KARYA 2

APRIL 2014
TABIKA KEMAS GEDANGSA, HULU SELANGOR ADALAH INSTITUSI PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK YANG HAMPIR DENGAN PERJALANAN HIDUP SAYA. ADA BEBERAPA SEBAB, DI ANTARANYA IALAH: 

1.    KAKAK SAYA ROSNANI BINTI SADRI TELAH MENJADI TENAGA PENGAJAR DI TABIKA INI SEJAK TAHUN 1980 SEHINGGA SEKARANG. PADA MASA ITU TABIKA INI DI BAWAH PENGURUSAN FELDA DAN DIKENALI SEBAGAI TADIKA FELDA GEDANGSA. KADANG KALA SAYA AKAN DATANG KE TABIKA INI UNTUK MENOLONG KAKAK  SAYA APABILA TENAGA SAYA DIPERLUKAN.

2.      SEMUA ANAK SAYA MULA MENIMBA ILMU SECARA FORMAL DI TABIKA INI. APA SAHAJA AKTIVITI YANG BERKAITAN TENTANG TABIKA SAYA AKAN HADIR JIKA TIADA KEUZURAN.

3.      TABIKA INI JUGA MENJADI BAHAN RUJUKAN UTAMA SAYA LEBIH-LEBIH LAGI APABILA SAYA MENYAMBUNG PENGAJIAN SAYA DALAM BIDANG PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK.

UNTUK MENGHARGAI SUMBANGAN TABIKA KEMAS GEDANGSA INI  KEPADA SAYA, SAYA AKAN CUBA MENULIS TENTANG TAHAP KESELAMATAN TABIKA INI MENGIKUT PEMERHATIAN SAYA.

1.0 PENDAHULUAN

Penjelasan secara khusus Dasar Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan : "Dasar Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan ialah dasar yang komprehensif bagi memastikan perkembangan yang holistik bagi semua kanak-kanak dari lahir hingga 4 tahun. Ia menjadi asas kukuh kepada pembangunan potensi kanak-kanak berlandaskan acuan Malaysia. Dasar ini adalah pengukuh serta pelengkap kepada Dasar Pendidikan Kebangsaan sedia ada".

Mengikut sejarah program pendidikan Prasekolah di Malaysia telah diperkenalkan pada era 1950an dan mula berkembang pada tahun 1960. Konsep penubuhannya adalah untuk menyediakan pengalaman pembelajaran kepada kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun. Tujuannnya adalah untuk menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan memasuki alam persekolahan di peringkat rendah.
Akta Pendidikan 1996 yang diluluskan telah memberi satu perubahan yang signifikan bagi pendidikan Prasekolah di mana ia telah dimasukkan ke dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan.
Tabika adalah singkatan daripada Taman Bimbingan Kanak-Kanak. Dalam Akta Pendidikan 1961, takrif  Tabika tidak dinyatakan dengan jelas. Namun begitu matlamat utama pendidikan  di peringkat tabika ialah persediaan awal ke alam persekolahan formal kanak-kanak. Pengalaman persekolahan dan pembelajaran yang berkesan semasa di tabika mampu membekalkan kanak-kanak dengan kemahiran, keyakinan diri dan sikap positif sebagai persediaan untuk memasuki persekolahan formal dan pendidikan sepanjang hayat.

Pendidikan Prasekolah adalah tahun-tahun kritis dan asas kepada peringkat pendidikan selanjutnya serta menentukan kejayaan hidup seseorang individu (Rohaty Mohd Majzub, 2003)
Pembelajaran di tabika bukan pembelajaran wajib dalam pendidikan Malaysia. Sungguh pun begitu penubuhan tabika yang dikendalikan oleh pihak swasta amat digalakkan oleh kerajaan.


2.0 KESELAMATAN KANAK-KANAK

Konsep keselamatan kanak-kanak adalah merujuk kepada langkah-langkah yang dilaksanakan oleh individu atau kumpulan untuk mengelakkan kemudaratan. Ia adalah seperti kemalangan, kematian atau kecederaan. Tanpa perlindungan keselamatan, seseorang itu akan berasa takut, bimbang atau mudah terdedah kepada sesuatu yang memudaratkan dirinya samada secara sedar atau tidak. Satu sistem perlindungan yang adil hendaklah diberikan kepada mereka supaya dapat hidup dalam ketenteraman, kedamaian, perlindungan dan bebas dari rasa resah serta ketakutan.

Mengikut  Dasar Kanak-Kanak Negara, terdapat beberapa objektif utama yang disasarkan oleh kerajaan. Objektif tersebut ialah:
1. setiap kanak-kanak mempunyai hak untuk hidup dengan diberi jagaan, pemeliharaan, kasih      sayang, perkhidmatan kesihatan, sokongan dan bantuan sosial;
2. setiap kanak-kanak termasuk kanak-kanak kurang upaya mempunyai hak untuk dilindungi daripada sebarang bentuk pengabaian, penderaan, keganasan dan eksploitasi; dan seterusnya diberi habilitasi, rehabilitasi dan diintegrasi ke dalam keluarga dan masyarakat;
3. setiap kanak-kanak mempunyai hak untuk perkembangan holistik dari segi fizikal, kognitif, bahasa, sosio-emosi, sahsiah dan kerohanian;
4. setiap kanak-kanak mempunyai hak untuk bersuara, menyertai (turut serta) dan melibatkan diri mengikut tahap keupayaan dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan kepentingan terbaik dan kesejahteraan mereka
5. kanak-kanak, ibu bapa, penjaga, komuniti dan masyarakat sedar akan hak kanak-kanak untuk kelangsungan hidup, perlindungan, perkembangan dan penyertaan
6. penyelidikan dan pembangunan mengenai kelangsungan hidup, perlindungan, perkembangan dan penyertaan kanak-kanak dilaksanakan dari semasa ke semasa.

Beberapa strategi telah dirangka untuk mencapai objektif tersebut. Strategi-strategi tersebut kebanyakannya menjurus kepada keselamatan, kasih sayang dan keperluan asas kanak-kanak. Di sini saya akan cuba senaraikan beberapa startegi yang menjadi perhatian kerajaan dalam memastikan keselamatan kanak-kanak terjamin.
1. Menyediakan keperluan asas seperti identiti, tempat tinggal, makanan, minuman, pakaian, kasih sayang, keselamatan dan persekitaran yang kondusif dan mesra kanak-kanak
2. Meningkatkan kerjasama antara agensi Kerajaan, NGO, pihak swasta dan masyarakat setempat dalam penjagaan  kesihatan, keselamatan dan pendidikan bagi menjamin kesejahteraan dan kebajikan kanak-kanak.
3. Memastikan kanak-kanak mendapat perlindungan keselamatan sosial.
4. Meningkatkan latihan kepada semua pihak yang berurusan dengan kanak-kanak supaya mempunyai pengetahuan, kelayakan dan kemahiran yang mencukupi serta bersikap positif dalam pengendalian kes penganiayaan, pengabaian, penderaan, keganasan dan eksploitasi terhadap kanak-kanak.
5. Memberi perkhidmatan pemeliharaan, perlindungan dan pemulihan kepada kanak-kanak yang menjadi mangsa penyeksaan, pengabaian, penganiayaan, keganasan, pengeksploitasian atau kanak-kanak tidak terkawal serta penyediaan rawatan pemulihan kepada pesalah kanak-kanak (child offender).
6. Memberi perlindungan ke atas mangsa, pengadu dan keluarga daripada gangguan atau ancaman pihak-pihak tertentu.
7. Memastikan kanak-kanak mangsa eksploitasi seksual (seperti pelacuran kanak-kanak dan pornografi kanak-kanak)dan pemerdagangan orang diberi perlindungan, pemulihan dan pengintegrasian semula ke dalam masyarakat ataudihantar pulang ke negara asal.
8. Menggalakkan penyediaan persekitaran yang sihat dan selamat untuk kanak-kanak.


3.0  DEFINISI DAN KONSEP SEKOLAH SELAMAT

Polisi sekolah sekolah selamat ialah mewujudkan persekitaran sekolah yang aman, tenteram dan menyakinkan . Ia bersesuaian dengan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif dalam memenuhi aspirasi, inspirasi dan potensi terkini dan masa depan.

Sekolah selamat ialah tempat pelajar dapat belajar dan guru dapat mengajar dalam suasana selesa dan bebas dari persekitaran yang menakutkan. Ia merupakan te,mpat di mana iklim pembelajaran dapat menggalakkan penerimaaan semangat dan perlindungan bagi setiap kanak-kanak. (Stephen, 1996)
Kunci sekolah yang selamat ialah wujudnya suasana yang mementingkan ramah mesra, persekitaran yang sentiasa memberi sokongan, wujudnya satu garis panduan yang jelas tentang tingkah laku yang bersesuaian dan ia hendaklah adil serta berterusan (Young, 1999).

Menurut the National Education Association di Amerika Syarikat, NEA (1996) sekolah yang selamat ialah sekolah yang mempunyai iklim pembelajaran yang selamat serta tingkahlaku  pelajar yang sihat. Ia juga mempunyai fokus akademik yang kukuh, sentiasa menyokong pelajar mencapai standard yang tinggi, dapat mewujudkan hubungan yang positif antara guru dan pelajar di samping dapat membawa penglibatan ibu bapa dan masyarakat ke arah yang lebih bermakna.

Kementerian Pendidikan Malaysia dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.6/2000 pula menghuraikan sekolah yang selamat sebagai sekolah sentiasa selamat dan bebas daripada insiden-insiden yang tidak diingini seperti murid diugut, diculik, diperkosa, penglibatan dalam dadah, perlakuan ala-gengster dan melibatkan diri dalam kegiatan gangster atau “triad society”. Kementerian Pendidikan Malaysia juga memandang serius terhadap kes-kes keselamatan pelajar dan menegaskan langkah-langkah proaktif yang wajar diambil oleh pihak sekolah.


4.0  LATAR BELAKANG TABIKA KEMAS GEDANGSA

Tabika KEMAS Gedangsa terletak di Lot 5521, Felda Gedangsa, 44020 Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor.  Tabika KEMAS Gedangsa terletak di kawasan ‘segi tiga emas’ Gedangsa. Ia berhampiran dengan pekan Gedangsa,  pejabat FELDA, Sekolah Kebangsaan Gedangsa, kedai D’mart iaitu kedai yang diuruskan oleh FELDA, Balai Polis Gedangsa, Klinik Kesihatan Gedangsa, Pemulihan Dalam Komuniti  Gedangsa, Dewan JKK, Bangunan Gerakan Persatuan Wanita (GPW), Dewan Serbaguna  dan Kilang Vetta Affari iaitu kilang jahitan.

TABIKA KEMAS GEDANGSA telah wujud semenjak tahun 1970. Pada ketika itu tabika ini berada di bawah naungan FELDA (Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan) dan tabika ini dikenali sebagai TADIKA FELDA GEDANGSA.

Pada tahun 1991, KEMAS (Kemajuan Masyarakat) telah mengambil alih tabika ini dan nama tabika ini ditukar pula kepada TABIKA KEMAS GEDANGSA.

Pemaju Masyarakat atau tenaga pengajar di tabika ini ialah Puan Rosnani binti Sadri yang telah berkhidmat semenjak tahun 1980 sehingga sekarang iaitu semenjak tabika ini dibiayai oleh FELDA. Puan Rosnani dibantu oleh seorang Pembantu Pemaju Masyarakat iaitu Cik Nur Juliana binti Mohd Hassan. Para pelajarnya terdiri daripada anak dan cucu peneroka Gedangsa dan anak-anak pekerja yang bekerja dan tinggal di sini.  

Berkat usaha Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa, tabika ini telah mendapat sebuah bangunan baru pada tahun 1998 dengan peruntukan sebanyak RM 60,000.00. Bangunan tersebut telah dirasmikan oleh Dato’ Mohamed Idris Bin Hj. Abu Bakar (ADUN Hulu Bernam) pada  21hb. November 1999.

                                                            
5.0 TAHAP KESELAMATAN TABIKA KEMAS GEDANGSA

Sesebuah tabika dikira belum cukup selamat seandainya aspek peraturan dan undang-undang tidak diambil kira. Salleh Buang (1996) menegaskan bahawa sesebuah intitusi yang di dalamnya terdapat ahli-ahli yang perlukan perlindungan, keselesaan dan keselamatan, kawalan dari aspek perundangan tidak harus diabaikan.

Tabika yang selamat saya kira adalah tabika yang sentiasa berusaha memastikan warganya terhindar daripada segala bahaya dan ancaman yang bersifat fizikal, mental, emosi dan psikologi yang boleh mengganggu gugat keberkesanan proses pengjaran dan pembelajaran. Ia meliputi struktur fizikal, trafik, makanan, bangunan, padang, kesihatan, disiplin dan tingkahlaku.

Dalam pemerhatian saya tentang aspek keselamatan di Tabika Kemas Gedangsa ini, saya bahagikan kepada beberapa bahagian. Bahagian-bahagian tersebut ialah:
1. Aspek keselamatan fizikal                                                   
2. Aspek keselamatan dalam bangunan
3. Aspek keselamatan luar bangunan
Di sini saya akan cuba huraikan tentang aspek-aspek keselamatan yang telah djalankan.


6.0  ASPEK KESELAMATAN FIZIKAL

Kemudahan fizikal yang disediakan di tadika ini adalah mencukupi. Ia bersesuaian dengan kehendak dan keperluan kanak-kanak. Ia diselenggarakan dengan baik serta mampu menyumbang ke arah peningkatan kualiti pendidikan. Apa yang diperhatikan, setiap kemudahan yang disediakan adalah sesuai dari segi susun atur dan pemilihan ruang. Ini adalah kerana pengurusan ruang adalah merupakan perkara penting dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Kanak-kanak mempunyai ruang yang mencukupi semasa menjalankan aktiviti di mana mereka bebas berinteraksi dengan bahan pembelajaran yang disediakan oleh guru. Ruang yang disediakan adalah kondusif di mana ia dapat meransang pembelajaran kanak-kanak. 

Setiap ruang yang disediakan di Tabika Kemas Gedangsa ini mempunyai ciri-ciri berikut:
          6.1  Selesa  - Keluasan ruang yang ada amat bersesuaian. Ruang tersebut memberi keselesaan kepada kanak-kanak kerana pengudaraan dan pencahayaannya adalah baik.
          6.2  Mudah alih - Ruang dan susun atur peralatannya boleh diubahsuai dari semasa ke semasa. Peralatan yang digunakan juga saya perhatikan boleh ditambah mengikut kesesuaian tema dan keperluan pengajaran dan pembelajaran.
            6.3  Pelbagai guna - Ruang dan peralatan yang sesuai dapat digunakan untuk kepelbagaian aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
          6.4  Selamat - Peralatan dan bahan yang digunakan adalahlah selamat. Ia disusun dengan baik dan memudahkan pergerakan kanak-kanak dan guru. Tempat penyimpanan peralatan adalah sesuai dengan keadaan fizikal kanak-kanak di mana ia diletakkan di rak yang rendah. Ini adalah untuk memudahkan kanak-kanak mengambilnya. Dalam pemerhatian saya, semua peralatan sentiasa dalam keadaan bersih. Peralatan elektrik pula diletakkan berhampiran dengan punca kuasa.
         6.5  Ceria - Penyusunan bahan dan peralatan dalam bilik sentiasa kemas, rapi, menarik, berlabel. Keadaan fizikal bilik pula sentiasa bersih dan menarik.
          6.6  Bermakna - Ruang yang disediakan dapat merangsang kanak-kanak untuk terlibat secara aktif dalam pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh guru. Kanak-kanak boleh mengaitkan ruang yang disediakan dengan kehidupan seharian mereka. Ini adalah kerana peralatan dan bahan yang disediakan dalam ruang  sesuai dengan perkembangan fizikal dan mental kanak-kanak


7.0  ASPEK KESELAMATAN DALAM BANGUNAN

Keselamatan kanak-kanak di dalam tabika ini adalah selamat dan terkawal. Ini adalah kerana jeriji besi kelas sentiasa ditutup kerana tabika ini berasingan dengan taman permainan. Keadaan lantai dalam kelas sentiasa kering dan bersih. Begitu juga dengan pintu dan tingkap yang bersih sepanjang masa. Saya cuba huraikan aspek keselamatan dalam bangunan tabika ini dengan membahagikannya kepada beberapa bahagian.

          7.1 Ruang Pembelajaran
Ruang dalam kelas berfungsi untuk merangsang pembelajaran kanak-kanak. Ia berupaya memantapkan peningkatan kemahiran kognitif seperti kemahiran berbahasa, kemahiran berfikir dan kemahiran bersosial. Nilai-nilai murni yang ditanamkan di kalangan kanak-kanak seperti bekerjasama, bertolak ansur dan keyakinan diri. Selain itu, ruang ini juga berfungsi untuk membolehkan kanak-kanak menjalankan pembelajaran kendiri mengikut tahap kebolehan mereka.

Ruangan ini dalam pemerhatian saya di pantau oleh guru sepenuhnya. Tidak terdapat sebarang alatan yang bersepah yang boleh membahayakan kanak-kanak jika terpijak atau terlanggar. Sampah juga tidak ada. Oleh sebab itu ruangan pembelajaran ini bersih dan selamat untuk digunakan.  Jenis-jenis ruang dalam kelas dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu pusat pembelajaran seperti Pusat Bahasa dan Komunikasi, Pusat Kreativiti dan Estetika, Pusat Kognitif, Pusat Manipulatif, Pusat Teknologi, Pusat Main Peranan serta Pusat Kerohanian dan Moral dan  Ruang Berkumpul.

          7.2  Perabot, kerusi dan meja
Susun atur perabot saya dapati memudahkan pergerakan kanak-kanak dalam kelas berjalan lancar. Susun atur perabot juga tidak melindungi pandangan guru untuk melihat pergerakan
kanak-kanak. Setiap penjuru perabot yang tajam diletakkan atau disusun dalam keadaan yang tidak membahayakan murid. Bucu meja yang digunakan oleh kanak-kanak berbentuk melengkung dan tidak tajam. Ini tidak mendatangkan kecederaan kepada kanak-kanak jika terkena atau terlanggar.

          7.3  Peralatan pembelajaran
Manakala peralatan yang membahayakan seperti gunting, jarum dan sebagainya disimpan di tempat yang selamat. Bagi bahan-bahan yang digunakan seperti krayon, pensel warna, pewarna, plastesin, dan sebagainya dibeli daripada bahan yang tidak bertoksid. Walaupun harganya sedikit mahal berbanding dengan peralatan yang bertoksid tetapi pihak pengurusan tadika ini berusaha menyediakannya demi keselamatan kanak-kanak.

          7.4  Ruang Dapur
Ruang dapur terbahagi kepadadua iaitu ruang penyediaan makanan dan juga ruang makan.
                7.4.1 Ruang Penyediaan Makanan
Ruang penyediaan makanan adalah untuk memasak dan menyediakan makanan untuk kanak-kanak serta mencuci peralatan memasak setelah digunakan.  Ruang ini juga dijadikan tempat untuk  memberi bimbingan kepada kanak-kanak dalam menyediakan makanan dan minuman. Kanak-kanak juga dibimbing untuk mengemas peralatan dapur mengikut kesesuaian masa dan keadaan. Antara peralatan yang terdapat dalam ruangan ini ialah dapur, sinki, peti sejuk, rak pinggan mangkuk, set peralatan memasak peralatan  mencuci,  set  pinggan  mangkuk,  menu, kain pengelap, bahan pencuci atau pembasmi kuman dan alat pemadam api.
Setiap peralatan yang tajam disimpan di tempat yang selamat. Keadaan peralatan elektrik dalam pemerhatian saya diletakkan dalam kedudukan yang selamat dan tidak mudah dicapai oleh kanak-kanak. Tabung gas dalam keadaan baik dan ditutup selepas digunakan. Alat pemadam api diletakkan di tempat yang selamat dan senang diambil di waktu kecemasan. Begitu juga dengan setiap pinggan dan mangkuk dalam keadaan  bersih  dan  tersusun  rapi.  Peti ais juga dalam keadaan bersih.
                7.4.2 Ruang Makan
Ruang makan adalah tempat murid makan atau minum. Murid juga didedahkan dan dibimbing mengenai cara penyediaan serta menghidangkan makanan dan minuman. Murid-murid juga dibimbing mengemas ruang makan selepas digunakan. Antara peralatan yang terdapat dalam ruangan ini ialah meja beralas, tikar, kerusi, pelapik makanan, carta doa makan, carta makanan seimbang, carta kesihatan, tuala tangan dan cermin. Meja yang terdapat di ruang makan ini adalah berbentuk bulat. Ia tidak membahayakan murid.

         7.5  Ruang Bilik Air
Ruang bilik air diwujudkan bagi membolehkan murid mengamalkan kebersihan diri dengan betul, mengamalkan kebersihan tandas sebelum, semasa dan selepas menggunakannya,serta mengetahui cara penggunaan air secara berhemah. Dalam ruangan ini, terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan seperti tandas untuk murid lelaki dan murid perempuan yang diasingkan mengikut jantinanya. Terdapat juga sinki, bilik mandi, cermin, sabun, berus, mop, pewangi dan pencuci, gayung dan baldi, salur getah serta selipar. Dalam pemerhatian saya lantainya sentiasa bersih dan kering. Ini boleh menghindarkan murid dari terjatuh. Sabun dan peralatan diletakkan di rak dan para. Ia dalam keadaan kemas dan teratur.

        7 .6  Peti Pertolongan Cemas
Peti pertolongan cemas sentiasa lengkap dan berada ditempat yang selamat serta mudah untuk dicapai. Ia adalah penting apabila berlaku perkara yang tidak diingini berlaku ke atas murid.


8.0 ASPEK KESELAMATAN DI LUAR BANGUNAN
Keselamatan kanak-kanak di luar bangunan adalah selamat dan terkawal.  Setiap ruang yang ada di luar bangunan ini diwujudkan untuk kemudahan kanak-kanak. Keselamatan semasa menggunakan ruang-ruang ini sudah pun difikirkan oleh pihak pengurusan. Saya cuba huraikan aspek keselamatan di luar bangunan tabika ini.

         8.1  Ruang Pondok
Ruang ini diwujudkan bagi membolehkan murid untuk menjalankan aktiviti sendiri serta membolehkan mereka berinteraksi dan berkomunikasi sesama sendiri. Selain itu, dengan kewujudan ruang ini juga, kanak-kanak  dapat  mengalami suasana yang sebenar semasa mereka bermain. Antara peralatan yang terdapat dalam ruang pondok ini adalah berbentuk set alat permainan main  peranan  seperti  mainan  memasak dan pakaian mengikut jenis pekerjaan. Alat permainan tradisional juga terdapat di dalam ruangan ini seperti congkak, guli dan batu seremban. Dalam pemerhatian saya tiada benda tajam dan merbahaya terdapat di sini. Kanak-kanak bebas bermain dengan kawalan guru.

          8.2  Tempat Main Pasir 
Ruang ini disediakan untuk meningkatkan kemahiran motor halus murid-murid melalui karya yang dihasilkan. Ruang ini dapat menerapkan nilai-nilai murni di kalangan kanak-kanak seperti mengamalkan sikap bertolak ansur dan bekerjasama dalam menghasilkan karya masing-masing. Antara alatan bagi ruangan ini adalah kotak pasir, alat permainan pasir dan pasir yang bersih. Semasa kanak-kanak menggunakan ruang ini, ia boleh menanamkan sikap keprihatinan kanak-kanak tentang keselamatan dan kesihatan terutamanya semasa bermain pasir. Pasir sentiasa dijaga dan dalam keadaan bersih. Tiada benda asing di dalam pasir. Oleh sebab itu kanak-kanak selamat mengunakannya.

         8.3  Ruang Berkebun
Ruang berkebun ialah ruangan yang disediakan kepada kanak-kanak untuk merasai suasana sebenar yang dirasai oleh seorang petani. Ruangan ini diwujudkan adalah kerana untuk mendedahkan kanak-kanak dalam pertanian supaya boleh membantu ibubapa bercucuk tanam di kawasan rumah. Ruangan ini juga berfungsi untuk memberi  pengetahuan kepada kanak-kanak tentang  perkembangan  dan  pertumbuhan  sesuatu  tumbuhan. Di ruangan ini terdapat berbagai  jenis pokok herba dan pokok renek, tanaman berbatas dan kolam kecil untuk tumbuhan air seperti teratai dan kiambang. Semasa menggunakan ruangan ini kanak-kanak sentiasa dipantau oleh guru. Segala peralatan disimpan di tempat khas selepas digunakan untuk mengelakkan kecederaan.

          8.4  Alat Permainan Luar 
Alat permainan luar disediakan bagi membolehkan murid untuk meningkatkan kemahiran motor kasar mereka, mendisplinkan diri semasa menggunakannya dan juga menjadi prihatin terhadap aspek keselamatan semasa menggunakan setiap jenis alatan permainan luar. Antara peralatan yang boleh diletakkan dalam permainan luar ialah jongkang jongket, papan gelunsur, papan imbangan, rangka panjat (monkey bar), terowong dan buaian. Saya perhatikan di sini keadaan tanahnya adalah rata dan tiada batu dan benda tajam. Alat permainan luar ini berada dalam keadaan selamat untuk digunakan. Ia tidak berkarat atau rosak. Ada sebahagiannya diperbuat daripada plastik untuk megelakkan berlakunya karat yang membahayakan kanak-kanak.

          8.5  Ruang Kaki Lima, Longkang Dan Rak Kasut
Ruang kaki lima sentiasa kering dan  bersih. Ini adalah supaya kanak-kanak tidak tergelincir semasa berjalan di kaki lima ini. Keadaan  rak  kasut  atau  tempat  letak  kasut  juga  sentiasa kemas dan tersusun. Begitu juga dengan keadaan longkang disekitar bangunan, berada dalam keadaan bersih dan selamat.  Penutup longkang diletakkan di atas setiap longkang untuk mengelakkan murid daripada terjatuh ke dalam longkang.


9.0  PELAN KESELAMATAN DAN KEBAKARAN
Pelan kebakaran dan kecemasan ada disediakan di Tabika Kemas Gedangsa ini. Ia berguna apabila sesuatu perkara yang tidak diingini berlaku. Murid sudah pun diajar bagaimana pergerakan mereka sewaktu kecemasan. Saya difahamkan mereka sudah pun mengadakan latihan kebakaran pada minggu ke dua persekolahan. Tujuannya adalah supaya murid lebih bersedia apabila berlaku perkara yang tidak diingini. Pelan ini ditampal di beberapa tempat untuk memudahkan murid melihatnya.


