SEPTEMBER2012
PENDIDIKAN KHAS
MERUPAKAN PROGRAM PENDIDIKAN YANG DISEDIAKAN UNTUK MEMENUHI KEPERLUAN
KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS IAITU PROGRAM PENGAJARAN KHUSUS YANG DIREKA
BENTUK UNTUK MEMENUHI KEPERLUAN PELAJAR LUAR BIASA.
HURAIAN MENGENAI PUNCA-PUNCA
KECACATAN, CIRI-CIRI PERKEMBANGAN FIZIKAL, KOGNITIF DAN SOSIAL KATEGORI:
a. BERMASALAH
PENDENGARAN
b. BERMASALAH
PENGLIHATAN
c. ADHD
d. BERMASALAH
FIZIKAL
1.0 PENDAHULUAN
Di Malaysia terdapat beberapa kategori
yang disenaraikan sebagai berkeperluan khas. Kanak-kanak berkeperluan khas ini
mendapat hak untuk diberi pendidikan yang sama dengan kanak-kanak lain. Program Pendidikan Khas di Malaysia bermula dengan
pembukaan Sekolah Rendah masalah penglihatan (SRPK) St. Nicholas oleh Gereja
Anglican di Melaka pada tahun 1926. Selepas itu terdapat beberapa sekolah untuk
kanak-kanak berkeperluan khas ini telah dibina. Dia antaranya ialah:
•
SRPK (Buta)
Princess Elizebeth di Johor, 1948.
•
Sekolah
Kanak-Kanak Pekak Persekutuan (Rendah dan Menengah), Tanjong Bunga
Pulau Pinang 1954.
•
Sekolah Khas,
Ipoh (1966)
•
Sekolah Khas
Sarawak (1972)
•
Sekolah Khas
Melaka (1979)
Pada tahun 1962 dan tahun-tahun berikutnya Kementerian Pelajaran
telah mengadakan rancangan bersepadu
untuk menyediakan pendidikan khas bagi pelajar pekak di sekolah-sekolah biasa
dan diikuti dengan murid bermasalah penglihatan. Pada tahun 1964 satu unit khas
yang dikenali sebagai Unit Pelajaran Khas ditubuhkan di Bahagian Sekolah. Kementerian
Pelajaran mula mengambil alih beberapa buah sekolah pendidikan khas sebagai sekolah
bantuan penuh kerajaan.Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979) melalui perakuan 169
merupakan satu titik tolak yang membawa kepada satu penekanan dan tumpuan yang
lebih jelas kepada perkembangan Pendidikan Khas di Malaysia.
8 Oktober 1987 Y. B. Menteri Pelajaran mengumumkan
pelaksanaan Program Pendidikan Khas murid bermasalah pembelajaran ekoran
daripada keputusan mesyuarat JPP pada bulan Jun 1981.Selaras dengan
penstrukturan semula Kementerian Pelajaran Malaysia, 1 Oktober 1995, Unit
Pendidikan Khas dinaikkan taraf sebagai Jabatan Pendidikan Khas.
Saya
akan cuba menghuraikan beberapa kategori masalah berkeperluan khas yang
dihadapi oleh kanak-kanak. Hendaknya apa yang akan saya huraikan memberi
maafaat kepada kita semua.
2.0KANAK-KANAK
BERMASALAH PENDENGARAN
Manusia boleh mendapat kecacatan
pendengaran dari kelahiran, iaitu orang yang berkenaan dilahirkan dengan
masalah tersebut atau dari kecederaan pada telinga mereka.Ketidakmampuan
mendengar dipanggil sebagai kepekakan dan ianya mempunyai tahap kepekakan yang
berbeza-beza.Antara punca-punca masalah pendengaran adalah pelakuran osikel;
osikel tidak dapat bergetar, kecederaan pada gegendang telinga (seperti koyakan
pada gegendang telinga); bunyi kuat yang mencederakan gegendang telinga; dan
kerosakan koklea akibat penyakit atau perubatan tertentu.
2.1 JENIS-JENIS MASALAH PENDENGARAN
Terdapat 3 jenis
masalah pendengaran yang biasa didengari iaitu masalah pendengaran konduktif,
masalah pendengaran sensorineural, dan masalah pendengaran campuran.
