak terbatas di sekolah sahaja, malah dapat di teruskan selepas waktu P&P di sekolah. Diharap laman facebook ini akan menjadi satu tapak untuk mempertingkatkan lagi penggunaan ICT di kalangan warga pendidik.

Bukan itu sahaja malah cara pengajaran konvensional juga mukin sudah tidak lagi releven untuk digunakan pada masa sekarang. Guru-guru sepatutnya berani dan beralih kepada sistem pengajaran yang berbantukan komputer, berasaskan web dan mempunyai ciri-ciri interaktif. Pengajaran yang dijalankan dengan menggunakan kaedah ini pastinya akan lebih berkesan kepada murid di zaman ini. Ini kerana mereka lebih berminat dengan bahan bantu mengajar yang mempunyai sesuatu yang menarik. Dengan adanya segala kemudahan ICT yang ada di sekolah semua guru harus bertukar cara pengajaran yang konvensinal denga yang lebih moden iaitu pengajaran yang menggunakan bahan-bahan interaktif dan multimedia.

 

RUMUSAN



            Daripada perbincangan di atas, sudah tiba masanya para guru menggunakan kemudahan ICT yang ada di sekolah atau di rumah, untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Janganlah kita membiarkan sahaja teknologi tersebut digunakan untuk tujuan hiburan semata-mata. Pembelajaran melalui Laman web serta pengajaran yang berbantukan kemudahan ICT amat sesuai dengan paradigma konstrtuktif. Kita seharusnya sudah bersedia untuk merubah fokus daripada pengajaran berpusatkan guru kepada pembelajaran yang berpusatkan pelajar. Maka tidak syak lagi penggunaan ICT  adalah salah satu kaedah  pengajaran dan pembelajaran yang amat sesuai pada masa ini, berbanding dengan pendekatan konvensional yang lazim. Oleh sebab itu aktiviti membangunkan Laman blog melalui Internet sebagai satu bahan perantara atau alat untuk menyebarkan maklumat pendidikan secara global patut sudah dimulakan oleh para guru. Sebenarnya sekarang ini untuk membina Laman blog sangat mudah. Sekiranya kita tidak mampu menggunakan perisian yang hebat-hebat, setakat menggunakan aplikasi yang telah disediakan juga pun sudah memadai. Sekiranya kita tidak mampu juga membinanya sendiri, kita boleh menggunakan laman-laman blog atau laman-laman web yang khusus untuk pendidikan yang telah dibangunkan oleh orang lain secara percuma dari  seluruh dunia. Kita seharusnya telah bersedia untuk menyediakan masyarakat yang boleh bersaing di peringkat dunia pada masa hadapan.

  



LAMPIRAN