10.0  PENUTUP       
Suasana fizikal kelas adalah merangkumi segala kemudahan dan peralatan yang terdapat di dalam kelas. Penyusunan suasana fizikal dan penggunaan ruang  sesebuah kelas melibatkan mengorganisasi, merancang, melaksana dan mentadbir. Suasana fizikal kelas mungkin merupakan ‘kawan’ atau ‘musuh’ dalam pengajaran dan pembelajaran (Marland 1975).

Keselamatan di dalam kelas yang kondusif boleh diwujudkan oleh guru. Suasana emosi di kalangan kanak-kanak pula boleh menimbulkan pelbagai tingkahlaku.  Apa pun  sifat, sikap dan gaya guru menjadi penentu pengawalan keselamatan. Interaksi dan komunikasi yang baik boleh menjadikan suasana dan iklim pengajaran dan pembelajaran dalam keadaan ceria dan selamat. Ia penting untuk mewujudkan pembelajaran yang berkesan.

Guru perlu mengenalpasti beberapa bahaya yang akan menimpa diri kanak-kanak di sekolah mahu pun di luar daripada sekolah (Zainun Ishak, 2006)
Pernyataan tersebut memberi fokus kepada pengetahuan khusus guru untuk mengenalpasti tahap perkembangan kanak-kanak. Seandainya guru mempunyai pengetahuan, guru mungkin dapat mengenalpasti beberapa sumber yang dapat mengancam persekitaran kanak-kanak.

Akhirnya dapat disimpulkan bahawa jaminan keselamatan penting untuk kanak-kanak kerana:
1. Supaya kanak-kanak dapat menjalankan aktiviti dengan bebas dan selesa
2. Berupaya membantu menyuburkan nilai mengutamakan keselamatan
3. Menghindarkan kanak-kanak dari ditimpa kemalangan yang tidak diduga
4. Menghindarkan kanak-kanak dari diserang penyakit
5. Mengelakkan kematian berpunca dari keadaan yang tidak sepatutnya.


BAHAN RUJUKAN
Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajr Abd. Aziz (2004), Pedagogi Asas Pendidikan. Kuala Lumpur: Karyazano Enterprise.

Nor Hashimah Hashim & Yahya Che Lah (2007). Panduan Pendidikan Prasekolah. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Pusat Perkembangan Kurikulum. (2008) Pelaksanaan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan  Pembelajaran Yang Menyeronokkan Dan Bermakna Jilid 1. Putrajaya: Kem. Pelajaran Malaysia

Rohaty Mohd Majzub (2003).Pendidikan Prasekolah: Cabaran Kualiti. Bangi:Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia

Zainun Ishak (2006)  Panduan Kesihatan Dan Keselamatan Kanak-Kanak. Kuala Lumpur:  Utusan Publications And Distributors Sdn Bhd

http://www.kpwkm.gov.my diakses pada 02.04.2014

................................................................................................................................................

JUN 2013
KEPENTINGAN PENDIDIKAN KESIHATAN REPRODUKTIF
DAN SOSIAL (PEERS)

1.0   PENGENALAN DAN DEFINISI PEERS
Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (dikenali sebagai Pendidikan Seksualiti sebelum ini) sejak tahun 1989 bagi sekolah menengah dan pada 1994 di sekolah rendah.   Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial diajar khususnya melalui kurikulum Pendidikan Kesihatan dan amnya melalui kurikulum pelbagai mata pelajaran iaitu bahasa, Biologi, Sains, Sains Tambahan, Pendidikan Moral dan Pendidikan Islam.  Semua murid mengikuti Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial dari Tahun 1 hingga Tingkatan 5.  Kurikulum Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial diajar dalam pelbagai aspek melalui mata pelajaran Pendidikan Kesihatan dan tidak hanya tertumpu kepada isu seksual semata-mata. Kurikulum pendidikan ini disemak dan ditambah baik dari semasa ke semasa untuk merealisasikan hasrat melahirkan murid yang bertanggungjawab, membuat keputusan yang bijak dan berakhlak ke arah amalan gaya hidup sihat serta menghindari tingkah laku berisiko.
Ironinya, bukanlah tugas mudah untuk memperbetulkan persepsi umum mengenai istilah seks dalam institusi pendidikan Malaysia, apatah lagi untuk diajar kepada si cilik berusia tujuh tahun yang baru menjengah alam persekolahan. Ia menuntut corak pemikiran yang lebih terbuka dalam usaha menyampaikan maklumat yang tepat dan bersesuaian dengan jiwa kanak-kanak. Untuk itu, kurikulum baru telah dibentuk. Dalam konteks ini, Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang diperkenalkan Kementerian Pelajaran Malaysia akan mula beroperasi secara berperingkat awal tahun ini tatkala sekolah mula membuka pintunya untuk murid-murid darjah satu.Pengenalan KSSR menambah baik Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang dimulakan pada tahun 1993 dengan membawa gelombang perubahan yang menyasarkan pengisian pendidikan yang bersifat holistik. Ternyata, KSSR telah memfokuskan 4M iaitu membaca, menulis, mengira dan menaakul, reka bentuk kurikulum juga diubah dengan menerapkan pendidikan berorientasikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial atau diringkaskan sebagai PEERS.
 Elemen itu bakal diajar berasingan bersama penekanan dalam aspek penjagaan pemakanan dan keselamatan menerusi mata pelajaran Pendidikan Kesihatan serta diasingkan daripada Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan (PJPK) menurut kurikulum lama, mata pelajaran Pendidikan Kesihatan ini akan diajar dalam ruang masa 30 minit sebanyak sekali seminggu untuk pelajar sekolah rendah. Pendidikan Jasmani pula akan diteruskan dengan memperuntukkan tempoh masa selama satu jam setiap minggu. Menurut Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum KPM, Datuk Dr. Julaihi Bujang, pembahagian kandungan dalam Pendidikan Kesihatan dibahagikan sebanyak 75 peratus untuk PEERS, 15 peratus berkenaan pemakanan kanak-kanak dan 10 peratus akan diajarkan teknik pertolongan cemas dan keselamatan.


2.0   RASIONAL

         Pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial ialah satu proses pembelajaran sepanjang hayat untuk memperoleh pengetahuan yang menyeluruh dalam aspek biologikal, sosiobudaya, psikologikal dan kerohanian ke arah amalan tingkah laku yang sihat dalam kehidupan.
         Pendidikan dan pengetahuan ini membantu pembentukan individu yang bertanggungjawab dan seterusnya mewujudkan masyarakat Malaysia yang bebas daripada gejala sosial yang semakin meningkat.


3.0     LATAR BELAKANG PEERS
“Pendidikan seks perlu segera diajar di sekolah bagi mengurangkan masalah keruntuhan akhlak dan sosial dalam kalangan remaja pada hari ini”, kata Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK) Hashim Adnan. Beliau berkata pendidikan itu akan memastikan remaja dan kanak-kanak mendapat pendidikan formal dan panduan yang betul tentang seks, seterusnya mengelakkan mereka mencari maklumat sendiri dan tersalah tafsir (Utusan Malaysia, 19 Mac 2010).
                                                                                                  
3.1 Kebaikan PEERS:
·           Meningkatkan keprihatinan remaja terhadap gejala negatif seks.
·           Murid tidak mudah terpengaruh dan terbabit dengan kegiatan maksiat.
·           Mengenal pasti dan membezakan nilai murni kemanusiaan dan kehidupan dengan lebih rasional.
·           Dapat mengubah tanggapan remaja terhadap seks kepada persepsi yang lebih insani dan suci
    Pada tahun 2011, guru-guru yang mengajar subjek pendidikan kesihatan reproduktif dan seks diberi latihan dan perlu menjalani sesi orientasi dengan jurulatih yang dikhaskan oleh kementerian. Perkara ini sangat penting bagi menjamin penyaluran pengetahuan yang tepat kepada para pelajar. Menurut Pakar Seksual Reproduktif Lelaki dan Perempuan Hospital Damai Service, Dr. Mohd. Ismail Mohd. Thambi, PEERS mungkin boleh diajar oleh guru-guru pendidikan moral, namun isi kandungan yang berkaitan sains seperti sistem reproduktif, maklumat kehamilan dan kelahiran serta penyakit-penyakit kelamin perlu dihuraikan oleh individu-individu yang benar-benar arif (Kosmo, 3 Januari 2011).
      Menurut beliau lagi, “Cara pelajar menjaga maruah diri dan perkara berkaitan bidang sains boleh diajar oleh mana-mana guru namun sekiranya ada sesi soal jawab antara pelajar dan guru, perkara yang janggal akan timbul jika seseorang pendidik itu tidak mahir sepenuhnya. Pelajar juga berkemungkinan akan bertanyakan soalan yang tidak bersangkutan tentang seks seperti orientasi seksual dan ketika inilah kredibiliti pendidikan bakal teruji”.
    Penyampaian yang betul oleh warga pendidik amat penting berikutan risiko penyalahgunaan pengetahuan yang diterima pelajar adalah tinggi. Imaginasi kanak-kanak dan remaja sangat tinggi dan kreatif. Pemikiran mereka kadang-kala melampaui apa yang mereka dengar. Oleh itu, guru harus bijak dalam menyampaikan dan membincangkan perkara-perkara berkaitan reproduktif dan seks.
     Hal ini boleh membuatkan guru dilema antara tugas mengajar subjek seks seperti yang di arah oleh kementerian atau kebimbangan menyentuh sensitiviti fahaman agama dan kaum. Ini bukan tugas yang mudah untuk guru laksanakan terutama untuk mengajar perkara yang sebelum ini dibincangkan secara tertutup. Malah guru perlu mengajar subjek ini di dalam sebuah kelas bercampur lelaki dan perempuan. Saya yakin guru juga mempunyai perasaan malu dan segan untuk membincangkan perkara yang dianggap sensitif oleh masyarakat dengan murid-murid yang masih berusia setahun jagung. Walaupun murid-murid ini masih dalam peringkat umur yang muda tetapi murid sudah boleh memahami apa itu seks, anggota reproduktif, dan sebagainya.
     Perkara ini menuntut seorang guru yang mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang pendidikan seks untuk mengajar subjek ini. Jadi kementerian perlu teliti dalam memilih calon guru yang sesuai. Bagi merealisasikan tujuan ini, guru-guru yang mengajar subjek PEERS perlu diberi latihan dan kursus bagi meningkatkan pengetahuan dan memantapkan kemahiran professional guru dalam menyahut cabaran pendidikan semasa. Latihan dan kursus ini memerlukan jurulatih yang pakar dalam bidang berkaitan seperti biologi dan lain-lain.
      Berkaitan usaha membanteras gejala seks bebas dan buang bayi, semua pihak harus memainkan peranan masing-masing. Ibu bapa di rumah berperanan menjaga dan melindungi anak-anak mereka di samping memberi didikan agama sejak dari kecil. guru di sekolah memberi pengetahuan dan menerapkan nilai-nilai murni, organisasi NGO pula menyumbang dengan kempen dan begitu juga dengan pihak-pihak lain. 
    Masyarakat pastinya ingin tahu apakah kandungan pelajaran yang digubal untuk pendidikan PERRS ini. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, satu jawatankuasa yang akan dianggotai pakar bidang pendidikan seks, biologi dan hal berkaitan akan mengkaji kurikulum  berkaitan pendidikan kesihatan reproduktif dan seks dengan teliti. Oleh itu, banyak pendapat telah dilontarkan oleh ahli-ahli ilmiah berkenaan kurikulum yang sesuai untuk dimasukkan dalam kurikulum pendidikan PEERS.
     Bagi menambahbaik kurikulum pendidikan PEERS,pendidikan seks perlu berlandas ajaran Islam (Harian Metro, 31 Mac 2010). Dalam Islam, pendidikan seksual adalah sebahgian daripada pendidikan akhlak iaitu mendidik nafsu dan memberi pengajaran bagi manusia supaya beriman dan mematuhi segala perintah dan menjauhi larangan-Nya. Akhlak mengajar seseorang supaya bersifat malu membuat sesuatu yang salah atau tidak sopan. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Apabila hilang budaya malumu, maka kamu akan lakukan apa saja yang kamu kehendaki.” (Riwayat al-Bukhari). Oleh yang demikian, pendidikan akhlak dan nilai murni harus dititikberatkan dalam kurikulum pendidikan seks. Pendidikan seks perlu mempunyai matlamat untuk melahirkan remaja yang mempunyai ilmu pengetahuan seks yang tinggi dibatasi pendidikan agama dan moral.
     Dalam konteks masyarakat di Malaysia, faktor budaya etnik memainkan peranan penting dalam soal berkaitan seks. Sebagai contoh masyarakat Melayu sejak dulu tidak akan memperkatakan dan bercakap mengenai seks secara terbuka. Oleh itu, pendidikan seks yang perlu disampaikan mestilah mengikut perkembangan peringkat umur dan kematangan seseorang. Pendidikan untuk kanak-kanak peringkat umur awal haruslah mengenai perkara asas seperti bahagian-bahagian tubuh yang boleh disentuh dan tidak boleh disentuh oleh orang lain, sentuhan yang tidak dibenarkan antara lelaki dan perempuan, menjaga kebersihan diri dan pakaian dan lain-lain. Kana-kanak pada peringkat rendah tidak perlu yang mengetahui perkara-perkara berkaitan seksualiti yang lain seperti bagaimana kehamilan boleh berlaku, cara mencegah kehamilan, dan hal-hal lain yang tidak sesuai dengan peringkat umur kanak-kanak.
          Pendedahan tentang pengetahuan Pendidikan Kesihatan Reproduktif bukan merupakan tanggungjawab guru di sekolah semata-mata. Walaupun sebahagian besar masa remaja dihabiskan di sekolah, ibu bapa juga memainkan peranan yang amat penting. Di samping memantau tingkah laku anak-anak, ibu bapa juga disarankan untuk melengkapkan diri dengan ilmu dan pengetahuan pendidikan seks. Didikan dari rumah dan dari ibu bapa anak itu sendiri lebih berkesan. Guru merupakan pelengkap kepada peranan ibu bapa.


3.2   Statisik Isu Penderaan Seks
Pengenalan penderaan seksual mengeksploitasikan dan menjatuhkan maruah kanak-kanak, boleh menyebabkan rasa putus harapan, sikap antisosial dan kelakuan yang membinasakan diri sendiri. Penderaan seksual terhadap kanak-kanak ialah penglibatan kanak-kanak dalam kegiatan seksual yang tidak difahaminya dengan baik, yang tidak dapat dipersetujuinyadengan arif, atau yang melanggar undang-undang atau kelaziman masyarakat.
            Penderaan seksual terhadap kanak-kanak ialah kegiatan yang bertujuan memberi kepuasan seksual kepada orang yang melakukannya. selain dari itu, penderaan seksual merangkumi perbuatanmeraba-raba kemaluan, memperkosa, merogol dan menaikkan syahwat kanak-kanak denganmeminta secara tidak berpatutan, mendedahkan bahagian tubuh yang sulit atau menunjukkan bahan-bahan lucah. Kelakuan yang tidak melibatkan sentuhan juga merupakan penderaanseksual, misalnya mengintai, mendedahkan bahagian tubuh yang sulit, dan kata-kata lucahyang diucapkan kepada kanak-kanak. mengeksploitasikan kanak-kanak untuk tujuan pornografi, termasuklah melalui internet, dengan itu membolehkan seseorang kanak-kanak itudigunakan oleh orang lain sebagai pelacur, dan menaikkan syahwat kanak-kanak denganmeminta secara tidak berpatutan, mendedahkan bahagian tubuh yang sulit atau menunjukkan bahan-bahan lucah juga merupakan suatu bentuk penganiayaan seksual.
            Kanak-kanak jugaboleh didera secara seksual oleh orang dewasa, ataupun oleh kanak-kanak lain yang diberitanggungjawab atau kuasa terhadap mangsa tersebut, atau yang dipercayainya. akta yang terlibat dalam penderaan seksual ini ialah seksyen 17(2)(c), bab 1 –bahagian v akta kanak-kanak 2001 Malaysia menyatakan bahawa seseorang kanak-kanakitu didera secara seksual jika dia telah menyertai, sama ada sebagai pelaku ataupun pemerhati,apa-apa kegiatan yang bersifat seksual untuk tujuan:i. menghasilkan bahan, gambar, rakaman, filem, pita video atau pertunjukan yang bersifatpornografi, lucah atau tidak senonoh.ii. eksploitasi seksual oleh sesiapa pun demi memberi nikmat seksual kepada orang lain.”
            Insiden penderaan kanak-kanak ini telah berlaku dengan melibatkan kes-kes yangsangat menyayat hati. Pada Januari 2004, Harirawati Saridi, 10 tahun ditemui mati ketikadalam perjalanan ke sekolah. beliau dipercayai dirogol dan dibunuh di kampung ratau,menggatal, kota kinabalu, sabah. selepas itu, seorang lagi kanak-kanak, nurul huda abdulghani ditemui dalam keadaan lemah selepas dicekik, dirogol dan diliwat di sebuah pondok keselamatan stesen janakuasa TNB di Kampung Rekajang, Tanjung Kupang, Gelang Patah,Johor . 
            Kes yang dilaporkan kepada Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman, Kuala Lumpur dari tahun 2000 hingga ogos 2006 menunjukkan kes-kes yang dilaporkan tidak tinggi tetapi memperlihatkan aliran yang semakin meningkat. tahun 2000, ia melibatkan 146 kes, 2001(150), 2002 (123) dan bilangan kes menurun kepada 119 pada tahun 2003. bagaimanapun,bilangan tersebut meningkat pada tahun 2004 dengan 148 kes seterusnya menokok kepada189 pada tahun 2005. sehingga ogos 2006, sebanyak 108 telah dilaporkan. dari tahun 2000 hingga ogos 2006, bilangan kes yang dilaporkan adalah turun-naik dan bergantung kepada pelbagai sebab tetapi beban yang ditanggung oleh mangsa adalahlebih membebankan. masyarakat malaysia pada hari ini sedang berhadapan dengan perlakuanpenderaan yang semakin meningkat. kanak-kanak yang berumur 6 hingga 17 tahun terdedah kepada pelbagai bentuk penganiayaan khususnya emosi dan mental. amat menarik bagi kitauntuk mengenal profil pelaku yang kerap dikaitkan dengan penderaan kanak-kanak ini.
            Statistik penderaan kanak-kanak berdasarkan kes penderaan kanak-kanak yang dilaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat menunjukkan kes penderaan kanak-kanak semakin meningkat setiap tahun. bagi tempoh Januari hingga April 2009, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) merekodkan sebanyak 819 kes penderaan kanak-kanak di seluruh negara daripada perangkaan itu, 549 kes melibatkan kanak-kanak perempuan sementara bakinya 270 kes pula kanak-kanak lelaki.negeri yang paling banyak mencatat kes penderaan pula ialah negeri selangor dengan 320 kes, didikuti Perak dengan 91 kes, dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan 79 kes.  Jenis penderaan paling banyak ialah penderaan seksual (863 kes), diikuti kes pengabaian kanak-kanak (833 kes), dan penderaan fizikal (733 kes).

3.3   Emosi Mental- Mengapa Ada Yang Berhasrat Untuk Menukar Jantina
Sejak zaman awal para nabi lagi, telah diceritakan tentang manusia yang suka melakukan hubungan sesama jenis (jantina). Hakikatnya, gejala itu tidak pernah pudar walaupun selepas kaum Nabi Lut dimusnahkan. Golongan gay, lesbian, pondan, mak nyah, pengkid dan bermacam-macam lagi gelaran untuk cinta’ sejenis ini semakin menular berikutan menyalin budaya kuning Barat yang menghalalkan apa sahaja amalan kononnya atas dasar hak peribadi individudan hak asasi manusia’.
            Malaysia juga tidak terkecuali daripada menghadapi gejala sedemikian sama ada melalui pengaruh media Barat, kawan yang ‘terlalu kebaratan’ ataupun berikutan masalah psikologi dan hormon. Gejala kecelaruan jantina di negara ini dikesan semakin ketara sejak era disko dan hippies di Amerika Syarikat (AS) sekitar 1970-an lagi tetapi paling nyata sejak awal 1990-an.
            Antara kemuncaknya adalah perkahwinan dua wanita pada 1990-an yang mana keluarga pengantin perempuan dikatakan ditipu pengantin lelaki. Wanita yang menyamar sebagai pengantin lelaki itu bukan sahaja berjaya mengaburi mata para hadirin dan tok kadi sendiri malah, didakwa menggunakan alat kemaluan tiruan pada malam pertama bersama isteri. Wanita yang menyamar itu akhirnya tertangkap dan kemudian dihantar untuk menjalani pemulihan psikologi serta diberi pendidikan agama.
            Dengan liputan meluas media terhadap kisah golongan celaru jantina ini, semakin banyak kes dibongkar kepada umum, sama ada cinta antara lelaki atau sesama wanita.Selang ke abad baru, satu lagi kes menarik perhatian rakyat dan dunia berlaku iaitu apabila Mohammed Fazdil Min Bahari atau lebih dikenali sebagai Fatine, 36, mengahwini seorang warga Britain, Ian Young, 30, pada penghujung 2009.Walaupun perhatian umat Islam lebih tertumpu kepada pegangan agama Fatine yang berkahwin secara sivil dengan Young, dunia hanya melihat kepada kebimbangan mak nyah itu dikenakan tindakan jika dihantar pulang ke Malaysia.
            Fatine yang mengambil hormon wanita sejak berumur 17 tahun akhirnya meninggalkan ‘suaminya’ itu pada April lalu atas alasan kecewa kerana tidak dilayan dengan baik sementara Young mendakwa ditinggalkan selepas menghabiskan 12,000 pound sterling (RM60,000) untuk membolehkan pasangannya itu tinggal di United Kingdom. Berbanding Fatine yang tidak menjalani pembedahan menukar jantina, kes membabitkan Mohd. Ashraf Hafiz Abdul Aziz, 25, lebih unik kerana ia bukan sahaja melibatkan penukaran jantina tetapi juga memohon untuk menukar nama secara rasmi pada MyKad di mahkamah.
Selepas hampir dua tahun hidup dengan ‘alat kelamin baru, permohonannya untuk menukar nama kepada Aleesha Farhana Abd. Aziz ditolak Mahkamah Tinggi Terengganu awal minggu ini.Hakim Datuk Mohd. Yazid Mustafa membuat keputusan itu setelah mendapati pemohon tidak menepati empat faktor yang menyokong permohonan berkenaan iaitu kromosom, kewujudan alat kelamin wanita, kewujudan organ dalaman wanita serta memiliki fizikal atau psikologi seorang wanita.Sebaliknya, Mohd. Ashraf Hafiz dikatakan hanya memiliki satu daripada empat faktor itu iaitu fizikal dan psikologi seorang wanita sementara hakim turut bersetuju dengan hujahan bahawa permohonan tersebut tidak wajar diluluskan kerana pemohon bukanlah wanita tulen.Tambahan pula, kata hakim, tiada peruntukan undang-undang negara ini yang membenarkan mana-mana pemohon untuk menukar atau mengubah status gender seks mereka dalam MyKad atau dokumen pengenalan diri yang lain.Mohd. Ashraf Hafiz melakukan pembedahan menukar jantina di Thailand pada 2009 setelah disahkan layak dari segi psikologi oleh Pusat Perubatan Pantai (PMC).
            Laporan akhbar sebelum ini melaporkan Mohd. Ashraf Hafiz berhasrat menukar nama bagi memudahkannya diterima masuk ke universiti tempatan untuk menyambung pelajaran sementara peguamnya, Horley Isaacs mendakwa anak guamnya itu mendapat sokongan penuh daripada ibu bapanya untuk berbuat demikian. Mohd. Ashraf Hafiz yang tidak hadir pada hari penghakiman sebelum itu, hadir pada 25 Mei lalu dengan berbaju kurung merah putih dan bertudung merah jambu ketika penetapan tarikh.
            Hakikatnya, masalah kecelaruan jantina bukan sesuatu yang baru di Malaysia dan masalah ini dilihat tidak akan hilang begitu sahaja. Bilangan kes nyata semakin meningkat dengan beberapa kajian di sekolah dan institusi pengajian tinggi (IPT) juga menunjukkan ‘pelapis’ golongan itu semakin ramai dengan rata-rata daripada mereka adalah terdiri daripada anak-anak Melayu.Walaupun tiada peruntukan undang-undang yang wujud ketika ini dapat mengekang gaya hidup songsang itu, namun kerajaan telah menegaskan negara ini tidak mengiktiraf hak individu yang menukar jantina termasuk perkahwinan sejenis.

