POKOK BIDARA
Pokok Bidara merupakan pokok yang malar hijau yang
tumbuh di selatan Asia. Pokok
Bidara atau Sidir dalam bahasa Arab banyak kegunaannya. Nama saintifiknya
adalah Zizyphus mauritiana L. atau Zizyphus jujube merupakan sejenis pokok
renek malar hijau atau pokok kecil berduri, dengan ketinggian sehingga 15 meter, dengan batang 40 cm atau lebih diameter; rimbunan daunnya
merebak; duri stipular dan banyak dahan yang rendang.
Terdapat
beratus variety pokok bidara di seluruh dunia. Ia satu pokok yg boleh hidup dan
tahan lasak kepada iklim serta suhu melampau. Ia boleh tumbuh di kawasan
kering dan panas di Afrika Utara dan Arab, serta di kawasan lembab seperti
iklim tropika dan khatulistiwa. Malah negara beriklim sejuk sederhana
(temperate) bersuhu 10-15C seperti di China Utara, USA dan banyak negara juga
boleh ditanam.
Pokok
Bidara merupakan pokok bersaiz sederhana yang tumbuh dengan pantas
dan mempunyai akar tunjang maju, penyesuaian diperlukan untuk keadaan kemarau.
Buahnya
memiliki pelbagai bentuk dan saiz yang berbeza-beza. Ia mungkin berbentuk
bujur, obovate, lonjong atau bulat, dan ada yang boleh mencecah sehingga 1-2.5
inci (2.5-6.25 cm) panjang, bergantung kepada jenis.
Daun
pokok bidara selalu digunakan ketika memandikan jenazah bagi orang Islam. Selepas menghilangkan najis dari tubuh mayat, jenazah akan
dimandikan tiga kali. Mandian pertama ialah dengan air yang dicampur daun
bidara. Penggunaan daun bidara itu bukan merupakan kepercayaan tradisi
sebaliknya sunah daripada Rasulullah sendiri.
Daunnya
juga disunatkan untuk digunakan ketika mandi wajib bagi wanita yang baru suci
daripada haid. Dari ‘Aisyah Radhiyallahu ‘Anha bahawa Asma’ binti Syakal
Radhiyallahu ‘Anha bertanya kepada Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam
tentang mandi haidh, maka beliau bersabda (maksudnya):
“Salah seorang di antara
kalian (wanita) mengambil air dan sidrahnya (daun pohon bidara) kemudian dia
bersuci dan membaguskan bersucinya, kemudian dia menuangkan air di atas
kepalanya lalu menggosok-gosokkannya dengan kuat sehingga air sampai pada kulit
kepalanya, kemudian dia menyiramkan air ke seluruh badannya, lalu mengambil
sepotong kain atau kapas yang diberi minyak wangi kasturi, kemudian dia bersuci
dengannya. Maka Asma’ berkata: “Bagaimana aku bersuci dengannya?” Beliau bersabda:
“Maha Suci Allah” maka ‘Aisyah berkata kepada Asma’: “Engkau mengikuti
(mengusap) bekas darah (dengan kain/kapas itu).” (Hadith Riwayat Muslim)
Daun
bidara secara khusus digunakan dalam
merawat penyakit-penyakit bersifat rohani seperti gangguan emosi, susah tidur,
gangguan makhluk halus dan sihir. Kaedah ini sebenarnya bersumberkan amalan
para ulama terdahulu yang menjadikan daun bidara sebagai bahan rawatan utama
dalam mengatasi orang yang terkena sihir.
Antara dalilnya ialah sebagaimana yang dsebutkan oleh Abul Hasan Ali ibn Khalaf yang dikenali Ibn Battal al-Maliki yang mensyarahkan sahih Bukhari ketika menghuraikan hadith berkenaan sihir :
“(Hendaklah dia mengambil tujuh helai daun bidara yang segar hijau lalu menumbuknya di antara dua batu (iaitu menggunakan lesung) kemudian digaul dengan air lalu dibacakan ayatul kursi, tiga qul (ada yang mengatakan empat qul termasuk surah al-Kafirun) kemudian dihirup tiga kali dan hendaklah dia mandi dengan air tersebut. Sesungguhnya ia akan menghilangkan apa sahaja yang dihidapinya dengan izin Allah, ia baik bagi lelaki yang tertahan daripada mendatangi isterinya (tidak boleh berjimak disebabkan sihir)”
Antara dalilnya ialah sebagaimana yang dsebutkan oleh Abul Hasan Ali ibn Khalaf yang dikenali Ibn Battal al-Maliki yang mensyarahkan sahih Bukhari ketika menghuraikan hadith berkenaan sihir :
“(Hendaklah dia mengambil tujuh helai daun bidara yang segar hijau lalu menumbuknya di antara dua batu (iaitu menggunakan lesung) kemudian digaul dengan air lalu dibacakan ayatul kursi, tiga qul (ada yang mengatakan empat qul termasuk surah al-Kafirun) kemudian dihirup tiga kali dan hendaklah dia mandi dengan air tersebut. Sesungguhnya ia akan menghilangkan apa sahaja yang dihidapinya dengan izin Allah, ia baik bagi lelaki yang tertahan daripada mendatangi isterinya (tidak boleh berjimak disebabkan sihir)”
Madu
sidir Yemen berasal daripada manisan bunga pokok bidara yang banyak ditanam di
Yemen. Madunya paling pekat tapi tidak menghasilkan mendakan hablur gula.
Inilah madu paling mahal di dunia dan bermutu tinggi. Madu ini boleh merawat
pelbagai penyakit termasuk kencing manis, kanser, batuk, tonsil, keracunan
makanan, jangkitan serta menguatkan badan serta imun.
Seluruh
bahagian pokok bidara boleh digunakan dalam perubatan. Akar, batang, kulit
pokok, buah daun dan bunganya mempunyai khasiat dan nilai perubatan yg tinggi.
Ia telah digunakan secara tradisional beribu tahun oleh pelbagai masyarakat
(Afrika, India, Arab, China, Melayu, dan banyak negara di Asia) dan telah
dibukti secara saintifik. Kajian banyak dilakukan oleh China, India dan negara
Barat. Di Jepun dan Eropah ia digunakan dalam produk kecantikan dan ubat
merawat kanser kulit.
"memori bersama adik
tersayang Rosmawati Sadri tetap abadi”
19.10.1973 - 11.08.2013 al-fatihah
Sumber:
http://melayukini.net/2012/03/perubatan-islam-mandi-daun-bidara
No comments:
Post a Comment