Monday 14 October 2013

selamat hari raya aidil-adha


      
maaf zahir dan batin

10 Zulhijjah 1434 h
15 hb. OKTOBER,2013 m
SELASA

Sunday 13 October 2013

pokok bidara





POKOK BIDARA

Pokok Bidara merupakan pokok yang malar hijau yang tumbuh di selatan Asia. Pokok Bidara atau Sidir dalam bahasa Arab banyak kegunaannya. Nama saintifiknya adalah Zizyphus mauritiana L. atau Zizyphus jujube merupakan sejenis pokok renek malar hijau atau pokok kecil berduri, dengan ketinggian sehingga 15 meter, dengan batang 40 cm atau lebih diameter; rimbunan daunnya merebak; duri stipular dan banyak dahan yang rendang.

Terdapat beratus variety pokok bidara di seluruh dunia. Ia satu pokok yg boleh hidup dan tahan lasak kepada iklim serta suhu melampau.  Ia boleh tumbuh di kawasan kering dan panas di Afrika Utara dan Arab, serta di kawasan lembab seperti iklim tropika dan khatulistiwa.  Malah negara beriklim sejuk sederhana (temperate) bersuhu 10-15C seperti di China Utara, USA dan banyak negara juga boleh ditanam.

 Pokok Bidara merupakan pokok bersaiz sederhana yang tumbuh dengan pantas dan mempunyai akar tunjang maju, penyesuaian diperlukan untuk keadaan kemarau.
Buahnya memiliki pelbagai bentuk dan saiz yang berbeza-beza. Ia mungkin berbentuk bujur, obovate, lonjong atau bulat, dan ada yang boleh mencecah sehingga 1-2.5 inci (2.5-6.25 cm) panjang, bergantung kepada jenis.

Daun pokok bidara selalu digunakan ketika memandikan jenazah bagi orang Islam. Selepas menghilangkan najis dari tubuh mayat, jenazah akan dimandikan tiga kali. Mandian pertama ialah dengan air yang dicampur daun bidara. Penggunaan daun bidara itu bukan merupakan kepercayaan tradisi sebaliknya sunah daripada Rasulullah sendiri.

Daunnya juga disunatkan untuk digunakan ketika mandi wajib bagi wanita yang baru suci daripada haid. Dari ‘Aisyah Radhiyallahu ‘Anha bahawa Asma’ binti Syakal Radhiyallahu ‘Anha bertanya kepada Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam tentang mandi haidh, maka beliau bersabda (maksudnya):
“Salah seorang di antara kalian (wanita) mengambil air dan sidrahnya (daun pohon bidara) kemudian dia bersuci dan membaguskan bersucinya, kemudian dia menuangkan air di atas kepalanya lalu menggosok-gosokkannya dengan kuat sehingga air sampai pada kulit kepalanya, kemudian dia menyiramkan air ke seluruh badannya, lalu mengambil sepotong kain atau kapas yang diberi minyak wangi kasturi, kemudian dia bersuci dengannya. Maka Asma’ berkata: “Bagaimana aku bersuci dengannya?” Beliau bersabda: “Maha Suci Allah” maka ‘Aisyah berkata kepada Asma’: “Engkau mengikuti (mengusap) bekas darah (dengan kain/kapas itu).” (Hadith Riwayat Muslim)

Daun bidara secara khusus digunakan dalam merawat penyakit-penyakit bersifat rohani seperti gangguan emosi, susah tidur, gangguan makhluk halus dan sihir. Kaedah ini sebenarnya bersumberkan amalan para ulama terdahulu yang menjadikan daun bidara sebagai bahan rawatan utama dalam mengatasi orang yang terkena sihir.

Antara dalilnya ialah sebagaimana yang dsebutkan oleh Abul Hasan Ali ibn Khalaf yang dikenali Ibn Battal al-Maliki yang mensyarahkan sahih Bukhari ketika menghuraikan hadith berkenaan sihir :

“(Hendaklah dia mengambil tujuh helai daun bidara yang segar hijau lalu menumbuknya di antara dua batu (iaitu menggunakan lesung) kemudian digaul dengan air lalu dibacakan ayatul kursi, tiga qul (ada yang mengatakan empat qul termasuk surah al-Kafirun) kemudian dihirup tiga kali dan hendaklah dia mandi dengan air tersebut. Sesungguhnya ia akan menghilangkan apa sahaja yang dihidapinya dengan izin Allah, ia baik bagi lelaki yang tertahan daripada mendatangi isterinya (tidak boleh berjimak disebabkan sihir)”

Madu sidir Yemen berasal daripada manisan bunga pokok bidara yang banyak ditanam di Yemen. Madunya paling pekat tapi tidak menghasilkan mendakan hablur gula. Inilah madu paling mahal di dunia dan bermutu tinggi. Madu ini boleh merawat pelbagai penyakit termasuk kencing manis, kanser, batuk, tonsil, keracunan makanan, jangkitan serta menguatkan badan serta imun.

Seluruh bahagian pokok bidara boleh digunakan dalam perubatan. Akar, batang, kulit pokok, buah daun dan bunganya mempunyai khasiat dan nilai perubatan yg tinggi. Ia telah digunakan secara tradisional beribu tahun oleh pelbagai masyarakat (Afrika, India, Arab, China, Melayu, dan  banyak negara di Asia) dan telah dibukti secara saintifik. Kajian banyak dilakukan oleh China, India dan negara Barat. Di Jepun dan Eropah ia digunakan dalam produk kecantikan dan ubat merawat kanser kulit.


"memori bersama adik tersayang Rosmawati Sadri tetap abadi”
19.10.1973 - 11.08.2013 al-fatihah

Sumber:
http://melayukini.net/2012/03/perubatan-islam-mandi-daun-bidara