3.4    Penguatkuasaan untuk menghalang wujudnya hubungan homoseksual

            Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) membantah penganjuran Seksualiti Merdeka yang dirancang untuk dianjur pada 9 hingga 13 November 2011 ini di Kuala Lumpur. Sebagai sebuah pertubuhan Islam, PEMBINA berpendirian jelas dan tegas bahawa gejala dan kelakuan songsang Lesbian, Gay, Bisexual dan Transgender (LGBT) adalah sesuatu perbuatan keji yang amat dilarang oleh agama, selari dengan firman Allah yang mengecam perbuatan tersebut dalam Al-Quran:
وَلُوطًا إِذْ قَالَ لِقَوْمِهِ أَتَأْتُونَ الْفَاحِشَةَ مَا سَبَقَكُم بِهَا مِنْ أَحَدٍ مِّن الْعَالَمِينَ (7:80)
إِنَّكُمْ لَتَأْتُونَ الرِّجَالَ شَهْوَةً مِّن دُونِ النِّسَاء بَلْ أَنتُمْ قَوْمٌ مُّسْرِفُونَ (7:81)
            “Dan (Kami juga telah mengutus) Lut (kepada kaumnya). (Ingatlah) tatkala dia berkata kepada kaumnya: “”Mengapa kamu mengerjakan perbuatan keji itu, yang belum pernah dikerjakan oleh seorang pun (di dunia ini) sebelummu? Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk melepaskan nafsumu (kepada mereka), bukan kepada wanita, malah kamu ini adalah kaum yang melampaui batas.” (7:80-81)
            Oleh itu, PEMBINA mengecam sebarang usaha menganjur, menggalak dan mempromosikan gejala dan kelakuan songsang golongan LGBT seperti program Seksualiti Merdeka. PEMBINA lantas menyeru pihak berkuasa menggunakan segala bidang kuasa yang ada bagi menghentikan penganjuran program tersebut sebagai bukti ketegasan terhadap prinsip dan nilai moral yang lurus.
            Dalam pada itu, sebagai usaha mencegah mahupun merawat, usaha-usaha tersusun perlu dirancang bagi memperjelas dan mendidik masyarakat bahawa perbuatan atau kecenderungan seks songsang merupakan sesuatu yang jijik, ditegah agama dan bertentangan dengan norma kehidupan. Segala jentera kerajaan, media massa dan medium pendidikan arus perdana perlu meletakkan nilai yang jelas dan tegas bahawa LGBT adalah sesuatu yang ditolak oleh semua. Badan-badan kerajaan, contohnya Kementerian Kesihatan, Kementerian Hal Ehwal Wanita perlu mewujudkan pusat pemulihan bagi mereka yang mengalami kecelaruan jantina.
            Disamping itu, jika sebelum ini Jabatan Agama Islam negeri bertegas dalam penguatkuasaan terhadap salahlaku zina, tindakan yang sama bahkan lebih tegas perlu diambil terhadap perlakuan homoseksual dan biseksual, dalam masa yang sama menghalang sebarang pembedahan transeksual.
            Selain itu, peranan media dan penguatkuasaan Kementerian Penerangan dan Lembaga Penapisan Filem amat penting untuk menghalang unsur-unsur kecelaruan jantina disiarkan ke media-media arus perdana, tabloid mahupun media alternatif.  Sebaliknya, media perlu menunjukkan bahawa kecelaruan jantina adalah satu musibah sedangkan penyaluran nafsu dan naluri pada tempat yang betul adalah rahmat dan ciri-ciri bangsa yang bertamadun.
Melihat keseriusan permasalahan ini, ditambah dengan gejala sosial lain yang pelbagai yang menyelinap masuk ke masyarakat Malaysia, PEMBINA memandang ini sebagai satu lagi seruan agar pembangunan jatidiri diterapkan dengan bersungguh-sungguh di semua peringkat dalam masyarakat baik lelaki, wanita, kanak-kanak, remaja, mahasiswa, belia dan masyarakat keseluruhannya.
            Golongan belia yang merupakan kelompok majoriti populasi Malaysia harus bertekad, berpegang kepada prinsip nilai-nilai suci dan sama-sama menolak perbuatan songsang LGBT yang keji dan menjijikkan. Belia juga harus memandang serius sebarang kecelaruan identiti dan jantina dikalangan masyarakat agar dapat mencegah dan merawat gejala di luar tabi’i ini.

3.5   Agensi-agensi Kerajaan yang terlibat dengan program PEERS

3.5.1        Kementerian Pelajaran
            Menurut Kementerian Pelajaran Malaysia (2010), Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial diajar melalui kurikulum Pendidikan Kesihatan. Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial adalah satu proses sepanjang hayat untuk memperoleh pengetahuan dan membentuk sikap, nilai serta kepercayaan terhadap identiti, perhubungan dan keintiman sesama insan. Pendidikan ini bukan hanya terbatas kepada isu seksual atau hubungan seks semata-mata. Pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial mencakupi pengetahuan dari aspek biologikal, sosiobudaya, psikologikal dan kerohanian ke arah amalan tingkah laku yang sihat dalam kehidupan.
Pada dasarnya, objektif Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial adalah untuk membantu murid :
        i.            membentuk pandangan yang positif tentang kesihatan reproduktif dan sosial untuk diri, keluarga dan masyarakat;
      ii.            menyediakan maklumat yang perlu diketahui supaya murid mengambil berat tentang kesihatan seksual dan keluarga sebagai institusi asas manusia serta menyumbang kepada pemeliharaan integriti institusi kekeluargaan secara berterusan dan berkekalan; dan
    iii.            memperoleh kemahiran membuat keputusan secara bijak dan bertanggungjawab tentang kesihatan dan tingkah laku seksual pada masa kini serta masa depan.

Berdasarkan cadangan pengagihan waktu pengajaran Pendidikan Kesihatan Tahun 1 dan Tahun 1 dan 2 Kurikulum Standard Sekolah Rendah, 75% atau 26 waktu (780 minit) diperuntukkan untuk Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS) atau pendidikan sex ini. Sesunguhnya, masa yang diperuntukkan sangat banyak berbanding dengan waktu bagi tatacara pemakanan (15%: 5 waktu) dan pertolongan cemas (10%: 4 waktu).
Argument Pendidikan Seks
  Menurut Dr. Harlina Halizah Siraj (2010), kaedah penyampaian pendidikan seksualiti tidak boleh disamakan dengan cara subjek matematik, biologi, fizik, geografi dan sejarah diajarkan di sekolah. Seorang pelajar masih boleh diajar menjadi cemerlang dalam bidang matematik tambahan, fizik dan kimia oleh guru di sekolah, sekalipun kedua ibu bapanya buta huruf dan tidak langsung mempunyai keupayaan menguasai subjek tersebut. Namun, pendidikan seksualiti yang harus mampu membentuk insan yang kamil dan sejahtera, perlu bermula dari sikap dan tanggapan yang betul di dalam rumah dan dijelmakan melalui interaksi sihat penuh hormat antara ahli keluarga. Pendekata, saranan yang menganggap gejala sosial akan mampu diselesaikan sekiranya pendidikan seksualiti diajarkan secara formal di sekolah semata-mata, tidak akan mencapai objektif.

Masih ramai yang ragu-ragu sama ada pendidikan seksualiti mempunyai tempat dalam aspek pendidikan anak-anak atau tarbiatul aulad. Merujuk buku Tarbiatul Aulad fil Islam ( Pedoman Pendidikan Anak-anak dalam Islam) karangan As-Syaikh Al Ustaz Dr Abdullah Nasih ’Ulwan, terdapat satu bab khusus `Tanggungjawab Pendidikan Seksual’
yang merangkumi adab meminta izin, adab memandang muhrim dan bukan muhrim serta
panduan menghindarkan anak-anak dari rangsangan seksual.

 Saya merasakan ini adalah satu perancangan yang sangat tidak cerdik bagi pihak berwajib kerana tindakan ini bukan hanya akan mengurangkan kadar gejala sosial malah akan meningkat secara mendadak. Hal yang sedemikian kerana murid Tahun Satu belum cukup matang untuk mempelajari subjek pendidikan seks, malahan subjek sains tentang tentang pembiakan dan sek sekunder diajar dalam tingkatan tiga dimana pelajar dalam peringkat itu sudah boleh menerima apa yang hendak disampaikan.

Presiden PMIUPM, saudara Muhammad Hazim bin Mohd Noh, berkata, pendidikan seks ini merupakan salah satu agenda yahudi yang mahu merosakkan umat Islam terutamanya remaja dan pemuda Islam. Pihak Yahudi sendiri mengakui umat Islam tidak akan dapat dikalahkan dengan peperangan kerana umat Islam mencintai mati sebagaimana mereka mencintai hidup. Oleh itu, hanya dengan merosakkan umat Islam secara halus sahaja akan berjaya melemahkan umat Islam.

Tun Dr. Mahathir Mohamad berpendapat bahawa pendidikan seks tidak perlu dijadikan sebagai subjek khas di sekolah-sekolah kerana sudah terdapat dalam pengajaran agama Islam. Beliau mengatakan lagi bahawa subjek khas mengenai seks tidak perlu tetapi memadai dengan menjelaskannya dengan baik mengenainya supaya anak-anak faham dan tidak mudah terpengaruh dengan nafsu. Menurut beliau, dalam subjek agama Islam telah dimasukkan perkara-perkara yang mengajar anak-anak berdisiplin dan mengawal nafsu kerana ia sebahagian daripada ajaran Islam.

“Akibat tidak mengawal nafsu bayi dibuang ke dalam tong sampah dan kerana itu dalam pembelajaran agama Islam perlu ditekankan tentang pentingnya pengawalan nafsu,” Tun Dr. Mahathir  Mohamad.

Tidak dapat dinafikan, keperluan seksualiti manusia berubah mengikut usia, tahap kematangan dan kehidupan serta status kesihatan seseorang.

 Pendidikan seks akan mendedahkan kepada kanak-kanak berkaitan hubungan seks. Perzinaan akan menghancurkan kesucian hubungan manusia dan membawa kepada banyak lagi kerosakan. Mengapa begitu? Kanak-kanak yang didedahkan dengan pengetahuan seks sememangnya perilaku mereka ingin tahu dengan lebih mendalam serta ingin mencuba. Secara tidak langsung, tabiat ini telah lari atau menyimpang daripada landasan sebenar pendidikan seks. Kerajaan Britain telah lebih dahulu mula mengajar pendidikan seks di sekolah-sekolah rendah dan seawal 7-8 tahun. Apakah mereka dapat menangani masalah ini? Kesannya masih mengecewakan. Malahan, peratusan hubungan seks luar nikah, pengguguran dan aktiviti berkaitan seks di Britian adalah antara yang tertinggi di Eropah. Walhal Belanda, yang memberi pilihan kepada penduduknya samaada untuk mengikuti kelas seks atau sebaliknya tanpa paksaan mempunyai peratusan yang rendah.

Menurut Siti Fatimah Abdul Rahman dalam Utusan Online, keluaran 18 Disember 2009 menyatakan,

“Baru-baru ini dilaporkan bahawa penyakit kelamin makin berleluasa di Amerika Syarikat (AS). Data yang ada menunjukkan bahawa jumlah kes chlamydia dan gonorea bertambah berbanding tahun sebelumnya. Begitu juga, gadis di usia 15 - 19 tahun mendapat jangkitan chlamydia tertinggi berbanding kumpulan usia yang lain.”

Nampaknya, pendekatan mereka dalam pencegahan penyakit ini yang menekankan kepada seks yang selamat, gagal menyelamatkan masyarakatnya. Apa sudah
jadi dengan pendidikan seks yang diamalkan di negara tersebut? Apakah peningkatan penyakit kelamin ini merupakan bukti kejayaan pendidikan seks di negara itu?

Seperti mana yang kita maklum, di AS, pendidikan seks diajarkan di sekolah-sekolah dan ia telah pun diajarkan untuk sekian lama. Sepatutnya, maklumat yang diperolehi oleh para pelajar daripada program itu dapat menjadikan mereka lebih 'bijak' dalam hal ini dan seterusnya mengurangkan risiko dijangkiti penyakit-penyakit kelamin. Ternyata, sebaliknya yang berlaku. Di mana silapnya? Jadi, adakah kita juga ingin mengambil risiko?
Bagaimana pula dari segi moralitinya? Sudah tentu acuan kita tidak sama dengan acuan sekular Barat kerana sistem nilai kita yang berbeza. Pendidikan seks dalam konteks masyarakat kita, khususnya umat Islam wajib bertunjangkan sistem nilai, moraliti dan akhlak Islam. Ini meliputi kandungan, kaedah pengajaran dan matalamat pendidikan itu. Yang pasti teknik pengajaran serta intipati pembelajaran untuk memberi panduan “safe sex” adalah berbeza dengan matlamat untuk melahirkan insan yang soleh dan seimbang. Situasi ini secara jelas seumpama mengajak anak-anak kita untuk mendampingi seks bebas.

Amalan berpasang-pasangan yang semakin berleluasa di sekolah-sekolah menengah dan telah pun menular ke sekolah-sekolah rendah merupakan persekitaran yang merangsang kepada suasana yang mengganggu ke arah pembentukan disiplin pelajar. Suasana ini hanya akan memberi ruang dan peluang kepada pelajar-pelajar untuk melihat pendidikan seks sebagai ilmu untuk memenuhi tuntutan nafsu semata-mata. Perlu diingatkan bahawa memenuhi tuntutan nafsu seperti nafsu makan dan nafsu seks merupakan fitrah manusia, walau bagaimanapun fitrah tersebut haruslah dipandu dan dikawal supaya ianya tidak menjurus ke arah kemusnahan manusia itu sendiri.

Pendidikan seks dalam konteks masyarakat kita, khususnya umat Islam wajib
bertunjangkan sistem nilai, moral dan akhlak Islam. Ini meliputi kandungan, kaedah
pengajaran dan matlamat pendidikan itu. Yang pasti teknik pengajaran serta inti pati pembelajaran untuk memberi panduan ‘seks selamat’ adalah berbeza dengan matlamat untuk melahirkan insan yang salih dan seimbang. Dalam Islam misalnya, segala hal berkaitan dengan seks terangkum dalam perbahasan yang lebih luas mengenai peraturan dan hukum hakam serta perkara yang berkaitan dengan hubungan lelaki dan wanita yang semua terangkum dalam perbincangan ‘munakahat.’ Di sesetengah tempat seperti di Johor, pendidikan mengenai munakahat ini sudah pun diajarkan kepada pelajar peringkat rendah.

3.5.2        Kementerian Kesihatan
            Bagi menyediakan remaja di dalam menangani HIV dan AIDS, kerajaan telah melaksanakan modul kesedaran HIV di dalam Latihan Khidmat Negara. Program tiga hari itu telah mula dilaksanakan pada bulan September 2007 dan kini sebanyak 4 kumpulan telah mengikuti program tersebut menerusi seramai 800 fasilitator di seluruh negara. Program ini akan diteruskan bagi intake-intake yang akan datang.
bawah kepimpinan Kementerian Kesihatan Malaysia, aktiviti saringan HIV telah diperluaskan di seluruh negara, terutama di kemudahan kerajaan yang meliputi Klinik Kesihatan serta Hospital.

3.5.3        Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN)
Modul Pembangunan Remaja - (Permata Kasih)
            Membimbing remaja dalam membangunkan nilai-nilai positif seperti penyayang, peka, pengasih, bertanggungjawab dan mempunyai personaliti yang baik selaras dengan aspirasi keluarga, masyarakat dan negara.
            Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Datuk Aminah Abdul Rahman berkata, “PEERS lebih menyeluruh iaitu merangkumi pengetahuan dari aspek biological, sosiobudaya, kematangan emosi, kematangan mental dam kerohanian berbanding dengan pendidikan seks yang hanya tertumpu pada aspek biologi sahaja,” (Utusan Malaysia, 3 April 2010).
    Pendedahan mengenai pendidikan kesihatan reproduktif dan seks dilihat kurang berkesan kerana ibu bapa dan guru-guru segan membincangkan perkara itu secara terbuka (Utusan Malaysia, 23 Mac 2012). Perkara ini diulas oleh Setiausaha Agung Persekutuan Persatuan-persatuan Kesihatan Reproduktif (FRHAM), Dr. Kamaruzaman Ali berkata, tidak banyak ibu bapa mampu membincangkan mengenai perkara pendidikan tersebut dengan anak-anak sedangkan mereka adalah individu paling layak.
    Hal ini berkemungkinan berlaku kerana beberapa faktor. Antaranya ialah ibu bapa tidak mempunyai pengetahuan asas tentang subjek seks, guru mengelak daripada membincangkan topik berkaitan reproduktif dan seks, dan juga masyarakat yang masih memandang negatif terhadap pendidikan seks. Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Puad Zarkashi berkata peranan ibu bapa serta penerimaan masyarakat adalah penting bagi membantu guru dalam memastikan keberkesanan pelaksanaan kurikulum pendidikan kesihatan reproduktif ini kepada pelajar. “Sikap keterbukaan ibu bapa dalam membincangkan hal-hal berkaitan seksualiti dengan anak-anak mereka sendiri dan sokongan pihak –pihak lain kepada guru secara tidak langsung dapat membantu keberkesanan kurikulum ini di sekolah,” (Utusan Malaysia, 27 April 2010).


4.0   KEPENTINGAN PENDIDIKAN KESIHATAN REPRODUKTIF DAN SOSIAL (PEERS) DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN KESIHATAN
4.1   Meningkatkan pengetahuan dan kesedaran dalam jalinan perhubungan
PEERS adalah satu proses sepanjang hayat untuk memperoleh pengetahuan dan membentuk sikap, nilai dan kepercayaan terhadap identiti, perhubungan serta keintiman sesama individu. Justeru,  pengetahuan yang dibekalkan itu akan mencakupi pengetahuan dari segi biologi, sosiobudaya, psikologi dan kerohanian serta tidak hanya berfokus isu seksual semata-mata. Pembahagian dan pengisian dari sudut kepentingan pengisian dalam PEERS pula, pengetahuan yang diberi akan dipecahkan kepada dua tahap berdasarkan peringkat umur murid-murid sekolah rendah. Tahap satu melibatkan pelajar darjah satu hingga tiga dan skop utama dalam PEERS akan mengajarkan perbezaan fizikal lelaki dan perempuan, tanggungjawab menjaga kebersihan diri, kepentingan memelihara kehormatan diri, pengurusan perasaan dan kemahiran mengatakan ‘tidak’ kepada sentuhan yang tidak selamat. Manakalan, pelajar darjah empat hingga enam yang dikategorikan dalam tahap dua akan diajar mengenai perubahan fizikal, pengurusan konflik, sistem reproduktif, kemahiran memelihara kehormatan diri, risiko perhubungan seks sebelum perkahwinan, jangkitan penyakit seksual dan kemahiran mengatakan ‘tidak’ kepada rokok, dadah dan alkohol. Terdapat enam perkara akan ditekankan dalam mata pelajaran Pendidikan Kesihatan yang bakal dilaksanakan di semua jenis sekolah rendah seluruh negara nanti.
Perkara-perkara tersebut adalah kesihatan diri dan reproduktif, penyalahgunaan bahan, kemahiran pengurusan mental dan emosi, kekeluargaan, perhubungan serta pencegahan penyakit. Ironinya, tidak ada kekeliruan berhubung istilah mata pelajaran seks yang bakal diajar kerana pendekatan yang digunakan bukan tertumpu pada elemen seksual semata-mata sebaliknya berkonsepkan kehidupan kanak-kanak itu sendiri.
PEERS memberi kesedaran dan membantu murid membentuk pandangan yang positif tentang kesihatan reproduktif dan sosial, menyediakan maklumat yang perlu diketahui supaya mereka mengambil berat tentang kesihatan seksual, dan membantu mereka memperoleh kemahiran membuat keputusan yang bertanggungjawab pada masa kini serta masa depan.
      PEERS turut memberi pendedahan kepada kemahiran pengurusan mental dan emosi seperti konflik, tekanan diri, keluarga dan masyarakat serta kepentingan institusi perkahwinan, kekeluargaan, peranan dan tanggungjawab ahli keluarga.  Turut diajar langkah keselamatan diri di rumah, sekolah, taman permainan, tempat awam serta akta perlindungan bagi kanak-kanak, gadis, wanita, termasuk kemahiran mengelak daripada ancaman orang tidak dikenali dan orang perlu dihubungi jika berlaku gangguan, ancaman serta kecemasan. Ini penting kepada kanak-kanak di peringkat sekolah rendah dalam menjaga hal ehwal keselamatan diri.


4.2    Peranan guru dalam mengaplikasi model PEERS yang berkesan
Modul pengajaran guru ini akan membantu guru-guru berkomunikasi dengan lebih efektif dan interaktif bersama pelajar serta membimbing pendidik menyediakan alat bantu mengajar secara kreatif sama ada secara digital mahupun bercetak. Dalam pada itu, guru-guru juga akan menjalani sesi orientasi bersama jurulatih yang dikhaskan oleh kementerian bagi menyalurkan pengetahuan yang tepat kepada pelajar kelak.
 PEERS mungkin boleh diajar oleh guru-guru pendidikan moral, namun isi kandungan yang berkaitan sains seperti sistem reproduktif, maklumat kehamilan dan kelahiran dan penyakit-penyakit kelamin perlu dihuraikan oleh individu yang benar-benar arif. Cara pelajar menjaga maruah diri dan perkara berkaitan bidang sains boleh diajar oleh mana-mana guru namun sekiranya ada sesi soal jawab antara pelajar dan guru, perkara yang janggal akan timbul jika seseorang pendidik itu tidak mahir sepenuhnya. Pelajar juga kemungkinan akan bertanyakan soalan yang tidak bersangkutan tentang seks seperti orientasi seksual dan ketika inilah kredibiliti pendidik bakal teruji.
Ahli Psikologi Perkembangan Manusia Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Khaizil Ismail memberitahu, pendidikan seks perlu diajar secara menyeluruh serta dipandang dari sudut positif berikutan usaha untuk memberi pengetahuan dalam bidang ini adalah langkah yang murni. Oleh itu, Khaizil menyarankan agar penyampaian yang betul oleh warga pendidik amat penting berikutan risiko penyalahgunaan pengetahuan yang diterima pelajar adalah tinggi. Para guru perlu dilatih semula kerana mereka seolah-olah tidak yakin dan kurang pengetahuan tentang kaedah yang sesuai dengan peringkat umur pelajar Ibu bapa perlu memainkan peranan utama dalam memantau perkembangan sikap dan perilaku anak-anak. Guru-guru pula harus menyalurkan pengetahuan tentang dunia seksualiti ini menerusi pendekatan berarah kekeluargaan. Justifikasinya, wujud hubungan yang erat antara guru, ibu bapa dan kementerian pendidikan dalam melaksanakan PEER dengan berkesan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu untuk melahirkan insan yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, intelektual dan rohani.
            4.3 Membentuk Kesejahteraan Keluarga
             Keluarga merupakan unit asas produktif dan reproduktif dalam masyarakat. Ironinya dalam membentuk kesejahteraankeluarga,  sesebuah keluarga seharusnya mengamalkan cara hidup sihat sudah pastinya akan menghasilkan anak-anak yang mempunyai status kesihatan reproduktif yang lebih baik. Sementelahan pula,  Setiap ahli keluarga mempunyai keperluan reproduktif yang khusus dan sekiranya difahami ia akan mengukuhkan kesejahteraan keluarga. Keluarga yang mengamalkan cara hidup sihat akan menyalurkan nilai-nilai positif kepada generasi muda. Malah, setiap keluarga perlu mempertingkatkan pengetahuan mengenai hal-hal kesihatan reproduktif bagi  membolehkan setiap anggota keluarga dapat membuat keputusan dan tindakan yang bijak.
        Hal ini penting kerana setiap anggota keluarga mempunyai peranan dalam mempertahankan dan menggalakkan amalan tingkah laku seksual yang sihat. Keluarga yang mengamalkan cara hidup sihat adalah keluarga yang sejahtera.


5.0 IMPLIKASI KE ATAS PERKEMBANGAN MURID
     PEERS mencakupi pengetahuan dari aspek biologikal, sosiobudaya, psikologikal PEERS mencakupi pengetahuan dari aspek biologikal, sosiobudaya, psikologikal dan kerohanian ke arah amalan tingkah laku yang sihat dalam kehidupan dan tidak hanya berfokus kepada isu seksual. Contohnya, skop PEERS dalam kurikulum Pendidikan Kesihatan pada Tahap Satu sekolah rendah merangkumi topik perbezaan aspek fizikal lelaki dan perempuan, tanggungjawab menjaga kebersihan diri, kemahiran berkata TIDAK kepada sentuhan tidak selamat, kepentingan memelihara kehormatan diri serta pengurusan perasaan. Adalah menjadi hasrat KPM untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat dan seterusnya merealisasikan kejayaan PEERS. Kejayaan ini memerlukan penggemblengan usaha dan kerjasama berterusan daripada semua pihak terutamanya ibu bapa dalam mendidik anak dengan maklumat dan pengetahuan PEERS yang sempurna.

1.1   Kognitif
      Lawrence Kohlberg (1984) membina satu model perkembangan moral berasaskan Teori Piaget (1932) yang menghuraikan bahawa perkembagan moral adalah ditentukan oleh perkembangan kognitif. Piaget mengandaikan bahawa cara seseorang individu mempertimbangkan isu moral adalah kepada peringkat kognitifnya. Dalam konteks ini, kandungan PEERS dalam Pendidikan Kesihatan digubal berdasarkan kepada tahap perkembangan kognitif dan kesesuaian peringkat umur kumpulan sasaran. Setiap individu perlu dilengkapi dengan kemahiran membuat keputusan konstruktif, bijak dan bertanggungjawab dalam menangani situasi berisiko. Murid-murid seawal usia 7 tahun dilatih untuk meningkatkan kemahiran daya berfikir agar mereka dapat mengenal pasti sesuatu yang betul atau salah. Hal ini demikian kerana, kanak-kanak seusia 7 tahun merupakan ancaman terhadap ancaman keselamatan. Apa yang lebih penting murid dapat bertindak pantas dalam menjaga keselamatan diri di rumah, sekolah, taman permainan dan tempat awam. Ini juga akan meningkat pengetahuan mereka dari segi pelaksanaan akta perlindungan bagi kanak-kanak, gadis dan wanita, termasuk kemahiran keselamatan diri iaitu mengelak diri daripada ancaman orang yang tidak dikenali dan orang yang perlu dihubungi jika berlaku gangguan, ancaman serta kecemasan.


1.2     Psikomotor
Psikomotor melibatkan perkembangan diri seseorang individu dari aspek pergerakan tubuh badan. Ini amat berkaitan dengan perbuatan seseorang individu dalam menjalin hubungan. Domain psikomotor dalam konsep PEERS adalah berkait rapat dengan kemahiran seseorang individu. Apa yang lebih penting, PEER dapat memberi implikasi positif terhadap keupayaan dan kemahiran seseorang individu untuk menangani pengaruh dalaman serta luaran yang mempengaruhi kesihatan diri dan reproduktif. Dalam konteks perkembangan kanak-kanak, kanak-kanak akan menunjukkan tingkah laku yang kurang stabil apabila mereka mula masuk ke peringkat baru kerana menghadapi pengubahsuaian kemahiran koordinasinya.
PEERS sudah pastinya dapat membantu kanak-kanak menghadapi perubahan perkembangan ke peringkat baharu. Dalam konteks ini, kejayaan dalam melakukan sesuatu perkara mendorong mereka untuk mengulanginya, manakala kalau mereka gagal dalam melakukan sesuatu perkara akan mengundang kekecewaan dan seterusnya mereka tidak akan melakukannya lagi. Ternyata, sekiranya tanpa bimbingan yang berkesan, sudah pastinya mereka akan melakukan perkara yang bertentangan dengan nilai-nilai dalam kehidupan. Justeru, bermula dari satu tahun 1, PEERS telah diterapkan dalam KSSR Pendidikan Kesihatan dengan objektif-objektif yang ditetapkan.