Masalah pendengaran
jenis konduktif merujuk keadaan apabila bunyi tidak dapat diproses melalui
telinga luar ke telinga tengah, namun ia masih boleh dihantar ke otak melalui
tulang mastoid. Tambahan, masalah
pendengaran konduktif juga berpunca dari bunyi yang tidak dapat bergerak dari
telinga luar ke telinga dalam secara efisien kerana tersumbat atau mungkin juga
kerosakan pada laluan ini.Hal ini menyebabkan bunyi menjadi perlahan dan tidak
jelas.Kehilangan pendengaran jenis konduktif selalunya boleh dipulihkan melalui
perubatan dan juga pembedahan.Akan tetapi, dalam kes seperti ini, telinga dalam
masih boleh berfungsi dengan baik dalam memproses dan menghantar bunyi ke saraf
pendengaran pada otak.
Jenis masalah pendengaran kedua
sensorineural yang disebabkan oleh kerosakan telinga dalam atau laluan saraf
pendengaran ke otak.Sesetengah bunyi kedengaran kurang jelas menyebabkan
herotan dan masalah memahami pertuturan.Masalah pendengaran ini selalunya
kekal. Walaubagaimanapun ia dapat dibantu dengan alat bantu pendengaran
.Melibatkan koklea atau saraf yang menjadi laluan ke otak.Kehilangan
pendengaran jenis ini adalah teruk (severe) dan sangat teruk (profound) kerana
tidak boleh mendengar bunyi-bunyi pertuturan langsung dan hanya mendengar
bunyi-bunyi yang kuat sahaja seperti bunyi mercun.Ciri-ciri bagi yang mengalami
kepekakan sensori neural pula adalah seperti keupayaan mendengar bunyi 70 dB ke
atas.
Masalah pendengaran
campuran berlaku apabila terdapat kehadiran kedua-dua masalah pendengaran
serentak iaitu masalah pendengaran konduktif dan sensorineural hadir
bersama.Contohnya, seseorang yang mempunyai masalah pendengaran sensorineural
juga mempunyai mampatan tahi telinga dikategorikan sebagai mempunyai masalah
pendengaran campuran.Apa jua masalah yang berlaku di telinga luar atau tengah
berserta masalah di telinga dalam
disebut sebagai masalah
pendengaran campuran. Berlaku kehilangan pendengaran dalam kedua-dua ujian
(bone and air conduction).Dalam pekak bercampur kehilangan pendengaran melalui
tulang lebih baik dari ujian melalui udara tetapi kehilangan berlaku kepada
kedua-duanya.
2.2 PUNCA-PUNCA MASALAH PENDENGARAN
Punca berlakunya
masalah pendengaran jenis konduktif adalah kerana halangan di dalam saluran
telinga luar seperti tahi telinga yang terlalu banyak atau sekatan benda
asing.Ia juga boleh terjadi akibat kemalangan iaitu kerosakan gegendang telinga
disebabkan oleh tekanan yang terlalu kuat seperti bunyi letupan dan jolokan
benda keras atau tajam ke gegendang telinga.
Selain itu juga, factor jangkitan juga boleh menyebabkan masalah
pendengaran konduktif.Antaranya adalah jangkitan kronik yang berlaku terhadap
lapisan kulit telinga luar atau telinga dalam dikenali sebagai Otitis Externa
dan Otitis Media.Otitis Externa disebabkan oleh jangkitan bakteria yang
dinamakan “swimmer’s ear” yang biasa berlaku kepada perenang kerana kekerapan
air terperangkap di dalam telinga.Otitis Media pula disebabkan oleh salur
eustachia yang tersumbat akibat demam selesema, campak, tonsillitis dan
jangkitan di hidung dan tekak.Selain itu, Otosklerosis (ketumbuhan tetulang
halus pada stapes juga turut mempengaruhi pekak konduktif ini.Ketumbuhan
tetulang halus pada dinding telinga tengah berlaku awal remaja hingga awal 30
an. Ianya akibat daripada tulang stapes yang melekat pada jendela bujur tidak
dapat bergerak kerana terdapat ketumbuhan tetulang di sekelilingnya.