1.3     Afektif
Kesan perkembangan afektif  individu melibatkan sikap, emosi, apresiasi, dan nilai dan pembentukan sahsiah. Kemahiran bersosial atau bergaul pula melibatkan interaksi dan corak komunikasi dengan orang lain. kanak-kanak amnya perlu didedahkan dengan kemahiran bersosial serta etiket perhubungan sama ada dengan rakan sejantina ataupun berlainan jantina. Hal ini demikian penting kerana mereka akan mengetahui tentang batas-batas pergaulan dalam perhubungan sosial. PEERS dapat membantu mereka untuk mengenali perbezaan antara lelaki dan perempuan serta fungsi setiap tubuh badan mereka yang berlainan jantina. Ini secara tidak langsung mendidik mereka untuk menjaga keselamatan diri mereka. Bukan sahaja aspek perhubungan yang perlu dititikberatkan, malah hubungan mereka dengan keadaan persekitaran mereka. Ironinya, persekitaran yang bersih menjamin kesihatan diri mereka. PEERS turut menekankan aspek kawalan emosi dan stress, ini dapat membantu kanak-kanak khususnya golongan remaja daripada gejala yang tidak sihat. Pengurusan tekanan stress dapat mengurangkan tekanan dan juga dapat mengenalpasti tekanan yang dihadapi serta kaedah untuk mengurangkan serta mengatasi tekanan. Jika sedikit tekanan yang dihadapi, ia boleh dianggap sebagai motivasi tetapi jika berat tekanan yang dihadapi, ia boleh menyebabkan seseorang itu boleh terlibat dengan dadah dan alkohol jika mereka salah dalam memilih kaedah untuk menangani stress. Justeru, penjagaan kesihatan diri amat penting kerana ia memberi pengukuhan fizikal, emosi, rohani dan jasmani bagi setiap individu supaya lebih bersedia untuk mengetahui akan kesihatan, kecantikan, kekemasan dan kebersihan diri yang sempurna.

6.0  PENUTUP

Pertubuhan guru membantah cadangan memperkenalkan pendidikan kesihatan reproduktif sebagai satu subjek di sekolah kerana ia disifatkan bukan penyelesaian kepada masalah sosial dalam kalangan remaja, sebaliknya hanya menambah beban guru (Berita Harian, 22 April 2010). Yang Dipertua Persidangan Kebangsaan Pengetua-Pengetua Sekolah Menengah Malaysia (PKPSMM), Azam Md Atan, turut membantah cadangan itu dan menegaskan usaha membanteras gejala seks bebas dan buang bayi bermula di rumah. “Asas didikan fardhu ain oleh ibu bapa di rumah amat penting untuk mengelakkan remaja daripada muda terjebak dengan gejala itu. Justeru PKPSMM tidak mempersetujui idea itu kerana ia jelas bukan langkah penyelesaian sebenar. Tambahan pula, beban tugas guru sudah terlampau banyak di sekolah” katanya.
   Mengajar adalah core-business seorang guru. Jadi sepatutnya tidak timbul pengajaran PEERS boleh menambah beban tugas guru kerana tugas utama guru adalah mengajar. Mungkin pada mulanya tugas guru yang mengajar PEERS banyak kerana guru PEERS perlu menghadiri kursus dan latihan khusus sebelum mengajar subjek ini. Tetapi kursus ini juga adalah untuk meningkatkan kemahiran profesional guru. Guru yang berkualiti adalah guru yang mempunyai ilmu yang luas dan mendalam terutamanya dalam subjek yang diajar. Kursus dan latihan ini juga termasuk dalam tugas rasmi seorang guru.  PEERS tidak menambah beban tugas guru.
    Kesimpulannya, PEERS sesuai untuk diajar di sekolah kerana murid-murid memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar dalam memahami perkara berkaitan kesihatan reproduktif dan sosial. Ini disokong oleh pandangan sarjana Abdullah Nasir Ulwan, beliau menyebut bahawa pendidikan anak-anak dalam Islam ini meliputi tujuh kompenan dan salah satu daripadanya ialah pendidikan seks.

BAHAN RUJUKAN
           
Esah Sulaiman (2003) Modul Pengajaran Asas Pedagogi, Cetak Ratu Sdn. Bhd.
Ismail Daud, Bernama, 05 Jun 2005
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (2012) Tahun 3. Kementerian Pelajaran Malaysia.
Mok Soon Sang (2003) Potensi Manusia: Teori Pelbagai Kecerdasan dan Kecerdasan Emosi. Subang Jaya:Kumpulan Budiman Sdn Bhd.
Modul QGU 3013 : Kurikulum Kontemporari Dalam Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris

----------------------------------------------------------------------------------------------

MEI 2013
FUN AND LITERACY-RICH ENVIRONMENT FOR STUDENTS TO LEARN ENGLISH
1.0  INTRODUCTION
Teaching English as a Second Language in Malaysian is not an easy undertaking. The learner is exposed to English depending to the environment he or she is in (David, 2000). Learners who live in urban areas are more exposed to English as there are many opportunities for them to hear, speak and practice the language. Whereas, learners who grow up in rural areas and FELDA (Federal Land Development Authority), where the population consists of mainly one ethnic group, would have little exposure to English. Furthermore, in such environment, the learners may have indifference attitudes towards the use of learning and use of the English language. That is why it is vital for me to provide a literacy-rich environment for them and motivates them to learn and use the language through fun games and activities.

According to Merriam-Webster’s Learner’s Dictionary (2005), fun is something enjoyable, amusing and entertaining for someone and literacy means knowledge that relates to a specific subject. Environment can be defined as the conditions and influences that surround the learners. In order to learn English, the learners need to have the right environment where the learners can learn effectively. According to the Modul KAB 3023:Teaching English for Young Learners, a literacy-rich classroom is a classroom where learners are motivated to learn and interact with one another.



2.0  FUN AND LITERACY-RICH
Through my experience in teaching in a FELDA area for almost 24 years, (1987 – 2011) I can safely say that the learners mostly are exposed to the usage of English in schools. They lack the opportunity to speak and practice the language outside the classroom. The environment at home do no encourage them to speak the language as they prefer to use their mother tongue to communicate or the people at home do not know how to speak the language. This is a lack of motivation and it is a hindrance to these learners to be interested in the language as they do not see the use of it in.

3.0  THE IMPORTANCE OF LITERACY-RICH
            All classroom needs to have a literacy-rich environment for it is essential for the learners to develop early reading and writing skills. Teachers need to be aware and decorate the classrooms with fun, exciting and effective materials to stimulate the learners to explore their surrounding, use the materials around them to solve problem and help them to develop literacy skills necessary for them to use in their everyday lives later on. It serves as a self access centre for the learners who could go exploring on their own, with peers or with the teachers. The exciting environment created would also stimulate the learners to participate in activities that reflect on real life situations and expose them to the functions of oral and written languages (Modul KAB 3023).

            According to Tyson (2013), young learners needs to learn that everything that surround them have meanings. The prints and labels in the classroom help them to be aware of that. The learners are able to see how words are arranged in the various written materials in the reading centre and how they differ with the labels on items in their classroom. This in turn will stimulate their schemata and make them ask questions. The inquisitive minds of young learners are essential in the learning process and this is one of the things teachers need to achieve in creating the literacy-rich environment.

4.0  THE PURPOSE OF LITERACY-RICH
            The ultimate purpose of a literacy-rich environment is to provide a setting or a controlled environment where the learners have access to ideas, places, characters and information they could not have met outside the classroom or on their own (Riner,2000).

The various forms of text used such as oral, print and other types of communication are selected to be as close and as real as the genuine text as possible. Printed texts like bus and cinema tickets, bus schedule, shopping lists and receipts are materials that the learners are familiar with and would draw their interest to participate in the activities based on these materials.  According to the Modul, the teacher needs to choose the appropriate materials that the learners are familiar with.

            The inviting atmosphere of the classroom appeals to the learners and motivates them to learn. The designs, colours, decorations as well as seating arrangements are dedicated to give the learners optimum exposure to the language through listening, speaking, reading and writing skills. The learners’ work displayed in the classroom would boost their confidence thus, making them more active to engage in activities (Tyson, 2013).

5.0  LITERACY-RICH CLASSROOM ACTIVITIES
            According to Riner (2000), a classroom with various literacy activities encourages learners’ early exploration of reading and writing. These activities include storytelling and drama, conversations with the learners, shared reading and writing and many more. All these literacy experiences need to be frequent and made into routine.

            Stories and drama are introduced to young learners through story telling. From my experience, I believe that by reading the same book aloud for several days, the learners will become familiar with it and able to act it out. Stories are important to learners because they associate written words with the spoken ones. Stories contain words and sentence structure as well as grammar, in which learners will be familiar with overtime. This will expand their vocabulary and their knowledge at the same time.

            Teachers need to take time to talk to the children in the language because through talking to them, we will gather important information about their background and we will be able to ascertain the abilities, interest and knowledge about the language. Talking to the learners also would built rapport and showing that the teachers value what a learner has to say. By talking, the teachers become the models for appropriate vocabulary and grammar in conversation.

Opportunities in reading and writing should be provided in all areas. For example, note pads, catalogues, magazines, health posters and brochures. This will help the learners to understand that writing is important in all aspects of life. These writings can also take many forms and there are different ways of writing. It also can have different purposes and various uses.

6.0  TEACHER’S ROLE
Teachers play a very important role in making the learning environment safe, non-threatening and conducive to the learners. This means that the teacher needs to stimulate the learners’ need to learn by creating the décor or the space in the classroom, plan and execute varieties of fun activities aiming to provide the opportunities for the learners to develop their knowledge and use it in their daily lives (Modul KAB 3023).

7.0  CLASSROOM DESIGN
            Classrooms needs to be designed in such a way that it gives opportunities for the learners to move and interact with the teachers or one another. It also gives opportunities for the learners to explore a wide variety of tools and materials for their literacy growth (Justice, 2004).

7.1 Classroom Displays
The classroom environment needs to have a variety of visual and mentally-stimulating materials put up on the wall and in the classroom so that the learners are surrounded with printed and visual materials (Tyson, 2013). Every item in the classroom should be labeled with the English as well as the first language of the learners so that they will learn and not feel threatened by it. According to the Modul KAB 2023, these labeling should be in legible print and located where they are easily seen by the learners.

7.2  Reading Centre
            Every classrooms need to have a reading centre or corner to encourage reading habits. It must be stocked with a variety of reading materials. The collection should include books of at least three grade levels that cover a range of topics and genres (Justice, 2004). This coincides with the Extensive Reading Programme introduced in my school where the learners reads English books in their own time and records them. According to the Tyson (2013), the reading centre should have comfortable seating and plenty of rooms for the learners to roam. Teachers need to make sure that the reading centre or corner is tidy, interesting and inviting.

7.3  Writing Centre
A variety of writing tools and materials for the learners to write upon must be well-stocked in the writing centre. Young learners need to practice their handwriting as well as their motor skills. In my experience, the best method to develop motor skills in young learners is by using the big pencils or crayons and later on changed to standard-sized writing tools (Modul KAB 3023).

8.0  CONCLUSION
            As shown in this paper, it is very important, even vital, for English teachers to create an environment for the learners to learn the language especially for those who live in an environment where there is a lack of opportunity to use and practice the language. A lively, fun and literacy-rich classroom, hopefully, would be able to entice the learners to explore, participate and enjoy the learning process. It is not an easy task to create a fun and literacy-rich classroom but it is essential for the learners’ development of knowledge and language skills to prepare them towards a better future.


REFERENCE
 Cunningham, P. M. & Allington, R. L. (1994). Classroom That Work : They Can All Read and Write. (4th ed.). United States of America : Pearson Education Inc.

Ainon Omar and Leela Chakrabarty (2013). Modul KAB 3023 : Teaching English To Young Learner. Tanjong Malim : Universiti Pendidikan Sultan Idris

David, M. K. (2000). The status and role of of English in Malaysia: Ramification
            for English language teaching. English Australia18, 141-50.

Justice, L. M. (Nov-Dec 2004). Creating language-rich preschool environment. Teaching Exceptional Children. Vol 37(2): pp. 36-44.

Merriam-Webster's Learner’s Dictionary (17th ed.).(2005). Springfield, MA: Merriam-Webster.
Riner, P. S. (2000). Successful Teaching in the Elementary Classroom. New Jesey: Prentice Hall Inc.

Tyson, K (2013). The elements of a literacy-rich classroom environment. TeachThought. Retrieved from http://www.teachthought.com/literacy-2/the-elements-of-a-literacy-rich-classroom-environment/


-----------------------------------------------------------------------------------
MEI 2013
PRINSIP-PRINSIP ASAS DALAM KAEDAH GABUNGAN BUNYI KATA (KGBK)

1.0   PENDAHULUAN
            Kebolehan membaca merupakan salah satu kemahiran yang mesti dikuasai oleh setiap individu. Kepentingan membaca tidak dapat disangkal dan terbukti melalui ayat AI-Ouran pertama yang diturunkan oleh Allah S .W .T. kepada Nabi Junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. di bulan Ramadan. Ayat yang tersebut ialah surah Al' Alaq ayat 1 -5 yang bermaksud:
"Bacalah (Wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu. Yang menciptakan (sekalian makhluk).la mencipta manusia dari segumpal darah. Bacalah demi nama Tuhanmu yang maha pemurah. Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan .Yang mengajar manusia apa yang tidak ketahuannya"
            Ayat ini menunjukkan betapa agama Islam menitikberatkan pencarian ilmu.Mencari ilmu adalah satu kewajipan.Surah ini juga menghuraikan agar setiap ummah membaca dan menulis.IImu dapat diperolehi melalui pembacaan.Penerokaan ilmu melalui membaca dapat memperluaskan pemikiran dan idea serta meningkatkan kreativiti seseorang dalam pelbagai bidang ilmu (Kamarudin dan Siti Hajar, 1996).
            Pelbagai usaha seperti pameran buku, penubuhan pusat sumber, perpustakaan bergerak dan kempen membaca telah diadakan di bandar dan luar bandar untuk menggalakkan semua lapisan masyarakat membaca dan seterusnya meningkatkan kadar literasi penduduk di negara ini. Usaha ini telah membuahkan kejayaan. Umpamanya dalam Laporan Profil Membaca Rakyat Malaysia 1996, telah menunjukkan kadar literasi penduduk negara ini meningkat dari 84% pada tahun 1 995 kepada 92% pada tahun 1 996 (Perpustakaan Negara Malaysia , 1 998). Dalam laporan tersebut juga didapati 79% kanak-kanak 5-9 tahun boleh membaca.Ini merupakan satu gambaran pola di mana kanak-kanak boleh membaca pada peringkat awal lagi.Oleh itu ibu bapa dan guru memainkan peranan yang amat penting untuk menggalakkan kanak-kanak membaca di peringkat awal.

2.0  KEPENTINGAN MEMBACA
            Kebolehan membaca di peringkat awal dapat membantu kanak-kanak menguasai pembelajaran apabila di sekolah rendah. Kemahiran membaca amat penting kerana ia merupakan asas untuk mempelajari bidang-bidang yang lain. lanya sama penting dengan kemahiran mengira dan menulis.
            Membaca juga menjadi ukuran kejayaan bagi murid di sekolah (Kamarudin dan Siti Hajar, 1996).Kemahiran ini membolehkan mereka terus bersaing menerokai pengetahuan terkini contohnya bidang teknologi maklumat.Ramai dikalangan masyarakat dan ibu bapa telah menyedari hakikat bahawa mengajar membaca di peringkat awal dapat membantu anak menerakai ilmu lebih awal.Untuk membolehkan kanak-kanak menguasai kebolehan membaca tentunya ada kaedah-kaedah yang boleh digunakan untuk mengajar membaca.

3.0  KAEDAH KGBK
Terdapat pelbagai cara dan kaedah untuk mengajar kanak-kanak membaca di antaranya ialah kaedah abjad (Isahak, 1 990), kaedah suku kata (Safiah, 1983; Zaidah, 1975), kaedah fonik (Smith, 1988) dan kaedah seluruh perkataan (Cambell, 1995; Durkin , 1987; Doman dan Doman, 1994) .
            Setiap kaedah tersebut mempunyai kelemahan dan kebaikannya.Walaubagaimanapun bagi memperolehi pengajaran awal bacaan yang lebih berkesan adalah sebaik-baiknya guru menggabung kesemua ciri-ciri yang terbaik kaedah-kaedah mengajar membaca (Isahak, 1990). Dengan cara ini juga guru dapat mempelbagai cara pengajaran disamping meningkatkan kreativiti pengajaran.
            Antara kaedah yang  yang diperkenalkan ialah kaedah Gabungan Bunyi Kata (KGBK) ialah kaedah yang menggabungkan proses mengajar mengenal bunyi huruf dengan membina dan membaca perkataan serta dapat membaca frasaatau ayat. Selain itu, kaedah ini merupakan satu alternatif kepada kaedah abjad atau fonik dan kaedah seluruh perkataan.Kaedah ini merupakan kaedah yang mudah dan berkesan untuk memulih murid yang tidak boleh atau lemah membaca.
Kaedah  ini dihasilkan adalah adalah kaedah mengajar 2M iaitu membaca dan munulis. Ia adalah aktivti mengenal bunyi bebapa huruf vokal dan konsonan. Ia juga bertujuan untuk membolehkan kanak-kanak mengenal suku kata dan seterusnya membina dan membaca perkataan, frasa atau ayat.


4.0 HURAIAN PRINSIP-PRINSIP ASAS DALAM KAEDAH GABUNGAN BUNYI KATA.
            Kaedah gabungan bunyi-kata (KGBK) bagi pengajaran awal bahasa Melayu berbeza dengan pendekatan fonik-abjad atau seluruh perkataan.
            KGBK menyatakan bahawa kekuatan yang terdapat dalam pendekatan abjad-fonik (iaitu sebut dan bunyi huruf) dan kekuatan yang terdapat dalam pendekatan seluruh perkataan, iaitu mengguna ‘perkataan’ yang bermakna kepada murid, boleh digabungkan secara sistematik untuk mengajar awal 2M bahasa Melayu.
            Ada beberapa ciri istimewa yang terdapat dalam bahasa Melayu, yang tidak terdapat dalam bahasa Inggeris, bahasa Perancis atau bahasa Cina, yang memungkinkan kaedah KGBK ini digunakan untuk mengajar kanak-kanak membaca dan menulis bahasa Melayu dengan lebih mudah dan sistematik.

4.1 SISTEM EJAAN BAHASA MELAYU ADALAH SISTEMATIK DAN FONEMIK
            Prinsip ini bermaksud setiap huruf abjad a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t u v y z mewakili satu bunyi fonem kecuali huruf ‘e’.  Contohnya huruf ‘b’ bunyinya ‘bh’, ‘c’ bunyinya ‘ch’, ‘d’ bunyinya ‘dhh’, ‘m’ bunyi ‘mm’ dan sebagainya. Hanya huruf ‘e’ mempunyai dua bunyi fonem, iaitu ‘e’ taling seperti dalam perkataan ‘emak’, ‘enam’ dan ‘e’ pepet seperti dalam ‘ekor’ dan ‘elok’.  Berikut adalah contoh bunyi fonem bagi setiap huruf abjad dari a hingga  z.



Huruf
Konsonen

Fonem

Bunyi
Ejaan
Sebutan

b
c
d
f
g
gh
h
j
k



kh
l
m
n
ng
ny
p
q
r
s
sy
t
v
w
x
y
z


[b]
[c]
[d]
[f]
[g]
[gh]
[h]
[j]
(1)[k]
(2)   ?
(3)   ؟
(4)[q]
[kh]
[l]
[m]
[n]
[ng]
[ny]
[p]
[q]
[r]
[s]
[sy]
[t]
[v]
[w]
[z]
[y]
[z]

bola
catat
dada
fakir
gabus
ghazal
harga
jaga
kala
kapak
nikmat
kadi
khairat
lalai
madah
nafkah
ngeri
nyala
papar
qari
rapat
saham
syirik
tajam
virus
wajah
xylem
yuran
zapi

[bo.la]
[ca.tat]
[da.da]
[fa.kir]
[ga.bus]
[gha.zal]
[har.ga]
[ja.ga]
[ka.la]
[ka.pa?]
[ni؟mat]
[qa.di]
[khai.rat]
[la.lai]
[ma.dah]
[naf.kah]
[nge.ri]
[nya.la]
[pa.par]
[qa.ri]
[ra.pat]
[sa.ham]
[syi.rik]
[ta.jam]
[vi.rus]
[wa.jah]
[zi..lem]
[yu.ran]
[za.pin]
           
4.2 SUKU KATA BAHASA MELAYU ADALAH JELAS
Prinsip yang kedua ialah suku kata bahasa Melayu jelas.Suku kataialah unit penyusunaturan bunyi pertuturan. Contohnya, perkataan sayang terdiri daripada dua suku kata: ‘sa’ dan ‘yang’. Satu suku kata biasanya terdiri daripada nukleus suku kata (selalunya vokal) dengan pinggir awalan dan akhiran bukan wajib (biasanya konsonan).
            Suku kata merupakan "bongkah binaan" fonologi perkataan yang boleh mempengaruhi irama, prosodi, meter puitis, corak tekanan dan sdalam sesebuah bahasa.
Penulisan mengikut suku kata bermula beratus-ratus tahun sebelum terciptanya huruf-huruf terawal. Catatan suku kata terawal terdapat pada papan loh yang ditulis di kota Ur, Sumeria sekitar 2800 SM. Anjakan dari piktogram ke suku digelar 'kemajuan terpenting dalam sejarah penulisan'.
            Satu perkataan yang terdiri daripada satu suku kata sahaja (seperti yang) ialah kata ekasuku, manakala yang terdiri daripada dua suku kata (seperti mana) ialah kata dwisuku.Perkataan tiga suku kata (seperti belalang) ialah kata trisuku, dan yang lebih daripada tiga suku kata pula (seperti pembolehubah) dipanggil kata banyak suku.
            Berikut merupakan huraian bagi suku kata bahasa Melayu yang jelas.Antaranya suku kata ialah bahagian perkataan berasaskan kehadiran vokal.Kedua, suku kata ditandai oleh suatu vokal dan wujud sebagai satu vokal atau bersama-sama dengan konsonan.
Ketiga, dalam Bahasa Melayu, terdapat sebelas pola suku kata.Suku kata yang berakhir dengan huruf vokal dipanggil Suku Kata Terbuka. Keempat, suku kata yang lain adalah Suku Kata Tertutup kerana diakhiri dengan huruf konsonan.
Terdapat beberapa jenis suku kata iaitu:
(a)     Kata tunggal satu suku kata.
Contoh : K + V + K

(b)    Kata tunggal dua suku kata.
Contoh : V + KV (ibu, ela), V + VK (air, aib), V + KVK (adat, emas),
                        VK + KV    (anda, unda), VK + KVK (untuk, entah),
                        KV + KVK  (bukan, dekat).

(c)    Kata tunggal tiga suku kata.
Contoh : KV + V + KV (biasa, cuaca), KV + V + KV (kaedah).

(d)    Kata tunggal empat suku kata.
Contoh : KV + KV + KV + KV (panorama)

4.3 TATABAHASA BAHASA MELAYU LEBIH MUDAH
            Prinsip yang ketiga ialah tatabahasa bahasa Melayu lebih mudah berbanding dengan tatabahasa Bahasa Inggeris, Bahasa Mandarin danBbahasa Arab.Misalnya dalam Bahasa Melayu tidak ada perbezaan bentuk bagi gender (laki-laki atau perempuan), untuk menyatakan ‘banyak’ (plural), untuk menyatakan perbezaan waktu (past tense, present tense, past perfect tense) seperti dalam bahasa Inggeris.
            Sebagai contoh, huruf-huruf rumi dalam Bahasa Melayu mempunyai bunyi-bunyi yang agak konsisten. Jika dibandingkan dengan Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu mempunyai huruf-huruf yang berbunyi sama sahaja sepanjang pembacaannya. Tiada lebih daripada satu bunyi untuk setiap huruf ‘a’ hingga ‘z’, kecuali huruf ‘e’ yang mempunyai 2 bunyi yang berbeza. Huruf-huruf Bahasa Inggeris pula kerap tidak konsisten dalam bunyinya seperti contoh huruf ‘a’ yang mempunyai 5 bunyi yang berbeza seperti dalam “all”, “above”, “cat”, “late” dan “car”. Bahasa Inggeris juga mempunyai huruf-huruf yang tidak berbunyi (silent) seperti huruf ‘w’ dalam “two” dan ‘k’ dalam “knife”.Konsistensi bunyi yang tidak tetap ini menyukarkan kanak-kanak untuk menguasai skil membaca pada peringkat awal.
            Perbendaharaan kata Bahasa Melayu lebih mudah difahami.Kebanyakan murid di Malaysia dibesarkan dengan penggunaan Bahasa Melayu terutama di kawasan luar bandar di mana Bahasa Inggeris tidak dipraktikkan secara meluas.Maka, dengan mengajar membaca dalam Bahasa Melayu dahulu, kefahaman boleh dinilai dan dipupuk dengan lebih berkesan.Penggunaan tatabahasa dalam Bahasa Melayu juga agak mudah dan senang untuk difahami oleh kanak-kanak.

5.0   PENUTUP
            Pendekatan Kaedah Gabungan Bunyi-Kata (KGBK) menyatakan bahawa kita boleh menggabungkanproses mengajar ‘mengenal bunyi-huruf’ dengan ‘membina-dan-membaca perkataan’ dalam satu atau dua pelajaran, dan kanak-kanak terus membaca perkataan, frasa atau ayat. Ia digubal atas keistimewaan yang terdapat dalam sistem ejaan Bahasa Melayu, di mana sistem ejaannya fonemik dan sistematik, suku katanya jelas, dan tatabahasanya yang mudah berbanding dengan sistem ejaan yang celaru dan tatabahasa yang lebih kompleks dalam Bahasa Inggeris.
          Haruslah diingat bahawa KGBK adalah fasa pertama untuk memudahkan murid mula belajar membaca. Setelah asas awal membaca dikuasai oleh murid, dan murid boleh membaca sendiri ayat dan cerita mudah, maka fasaseterusnya ialah murid diberi dorongan dan peluang membaca berbagai bahan bacaan: cerita, puisi, dan buku pilihan, supaya mereka terus membaca sendiri, dan tertanam tabiat dan minat membaca. Jika ini berlaku, ia akan menjadi bekalan dan asas untuk ‘pendidikan sepanjang hayat’.
BAHAN RUJUKAN
Isahak Haron (1990), Mengajar Membaca Peringkat Awal. Dalam Safiah Osman (ed).   Membaca : Satu Pengenalan, Berita Publishing, Kuala Lumpur.

Isahak Haron (2012), Modul KAB 3043 Pengajaran Literasi: Awal Membaca dan Menulis Bahasa Melayu, Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Dewan Bahasa dan Pustaka (1991), Pedoman umum ejaan rumi Bahasa Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Harris, A. J. & Sipay, E. R. (1980).How to Increase Reading Ability. New York: Longman, Inc.

Ibrahim Saad (1982). Murid-murid Lembam Dalam Ibrahim Saad (Penyata). Isu Pendidikan Di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamaruddin Hj. Hussin (1986). Kaedah Pengajaran & Pembelajaran Bahasa. Petaling Jaya: Penerbitan Sarjana (M) Sdn. Bhd.

Khamis Maarof (84) dalam Lee Chong Eng (88); Satu Percubaan Untuk Mengukur Kebolehan Membaca Murid-Murid Diperingkat Darjah 2.Thesis sarjana, Universiti Malaya; 1984.

Marohaini Yusoff (1989). Strategi Pengajaran Bacaan dan Kefahaman. Kuala Lumpur: Karya Bistari.

Norshidah Mohamad Salleh (2000). Kesan 2 Kaedah Mengajar Bacaan Terhadap Pencapaian Kemahiran Membaca Pelajar Masalah Penglihatan Sekolah Menengah Pendidikan Khas Setapak: 1 Kajian Kes. Tesis Sarjana yang tidak diterbitkan: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ramlah Jantan dan Mahani Razali (2004).Psikologi pendidikan: pendekatan kontemporari.

Smith J. A. (1972). Adventure In Communication. Boston: Allyn & Bacon.

Sofiah Hamid (1985). Pendekatan C (Mari Membaca) Dalam Pengaajran Bacaan Asas KBSR. Kertas Kerja Seminar Kebangsaan Pemanfaafan Penagajaran Bacaan Asas Bagi Situasi Bilik Darjah Di Malaysia.UKM, 2-3 Mac.

Dr. Shukri Abdullah. (2007). Anak berilmu keluarga beruntung. Diperoleh pada Februari 21,  2008 daripada http://www.cepatbaca.com.my/site/




-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

APRIL 2013

LANGKAH-LANGKAH MENGAJAR SUKU KATA TERBUKA KVKV

1.0    PENDAHULUAN
Seperti mana yang kita tahu terdapat 2 mazhab dan pendekatan besar dalam pengajaran awal membaca Bahasa Inggeris.Ia berbeza denagan KGBK bagi pengajaran awal Bahasa Melayu. Dalam Bahasa Inggeris, pendekatan fonik bermula dengan mengajar kanak-kanak huruf abjad dan bunyinya kemudian baru membaca perkataan. Pendekatan seluruh perkataan pula terbalik.Ia adalah bermula dari mengajar perkataan kemudian menganalisis perkataan supaya murid tahu suku kata, huruf dan bunyinya. Pengajaran Bahasa Melayu menggunakan kaedah KGBK berbeza dengan pendekatan fonik atau abjad atau seluruh perkataan yang terdapat dalam Bahasa Inggeris.KGBK berasaskan kepada ciri-ciri istemewa yang terdapat dalam Bahasa Melayu tidak kepada Bahasa Inggeris yang bercelaru sistem ejaannya dan tidak fonemik.

Kaedah pengajaran dan pembelajaran KGBK murid tidak perlu diajar untuk mengenal dan menghafal semua huruf abjad secara berturutan dari a hingga z seperti dalam kaedah abjad/fonik.Murid juga tidak diajar semua suku kata terbuka yang mengambil masa yang lama sebelum murid diajar membaca perkataan dan ayat.Kelebihan KGBK juga ialah bila mana murid tidak perlu diajar mengecam seluruh perkataan dan menghafal bentuknya sebelum mencerakinkan perkataan untuk mengenal huruf dan bunyi huruf.KGBK adalah bila mana murid terus membina dan membaca perkataan berdasarkan suku kata yang murid pelajari.



1.0    SUKU KATA
            Suku kata adalah satu ujaran terkecil dari sebuah kata .Sekurang-kurangnya satu suku kata terdiri daripada satu vokal dan satu konsonan.Suku kata dibahagi kepada 2 iaitu suku kata terbuka dan suku kata tertutup.

Suku Kata
Contoh Perkataan
Dua suku kata terbuka

VKV

apa , ini, itu, ibu, ubi, api,  ela , isi, aku
Dua suku kata terbuka

KVKV

baju, biru, buku, baca, baru, bahu, batu, bola, buta, bapa, ciku, cuti, cuka, dadu , dagu, dahi, dada, daki, duku, duri, feri, gigi, guni, gula, guru, gila, hati, hari, jari, jala, kaki, kuku, kuda, kiri, kota, kera, lari, lama, lagu, laju, luka, lima, lori, mata, mama, muka, masa, nasi, paku, pasu, rusa, raja, roti, raga, susu, siku, satu, sudu, sapu

Tiga suku kata terbuka

KVKVKV

berudu, cerita, dahaga, jelita, keladi, kereta, kerusi,kepala, kelapa, lelaki, mereka, petola, Selasa, tomato, tetamu

Satu suku kata tertutup

KVK

bot, bil, cat, cop, cap, gam, gas, gol, jam, jet, jus, kek, kot, lap, mop, pen, pin, pam, tin, van, zip


Dua suku kata tertutup

VKVK

ayam, awan, asap, atap, anak, adik, itik, ikan, ubat, ulat, ular, emak, enam, epal, ekor, esok




Dua suku kata tertutup

KVKVK

badak, budak, bakul, besar, bulat, botak, bulan, basah, belon, cicak, cawan, dadah, dodol, dapur, dusun, demam, dekat, darah, datuk, filem, gajah, gemuk, gelas, getah, garam, hitam, hutan, hujan, jarum, jalan, johan, katil, kurus, kapal, kipas, kapak, kolam,ketam, kelas, kasut, kapas, kobis, lapan, lipan, lilin, lipas, leher, lalat, lipat, mulut, masin, manis, mudah, minum, malas, makan ,marah, nanas, nenek, pokok, panas, rajin, sakit, sikat, siput, sirap, 

Vokal berganding

KVVK

kuih, lauk, laut, naik, baik, paip, siap, buat, suap, buah, paus, haus, luas



3.0  LANGKAH-LANGKAH MENGAJAR SUKU KATA TERBUKA KVKV

            Smith (1971) menjelaskan bahawa membaca adalah satu bentuk psikolinguistik yang merupakan satu langkah lanjutan dalam memproses perkembangan pembelajaran yang diterima.Aktiviti membaca adalah satu aktiviti pentafsiran dan menterjemah lambang-lambang bercorak kepada bunyi-bunyi yang dimaksudkan. Oleh itu, secara keseluruhannya membaca merupakan beberapa proses yang kompleks, gabungan beberapa proses seperti proses sensori, proses pengamatan, proses linguistik dan proses mental (Frie, 1963).


            3.1 MENGGUNAKAN HURUF YANG SENANG DAHULU

Langkah pertama mengajar suku kata KVKV ialah guru-guru mengajar menggunakan huruf yang senang dahulu seperti suku kata yang bermula dengan huruf ‘b k’ ‘ s t’ ‘m r’ dan ‘g n’, dan mengelak untuk mengajar huruf yang hampir sama seperti ‘b d’ ‘g j’ ‘m n’ m w’ dan ‘u v’ kerana ia akan menyukarkan murid.


            3.2 HURUF DAN BUNYI

Langkah kedua, guru  memperkenalkan kepada murid huruf ’l’ dan bunyinya ‘l’. Contoh perkataan daripada huruf ini ialah seperti  ‘ lala’. Dengan menggunakan kad imbasan, guru tunjuk kepada murid cara mencantumkan huruf ’l’ dengan huruf vokal ’a’ supaya menjadi suku kata ‘lala’. Ulang beberapa kali. Guru boleh menggunakan huruf konsonan dan huruf vokal yang lain bersesuaian dengan tema dan tajuk pengajaran guru.


3.3 MENCANTUM SUKU KATA
Langkah ketiga, dengan mengguna kad imbasan, guru mencantum ’la’ dengan ‟la’ supaya menjadi perkataan lala’. Buat latihan menulisnya.  Ulang cara yang sama mencantum ‘l’ dengan ‘i’ menjadi ‘li’; dan cara membina perkataan ’lili’. Beri latihan murid menulis ’lili’.  Ulang langkah yang sama untuk membentuk ’lu’; dan mencantum lu + lu menjadi lulu.  Kemudian, Guru melatih murid membaca dan menulis la li lu. Dengan menggunakan kad imbasan, tunjukkan murid cara untuk membina perkataan lain dengan mencantumkan suku kata di atas, misalnya ba+ba = ba


3.4 MENDEDAHKAN SUKU KATA KVKV

Setelah murid-muridbenar-benar menguasai kemahiran suku kata KV sama ada mengecam, membunyi dan menulis,murid  seterusnya didedahkan dengan kemahiran suku kata KVKV. Dalam pembelajaran ini, guru boleh menggunakan gambar, rakaman audio, Power Point, pengukuhan berbentuk kuiz dan latihan yang bersifat permainan. Sebelum memperkenalkan suku kata guru  KVKV,memaparkan gambar dahulu dan mengarahkan murid  menyebut nama gambar tersebut seperti yang ditunjukkan pada contoh  berikut.

            Kaedah ini digunakan secara berulang sehingga murid benar-benar boleh mengecam, membunyikan, menunjuk dan menulis suku kata dengan baik.Ejaan dan bunyi disebut oleh murid secara berulang dan beberapa kalisehingga murid benar-benar dapat membunyikan dengan sebutan yangtepat.Guru  menekankan huruf dan bunyi dengan tepat supaya murid boleh membunyikan suku kata tanpa berpandukan gambar contohnya:


Kaedah mengeja dan membunyikan kerap digunakan sehingga murid benar-benar boleh  mengeja dan membunyikan tanpa berpandukan gambar dengan tepat.


3.5 LATIHAN MENULIS

Bagi latihan menulis, guru boleh  menunjukkan cara menulis suku kata la bu , perkataan diatas, supaya murid dapat menyalinnya dengan betul dalam lembaran atau dalam buku latihan. Murid membuat latihan menulis di dalam buku.Kemudian, guru boleh mengadakan permainan secara berpasangan. Murid bermain permainan membina dan menulis perkataan dengan mencantumkan suku kata laba, labi, labu


            3.6 AKTIVITI PENGAYAAN

            Untuk aktiviti pengayaan pulaguru boleh menggunakan perkataan ‘labu’ sebagai tema untuk bersoal-jawab dan aktiviti. Misalnya, guru boleh bertanya murid beberapa soalan yang difikirkan sesuai.
Contoh-contoh soalan:
1.       “Apakah warna labu?” 
2.      “Apakah bentuk labu?”
3.      “Siapakah yang suka makan labu?”
4.      “Mengapakah labu penting untuk kita?”
4.0 PENUTUP

Menurut Abdul Aziz Abd Talib (2000) huruf besar diperkenalkan kepada murid terlebih dahulu sebelum huruf kecil diperkenalkan.Menurut Raminah Haji Sabran dan Rahim Syam (1985) pula kedua-dua huruf kecil dan huruf besar didedahkan serentak kepada murid.Murid menghafal semua huruf dengan fokus kepada huruf vokal.Pembentukan suku kata diperkenalkan kepada pelajar secara berturutan.Latih tubi dijalankan ke atas murid.Latihan demi latihan dijalankan sehinggalah pelajar boleh membentuk perkataan menggunakan suku kata.

KGBK yang diperkenalkan oleh Prof. Emiratus Dato’ Dr. Isahak bin Haron adalah penggabungan yang sistematik untuk mengajar membaca dan menulis.Murid dilihat lebih mudah menerima kaedah ini dalam sessi pengajaran dan pembelajaran.

Matapelajaran Bahasa Melayu adalah mata pelajaran penting yang menjadi kayu ukur kepada kemampuan guru dan murid.Pencapaian murid bukan sahaja terletak kepada murid itu sendiri tetapi juga atas usaha dan komitmen guru dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan.Menjadi satu kepuasan kepada guru jika seandainya murid mendapat pencapaian yang cemerlang dalam pembelajaran. Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada Prof. Emiratus Dato’ Dr. Isahak bin Haron yang telah memperkenalkan KGBK kerana memudahkan pengajaran dan pembelajaran 2M Bahasa Melayu.



BAHAN RUJUKAN

Isahak Haron. (2009). Awal membaca Bahasa Melayu: Kaedah suku kata. Dimuat turun daripada http://www.kaedahsukukata.com pada 12 April 2013

Isahak Haron (2012), Modul KAB 3043 Pengajaran Literasi: Awal Membaca dan Menulis Bahasa Melayu, Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Abdul Aziz Abd.Talib (2000). Pedagogi Bahasa Melayu: Prinsip, Kaedah dan Teknik. Kuala Lumpur: Utusan Publications
Raminah Haji Sabran dan Rahim Syam (1985).Kaedah Pengajaran Bahasa Malaysia. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti

Kamarudin Husin. (1988). Pedagogi Bahasa. Kuala Lumpur: Longman.

http://cikgufaizcute.blogspot.com/2012/10/mari-mengeja-suku-kata-kvk.html


-----------------------------------------------------------------------------------

MAC 2013

USING SONG/NUSERY RHYMES TO TEACH ENGLISH

1.0 INTRODUCTION

            Songs are, undeniably, a part of our life. Most people enjoyed songs from infancy until they die. It can be defined as a short piece of music that is sung while nursery rhymes are short songs or poems for children (Merriam-Webster’s Learner’s Dictionary, 2005). For most people, songs and nursery rhymes can brighten up their day, liven up their moods and let out the stress. It can be a useful tool in teaching language as it is a fun and creative of learning (“The Universal Benefits of Songs as Teaching Tools,” 2012). Language teachers has been using songs and nursery rhymes in their lessons but how songs really benefit second language young learners  will be discussed later in this paper. The reasons for using them and how to use them will come in the latter part of this paper.


2.0 SONG IN ESL CLASSROOM

2.1 Benefits of Using Songs and Nursery Rhymes to Teach English
According to Case (n.d), songs and nursery rhymes can act as a motivator for young learners as it is fun way of learning. It lifts the atmosphere in the classroom and act as an energy booster to the lesson.

It also help in learning vocabulary, grammar and syntax. When learners hear the songs or rhymes, they will absorb the grammar and syntax subconsciously. It helps them to remember the words and phrases.

 Young learners learn quicker and retain the lesson longer compared to other methods (Case, n.d). This is because learners would sing the songs or nursery rhymes over and over again and this will help stick the songs in their heads. It helps them to absorb the lesson and thus, improve their memory.

Learners also are less overwhelmed and stress out to speak out. It boosts their confidence level as the rhythm and intonation of the songs will help them to relax. Songs and nursery rhymes performed by native speakers provide the natural rhythm and stresses to pronounce the words. The vocabulary and sentences would be used in natural meaningful contexts and this would help the learners to improve their speaking and fluency level.

 It also helps the teacher to control the class as it improves concentrations of the learners as it captures their attention and motivates participation in the task laid by the teacher.
The last but not least benefit of using songs and nursery rhymes to learn language is that it motivates the learners to learn on his or her own( Case, n.d) and at their own level (“The Universal Benefits of Songs as Teaching Tools,” 2012). They can practice singing the songs and search about the songs even when nobody tells them to.


2.2 Reasons for Using Songs and Nursery Rhymes to Young Learners

            According to Schoepp (n.d), songs and nursery rhymes are an important entity in a classroom as a learning tool and its integration into the lesson can leads to many benefits as stated above.There are four main rationales or reasons for using songs and nursery rhymes as a learning tool.

           2.2.1 Theoretical Rationale

            Songs and nursery rhymes are a good tool to teach listening comprehension. Basically, we do our listening for two reasons. We are either listening for specific information or listening for gist (Mohd Rosli Ghani, Mohd Iskandar Daud & Adnan Yusoff, 2007).
            According to    Schoepp (n.d), there are two different ways of processing information. They are based on how the listeners try to understand what they hear. The first is bottom-up process where the learners start with understanding the words, phrases, sentences and their meaning to get the whole picture. The second process is called top-down process where the learners use their previous knowledge to get the whole picture but may not understand every detail. These processes are very important in developing listening comprehension.

          2.2.2 Affective Reasons

            The affective filter one of the hypotheses developed by Stephen Krashen in second language acquisition. It attempts to explain the part emotions play in the success of failure in acquiring a language. Stress, anxiety, lack of self-confidence, etc are examples of the ‘filter’ that may hinder language acquisition. In his hypothesis, Krashen (1983) argues that a learner with a weak affective filter would have a positive attitude to learn and a learner with strong affective filter would not. That is to say, weak affective-filter learners want to learn because he or she thinks they are lacking and strong-affective learners would not be motivated to learn hence, no learning can happen.

            In order to make the young learners open to learning, the classroom atmosphere must be conducive for them to learn. Songs and nursery rhymes are one effective method to use with these weak affective-filter learners.


           2.2.3 Cognitive Reasons

According to Schoepp (n.d.), one of main reason for using songs to teach  language is because songs present opportunities in developing automaticity. Yoshimura (2000), states that one of the ways of the people acquires skills are through automatic operating processes. He believes that automaticity can occur through repetitive exercises and help the language development to automatize. Songs and nursery rhymes are repetitive and very consistent and it is believed that learners may be attracted to create their own songs and rhymes (Schoepp, n.d).

           2.2.4 Linguistics Reasons

            English is a complicated language to learn with the grammatical rules and its exceptions. The idioms, slangs and cultural items differences contribute to the difficulty in learning a second language. However, as stated by Harumi (2002), culture is an essential component in foreign language teaching. Second language learners especially, have very few opportunities to hear the language as used by the native speakers. This is where the songs and nursery rhymes comes in and help second language learners to be exposed to the informal or the conversational language of the native speakers. Using songs and nursery rhymes will prepare them for the real language they will be faced with.

2.3 How to Use Songs to Young Learners

            According to Richelson (2010), the most important point to remember when choosing songs to teach English is that the songs must be appropriate and suit to the level of the young learners. The lyrics need to be simple and repetitive.

New songs need to be introduced slowly. It can be use as background music for other activities or the teacher can teach the words or the grammar parts first to the learners. It is advisable to use flash cards, picture cards and games when introducing new words so the learners would understand the meaning of the words. Gestures and facial expressions can be thrown in after the songs have been played numerous times to the learners. This helps the rhythm of the songs to stick to their head and the lyrics or the vocabulary along with it.

            Different language and listening games can be adapted after that so that the learners learn the same vocabulary with different games to make it fresh. Then simplify the song by singing it in slower pace or go through the song line by line. Once the song have been learnt or performed, move to new songs or rhymes. The key here is to know when to stop using the songs so the young learners would not be bored with it.


3.0 CONCLUSION

            As children are natural music lovers, they will love coming to school to learn and do not need any convincing. The fun element injected in the activities based on the songs will motivate the learners because it does not feel like working. This is the kind of fun that is engaging and has a purpose and meaning to it and when the young learners have fun, it can promote learning.

REFERENCES
Harumi, I. (2002). A new framework of culture teaching for teaching English as a
            Glpbal language. RELC Journal, 33 (2):pp. 36-57.

Krashen, S. D. (1983). Principles and practices in second language acquisition. Oxford, England : Pergamon Press.

Merriam-Webster's Learner’s Dictionary (17th ed.).(2005). Springfield, MA: Merriam-Webster.

Case,A. (n.d). Using songs with young learners.Usingenglish.com. Retrieved from http://www.usingenglish.com/articles/using-songs-with-young-learners.html

Richelson, M. (March 2010). Teaching young learners with songs. Teaching Village. Retrieved from

Saricoban, A. & Metin, E. (October 2002). Songs, verse and games for teaching grammar. The Internet TESL Journal. Retrieved from http://iteslj.org/Techniques/Saricoban-Songs.html
Schoepp, K. (n.d). Reasons for using songs in the ESL/EFL classroom. The Internet TESL Journal. Retrieved from http://iteslj.org/Articles/Schoepp-Songs.html.

The universal benefits of songs as teaching tools. (2012). Retrieved March 23,  from http://oupeltglobalblog.com/2012/03/20/the-universal-benefits-of-songs-as-teaching-tools/.


Yoshimura, F. (2000). Atomicity theory and EFL in Japan. Literacy Across    Cultures. Retrieve from http://www2.aasa.ac.jp/~dcdycus/LAC2000/yosjjhimura.htm


--------------------------------------------------------------------------------------------

NOVEMBER 2012

KANAK-KANAK BERFIKIR SECARA KREATIF BERDASARKAN TEORI PERKEMBANGAN KREATIVITI FISHER DI MANA TUMPUAN KEPADA PENERAPAN DAN KESEPADUAN SENI MUZIK DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

1.0  PENDAHULUAN

“ Sejarah muzik telah termaktub sejak zaman purba.  Di mana sebuah buku ajaran Cina “I Ching” menyatakan “muzik mempunyai kuasa untuk menenangkan ketegangan dalaman dan juga berupaya untuk mengurangkan gangguan emosi seseorang”.

Muzik sentiasa menjadi sebahagian penting dalam sistem pembelajaran kanak-kanak.  Misalnya, seseorang ibu akan mendendangkan irama lagu semasa mendodoikan anaknya untuk tidur, menyanyikan nada irama kanak-kanak apabila menyampaikan cerita fiksyen atau sejarah, serta aktiviti nyanyi bersama yang dipelajari kanak-kanak semasa di rumah atau di prasekolah.  Semua rangsangan stimulasi ini memberikan perkembangan yang sihat kepada bayi dan kanak-kanak. 

Kajian terbaru membuktikan bahawa muzik boleh memantapkan perkembangan bahasa, hubungan bunyi-perkataan, keupayaan matematik kanak-kanak dan sesetengahnya meningkatkan keupayaan intelektual kanak-kanak. Pada trimester ketiga pembesaran janin,otak sedang membuat persediaan untuk operasi lengkap. Oleh itu, ia mudah menerima sebarang bentuk informasi.

Setiap kanak-kanak yang normal mempunyai lima deria iaitu deria rasa, deria bau,deria dengar, deria lihat dan deria sentuh. Penggunaan deria yang baik akan dapat melahirkan kanak-kanak yang mampu membuat pemerhatian secara aktif, dan ianya menggalakkan interaksi yang kritis dan kreatif dengan alam, alat dan bahan. Kanak-kanak perlu diberi peluang untuk melahirkan perasaan dan mengembangkan daya kreativiti mereka melalui lukisan, kraf tangan, muzik, nyanyian, pergerakan kreatif, puisi dan drama. Penglibatan aktif dan proses aktiviti yang berkesan berupaya menggalakkan perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor kanak-kanak, di samping memupuk kreativiti, dan nilai estetika.

Selain itu, kreativiti kanak-kanak boleh dikembangkan dengan menggalakkan mereka menulis cerita, bermain muzik, melukis dan sebagainya. Melalui aktiviti seni seperti inilah,daya estetika dan kreativiti kanak-kanak dapat dipertingkatkan. Justeru, salah satu cara asasuntuk memenuhi perasaan ingin tahu dan kehendak kanak-kanak adalah melalui seni yang mampu membangunkan potensi mereka untuk menjadi insan yang kreatif dan imaginatif.Pengalaman dalam melakukan aktiviti seni secara berkesan membolehkan kanak-kanak meluahkan keinginan dan keperluan mereka. Lazimnya, mereka dapat membina pengalaman baru hasil daripada beberapa penerokaan dalam kehidupan seharian dan akan berasa seronok apabila dapat mencipta sesuatu yang baru dengan cara tersendiri dalam pelbagai bentuk. Cara yang unik ini mencerminkan kreativiti kanak-kanak.


2.0  MUZIK

 Apabila disebut tentang muzik, kita akan membayangkan lagu-lagu nyanyian, mainanalat-alat muzik seperti gitar, dram, piano dan sebagainya atau nyanyian lagu-lagu dari radio,televisyen, kaset, cakera padat dan lain-lain. Muzik mempunyai hubungan yang rapat dengankehidupan kita. Melalui muzik, seseorang itu akan dapat melahirkan dan menyatakan kegembiraan, keriangan, kesedihan, kemarahan, kedamaian, kemenangan, kekalahan,kekuatan dan lain-lain fenomena kehidupan. Muzik juga boleh menggambarkan emosiseseorang, malahan ia mampu menggantikan pernyataan melalui pertuturan atau tingkah laku.

Muzik adalah satu cabang seni. Muzik adalah satu aspek yang sangat penting dan berkesan dalam perkembangan emosi, sosial, fizikal dan kognitif kanak-kanak. Pengalamanawal muzik dalam kalangan kanak-kanak adalah satu peringkat yang sangat penting yangboleh membantu kanak-kanak dari segi pembinaan, penukaran dan pengembangan konsep. Pada tahap ini kanak-kanak mengalami perkembangan dalam persepsi multisensori,pengawalan motor, kemahiran penyelesaian masalah, mencipta dan kemahiran menyoal.Muzik sering menjadi elemen yang memberi keseronokan dan alat untuk meluahkan perasaan bagi kanak-kanak.       ( Suseela Balakrishnan, Norliah Kasim, Amali Ibrahim & Kamisah Buang, 2008 )



3.0  DEFINISI MUZIK

satu cabang seni dan juga sains yang menggabungkan bunyi-bunyi vokal dan atau instrumental termasuk bunyi-bunyi semula jadi dari persekitaran atau rekaan dengan satu cara yang dianggap memuaskan mengikut estetika, corak pemikiran, dan emosi manusia yang juga boleh mencerminkan sesuatu budaya tertentu.

Menurut Campbell 1995, Muzik adalah suatu kesenian yang tertumpu pada aspek pendengaran atau aural. Oleh yang demikian, muzik boleh diperkenalkan kepada bayi dankanak-kanak pra sekolah dalam bentuk elemen bunyi. Muzik adalah satu getaran tenaga bunyi di mana getaran tenaga bunyi bergetar padatahap-tahap berbeza. Tenaga yang serupa juga wujud dalam tubuh dan minda kita. Sekiranya getaran tenaga bunyi boleh bergetar seiringan dengan tenaga dalam badan kita, muzik boleh dianggap sebagai ubat yang memulihkan.

Epik India juga telah membuktikan bahawa muzik adalah punca orang palingberkuasa yang seringkali bergema seiringan dengan alunan alam semula jadi. Nota muzik yang berbeza juga dikatakan mampu untuk mencipta perubahan dalam keadaan alam semula jadi. Kehidupan botani juga memberikan reaksi kepada muzik. Apalagi jika ia dikaitkan dengan manusia yang boleh bertindak balas dengan muzik pada tahap-tahap tertentu.