Terdapat 4 punca
berlakunya masalah pendengaran jenis sensorineural.Punca pertama, berlaku
semasa di dalam kandungan atas sebab jangkitan virus atau bakteria seperti
rubella/german measles kepada ibu yang mengandung pada 3 bulan pertama dalam
kebanyakan kes. Pengambilan dadah yang mengandungi seperti alkohol, aspirin,
cortisone, quinine dan tranquillisiers serta pengambilan ubat-ubatan seperti
pill Thallidomide).
Kedua, semasa kelahiran
seperti anoxia (kekurangan oksigen) dan jaundice (demam kuning).Kekurangan
bekalan oksigen atau anoxia selalu menyerang bayi yang baru lahir.Kekurangan
oksigen menyebabkan kematian. Terdapat
sesetengah bayi yang mengalami masalah anoxia untuk seketika semasa proses
kelahiran. Kadang kala, ada juga bayi
yang gagal bernafas dengan serta-merta sebaik sahaja dilahirkan.Dalam situasi
kekurangan bekalan oksigen, biasanya bayi mendapat skor 7 ke bawah dalam Skala
Apgar. Paras oksigen dalam darah bayi
selepas dilahirkan adalah antara lima puluh dan enam puluh peratus. Ini bermakna, sel darah merah membawa
sebahagian oksigen sahaja.dua minit selepas kelahiran, apabila semuanya
berjalan dengan lancar oksigen dalam darah meningkat ke 75 peratus.Empat minit
kemudian, ianya menjadi 90 peratus dipenuhi oksigen dan apabila bayi berusia
setengah jam darahnya mengandungi 95 peratus oksigen (Rohani Abdullah, 2005).
Jaundice pula merujuk
kepada demam kuning. Ianya sering
menyerang bayi yang baru dilahirkan.Antara sebab bayi terkena demam kuning
adalah faktor seperti udara dan persekitaran, tabiat makanan zaman sekarg,
pengambilan ubat dan sebagainya.Antara simpton demam kuning kepada bayi ialah
bahagian putih mata dan kulit bayi berwarna kuning.Ia dapat dilihat dengan
jelas jika ditekan. Penyakit ini lebih
kerap berlaku kepada bayi pra-matang berbanding bayi yang cukup bulan.
Ketiga, selepas lahir
akibat daripada kemalangan yang teruk menyebabkan kerosakan koklea, meningitis
(demam yang teruk disebabkan selaput yang meliputi otak dan tulang belakang)
seperti meningococcal merosakkan koklea dan saraf pendengaran, bunyi bising
yang sangat teruk dan berterusan, pengambilan bahan Ototoxic/ bahan beracun
seperti dalam quinine dan antibiotik, kehilangan pendengaran disebabkan ketuaan
dan penyakit meniere kesan vertigo (pening yang teruk), tinnitus (berdesing).
Keempat, disebabkan
keturunan kerana jika ibubapa membawa gen dominan (pekak), risiko
untukmempunyai anak yang pekak sensorineural adalah 50% manakala pembawa gen
resesif adalah 25%. Frekuensi bagi kehilangan pendengaran jenis sensorineural
ialah 71 dB ke atas iaitu teruk dan sangat teruk 91 dB ke atas. Manakala dalam
ujian (tulang dan udara) ia tidak menunjukkan banyak perbezaan kerana saraf
pendengarannya tidak berfungsi.
2.3 CIRI-CIRI PERKEMBANGAN FIZIKAL MASALAH
PENDENGARAN
Masalah pendengaran
jenis konduktif boleh dikategorikan sebagai kehilangan pendengaran ringan dan
sederhana kerana ianya masih boleh mendengar sebahagian bunyi-bunyi pertuturan
dan suara sendiri serta orang sekeliling melalui tulang mastoid.Tahap
kehilangan pendengaran ini tidak melebihi 60 dBHL iaitu kebolehan mendengar
hanya pada jarak 1 hingga 1.5 meter sahaja daripada individu yang mempunyai
masalah pendengaran itu sendiri.Pesakit masih boleh memahami perbualan tetapi
bermasalah untuk mendengar suara yang perlahan dan keadaan ini memerlukan
mereka menggunakan alat bantuan pendengaran dan juga terapi pertuturan.