4.0  MUZIK BAGI PERKEMBANGAN DAN PEMBELAJARAN KANAK-KANAK

 Muzik bukan sahaja digemari oleh golongan remaja dan dewasa, malahan bayi dankanak-kanak juga amat senang dan tenang dengan muzik apabila muzik yang digemaridipasang semasa mereka hendak tidur atau dalam kereta ketika dalam perjalanan untuk menuju ke sesuatu destinasi. Anak-anak selalunya akan memberikan reaksi yang berbezaterhadap pelbagai jenis bunyi muzik. Faktor ini bergantung kepada tahap umur, keadaan danemosi mereka pada waktu itu. Justeru, penggunaan muzik tidak hanya dihadkan kepada satu jenis muzik sahaja, sebaliknya biar mereka mendengar pelbagai bentuk muzik yang ada.Muzik merupakan satu elemen seni yang sangat penting dalam memastikanperkembangan minda dan pembelajaran murid ditahap yang optimum. Dengan ini, akan menjadikan pengurusan pembelajaran murid dari segi kognitif, afektif dan psikomotor amat  memberansangkan. Dengan adanya seni muzik ini,potensi muzik yang terpendam di kalanganmurid dapat dicungkil dan dipelihara dgn baik semasa mereka masih bersekolah lagi.

4.1 PERKEMBANGAN KEMAHIRAN  KANAK-KANAK
Selain itu, aktiviti yg membolehkan kita menyalurkan sumber tenaga kreatif yg semulajadi. Dengan itu, ianya akan memberikan peluang kepada setiap individu untuk meluahkan perasaannya secara sihat. Muzik yang dilakukan ini merupakan satu dimensitambahan yg memberikan peluang kepada murid untuk menikmati kejayaan secara individu kerana kejayaan dapat membentuk sikap positif tentang keyakinan diri setiap murid. Faedahyang penting kepada kanak-kanak sekiranya ianya digunakan dengan betul.Kajian mendalam terhadap perhubungan muzik dengan perkembangan kanak-kanak menunjukkan bahawa muzik dapat memainkan peranan penting dalam memperkembangkan kemahiran kognitif, fizikal dan sosial kanak-kanak.

Kerajinan yang diperlukan dalampembelajaran kemahiran bermain sesuatu alat muzik dapat membina disiplin. Kanak-kanak yang aktif bermain muzik secara berkumpulan pula dapat memperkembangkan kemahiran berinteraksi secara sosial. Keyakinan diri pula diperkembangkan apabila seseorang kanak-kanak itu berjaya bermain sebuah lagu. Daya kreatif dibina apabila kanak-kanak digalakkanmencipta lagu sendiri. . Muzik telah lama dimasukkan dalam kurikulum peringkat sekolah rendah dan menengah di negara Barat, dan baru-baru ini ianya mula diperkenalkan di sekolahdi Malaysia . Ini menandakan bahawa muzik diiktiraf sebagai suatu mata pelajaran yang patut dipelajari sebab ianya dapat membawa faedah. Kebanyakan pakar kanak-kanak akan bersetuju bahawa kesesuaian muzik untuk bayidan kanak-kanak adalah tidak terhad, asalkan muzik tersebut tidak terlalu kuat atau menyakiti telinga. Kepelbagaian jenis muzik berguna untuk masa depan bayi anda kerana ia memupuk kemahiran menulis, membaca dan perbahasan, kata Dr. Lihanna Borhan, pensyarah  Perkembangan Kanak-kanak di Universiti Malaya.  

Baru-baru ini, ibu bapa di Malaysia telah dibanci tentang dua soalan berhubung muzik dalam perkembangan awal anak mereka melalui Tinjauan Pendapat Ibu Bapa Bijak yang dikendalikan oleh Mead Johnson Nutritionals.Salah satu soalan yang dikemukakan mengkehendaki ibu bapa memberikan pendapatmereka sama ada muzik membantu anak mereka belajar dengan lebih baik. 91 peratus ibu  bapa yang dibanci bersetuju dengan persoalan tersebut dan memberikan kesimpulan bahawalebih ramai ibu bapa kini yang terdedah kepada sumber-sumber yang membantu dalamperkembangan awal anak-anak mereka termasuk muzik. Satu lagi soalan yang dikemukakanadalah pilihan ibu bapa terhadap muzik klasikal atau muzik pop untuk anak mereka. Iamemberikan tindak balas bercampur kerana 57 peratus memilih muzik klasik manakala 43 peratus memilih muzik pop.

 4.2  MESEJ POSITIF DARI LAGU.

Lagu-lagu ini juga banyak membawa mesej positif dalam diri anak iaitu mesej Islam,taat kepada Allah, nasihat, nilai moral yang tinggi, taat kepada ibu bapa, menyemai rasa kasihsayang dan mencintai keindahan alam. Doa dan harapan ibu bapa terhadap anak banyak diselitkan dalam lagu-lagu ini. Malangnya lagu-lagu ini seakan semakin dipinggirkan.Kanak-kanak dan lagu memang tidak boleh dipisahkan. Ia merupakan asas untuk mereka melihat, mendengar, bertutur, bergembira dan meneroka anggota badan dan alamsekeliling melalui seni, musik, pergerakan dan kreavitiviti. Dari sini keyakinan diri merekaakan terbentuk dan mereka akan menjadi anak yang riang, mudah bergaul dan belajar.Lagu yang sesuai untuk kanak-kanak peringkat awal adalah lagu beraksi, permainanberlagu, lagu yang menggunakan perkataan yang mudah dan lagu yang selalu diulang.  Lagu yang tidak bermakna juga boleh digunakan. 

Zikir-zikir dan lagu-lagu klasik Melayu menepati ciri-ciri ini. Ia juga membolehkan kanak-kanak mengenali dan menghargai budaya agama danbangsa kita. Lagu dan pergerakan kreatif juga penting dalam menyampaikan sesuatu maksud kepada perkataan atau arahan yang di beri kepada anak. Setiap arahan haruslah tepat, jelasdan disertakan dengan aksi yang menyerlahkan maksud perkataan supaya mesejnya sampai .Sebagai contoh permainan berlagu seperti Lompat Si Katak Lompat dapat mengajaranak pergerakan yang dikaitkan dengan perkataan “melompat”.  Aksi melompat dengan tinggi dan rendah menggalakkan perkembangan fizikal. Ia juga bagus untuk perkembangan kognitif anak dengan memahami konsep tinggi dan rendah.

4.3  PERKEMBANGAN KOGNITIF
Perkembangan kognitif atau akal kanak-kanak boleh digalakkan melalui permainanberlagu terutama lagu yang menggunakan kompetensi gerak tangan. Antara lagu yang sesuai ialah lagu ‘Air Pasang Pagi’ yang banyak menggunakan pergerakan tangan menyilang yang sangat baik untuk pembangunan otak kanan dan otak kiri secara seimbang. Aksi lagu ini jugadimainkan dua orang secara berkumpulan. Ia bagus untuk berkembangan emosi dan sosial anak. 

Banyak juga lagu yang berunsur teka-teki, mengenal abjad dan metametik yang baik untuk minda anak. Permainan berlagu Mak-Mak Pergi Pasar contohnya mengasah kemampuan anak untuk mengenal dan mengeja warna.  Aktiviti nyanyian beraksi dapat meningkatkan kecerdasan kanak-kanak. Anak kecil yangaktif menunjukkan bahawa ia akan tumbuh menjadi anak yang cergas.  Sabda Rasullullah SAW bermaksud:
 “  Keaktifan anak di masa kecil akan menambah kecerdasannya ketika dewasa.” 
 ( Hadis Riwayat Tarmidzi)

Sebagai ibu bapa dan guru, kita juga mestilah memahami bahawa fitrah kanak-kanak gemarkan nyanyian dan pergerakan. Mereka banyak belajar melalui nyanyian dan permainan.Ada ibu bapa yang agak malu untuk menyanyi dan melakukan aksi lagu bersama anak-anak.Sikap ini mestilah dikikis dan diganti dengan sikap memupuk minat berkreatif melalui zikir,nasyid dan nyanyian.

Banyak juga lagu yang berunsur teka-teki, mengenal abjad dan metametik yang baik untuk minda anak. Permainan berlagu Mak-Mak Pergi Pasar contohnya mengasahkemampuan anak untuk mengenal dan mengeja warna.Aktiviti nyanyian beraksi dapat meningkatkan kecerdasan kanak-kanak. Anak kecil yangaktif menunjukkan bahawa ia akan tumbuh menjadi anak yang cergas.Sabda Rasullullah SAW bermaksud:
“ Keaktifan anak di masa kecil akan menambah kecerdasannya ketika dewasa.” 
 ( Hadis Riwayat Tarmidzi)

 Sebagai ibu bapa dan guru, kita juga mestilah memahami bahawa fitrah kanak-kanak gemarkan nyanyian dan pergerakan.  Mereka banyak belajar melalui nyanyian dan permainan.  Ada ibu bapa yang agak malu untuk menyanyi dan melakukan aksi lagu bersama anak-anak.  Sikap ini mestilah dikikis dan diganti dengan sikap memupuk minat berkreatif melalui zikir, nasyid dan nyanyian.  Setiap aksi mestilah dimulakan oleh ibu bapa kerana anak suka meniru.  Aktiviti begini merupakan salah satu aktiviti masa berkualiti yang harus dilakukan setiap hari bersama anak-anak supaya mereka rasa gembira, dihargai dan disayangi.   Tidak kurang pentingnya adalah nyanyian dan pergerakan akan mempengaruhi emosi anak. Anak-anak yang selalu dinyanyikan akan selalu tenang dan kurang meragam. 

Pada bahagian kiri otak, terdapat Kawasan Broca yang juga dikenali sebagai Memori Tugasan Verbal.   Bahagian otak ini mengendalikan semua simpanan dan pemprosesan informasi verbal, serta peranan penting pemprosesan bahasa.  Semasa usia awal perkembangan kanak-kanak, mendengar adalah lebih baik dari membaca, sering dianggap sebagai bentuk pembelajaran yang efektif.  Memandangkan bahasa ucapan biasanya sementara, apa-apa bunyi yang tertinggal di belakang disalurkan dengan cepat dan disimpan dalam otak untuk rujukan dan perkaitan di masa depan.  Oleh itu, pemahaman mendenga rmengesyorkan bahawa lebih banyak pemprosesan semantik dalam Kawasan Broca.

4.4 HASIL KAJIAN TENTANG MUZIK
Dalam bahasa Mandarin, setiap suku kata dan nada adalah penting dalam membezakan diantara satu perkataan dengan perkataan yang lain; jika diucapkan mengikut tahap nada yang berbeza, perkataan mi mungkin bermaksud untuk mengecilkan mata, nasi atau kebingungan.  Seni Muzik juga memiliki keupayaan memulih ke atas kanak-kanak.  Mengikut hasilkajian yang dijalankan oleh Stanford University telah mendedahkan bahawa muzik meningkatkan pembacaan untuk kanak-kanak dileksia. Seperti yang dinyatakan dari awal, pengalaman muzikal boleh meningkatkan keupayaan otak untuk mengenalpasti dengan cepat perubahan bunyi dan nada. John Gabrielli, bekas Profesor Psikologi Stanford menekankannya dengan berkata:apa yang ditunjukkan oleh kajian ini, yang penting, terdapat aspek tertentu bahasa... Yangberubah dalam minda dan otak manusia dengan latihan muzikal.  Kajian dijalankan turut mencadangkan bahawa memainkan alat muzik mempunyai faedah kognitif, walaupun tahap ukurannya belum ditentukan.  Di dalam artikel adakah muzik menjadikan kita lebih pintar? (Does music make ussmarter?) oleh BabyClassroom.com mengaitkan muzik dengan perkembangan awal otak. 
Mereka memetik kajian oleh Dr. Frances Rauscher dan Dr. Gordon Shaw yang menunjukkan bahawa kanak-kanak prasekolah yang mengambil pelajaran muzik menampilkan keupayaan pemikiran spatial dan temporal (yang merupakan asas penting untuk matematik dan sains) dan prestasi yang lebih baik dalam menjalankan tugas dibandingkan rakan mereka yang tidak mengambil pelajaran muzik, termasuk mereka yang mengambil pelajaran komputer dalam tempoh yang sama. 
Selain daripada itu, muzik juga telah dikaitkan dengan peningkatan celik huruf.  Malah, muzik sememangnya menjadi komponen penting dalam perkembangan bahasa kerana ia merupakan cara yang baik untuk melibatkan kanak-kanak dalam menerokai bunyi dan perkataan,  manakala irama pula alat yang berguna untuk meningkatkan memori.  Contoh terbaik adalah lagu huruf. Sesetengah orang dewasa masih menyanyikan ABCDE hingga Z untuk membaca huruf. Dengan pendedahan muzik dan latihan muzikal, anak anda berupaya untuk memahami maklumat baru dengan lebih baik dan cepat, kerana muzik meningkatkan keupayaan mental.


4.5 KEYAKINAN KANAK-KANAK
Satu lagi faktor positif muzik adalah ia merangsang keyakinan dan harga diri anak anda. Ya, muzik boleh memberikan faktor penting untuk perkembangan dan pembesaran kanak-kanak.   Bagaimanapun, ibu bapa dinasihatkan tidak menggunakan pelajaran muzik yang boleh memberi tekanan kepada anak-anak sehingga melampaui keupayaan mereka kerana ini boleh memberikan akibat negatif.  

 Keseronokan adalah kunci kepada apa jua proses pembelajaran dan ibu bapa perlus entiasa bersama anak dan berinteraksi dengan mereka untuk memperoleh sepenuhnya kreativiti anak mereka, meningkatkan kemahiran motor atau mengatasi halangan kognitisanak mereka. Menyanyi, bermain dan menarilah bersama anak anda, kerana tiada pembelajaran yang lengkap tanpa ibu bapa. 

Lagu yang mengandungi intipati yang bermakna berserta aksi atau pergerakan kreatif,yang memberikan kepada pertumbuhan minda yang menyeluruh dan pembentukan akhlak generasi kita sejak dahulu lagi. Lagu juga perlu banyak membawa intipati yang positif dalamdiri anak iaitu mesej yang baik iatu amal makruf dan nahi mungkar dalam proses pembentukan yang lebih baik.  Nasihat dan teladan yang baik boleh dicontohi dalam menghasilkan lagu yang bermakna. Malangnya, lagu ini semakin dipinggirkan.

Kanak-kanak dan lagu memang tidak boleh dipisahkan. Ia adalah asas untuk mereka melihat, mendengar, bertutur, bergembira danmeneroka anggota badan serta alam sekeliling melalui seni, muzik, pergerakan dan kreativiti.  Dari sini, keyakinan diri mereka akan terbentuk.  Mereka seterusnya, akan menjadi anak yangriang, mudah bergaul dan belajar.  Lagu yang sesuai untuk kanak-kanak peringkat awal adalahlagu beraksi, permainan berlagu, lagu yang menggunakan perkataan yang mudah dan selalu diulang.  Lagu yang tidak bermakna juga boleh digunakan .Zikir dan lagu klasik Melayu menepati ciri itu. Ia juga membolehkan kanak-kanak mengenali dan menghargai budaya agama dan bangsa kita. Lagu dan pergerakan kreatif juga penting dalam menyampaikan sesuatu maksud kepada perkataan atau arahan yang diberikepada anak. Setiap arahan perlu tepat, jelas dan disertakan dengan aksi yang menyerlahkan maksud perkataan supaya mesejnya sampai.

Contohnya, permainan berlagu seperti Lompat SiKatak Lompat dapat mengajar anak pergerakan yang dikaitkan dengan perkataan melompat.  Aksi melompat dengan tinggi, menggalakkan perkembangan fizikal dan membantu anak mengenali konsep rendah dan tinggi.  Perkembangan akal kanak-kanak ditingkatkan melalui permainan berlagu, terutama lagu yang menggunakan gerak tangan. 

4.6 TERAPI MUZIK
Muzik juga boleh dijadikan sebagai bentuk rawatan yang mempunyai teknik rawatan tertentu yang memerlukan seseorang pesakit itu melalui penafsiran klinikal khusus. Melaluiteknik itu, pakar terapi akan menjalankan program muzik terapi membabitkan teknik mendengar pilihan muzik tertentu, memainkan alat muzik, menyanyi, perbincangan lirik muzik, mengarang dan mengubah lagu, membuat persembahan berkumpulan, hipnosismuzik, menari atau melukis menggunakan muzik.  Tujuannya untuk mengalih kesakitan dan tekanan yang sesak ditanggung pesakit menggunakan medium muzik. 

Mungkin ada yang tertanya-tanya, apa kaitannya terapi muzik dengan kecantikan?  Jangan anda lupa, tahap kesihatan mental sebenarnya banyak  mempengaruhi kesihatan emosi dan jasmani kita.  Malah, ada yang mengaitkan jiwa yangtenang terpancar melalui air muka seseorang.  Justeru, apabila mental bebas daripada sebarang tekanan, pasti wajah akan kelihatan awet muda dan berseri-seri secara semula jadi.   

Dalam sejarah kebudayaan Islam sendiri,muzik tidak sekadar sebagai hiburan tetapi turut mempunyai peranan penting dalam kehidupan.  Al-Farabi menghasilkan buku dan teori mengenai muzik dan ia dijadikan rujukan Barat sehingga sekarang. Begitu juga barisan ulama termasuk Dr Yusuf al-Qaradawi dikatakan pernah mengaitkan muzik dengan naluri dan perasaan seseorang sehingga membentuk bakat, perasaan dan keperibadian.  Katanya, jika tujuan seni itu digunakan untuk kebaikan, begitu jugalah hukumnya.Justeru, seni itu bersifat neutral, tidak sekadar untuk hiburan malah membawa banyak kebaikan tersirat jika diselidik penggunaannya.

Selain itu maklumat mengenai terapi muzik melalui satu artikel(Music Therapy fordisable children).Artikel ini telah ditulis oleh Ashley Bell di sebuah sekolah(Brooke PointHigh School,California). . Di dalam artikel ini penulis menyatakan bahawa terapi muzik boleh digunakan untuk merawat bukan hanya kanak-kanak autisme, tetapi juga kanak-kanak   yang menghadapi masalah pembelajaran sindrom down, masalah pendengaran, lemahanggota badan dan masalah kerencatan mental.

Menyedari hakikat bahawa kanak-kanak normal biasanya sukakan muzik, maka penulis telah menjadikannya sebagai elemen penting dalam menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Hasilnya begitu menggalakkan.  Muzik memang sesuai digunakan untuk membantu kanak-kanak bermasalah pembelajaran berdasarkan daripada artikel-artikel lain, jurnal dan juga kajian yang dilakukan oleh pakar- pakar terapi muzik.  Walau bagaimana pun kami amat bersetuju dengan penulis bahawa terapi muzik amat berkesan bukan sahaja dengan kanak-kanak normal terapi ia amat membantu dalam sesi pengajaran dan pembelajaran dengan kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Satu contoh yang diberikan di dalam artikel ini di mana seorang kanak-kanak sindrom down bernama Josh Clark berumur lapan tahun. Josh di rawat oleh seorang pakarterapi muzik iaitu Giannina, L.Hofmeister-Connoly.Mereka melakukan latihan berbeza untuk mengenali nombor, huruf dan juga namaakhir Josh. Gianna merasakan bahawa cara yang paling baik untuk menolong Josh mengingati nama akhirnya ialah melalui lagu yang disukainya iaitu
“Twinkle, twinkle,twinkle little star”

Gianna dapati bahawa Josh dengan mudah mengingati rentak lagutersebut dan menyanyikan huruf-huruf dalam nama akhirnya. Dalam satu minggu Josh telah dapat mengeja
 “Clark”.

Di sini, muzik juga mungkin ia akan memakan masa yang lebih lama untuk Josh mengingat dan mengeja Gianna, ahli terapi muzik Josh menyatakan bahawa seseorang mempunyai berbagai cara dan strategi yang berbeza untuk belajar, dan pakar juga tidak dapat menyatakan dengan tepat bagaimana otak memproses maklumat. Tetapi muzik bolehmenolong melahirkan proses tersebut. nama akhir keluarganya. Mungkin beberapa minggu atau beberapa bulan.Kanak-kanak, malah sehingga ke peringkat usia remaja merupakan golongan yangamat menggemari muzik dan nyanyian.  Oleh kerana itu, maka peluang harus diambil oleh para guru untuk menggunakan elemen seni dan muzik dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah terutama untuk kanak- kanak bermasalah pembelajaran.Ini amat bertepatan sekali dengan penggunaan elemen nyanyian dan bermain alat muzik   khususnya untuk menghafal dan memahami gambarajah.
Bagi murid-murid atau kanak-kanak bermasalah pembelajaran, cara nyanyian didapati amat berkesan. Mereka dapat dengan sendirinya melalui improvisasi, menghafal dan menyebut huruf-huruf dalam nyanyian dengan lebih mudah.  Aktiviti sebegini bukan sahaja dapat membantu murid-murid atau kanak-kanak bermasalah pembelajaran tersebut mengenali, menyebut dan menghafal huruf, malah aktiviti pembelajaran dan pengajaran menjadi lebih menghiburkan dan menyeronokkan bukan sahaja murid malahan guru juga.  Ini terbukti apabila kanak-kanak yang menjadi responden di dalam artikel ini mampu untuk mengingat dan menghafal malah kanak-kanak yang menghadapi masalah sukar bercakap, akhirnya memberi respon melalui terapi muzik.  Ini dipercayai merupakan hasil daripada aktiviti nyanyian yang dijalankan oleh kanak-kanak tersebutdengan bimbingan ahli terapi mereka.  Temu bual dengan ibu bapa responden dan ahli terapi jelas membuktikan bahawa kaedah nyanyian melalui terapi muzik amat berkesan dan menyeronokkan kanak-kanak tersebut.


5.0 LIMA TAHAP PERKEMBANGAN KREATIVITI  FISHER

Kreativiti sebenarnya banyak melibatkan proses menggunakan daya berfikir atau kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. Pendidikan Seni Visual dikatakan mampu mengembangkan daya kreativiti di kalangan pelajar. Kefahaman menerusi visual tentunya lebih mudah daripada penghafalan fakta menerusi catatan berjela. Peta minda yang digrafikkan secara mudah lebih berkesan untuk menyatakan sesuatu konsep atau penerangan yang sukar. Kreativiti juga dipercayai mempunyai tahap-tahap tertentu seperti lima tahap perkembangan kreativiti yang diperkenalkan oleh Fisher (1943). Oleh itu, guru-guru pendidikan seni visual amat perlu menguasai tahap-tahap tersebut bagi merancang aktiviti seni visual. Setiap aktiviti perlu dirancang terlebih dahulu agar bertepatan dengan objektif dan tahap kebolehan pelajar bagi menjamin keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.


5.1 PERINGKAT RANSANGAN

Kanak-kanak sememangnya dilahirkan dengan fitrah semulajadi yang memiliki sifat-sifat kreatif dalam jiwa masing-masing. Perbezaannya mungkin hanya lebih satu atau kurangnya sifat tersebut dalam diri seseorang individu itu. Pada peringkat permulaan sesuatu topik pengajaran, guru-guru akan memulakan dengan set induksi bagi merangsang pemikiran kreatif pelajar.

Pada peringkat set induksi guru mungkin boleh bersoal jawab dengan murid tentang tajuk serta perkara-perkara yang berkaitan seperti apa, mengapa, siapa dan bagaimana. Soalan yang dikemukakan seharusnya mempunyai kaitan dengan minat, pengetahuan, dan pengalaman pelajar. Sebagai contoh, guru memilih kegiatan membentuk dan membuat binaan iaitu jenis aktiviti membuat topeng muka haiwan.

Berdasarkan tajuk „Saya ada memelihara…(kucing, arnab, ayam, dan lain-lain), guru-guru boleh mengemukakan beberapa soalan berbentuk pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian berdasarkan aras Taksonomi Bloom seperti contoh berikut :-



Contoh soalan berdasarkan peringkat Taksonomi Bloom Peringkat
Contoh soalan
1. Apa
(peringkat pengetahuan)
Apakah haiwan yang mempunyai bulu yang halus ?


(kucing, arnab, anjing)
*soalan pengetahuan yang dikemukakan hendaklah mempunyai kaitan dengan tajuk yang diajar.
2. Mengapa
(peringkat analisis)
Mengapakah harimau mempunyai kuku yang tajam ?
(kuku yang tajam digunakan untuk menangkap mangsa)
*soalan memerlukan fikiran kritik dan bukan mengulang pengetahuan yang dipelajari.
3. Siapa
(peringkat aplikasi)
Siapakah di antara kamu yang pernah melihat haiwan liar seperti gajah, harimau, singa atau beruang?
*soalan mempunyai kaitan dengan pengalaman murid.
4. Bagaimana
(peringkat aplikasi)
Bagaimanakah kamu hendak memilih bahan untuk membuat topeng muka?
(dengan menggunakan kad manila, gunting, gam, dan lain-lain)


5.2  PERINGKAT PENEROKAAN

Menurut Fisher (1943), pada peringkat ini, kanak-kanak amat memerlukan latihan dan pendedahan untuk menjadikan mereka lebih kreatif dan berpemikiran ke hadapan. Oleh itu, guru-guru perlu memikirkan pelbagai bentuk aktiviti yang boleh meningkatkan keupayaan berfikir agar pelajar bebas dari kotak pemikiran biasa. Pelbagai bentuk latihan seperti eksperimentasi, kajian dan latihan menyelesaikan masalah amat perlu bagi meningkatkan daya kreativiti pelajar. Menurut Gardner (1993), Sains, penerokaan dan muzium-muzium kanak-kanak menawarkan peluang untuk merangsang aktiviti. Salah satu cara pendekatan yang lebih mencabar kreativiti kanak-kanak ialah berinteraksi dalam kumpulan. Sebagai contoh, guru mempelbagaikan bahan pengajaran bagi setiap kumpulan untuk satu tajuk yang sama iaitu membuat topeng muka dari pelbagai bahan seperti kad manila, polisterene, perca kain, plastik, papier mache dan sebagainya. Untuk meningkatkan keupayaan berfikir, guru-guru boleh mengemukakan beberapa soalan kritikal yang mencabar minda pelajar. Bagi kanak-kanak yang berfikiran kreatif sudah pasti akan 
berusaha untuk mencari jawapan dan jalan penyelesaian melalui pelbagai cara, gaya dan teknik.

5.3 PERINGKAT PERANCANGAN
Setelah melalui beberapa peringkat seperti rangsangan dan penerokaan, aktiviti dilanjutkan lagi menerusi peringkat perancangan iaitu menggalakkan pemikiran kreatif kanak-kanak melalui kegiatan merancang dan memetakan semua aktiviti yang ingin dilakukan. Dalam peringkat ini kaedah inkuiri-penemuan dalam bentuk kumpulan amat sesuai digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana kaedah ini melibatkan pelajar secara aktif dalam proses mengingat kembali, memerhati, mendengar, menyoal, menyiasat, melakar, menyelidik, menganalisis, membanding serta menaakul.  Para pelajar secara tidak langsung akan berbincang, berinteraksi dan membuat pemerhatian sesama mereka tentang urutan tugas seperti langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk menghasilkan satu topeng muka. Selain itu, perancangan secara visual juga turut dilakukan seperti lakaran kerja, imej lukisan, lakaran bahan dan sebagainya.