Pada peringkat awal,
senario seperti ini mungkin kurang tetapi akan menjadi semakin teruk dan
akhirnya penyakit ini boleh merebak ke telinga dalam dan menyebabkan kehilangan
pendengaran konduktif kepada pekak bercampur yang mana berlaku lebih kerap pada
kaum wanita yang mengandung kerana mereka mungkin jadi penyumbang. Otistis
Media dan Otoslerosis adalah penyebab utama kehilangan pendengaran konduktif
ini.Kekuatan bunyi di setiap frekuensi berkurangan tetapi kehilangan
pendengaran tidak melebihi 60dB di semua frekuensi.Kebiasaannya ujian
pendengaran menunjukkan terdapat perbezaan kehilangan pendengaran di antara
ujian melalui tulang dengan ujian melalui udara.
Bagi masalah pendengaran jenis sensorineural
pada tahap keupayaan mendengar bunyi 70 dB ke atas, kanak-kanak sukar untuk
memperolehi pertuturan.Bagi tahap teruk (70 dB -90 dB), tanpa amplikasi, mereka
boleh mendengar bunyi kuat alam jarak 1 kaki dari telinga.Apabila menggunakan
amlpikasi kanak-kanak ini sepatutnya boleh mengecam bunyi persekitaran dan
mengecam semua bunyi pertuturan.Bagi kanak-kanak yang mempunyai keupayaan
mendengar yang amat teruk (melebihi 90 dB), mereka mengalami kesukaran untuk
mendengar dan bertutur.Masalah ini tidak boleh dirawat kecuali dengan teknologi
terkini seperti ABD berkuasa tinggi dan pacakan koklea.Selain itu mereka juga
memerlukan terapi pertuturan.
2.4
CIRI-CIRI PERKEMBANGAN KOGNITIF MASALAH PENDENGARAN
Kanak-kanak yang
mengalami masalah pendengaran tidak dapat mendengar seperti kanak-kanak
normal.Oleh sebab itu perbendaharaan kata yang digunakan oleh kanak-kanak
normal tidak dapat dikuasai oleh mereka. Ini akan menjejaskan perkembangan
bahasa dan pertuturan mereka. Ada kalanya masalah pendengaran yang dialami oleh
kanak-kanak tidak disedari oleh ibubapa.Ini berlarutan sehingga mereka
bersekolah.Guru juga mungkin tidak menyedari masalah ini. Mungkin guru akan
menganggap mereka yang bermasalah pendengaran ini sebagai kanak-kanak lembam,
terencat akal atau tidak berminat dalam pelajaran. Guru seharusnya
mengenalpasti tingkah laku yang ditunjukkan oleh murid samada mereka mengalami
masalah pendengaran.
2.5
CIRI-CIRI PERKEMBANGAN SOSIAL MASALAH PENDENGARAN
Mereka yang mengalami
masalah pendengaran boleh berkomunikasi sesama mereka atau dengan orang lain.
Berbagai cara dipersembahkan untuk membolehkan pertukaran idea, pendapat,
maklumat dan hubungan dapat direalisasikan. Berbagai isyarat dan simbol dicipta
supaya komunikasi dapat berjalan dengan lancar. Ada beberapa cara berkomunikasi
yang dilaksanakan. Cara-cara tersebut ialah:
·
Bahasa
Isyarat
Bahasa
isyarat terbahagi kepada 3 kategori iaitu isyarat natif, bahasa isyarat Amerika
(ASL) dan komunikasi menyeluruh kod tangan Bahasa Melayu (KTBM)
·
Pertuturan
Kiu
·
Ejaan
Jari
·
Bacaan
Bibir
·
Mimik
Muka
·
Bahasa
Melalui Penulisan
Komunikasi Seluruh Kod
Tangan Bahasa Melayu (KTBM) dan Bahasa Isyarat Malaysia (BIM)adalah medium penyampaian untuk
berkomunikasi yang selalu digunakan oleh guru dan murid bernasalah pendengaran
di sekolah pendidikan khas Malaysia.
3.0KANAK-KANAK
BERMASALAH PENGLIHATAN
Penglihatan adalah satu
deria yang sangat penting dalam kehidupan manusia. Ini adalah kerana 80%
daripada apa yang dipelajari oleh kanak-kanak adalah melalui penglihatan.
Penglihatan yang baik membolehkan kanak-kanak mengurus diri sendiri, mengenal
sesuatu benda atau objek, mengendalikan kemahiran psikomotor dan tingkahlaku
sosial.
Terdapat 2 kategori
masalah penglihatan iaitu buta dan rabun atau penglihatan terhad. Buta mengikut
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) ialah penglihatan kurang daripada 3/60 pada
mata yang terbaik atau medan penglihatan kurang daripada 10 darjah setelah
menerima rawatan atau pun pembetulan biasan (refractive). Rabun pula
didefinisikan sebagai penglihatan yang kurang daripada 6/18 sehingga persepsi
cahaya pada mata terbaik atau pun medan penglihatan kurang daripada 10 darjah
sesudah rawatan atau pun pembetulan biasan.
3.1 JENIS-JENIS MASALAH
PENGLIHATAN
Menurut Mohd Sharani
(2004) masalah-masalah visual timbul daripada sebarang gangguan dengan laluan
cahaya itu daripada kemasukannya untuk mata melalui untuk tafsirannya yang
bermakna oleh otak. Berkurangan visual diklasifikasikan seperti berikut:
3.1.1 Refractive disorder
Adalah disebabkan oleh ketaksekataan
dalam bentuk atau saiz bola mata, kornea atau kanta.Rabun jauh, hyperopia,
astigmatisme dan rabun tua adalah jenis-jenis utama gangguan biasan.
3.1.2 Ocular motility
Oculomotor adalah masalah-masalah
gangguan-gangguan gerak mata.Satu masalah seumpama adalah strabismus yang
mana adalah tidak diselaraskan mata gerak disebabkan oleh otot tidak berfungsi.Diplopia
adalah penglihatan berganda.Nystagmus sebuah pergerakan yang abadi dan
tidak sengaja bola-bola mata itu, adalah satu lagi gangguan aculomotor.
3.1.3 Eye pathologies
Pathologies mata adalah kesan
kerosakan kepada satu atau lebih struktur mata.Ia termasuk penyakit mata,
katarak, retinapathy pra-matang, retinitis pigmentosa, berotot retina
kemerosotan, retinablastome, diabetic retinapathy, pengasingan retina
dan atrofi saraf optik.
7
3.2 PUNCA-PUNCA MASALAH
PENGLIHATAN
Menurut Mason (2001) terdapat satu
kajian membuktikan bahawa penyebab utama penglihatan terhad di kalangan rakyat
Malaysia ialah masalah kesihatan yang melibatkan kesalahan refraktif yang tidak
diperbetulkan dan katarak.Kecacatan refraksi menjadikan kanak-kanak rabun dan
penyebab utama berlakunya amblyopia.Ini terjadi kerana pembiasan cahaya
pada mata kanak-kanak yang rabun tidak terfokus pada retina dan seterusnya
tidak merangsang perkembangan sistem penglihatan.Pembetulan masalah penglihatan
perlu dilakukan sebelum kanak-kanak berumur lapan tahun supaya sistem
penglihatan berkembang dengan normal. Tahap kerabunan antara kedua-dua mata
tidak sama, mata yang lebih rabun berkemungkinan besar akan juling. Ini kerana
imej kabur dari mata tersebut tidak akan ditafsirkan oleh otak dan akibatnya
mata tersebut tidak akan menumpu pada objek yang hendak dilihat.