5.4 PERINGKAT AKTIVITI

Setelah aktiviti dirancang dengan penuh ketelitian, tiba pula masanya untuk melaksanakan aktiviti itu atau bertindak untuk menghasilkan tugasan yang diberikan. Pada peringkat ini para pelajar didedahkan dengan penggunaan pelbagai jenis media dan teknik. Sebagai contoh, bagi membuat topeng muka haiwan, pelajar-pelajar akan memilih media atau bahan yang sesuai seperti kertas, polisterene, kad manila, gam gunting, atau papier mache.  Manakala dari segi teknik pula, pelajar mungkin menggunakan teknik lipatan, origami, guntingan, lukisan dan sebagainya.

5.5 KAJIAN SEMULA

Menurut Fisher (1943), peringkat ini amat penting di mana penilaian dilakukan untuk melihat keberkesanan tindakan atau aktiviti yang dilaksanakan. Sebagai contoh, pelajar-pelajar akan melihat apakah kelebihan dan kelemahan yang terdapat pada topeng muka yang dihasilkan. Pada peringkat ini, pemikiran kreatif akan membenarkan mereka mengkritik atau memberi komen terhadap hasil kerja mereka atau kumpulan yang lain. Ianya bertujuan untuk meningkatkan improvisasi di mana penambahbaikkan boleh dilakukan.
Guru-guru juga boleh membuat penilaian secara positif untuk meningkatkan motivasi pelajar. Pelbagai soalan boleh diajukan seperti :-

Peringkat
Contoh soalan
1. Analisis
Pada pendapat kamu, apakah bahan yang digunakan itu sesuai dengan topeng muka yang dihasilkan?

2. Sintesis
Bolehkah kamu berikan cadangan untuk memperbaiki topeng muka ini supaya menjadi lebih baik?


6.0 IMPLIKASI PEMIKIRAN KREATIF FISHER (1943) KEPADA PERKEMBANGAN DAN PEMBANGUNAN INDIVIDU

Matlamat pengajaran adalah untuk membantu pelajar menjadi lebih kreatif (Plucker, Beghetto dan Dow, 2004). Oleh itu, guru harus menginspirasikan pelajar ke arah pemikiran kreatif pada peringkat individu mahupun kumpulan. Pelajar harus disediakan persekitaran yang dapat merangsang kreativiti mereka. Situasi pengajaran dan pembelajaran tidak seharusnya membebankan pelajar. Guru tidak seharusnya mengawal pelajar sewenang-wenangnya semasa pengajaran dan pembelajaran. Sebaliknya, guru perlu menggalakkan motivasi dalaman, memupuk rasa kekitaan dan pemikiran yang menjurus kepada aspek kreatif. Fisher (1943), telah menjelaskan tentang lima tahap pemikiran kreatif yang perlu dikuasai oleh setiap guru khususnya bagi guru-guru pendidikan seni untuk melahirkan individu yang berfikiran kreatif terutama di peringkat kanak-kanak lagi. Peringkat-peringkat tersebut ialah rangsangan, penerokaan, perancangan, aktiviti dan kajian semula.

Pada kebiasaannya, guru akan memberi rangsangan atau lebih dikenali sebagai set induksi kepada pelajar sebelum memulakan sesuatu topik. Set induksi ialah bahagian permulaan sesuatu proses pengajaran yang bertujuan untuk membina aliran fikiran serta minat murid (Mok Soon Sang, 1992). Soalan-soalan yang diajukan bertujuan membina aliran fikiran murid supaya mereka lebih bersedia mempelajari sesuatu yang berkaitan. Selain itu, rangsangan yang diberi dapat membantu meningkatkan motivasi pelajar di samping menggunakan pengetahuan sedia ada untuk membina konsep baru dengan lebih mudah. Calvin W Taylor (1915-2000) percaya bahawa pengembangan bakat berkait rapat dengan cara guru merangsang pemikiran mereka. Guru-guru juga dapat menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan lebih lancar dan bersesuaian.

Implikasi yang besar juga dapat dilihat pada peringkat penerokaan dalam peringkat perkembangan kreativiti oleh Fisher (1943) di mana pelajar-pelajar dapat berinteraksi dan berkomunikasi dalam kumpulan. Di samping itu, peringkat ini juga mendedahkan pelajar kepada pelbagai aktiviti yang mencabar minda dan menjadikan mereka lebih kreatif. Mereka akan menggunakan sepenuhnya keupayaan berfikir untuk meneroka pelbagai media dan bahan yang
diberikan. Selain itu, para pelajar juga akan berusaha untuk menyelesaikan masalah melalui persoalan-persoalan yang dikemukakan oleh guru-guru mereka. Kanak-kanak juga akan berusaha untuk mencari jawapan melalui pelbagai gaya dan teknik yang lebih kreatif.

Melalui peringkat perancangan pula, implikasi pemikiran kreatif pelajar dapat dilihat menerusi gerak kerja secara berkumpulan. Mereka berinteraksi dan berkomunikasi sesama sendiri untuk menghasilkan perancangan kerja secara sistematik. Sebagai contoh, mereka melakukan pemerhatian, berbincang, melukis lakaran, membuat imej lukisan atau mendapatkan gambar secara visual. Pada peringkat ini juga dapat dilihat semangat kerjasama yang terjalin di antara ahli kumpulan. Pemikiran kreatif juga akan mula terangsang melalui persoalan-persoalan ynag turut dikemukan oleh guru-guru.

Peringkat seterusnya ialah peringkat aktiviti di mana ia banyak membantu perkembangan murid terutama dari segi psikomotor, kognitif, dan juga afektif. Murid-murid juga berpeluang untuk menggunakan pelbagai jenis media sama ada media kering mahupun media basah. Mereka dapat memilih media yang bersesuaian dengan tajuk yang dipilih seperti membuat topeng muka mengikut kreativiti masing-masing. Peringkat aktiviti juga turut membantu pelajar memiliki kemahiran-kemahiran seperti membentuk, menggunting, melipat, mencantumkan, melakar, melukis, mewarna, dan sebagainya. Selain itu, aktiviti yang dijalankan juga sedikit banyak membantu menambahkan keyakinan murid-murid. Semangat menghormati dan sikap toleransi dapat dipupuk kepada para pelajar. Guru-guru juga digalakkan untuk memberi aktiviti tambahan bagi meluaskan pengetahuan dan pengalaman murid-murid.
Implikasi pada peringkat Kajian Semula dapat dilihat dengan jelas apabila penilaian dibuat ke atas setiap hasil kerja murid. Guru dan murid-murid berpeluang untuk memberi komen atau penilaian secara positif demi meningkatkan lagi prestasi atau penambahbaikkan. Sebarang komen atau penilaian yang dibuat akan mengelakkan pelajar daripada melakukan kesilapan yang sama atau yang biasa dilakukan. Selain itu, hasil kerja mereka juga akan bertambah baik dan cantik malah mungkin lebih berkesan. Kemahiran secara lisan seperti bercerita dan bertutur dengan baik juga dapat diperolehi melalui aktiviti ini. Murid-murid juga boleh mengajuk karektor binatang yang direka dengan memakai topeng yang berkaitan. Tambah menarik lagi jika mereka diberi peluang untuk menyanyi sambil menggayakan watak-watak yang dicipta.


7.0 KESIMPULAN

Sebagai kesimpulannya, mengambil pandangan tokoh-tokoh seni yang terkenal adalah amat penting dilakukan oleh seseorang guru dalam menyediakan sesuatu bahan pengajaran dan pembelajaran. Melalui pandangan mereka, guru-guru dapat melihat aspek-aspek penting yang perlu diambil kira dan diketengahkan untuk memperkembangkan kreativiti dan pembangunan modal insan seseorang individu. Menurut Mok Soon Sang (2008), perkembangan ialah satu proses berterusan dari peringkat lahir hinggalah ke peringkat kematangan. Atan Long (1980) pula menyatakan perkembangan ialah perubahan kualitatif tetapi jelas dilihat perubahan setelah berlaku kerana sifat baru yang berlainan daripada peringkat awal. Oleh itu, guru-guru bukan sekadar sebagai tenaga pengajar malah lebih kepada seorang pembimbing. Guru yang bersifat pembimbing pasti dapat melahirkan pelajar yang mempunyai pemikiran kreatif dan inovatif yang penuh dengan nilai-nilai murni dan estetika.

Melalui Lima Tahap Perkembangan Pemikiran Kreatif Fisher (1943), guru-guru dapat memahami dan membantu kanak-kanak merekacipta sesuatu aktiviti dengan menggunakan idea masing-masing. Pada kebiasaannya, kanak-kanak bermula dengan imaginasi, mengeluarkan idea, meneroka, melaksanakan aktiviti hinggalah mendapat keputusan daripada proses yang dilakukan. Aktiviti-aktiviti yang merangsang pemikiran kreatif amat perlu dan penting untuk diterapkan semasa melaksanakan aktiviti terutama dalam pendidikan seni visual. Guru-guru pendidikan seni juga perlu lebih kreatif agar proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih berkesan dan bermakna.


BAHAN RUJUKAN

Chang Hon Woon (2008), Teori Seni Visual Edisi Kedua, Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Eh Ah Meng (1995). Siri Pendidikan Sekolah Dan Perkembangan Kanak-Kanak (Asas Penididikan 4). Fajar Bakti Sdn Bhd.Matusky, Patricia & Tan Sooi Beng. 1997.

Kamus Dewan (2002), Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mok Soon Sang (2008), Perkembangan Kanak-kanak, Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Khairuddin Mohamad (2011), Literasi Bahasa Melayu, Siri Pendidikan Guru, Selangor : Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Muzik Malaysia: Tradisi Klasik, Rakyat dan Sinkretik . The Asian Centre, Pulau Pinang.Siti Zainon. 2007.

 Osman Hashim. (2007).  Ke arah peningkatan pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni muzik dalam pendidikan khas bermasalah pembelajaran

Seni Suara dan Muzik dalam Asas Kebudayaan dan KesenianMelayu. Penyunting Anwar Din. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi.Sheppard, Mubin. 1972.

Taman Indera (A Royal Pleasure Ground): Malay Decorative Arts And Pastimes. Oxford University Press.

Modul KAE 3013 Universiti Pendidikan Sultan Idris

Website :-



--------------------------------------------------------------------------------------

OKTOBER 2012
PROGRAM SENI DAPAT MENINGKATKAN KREATIVITI DAN ESTETIKA KANAK-KANAK SERTA MENGUKUHKAN PERPADUAN BANGSA DAN NEGARA

1.0 PENDAHULUAN
Kanak-kanak kebanyakannya sangat berminat dengan aktiviti seni dan kreatif. Aktiviti seni dan kreatif memberi peluang kepada kanak-kanak untuk merealisasikan imaginasi mereka di dalam pelbagai cara. Ini termasuklah aktiviti seni seperti melukis, mewarna, kraf tangan, muzik, nyanyian, drama, puisi, membentuk arca dan sebagainya.
Kreativiti sememangnya wujud di dalam diri setiap insan yang diciptakan Tuhan. Kreativiti merupakan salah satu anugerah Tuhan yang mungkin tidak disedari secara langsung oleh seseorang. Kreativiti ialah kebolehan asasi yang dimiliki oleh semua manusia, dan tidak seorang pun manusia di dunia ini dilahirkan tidak kreatif. Cuma mungkin kecenderungan seseorang itu berkreatif banyak bergantung kepada diri sendiri, persekitaran dan jenis masalah yang dihadapi. Selain itu, kebolehan dan bakat kreatif mestilah dipupuk dan dibaja dengan betul melalui pendekatan yang sesuai dan bersistematik terutama bagi kanak-kanak di peringkat pra persekolahan. Walaupun, kreativiti adalah anugerah yang diberikan oleh Tuhan semenjak azali, sekiranya tidak dipupuk dan dibajai oleh persekitaran dan diri sendiri, kreativiti yang berkualiti tidak mungkin dapat dicapai. Secara umumnya konsep kreativiti dapat dilihat dalam dua perspektif yang luas. Pertama dari sudut emperikal atau ilmiah dan yang kedua pula dilihat dari sudut praktikal. Kedua-dua konsep kreativiti ini tidak jauh berbeza cuma perspektif yang pertama lebih menekankan aspek pengkajian tentang kreativiti manakala yang kedua pula lebih menjurus kepada amalan dan metode berkreativiti seperti berkomunikasi, aktiviti perniagaan, pengajaran dan pembelajaran dan sebagainya.



2.0 DIFINISI KREATIF
Masyarakat umum sebenarnya masih kabur dengan pengertian atau apa yang di maksudkan dengan kreativiti. Jika diajukan soalan, pastinya sesuatu yang terlintas di fikiran mereka adalah merujuk kepada aktiviti seni dan kesenian seperti nyanyian, berlakon, kraf tangan dan melukis. Oleh itu, ada baiknya kita membincangkan maksud “Kreativiti” itu dari sudut pandangan
beberapa tokoh akademik, penyelidik, atau sarjana yang mengemukakan beberapa konsep yang asli berdasarkan pemerhatian, pengalaman, kajian dan latar disiplin ilmu yang mereka miliki. Antara definisi yang diberikan adalah :-

1. Menurut kamus Websters (1976), pemikiran kreatif ialah “the ability to bring something new existence”. Definisi ini memperlihatkan kreativiti adalah kebolehan mewujudkan sesuatu yang baru sama sekali. Ia juga seolah-olah melambangkan suatu pemikiran manusia yang hebat untuk melakukan sesuatu yang diinginkan.
2. “ …diri dalam keadaan bergerak balas ketika ia dirangsang dengan cara dinamik.” (Hopkins, 1973 dalam Mohd Azhar b. Abd. Hamid, 2001).
3. Kamus Dewan (2002) mentakrifkan kreativiti sebagai satu “kemampuan (kebolehan) mencipta daya kreatif, kekreatifan manakala kreatif pula sebagai mempunyai kebolehan mencipta, menghasilkan dan mengembang sesuatu idea baru dan asli.”
4. “ …melihat apa yang orang lain sudah nampak dan memikirkan apa yang belum difikirkan oleh orang lain.” (Torrance, 1974).
5. “Kreativiti adalah proses yang dilakukan oleh seseorang yang menyebabkan ia mencipta sesuatu baginya.” (Mead, 1959 dalam Mohd Azhar Abd Hamid, 2001).

Berdasarkan konsep kreativiti secara umum, dapatlah dikatakan bahawa Kreativiti ialah keupayaan seseorang untuk memproses maklumat yang menghasilkan sesuatu yang baru dan asli. Konsep pemikiran kreatif itu pula berkisar kepada beberapa entiti iaitu seseorang dapat melakukan sesuatu dengan cara yang unik. Selain itu, seseorang juga dikatakan dapat berfikir di luar kotak pemikiran biasa atau bebas daripada pola yang sama. Melihat sesuatu dari perspektif baru di samping menggabungkan idea yang sedia ada untuk membentuk idea yang baru. Melalui pengalaman dan pengetahuan yang dimiliki, seseorang itu berupaya mencari pelbagai input idea bagi mewujudkan hasil yang baru lebih baik daripada sebelumnya dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Keadaan ini dijelaskan oleh Rikards (1990) sebagai, “Creativity involves escaping from stuckness and opening up possibilities.”

Kreativiti merupakan proses yang berterusan, ia merujuk kepada keupayaan seseorang untuk memproses maklumat yang menghasilkan sesuatu yang baru dan asli. Kreativiti juga boleh dilihat dari penggunaan imaginasi, penerokaan dan hubungan baru. Sementara itu, estetika adalah sesuatu penglibatan individu dalam keadaan merasa, bertindak balas dan kepekaan kepada persekitaran semulajadi serta persekitaran ciptaan manusia. Melibatkan diri dengan aktiviti seni memberi peluang kepada kanak-kanak meneroka dengan pelbagai bahan-bahan mewarna. Melukis, bentuk, saiz, bunyi struktur dan fungsi sesuatu bahan. Malah aktiviti seni juga membantu kanak-kanak menggunkan pengalaman deria mereka terutamanya ketika merasa struktur, menghidu bahan dan mendengar bunyi.


3.0 SENI DAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
Aktiviti seni membantu perkembangan kanak-kanak. Aktiviti melukis misalnya memberi pengalaman kepada kanak-kanak untuk memilih warna, bahan, bentuk,saiz dan garisan. Merereka boleh memilih bahan yang disukai dan mengeluarkin idea. Aktiviti seni dan kraf dapat meningkatkan kemahiran motor halus dan motor kasar kanak-kanak misalnya melalui aktiviti menggunting dalam aktiviti kolaj dan membuat pergerakan ketika menyanyi. Semasa menggunakan krayon kanak-kanak belajar membuat kawalan pergerakan jejari mereka. Melalui aktiviti kreatif dan estetika kanak-kanak dapat menyampaikan kegembiraan, kesedihan dan kekecewaan dalam kata yang lebih mudah aktiviti estetika dan kreatif membantu kanak-kanak untuk menyampaikan emosi dan perasaan mereka.
Seni dan sosial mempunyai hubungan simbolik untuk digabungkan sebagai kurikulum intergrasi iaitu memerlukan kefahaman terhadap ilmu kemanusiaan dan pengalaman manusia. Justeru untuk memahami sesuatu masyarakat, kita perlu memahami bagaimana seni mempengaruhi sosial, politik, dan ekonomi sesuatu masyarakat.
Pelajar diharap dapat mengamal pertimbangan seni visual, meningkatkan kepekaan serta mampu mengendalikan kehidupan dengan membawa bersama nilai positif seterusnya menerap budaya menghargai serta mengaplikasi ilmu yang diperolehi kerana seni dapat membentuk jiwa dan peribadi manusia
Mengapa kita sering berpendapat seseorang itu dilahirkan kreatif? Hakikatnya kreativiti boleh dipelajari. Terdapat banyak kerjaya yang berkaitan dengan seni, seperti pengiklanan, arkitek, juruhias dalaman dan banyak lagi yang ada kaitannya dengan cabang-cabang seni. Kemahiran berfikir secara abstrak akan banyak membantu dalam kehidupan. Seni juga bukan setakat terbatas pada Seni Visual dan Lukisan sahaja tetapi ia ada kaitannya dengan falsafah dan pelbagai bidang yang lain. Menurut Mark Smith, ”seni ialah IQ dan berfikir”. Belajar untuk berfikir bunyinya unik, menarik dan dinamik.
Norwegia Gunvor Rand merangkumkan konsep kreativiti iti sebagai;
”Kreativiti adalah proses di mana seorang individu, sebagai hasil dari kemampuan dan kesempatan peribadinya serta dalam interaksinya dengan lingkungannya akan mencari produk baru atau original yang memadai untuk situasi yang bersangkutan....Produk ini dapat bersifat konkrit ataupun abstrak(Rand 1981:6)
Penting untuk disedari bahawa kreativiti adalah sebuah proses. Ada dua jenis utama kreativiti iaitu kreativiti intuitif dan kreativiti analitik. Kreativiti intuitif adalah jenis kreativiti yang terjadi secara spontan melalui penambahbaikan. Kreativiti analitik pula adalah apa yang kita gunakan, yang apabila kita merancang untuk tujuan yang telah ditetapkan. Proses kreatif biasanya akan menggabungkan kreativiti intuitif dan analitik.
Kreativiti berasal daripada perkataan Latin iaitu ”creare” yang membawa maksud ”membuat”, manakala daripada perkataan Greek pula ”creare” bermaksud ”memenuhi”. Kamus Dewan(2002) mentakrifkan kreativiti sebagai satu kemampuan atau kebolehan mencipta daya kreatif dan kekreatifan.
Kreatif pula sebagai mempunyai kebolehan mencipta, menghasilkan dan mengembangkan sesuatu idea baru dan asli. Kesimpulannya kreativiti adalah kebolehan dan kemampuan seseorang menghasilkan sesuatu yang kreatif, baru dan asli. Terdapat juga yang mentakrifkan kreatif dan kreativiti sebagai penghasilan sesuatu yang tiada sebelumnya.

Ellis Paul Torrance atau lebih dikenali sebagai Paul Torrance merupakan penyelidik dan ahli akademik yang tersohor dalam bidang kreativiti. Karya-karya penyelidikannya dalam mendalami bdang ini telah berjaya mengembangkan bidang kreativiti dan beliau telah diiktiraf dengan gelaran Bapa Kreativiti.
Terminologi kreatif berasal dari perkataan Latin ‘creare’ yang bermaksud “membuat/ mencipta/ mereka cipta”. Manakala Greek “creare” bermaksud “memenuhi”. Sehubungan itu dapat dirumuskan bahawa kreativiti melibatkan daya berfikir dan kemahiran berfikir yang menerbitkan idea manakala pemikiran kritis adalah pemikiran yang menilai ke atas sesuatu idea. Oleh itu pemikiran kreatif mestilah berasaskan manipulasi dari pengalaman serta pengetahuan yang sedia ada bagi membolehkan seseorang itu dapat mencetuskan idea atau hasil ciptaan yang baru dan lebih baik daripada yang sebelumnya.


4.0 SENI DAN KEPENTINGAN KREATIVITI
Kreativiti bersangkut dengan pemikiran kreatif. Berfikiran kreatif bermaksud berfikir di luar kotak. Ia juga berkait dengan keupayaan seseorang menyelesaikan masalah. Kathy Goff, dalam. http://www.creativitycentre.com/Ret.2001, mengatakan pemikiran kreatif itu melewati imaginasi kita untuk mencipta idea-idea baru.  Ia adalah gaya hidup, sifat personaliti seseorang, cara melihat dunia dan cara kita berinteraksi dengan sesuatu. Dalam sebuah laporan 'All our futures:Creativity, Culture and Education', the National Advisory Committee's report melibatkan pemikiran dan tingkahlaku imaginatif.  Kedua ialah aktiviti imaginative (penghayalan) yang bertujuan, iaitu terarah bagi mencapai satu-satu objektif.  Ketiga proses ini mesti menjana sesuatu yang asli (original).  Keempat ialah nilai yang berkait dengan objektif yang dikhayalkan itu.  Laporan ini juga mengatakan bahawa darjah kreativiti seseorang boleh jadi berkurang atau lebih jika diberi peluang.

Menurut Muhamad Tamyez Bajuri (1996), kreativiti adalah berkait dengan aspek penerokaan, sama ada melalui mental atau fizikal.  Daya inilah yang membawa kita kepada satu cara pemikiran di luar pemikiran biasa (berfikir diluar kotak).  Sesungguhnya kreativiti melibatkan daya berfikir dan kemahiran berfikir seseorang , maka itu ia dapat dibentuk, dilatih menerusi ransangan tertentu.

Kreativiti dapat ditafsirkan sebagai kebolehan berimaginasi atau mencipta sesuatu yang baharu. Ia merupakan satu kebolehan menjana idea baharu dengan menggabung, mengubah dan mengaplikasikan semua idea. Ada juga yang berpendapat bahawa kreativiti dapat menyumbangkan idea atau hasil baharu dalam budaya dan ia dianggap gabungan unik dan berguna.Kreativiti adalah sesuatu yang asli di mana ia merupakan satu proses separa sedar dan sesiapa sahaja boleh menjadi kreatif tetapi tidak semua orang kreatif. Kreativiti melibatkan pemikiran dan khayalan serta berkebolehan untuk melihat sesuatu dalam cara yang berbeza dan untuk mencari kepuasan dalam membuat atau menghasilkan sesuatu dan memerlukan ketekunan sehingga terhasilnya sesuatu produk.

Kreativiti bukan hanya bergantung kepada keupayaan, tetapi juga sikap seseorang dalam menghadapi kehidupan. Kreativiti paling jelas dapat dilihat pada kanak-kanak kerana bagi mereka segalanya adalah baru dan otak mereka yang kecil sentiasa cuba menggabungkan fikiran dan idea-idea, sambil meneroka dunia di sekeliling mereka. Walau bagaimanapun, jika ibu bapa ingin mengekalkan kreativiti ini dalam diri anak-anak, perkara penting yang perlu diketahui ialah perbezaan antara kreatif dan kepintaran. Sesetengah kanak-kanak memang gemar melukis dan mewarnakan lukisan. Mereka akan melakukannya tanpa disuruh. Tetapi kanak-kanak yang lebih penakut atau pemalu mungkin memerlukan idea untuk mendorong mereka memulakannya. Semua orang mempunyai potensi atau bakat kreatif semula jadi.

Komponen kreativiti kanak-kanak mengandungi lima aspek yang terdiri daripada persekitaran dan keindahan alam, lukisan dan kraf tangan, muzik, nyanyian dan pergerakan kreatif, drama dan puisi serta warisan budaya. Peranan guru sangat penting dalam membentuk kreativiti kanak-kanak. Kanak-kanak juga diberi peluang untuk melahirkan perasaan dan memperkembangkan daya kreativiti mereka mengikut kreativiti masing- masing. Penglibatan aktif kanak-kanak juga akan berupaya menggalakkan perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor kanak-kanak, di samping memupuk nilai estetika.

Kreativiti kanak-kanak juga mendorong kanak-kanak memahami hasil pembelajaran mereka dengan lebih mudah. Selain itu, dalam kreativiti juga kanak-kanak akan mencapai tahap pencapaian semakin meningkat. Mereka akan pandai melukis dan mengecat mengikut kreativiti masing- masing. Kanak- kanak ini juga boleh melakar, menulis, memotong, menghasilkan kraf tangan, membuat pergerakan kreatif, menyanyi dan juga menenun. Seni dapat mengembangkan peluang ekspresi diri kanak-kanak, kebebasan bersuara, membangunkan harga diri, mengalakan kerjasama dan keharmonian kumpulan, memberikan kuasa pemikiran kepada guru-guru dan pelajar, dan menyatakan kebenaran dalam kebudayaan serta bangsa.

Kepentingan kreativiti kanak-kanak dalam pendidikan seni visual dapat dilihat semasa kanak-kanak dilahirkan apabila mereka mula mempunyai sifat dinamik serta berkembang mengikut fitrah semulajadi dalam proses tumbesaran. Aktiviti seni visual seperti muzik, penghasilan hasil kerja berbentuk lukisan dan pergerakan amat mendorong kanak-kanak untuk menggunakan imaginasi, ekspresi, dan kecerdasan pelbagai. Hal ini kerana melalui aktiviti seni visual, seni muzik, pergerakan dan sebagainya, kanak-kanak dapat melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran yang lebih menyeronokkan. Menurut Cassidy, seni merupakan bahagian penting kepada kanak-kanak dalam penghasilan rupa bentuk yang boleh menimbulkan keceriaan, keseronokan dan kesenangan estetik dan sekaligus menyebabkan ia menjadi satu bahagian penting dalam komponen kurikulum. Kanak-kanak yang mempunyai bakat seni seperti seni tampak dan sentuh dapat dikenal pasti melalui pengaturcaraan kurikulum yang dipelajari oleh mereka.