Kajian yang dilakukan oleh Sharon
et.al (2008) menunjukkan kerosakan penglihatan boleh dikaitkan dengan masalah
kesihatan yang lain. Masalah ini bukan sahaja menyebabkan masalah psikologi
tetapi turut memberi masalah kepada tahap kesihatan seseorang. Misalnya mereka
yang mengidap penyakit mata yang kronik dan menyebabkan hilang penglihatan akan
mengakibatkan lumpuh sementara waktu. Penglihatan yang kurang jelas dalam
kalangan orang-orang dewasa pula atau orang lebih tua memberi kesan kepada
kesihatan mental dan boleh menyebabkan serangan jantung dan masalah penglihatan
juga dikaitkan dengan mengurangkan aktiviti-aktiviti kehidupan harian seperti
sosial. Keadaan ini akan menyebabkan kualiti hidup yang meleset, mengurangkan
status kefungsian dalam masyarakat, pergantungan pada orang lain, risiko
kemalangan, risiko jatuh dan miskin. Keadaan akan menyebabkan kadar kesihatan
akan menurun. Masalah kesihatan yang sering di alami seperti sering mengadu
sakit kepala, pening atau loya selepas membuat kerja yang perlu penumpuan.
Mereka yang kurang bergerak aktif juga mempuanyai risiko serangan penyakit
jantung dan darah tinggi turut menjadi penyebab kepada kehilangan penglihatan
sama ada kekal atau sementara.
Menurut International Council of
Ophthalmology mereka yang mengalami albinisme sering kali menderita
kecacatan penglihatan sehingga pada tahap ramai yang disah buta, sungguhpun
hanya sedikit dari mereka buta sepenuhnya.Kongenital Amaurosis Leber mampu
menyebabkan buta sepenuhnya atau kehilangan penglihatan teruk semenjak lahir
atau awal kanak-kanak.Penyakit berjangkit seperti campak yang dialami oleh ibu
mengandung boleh menyebabkan bayi yang dilahirkan mengalami cacat
penglihatan.Kurang vitamin A juga boleh menyebabkan buta yang di kenali sebagai
keratomalasia yang ada kaitannya dengan kekurangan makanan jenis
protein.Penyakit seperti glaucoma juga boleh menyerang kanak-kanak sejak
lahir dan ini menyebabkan perkembangan otot-otot mata tidak normal.Keadaan
persekitaran yang tidak memuaskan seperti kotor dan busuk juga boleh
menyebabkan kanak-kanak mudah diserang penyakit termasuk buta.Kuman seperti
sitomegalovirus boleh menyebabkan kecacatan saraf pada bayi dan seterusnya bayi
boleh menjadi buta (Mason 2001).
3.3
CIRI-CIRI PERKEMBANGAN FIZIKAL MASALAH PENGLIHATAN
Antara ciri-ciri
perkembangan fizikal bagi individu yang menghidap masalah penglihatan
adalah ciri fizikal, intelek, kesihatan,
kecacatan genetik dan tingkahlaku. Oesterreich
(2009) menyatakan ciri-ciri fizikal yang ada pada kanak-kanak atau individu
yang mengalami masalah penglihatan adalah kebanyakannya mempunyai mata
juling.Mereka juga mempunyai mata yang tidak boleh memfokus kepada sesuatu
perkara.Kanak-kanak yang mengalami masalah ini juga sentiasa mengelakkan
matanya dari cahaya terang.Mata mereka juga sering mengerdip atau mereka sering
menggosok mata serta sering tersandung atau terjatuh dan terlanggar objek kecil
apabila berjalan. Kanak-kanak ini sentiasa menutup sebelah mata dan menundukkan
kepala ke tepi atau ke depan apabila melihat sesuatu atau ketika berjalan.
Apabila ingin melihat, mereka kerap berkerut atau mengecilkan mata untuk
melihat.Mereka ini juga tidak dapat mencari dan mengambil objek kecil yang
terjatuh ke atas lantai atau ke bawah. Kanak-kanak ini mungkin menoleh ke arah
lain apabila dipanggil, ini tidak bermakna mereka tidak memberi perhatian,
tetapi mereka mungkin mempunyai pandangan tepi yang lebih baik. Jika mereka
separa buta, mereka mungkin dapat melihat bayang, warna atau gambar yang besar
dan mereka memegang buku atau objek dekat dengan muka untuk melihat atau
membaca.