5.0 SENI DAN BAKAT KANAK-KANAK
Menurut Confessore (1991), kejayaan sesuatu kerjaya adalah berdasarkan kepada bakat dan kebolehan untuk mengaplikasikannya. Selain itu, peranan guru juga amat penting khususnya dalam bilik darjah untuk mengenal dan mengesan bakat seni yang terdapat dalam diri setiap muridnya. Hal ini kerana seni dapat membantu seorang guru untuk mengenal personaliti diri dan potensi diri murid- muridnya. Seni juga merupakan bahasa non- verbal bagi manusia secara global. Dalam komponen pendidikan seni visual, strategi pengajaran yang sedia ada dalam kurikulum akan membantu guru mencungkil bakat murid- muridnya supaya menjadi lebih berjaya.
Menurut Clark (1993) dan Parath (1997), ciri- ciri bakat seni yang terdapat dalam kreativiti kanak-kanak dapat dilihat melalui kemudahan pemahaman dan kebolehangunaan bilik darjah yang berdasarkan kepada analisis penyelidikan tentang pendidikan seni. Ciri bakat seni boleh dibahagikan kepada tiga bahagian utama iaitu daripada kemahiran teknikal, pemikiran visual dan kreativiti. Menurut Winner (2000), pencapaian seseorang dalam bidang seni sangat penting bagi pencapaian kerjaya agar ia sentiasa berada pada tahap tinggi seperti dalam bakat seni.

Kreativiti kanak-kanak dalam pendidikan muzik dan seni visual dari segi kemahiran teknikal adalah berkaitan dengan kebolehan dan kemampuan untuk memanipulasi bahan-bahan bagi menyampaikan sesuatu tujuan atau idea yang telah dicadangkan. Hal ini mungkin termasuk juga penggunaan sumber media seperti seni cetak, lukisan dan arca- arca seni. Tambahan pula, kemahiran ini merupakan petunjuk yang dilihat amat ketara dalam pendidikan seni visual dan dapat diluahkan terus untuk mewujudkan tafsiran realistik yang mewakili konsep abstrak. Menurut Lowenfeld (1963), kemahiran teknikal banyak berkaitan dengan peringkat pembinaan kemajuan. Oleh itu, kebanyakan penulis muda menganggap kemahiran teknikal adalah terhad bagi mereka dalam menghasilkan sesuatu karya seni.

 Walaubagaimanapun, Prath (1993) pula menyatakan bahawa terdapat ramai penulis muda yang menunjukkan keupayaan menulis sehingga membawa kepada peningkatan konsep- konsep seni seperti penggunaan perspektif yang lebih menjurus kepada kemahiran secara terperinci dan fleksibel dalam semua produk yang dihasilkan. Sebagai contoh, seorang pelukis berbakat di tadika bukan sahaja dapat menunjukkan kemahiran yang boleh menbangunkan sesebuah sekolah tetapi dapat menarik orang ramai. Oleh itu, pembangunan kemahiran teknikal amat penting untuk penghasilan bakat seni seseorang.

Menurut Winner (1986 & 29007), kreativiti kanak-kanak dalam pendidikan muzik dan seni visual dari segi pemikiran visual merujuk kepada kebolehan seseorang untuk memahami dan mentafsir maklumat berkaitan seni visual dan muzik. Hal ini termasuk kesedaran estetik dan keupayaan untuk melihat serta mengkritik unsur- unsur artistik berdasarkan kepada sebuah karya seni berkaitan peggubahan organisasi dalam bahagian seni seperti mewarna, menggaris dan melukis tekstur. Pemikiran visual juga termasuk keupayaan mencari makna yang nyata dan abstrak dalam sesebuah karya seni atau maklumat visual. Kanak-kanak yang mempunyai pemikiran visual yang tinggi digalakkan melakukan pertimbangan tentang produk yang dihasilkan.

Menurut Fredette (1893), kemahiran berfikir secara visual ini adalah lebih kepada bakat seni yang besar. Pemikiran visual boleh di anggap sebagai satu binaan serupa dalam konsep membanding, mengenalpasti, dan mendefinisikan bakat seni yang terdapat dalam diri seseorang pelajar. Kenyataan ini merupakan pendapat Chetelat (1981), Lowenfeld (1947) dan Haroutonian (1995). Terdapat beberapa perkara yang sering diberikan perhatian oleh guru ketike berada di dalam suasana bilik darjah. Contohnya, seorang kanak-kanak yang mempunyai daya pemikiran visual yang tinggi sudah tentu akan dapat mentafsir maklumat visual dengan mudah berbanding rakan- rakan mereka yang mempunyai pemikiran visual yang rendah. Kanak-kanak yang mempunyai bakat dalam bahagian seni berkeupayaan dengan mudah untuk mentafsir makna dan juga carta- carta yang terdapat dalam seni. Di samping itu, cara lain untuk melibatkan kanak-kanak dalam kemahiran visual ialah dengan menggalakkan mereka belajar mengenai konsep- konsep abstrak berkaitan seni.
 Walaubagaimanapun menurut Norman Rockwell, penghasilan kerja seni yang sesuai untuk pemikiran visual seperti penghasilan kerja berbentuk naratif termasuk bahan- bahan bercerita dapat menarik minat kanak-kanak terutama di prasekolah.  Seterusnya bahagian terakhir dalam bakat seni adalah kreativiti. Kreativiti dapat dilihat dalam bahagian pemikiran visual dan kemahiran teknikal yang merupakan ciri- ciri bebas dalam bakat seni. Hal ini kerana, bahagian kreativiti merujuk kepada keupayaan kanak-kanak untuk berfikir secara kritis dan kreatif.

Kreativiti juga perlu bagi kanak-kanak untuk mengekalkan pencapaian yang berterusan dalam seni. Menurut Chetelat (1981), Haroutonium (1995) dan Cowenfeld (1947), kreativiti turut termasuk dalam mendefinisikan bakat seni. Hal ini kerana, melalui maklumat seni, seseorang yang berkreativiti berkebolehan dalam menghasilkan karya yang menarik berdasarkan idea dan imaginasinya sendiri. Manakala menurut Wakefield (1992) pula kreativiti sangat berkait rapat dengan langkah-langkah dalam pemikiran, orientasi artistik dan aspirasi kerjaya. Di samping itu, Poyath turut menyatakan bahawa kanak-kanak yang berbakat dalam bidang seni tampak berkemampuan dalam menghasilkan karya yang terbaik melalui lukisannya.

Amabile telah mencadangkan cara yang sah untuk mengukur kreativiti kanak-kanak dalam Pendidikan Muzik ialah dengan menggunakan taksiran subjektif Sesuatu produk yang kreatif. Penaksiran kuantitatif kreativiti muzikal kanak-kanak bermual pada 1970 dan sejak itu telah mula dibentuk. Semenjak itu, pengaruh Guilford dan Torrance amat ketara dalam kajian kreativiti muzik di mana beberapa aspek telah dipersoalkan bertujuan untuk menilai kreativiti muzikal. Kajian terbaru juga membuktikan bahawa muzik boleh memantapkan perkembangan bahasa, hubungan bunyi perkataan, keupayaan matematik kanak-kanak dan sesetengahnya meningkatkan keupayaan intelektual kanak-kanak. Selain itu, kepelbagaian jenis muzik berguna untuk masa depan bayi kerana ia memupuk kemahiran menulis, membaca dan perbahasan.

Semasa usia enam tahun pertama mereka, kanak-kanak boleh berlagu mengikut irama apabila mereka cuba membezakan deria dan bunyi daripada irama muzik serta memperoleh penyampaian visual bunyi tersebut. Proses mendapatkan maksud dari bunyi merupakan kunci utama untuk permulaan kanak-kanak dalam perkembangan bahasa.

Kelebihan kreativiti kanak-kanak dalam Pendidikan Muzik antaranya ialah dapat meningkatkan keupayaan otak kanak-kanak untuk mengenalpasti dengan cepat perubahan bunyi dan juga nada. Selain itu, Pendidikan Muzik juga dapat meningkatkan keupayaan pemikiran spatial dan temporal (yang merupakan asas penting untuk matematik dan sains) dan prestasi yang lebih baik dalam menjalankan tugas dibandingkan rakan mereka yang tidak mengambil pelajaran muzik, termasuk mereka yang mengambil pelajaran komputer dalam tempoh yang sama. Pendidikan Muzik telah membawa peningkatan celik huruf, muzik sememangnya menjadi komponen penting dalam perkembangan bahasa kerana ia merupakan cara yang baik untuk melibatkan kanak-kanak dalam menerokai bunyi dan perkataan, manakala irama pula alat yang berguna untuk meningkatkan memori. Contoh terbaik adalah lagu huruf. Sesetengah orang dewasa masih menyanyikan ABCDE hingga Z untuk membaca huruf.

Menurut Haward Gardner (1983), kecerdasan ruang melibatkan kebolehan-kebolehan melihat dunia ‘visual spatial’ dengan lebih tepat. Kecerdasan juga termasuk menjadi lebih peka terhadap warna, garisan, ruang, bentuk, rupa dan yang berkaitan dengannya. Bilik darjah perlu disusun atur dengan baik untuk memastikan terdapat ruang yang cukup untuk guru dan pelajar melakukan aktiviti dengan selamat dan selesa. Ini dapat membantu meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Dalam aspek ini murid meluahkan fikiran dan perasaan kreatif melalui aktiviti meneroka, mengimprovisasi dan membuat ciptaan berasaskan bunyi. Murid memilih, mengubah, memodifikasi, mengadaptasi, menyusun atur dan membentuk bahan muzik. Kreativiti dapat dicungkil melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Aktiviti melalui penggunaan warna dapat merangsang minda pelajar lebih kreatif. Ketika menghasilkan karya catan misalnya, pelajar diberi peluang mencuba pelbagai warna yang mereka fikir sesuai. Mereka bebas menggabungkan warna pilihan untuk menghasilkan warna baharu yang sesuai dengan karya. Dengan cara ini, pelajar bebas meneroka dan meluahkan perasaan dalam kreativiti.
Kesimpulannya seni dalam pendidikan dapat memberikan satu lagi teknik pengajaran kepada guru-guru di sekolah bagi mewujudkan idea-idea kreatif para pelajar.

6.0 SENI DI SEKOLAH
Guru dapat kenal pasti punca yang dapat mendorong dan merangsang pelajar memahami isi pengajaran. Satu bentuk pengajaran yang menyeronokkan dan memberikan peluang kepada pelajar menunjukkan bakat dan daya kreativiti. Pelajar yang berpeluang mengikuti pengajaran ini lebih bermotivasi, mempunyai keyakinan diri yang tinggi, lebih mudah berkarya dan mempunyai sikap positif. Mereka dapat meluahkan idea dan perasaan dalam aktiviti yang dijalankan.

 Oleh sebab itu, pihak sekolah sepatutnya tidak meminggirkan mata pelajaran Pendidikan Seni Visual dan Pendidikan Muzik di sekolah, atau menggantikannya dengan mata pelajaran lain hanya kerana ingin pencapaian tinggi dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah. Hal ini kerana seni dalam pendidikan mampu merangsang minda pelajar agar lebih kreatif, berkeyakinan dan berdaya maju. Pelaksanaan Seni Dalam Pendidikan di sekolah rendah merentasi semua mata pelajaran.
Guru mata pelajaran perlu kreatif dan melengkapkan diri dengan kemahiran-kemahiran yang diperlukan. Aktiviti perlu dirancang dengan teliti supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan baik. Guru perlu menggalakan murid-murid mengunakan kelebihan diri mereka, menyediakan aktiviti pembelajaran yang pelbagai untuk memenuhi keperluan murid-murid yang mempunyai pelbagai gaya belajar. Pelajar perlu diberi peluangmencuba idea, menggunakan teknik atau pendekatan baharu, dan mewujudkan persekitaran yang menginspirasikan.

7.0  KEPENTINGAN KREATIVITI KEPADA KANAK-KANAK

Pada umumnya, perkembangan dan pembesaran kanak-kanak pada peringkat umur bawah empat tahun memerlukan pengasuhan yang sangat sempurna dan teratur. Ini kerana di usia itulah minda kanak-kanak mula berkembang dan perlu dirangsang dengan pelbagai aktiviti agar ianya tumbuh dan bisa menjana perkembangan minda yang positif dan kreatif. Kanak-kanak sememangnya berminat dengan aktiviti seni dan kreatif terutama bagi peringkat 4 hingga 6 tahun. Ini kerana aktiviti seni dan kreatif memberi peluang kepada kanak-kanak untuk merealisasikan imaginasi mereka dalam pelbagai cara termasuklah melukis, mewarna, membuat kraf tangan, muzik, nyanyian, tarian, membentuk arca dan sebagainya. Berdasarkan tersebut, bidang pengasuhan di TASKA, TABIKA atau TADIKA memerlukan kaedah dan teknik yang bersistematik dalam usaha melahirkan kumpulan generasi baru yang kreatif.

Kreativiti merupakan proses yang berterusan dan ia merujuk kepada keupayaan seseorang untuk memproses maklumat yang menghasilkan sesuatu yang baru dan asli. Kreativiti juga boleh dilihat daripada penggunaan imaginasi, penerokaan dan hubungan baru. Oleh itu, penglibatan kanak-kanak dalam aktiviti seni sememangnya amat penting untuk memberi peluang kepada kanak-kanak meneroka dengan pelbagai bahan seperti mewarna, melukis, membentuk, saiz, bunyi struktur dan fungsi sesuatu bahan. Malah melalui aktiviti seni juga dapat membantu kanak-kanak menggunakan pengalaman deria mereka ketika merasa struktur, menghidu bau bahan dan mendengar bunyi. Di samping itu, kanak-kanak juga berpeluang untuk mengetahui pelbagai jenis media dan teknik yang perlu digunakan untuk menghasilkan sesuatu karya atau aktiviti seni.

Isernberg (2001) menyatakan seni adalah suatu sistem simbol yang boleh digunakan untuk menjana makna dan alat pembelajaran. Ini kerana aktiviti seni menyediakan ruang untuk kanak-kanak mengeluarkan dan melahirkan perasaan, cara berkomunikasi dengan atau tanpa bahasa, serta membantu kanak-kanak untuk meneroka pengetahuan akademik mereka. Aktiviti kreativiti dan estetika sememangnya berperanan penting dalam perkembangan kanak-kanak. Ini kerana aktiviti ini memberi peluang kepada mereka menyampaikan perasaan, karya dan keupayaan mereka dalam pelbagai cara malah turut menggalakkan mereka berfikir. Sebagai contoh, selepas melukis kanak-kanak cenderung untuk mempamerkan hasil kerja mereka. Mereka belajar untuk membuat keputusan terutama dalam memilih lukisan mana yang harus mereka pamerkan, bagaimana cara ia diuruskan dan adakah mereka berpuas hati dengan hasil kerja mereka. Teori perkembangan kreativiti Fisher (1943) turut menerangkan bahawa kanak-kanak digesa untuk memberikan pendapat dan komen terhadap apa yang dilalui sebagai satu bentuk refleksi diri.

Pendidikan seni visual dianggap sebagai mata pelajaran sampingan oleh sesetengah ibu bapa. Pandangan negatif ini sebenarnya adalah disebabkan oleh pemahaman cetek daripada sumber rujukan dan maklumat yang tidak tetap terhadap kepentingan mata Pelajaran Seni Visual. Kepentingan pendidikan seni adalah lebih penting dalam merealisasikan masyarakat ke arah kehidupan yang lebih sempurna sepertimana kepentingan mata pelajaran lain. Seni sebenarnya sudah lama memainkan peranan penting dalam dunia pendidikan. Namun, kepentingan itu tidak disedari. Sama ada disedari atau tidak, Pendidikan Seni Visual sudah disemai kepada semua generasi sejak dari awal kanak-kanak lagi sehingga ke peringkat dewasa. Seni bukan saja mengajar manusia menghayati keindahan, kecantikan atau sebagainya tetapi memupuk nilai-nilai estetika dan nilai-nilai kemuliaan dalam diri manusia. Seni harus dilihat sebagai subjek yang mampu ‘mengubati’ permasalahan yang berlaku dalam jiwa manusia.

Seni memainkan peranan penting dalam pembangunan manusia dan perubahan masyarakat. Seni wajar diletakkan pada landasan yang betul dalam arena pembangunan manusiawi. Kefahaman yang cetek yang mengatakan seni tidak menjanjikan kerjaya yang baik perlu dikikis. Pendidikan yang diterima oleh manusia sama ada kita sedari atau tidak sebenarnya telah kita meletakkan seni di tempat yang sewajarnya. Pendidikan seni itu sebenarnya telah bermula lebih awal lagi, iaitu di zaman kanak-kanak. Pendidikan yang diberikan itu berlaku secara tidak lansung dan tanpa disedari. Contohnya, ibu bapa telah mendidik anak-anak mereka mengenal alat-alat permainan.

Mereka menunjukkan bentuk-bentuk permainan kepada kanak-kanak. Pada alatan permainan tadi, terdapat pelbagai warna dan bereneka jenis rupa bentuknya. Apabila melihatnya, kanak-kanak itu akan meluahkan rasa hatinya. Apakah warna yang disukainya. Jenis-jenis permainan serta apa yang disayanginya. Selain gemar kepada barangan permainan, kanak-kanak juga suka menconteng. Apa sahaja yang boleh digunakan atau yang difikirkan sesuai, akan digunakan untuk menconteng.  Kesempatan itu digunakan untuk melahirkan ideanya.

8.0  PERANAN SENI DALAM PENDIDIKAN
Antara peranan Seni Visual dalam pendidikan yang pertama ialah memupuk kreativiti kanak-kanak. Sifat semula jadi bagi seseorang kanak-kanak ialah memerlukan perhatian, belaian, sentuhan dan sebagainya. Tanpa kita sedari perkembangan seni tampak minda kanak-kanak berlaku dengan begitu pesat sekali. Sebelum meningkat remaja, kanak-kanak mengalami tiga tahap perkembangan seni tampak. Peringkat manipulatif sekitar umur 2 hingga 5 tahun. Peringkat melakar simbol-simbol berumur 5 hingga 9 tahun dan peringkat pra-remaja iaitu sekitar umur 10 tahun hingga 13 tahun. Berdasarkan kajian oleh ahli-ahli psikologi barat, perkembangan seni ini berlaku pada setiap kanak-kanak. Perbezaan mungkin timbul ialah berdasarkan factor persekitaran, bimbingan berterusan daripada keluarga atau latar belakang pendidikan. Melalui proses membentuk kreativiti dari diri kanak-kanak itu akan terbina dengan baik. (Laura Chapman, 1978).

Peranan kedua memupuk dan mengembangkan sifat kreativiti dan inovatif para pelajar. Apabila mencapai umur remaja sekitar 10 hingga 15 tahun, tahap penguasaan ilmu yang berkaitan dengan seni mungkin telah bertambah. Seseorang pelajar itu sudah mulai menunjukkan kecenderungan untuk mencipta sesuatu bentuk dengan lebih baik. Pada peringkat ini, sekiranya pelajar diberi kesempatan dan bimbingan yang betul mengenai seni, maka tahap kematangan kreativitinya akan berkembang. Menurut Lowenfeld dan Lambert (1965) pada peringkat ini merupakan peringkat yang paling konflik dan genting. Pelajar akan mengalami tekanan untuk memilih bidang seni sebagai satu bidang utama dalam proses membesar mereka. Persaingan di kalangan pelajar berlaku peringkat ini. Pelajar yang lemah akan mengalami masalah yang dinyatakan tadi. Sekiranya dibimbing dan diberi penerangan yang betul, kemungkinan minatnya terhadap seni akan terkabur. Berbanding dengan pelajar yang diberi bimbingan atau nasihat yang positif. Mereka akan menjadi lebih berdisiplin, cekal dan berminat dengan subjek seni itu.

Ketiga ialah melahirkan tenaga professional dalam pelbagai bidang. Sebagai sebuah negara yang sedang membangun, kita amat memerlukan ramai tenaga professional. Jurutera, arkitek, doktor, saintis dan penguam merupakan bidang kerjaya yang amat diperlukan oleh negara. Akibat kekurangan itu, kita terpaksa mengimport dari luar negara. Dalam bidang kerjaya, seni boleh memainkan peranan besar untuk membentuk generasi hari ini bagi memilih kerjaya yang sesuai dengan minat mereka. Selain untuk keperluan negara, pelajar yang memilih bidang ini boleh merancang untuk membentuk satu profesion baru. Menjadi seniman sepenuh masa contohnya. Walaupun negara kita masih baru dalam bidang ini, namun telah terdapat ramai artis yang mampu hidup mewah dengan menjadikan seni sebagai satu profesion sepenuh masa.

Keempat peranan seni visual dengan cara memupuk dan mendidik sifat kecintaan pada seni dan estetika. Negara perlu memikirkan satu kaedah yang berkesan bagaimana seni ini perlu dijadikan teras kepada pembentukan masyarakat. Seni boleh dijadikan satu formula membentuk masyarakat yang cinta kepada nilai-nilai keindahan. Pada hari ini melalui sebuah agensi kerajaan, kita melihat beberapa agenda penting disambut setiap tahun. Pelbagai aktiviti dan perayaan dianjurkan oleh kerajaan dengan pelbagai bentuk kebudayaan. Antaranya program Tahun Melawat Malaysia anjuran Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan. Selain daripada itu, ada pelbagai program lain yang dianjurkan bertujuan untuk menarik para pelancong. Program seperti ini wajar diadakan dan dipergiatkan lagi. Namun apa yang penting di sini ialah penglibatan masyarakat masih lagi tidak menyeluruh. Terutama sekali ialah kesan penghayatan masyarakat terhadap aktiviti yang dijalankan itu.

Kelima, memupuk perasaan sayang pada seni dan warisan dalam masyarakat. Masyarakat kita memang kaya dengan khazanah warisan budaya. Sebut sahaja keperluan harian yang digunakan di rumah kita. Pinggan mangkuk, peralatan memasak, ukiran kayu, seni batik dan tenunan atau tekstil, hamparan tikar mengkuang atau pandan, anyaman kelarai, seni binaan rumah kayu atau kampung dan seterus seni budaya sopan santun dan adat istiadat. Seni warisan ini sebenarnya semakin terpinggir dan hamper dilupakan. Tidak banyak lagi generasi hari ini yang mengamalkan menghulurkan tepak sirih apabila menyambut kedatangan tetamu. Kehidupan moden yang dialami hari ini telah melupuskan semua warisan itu. Seni itu wajar dipertahankan daripada hilang terus atau mengalami kepupusan. Terdapat banyak contoh yang boleh dijadikan rujukan. Seni kraftangan umpamanya seperti seni anyaman mengkuang dan seni anyaman kelerai. Seni tekat, tembikar dan banyak lagi contoh yang bileh diketengahkan. Boleh dikatakan kepentingan barangan kraf ini tidak lagi menjadi pilihan masyarakat kini.

Peranan keenam ialah melahirkan masyarakat yang memiliki jati diri. Budaya menunjukkan bangsa. Kata-kata ini jelas kepada kita bahawa sesebuah masyarakat itu mesti meletakkan kepentingan budaya pada satu kedudukan yang tinggi dalam masyarakatnya. Mengekalkan kebudayaan mereka supaya ia dikenali dan dihormati bukanlah satu tugas yang mudah. Kita boleh mengesan sesuatu bangsa melalui perkembangan budayanya. Ada yang berpendapat, mengenali sesuatu bangsa itu lebih mudah dari mengenali budayanya. Masyarakat yang memiliki jati diri yang kuat akan berusaha untuk mengekalkan seni, budaya dan warisannya. Kita mestilah meletakkan tanggungjawab di bahu masyarakat akan kepentingan nilai seni dan estetika. Kefahaman dan tanggungjawab ini perlu dipupuk di peringkat awal lagi. Sekolah dan institusi pengajian tinggi merupakan tempat yang paling wajar. Peranan murid, guru atau pendidik, pensyarah, dan pihak kementerian pendidikan amat penting untuk merealisasikan perkara ini. Justeru, selain apa yang disebutkan tadi, semua masyarakat juga boleh memainkan peranan menjadi ahli atau individu yang ada kepentingan untuk menjadi warga yang dapat memberikan sumbangan kearah cita-cita yang murni ini.

 9.0  KESIMPULAN
Kesimpulannya semua pihak mempunyai perasaan cinta kepada seni dan warisannya. Menanamkan tanggungjawab untuk pemeliharaan dan penjagaannya terletak pada semua pihak. Harus juga disedari bahawa, usaha ini tidak akan berjaya sekiranya masaih ada pihak yang meletakkan kepentingan seni ini pada tempat yang sewajarnya. Semoga apa yang dibincangkan tadi dapat memberikan kesedaran bahawa seni dan pendidikan seni merupakan dua bidang yang berbeza. Seni begitu memainkan peranan penting dalam dunia pendidikan kita. Sewajarnya seni tidak boleh lagi dianggap sebagai satu mata pelajaran yang tidak ada kepentingannya dalam dunia pendidikan. Sejarah telah membuktikan bahawa seni amat memainkan peranan dalam pembentukan ketamadunan manusia. Kita mengenali bangsa yang berjaya ialah melalui seni selain perkembangan teknologinya. Oleh itu, seni pastinya memainkan peranan penting dalam dunia pendidikan kita hari ini.

BAHAN RUJUKAN

Loy Chee Luen.(2010) Seni Visual Kanak-Kanak Modul Pengajaran dan Pembelajaran. Petaling Jaya: LCL
Burton, J.M. (1994). The arts in school reform. Teachers College Record, 95, 477- 493.

Burton, J.M. (2000). The configuration of meaning: Learner- centered art education. Studies in Art Education, 41, 330-345.
Chetelat, RJ. (1981). Visual arts education for the gifted elementary level art student. Gified Child Quarterly, 25(4), 154-158.
Clark, G.A. (1993). Judging children’s drawing as measures of art abilities. Studies in Art Education, 34, 72-81.
Amabile, T.M. (1983). The social psychology of creativity. New York: Springer Verlag.

Torrance, E.P. (1974). The Torrance tests of creative thinking: Technical- norms manual Bensenville, IL: Scholatic Testing.
Modul KAE 3013 Universiti Pendidikan Sultan Idris