Menurut pertubuhan kesihatan sedunia
(2009) kanak-kanak yang mengalami masalah penglihatan atau cacat anggota tidak
semestinya terencat akal.Ujian minda dirancang khusus untuk menggunakan untuk
orang buta, seperti Hayes Binet (a special adaptation of the Stanford-Binet
IQ Test) atau Wechsler Intelligence of for children-Revised, menunjukkan
kanak-kanak buta tidak mempunyai IQ yang rendah. Ujian IQ, tidak meletakkan
kerosakan visual pada satu kerugian kecuali untuk beberapa aspek kecil dalam
komunikasi. Kanak-kanak yang mengalami masalah penglihatan berupaya untuk
berjaya sekiranya diberi peluang, bimbingan dan tunjuk ajar dalam kehidupan dan
juga pendidikan.
Kerosakan visual secara
langsung mempengaruhi pembangunan dan pengajian kanakanak. Menurut Nancy Hunt &
Kathleen Marshal (2005) menggambarkan kesan buta pada perkembangan kognitif
dengan mengenal pasti had-had asas pada kanak-kanak itu dalam tiga kawasan
iaitu:
(a)
Julat
dan pelbagai pengalaman. Berlaku apabila kanak-kanak mempunyai satu kerosakan
visual, pengalaman-pengalaman mesti diperolehi dengan menggunakan rasa kekal,
terutama menyentuh dan percakapan. Walau bagaimanapun, deria-deria ini tidak
mempamer sepenuhnya untuk ekspres dan maklumat holistik disediakan oleh kawasan
(seperti warna saiz dan hubungan ruang. Mereka perlu menjelajah benda-benda
dengan sentuhan bahagian untuk keseluruhan proses, dan mereka berhubung dengan
objek yang di terokai.
(b) Keupayaan untuk bergerak-gerak.
Buta atau kerosakan visual teruk menghadkan pergerakan dan juga menjejaskan
perhubungan sosial. Bagi mereka yang mengalami masalah ini mereka perlu belajar
pelbagai kemahiran untuk menjalani kehidupan yang bermakna dan;
(c)Interaksi dengan persekitaran
kerana kerosakan visual perlu cepat mendapat maklumat jarak, manusia dengan
kawasan untuk mengawal persekitaran.Mereka yang ada masalah penglihatan tidak
dapat mengawal persekitaran yang dilalui jika tidak di latih.Oleh itu, mereka
perlukan latihan untuk membiasakan diri dengan keadaan persekitaran. Pelajar
yang mengalami kerosakanvisual akan mempamerkan satu julat luas kognitif dan
kebolehan-kebolehan intelektual. Beberapa pelajar yang mengalami kerosakan
visual juga mempunyai bakat, dan ramai pelajar telah menunjukkan
keupayaan-keupayaan intelektual.
3.4
CIRI-CIRI PERKEMBANGAN KOGNITIF MASALAH PENGLIHATAN
Menurut Julia et al (2009) kanak
kanak yang mempunyai masalah penglihatan memerlukan perhatian yang lebih
daripada ibu bapa dan juga guru.Kanak kanak yang mempunyai masalah penglihatan
mempunyai tingkah laku yang ganas, sifat terlalu bergantung kepada orang lain,
suka menentang, tidak mahu menurut kata, sikap suka mengelak dari melakukan
sesuatu kerja dan tingkah laku yang pasif.Tingkah laku ini terjadi kerana
merekamempunyai ketidakseimbangan bahan kimia di dalam otak dan juga kekurangan
fungsi luar kawal otak.Mereka juga sukar dan menghadapi masalah penyesuaian
diri dalam komunikasi, kemahiran mengurus kehidupan seharian dan kemahiran
mengawal emosi dan social.Mengikut kajian oleh Julia et al (2009) didapati 45.8
peratus daripada kanak-kanak yang cacat yang berumur dari 6-10 tahun mempunyai
masalah tingkah laku. Kanak-kanak ini akan terus membesar dengan masalah tersebut
jika masalah berkenaan tidak diatasi dari awal.
3.5
CIRI-CIRI PERKEMBANGAN SOSIAL MASALAH PENGLIHATAN
Tingkah laku yang
ditunjukkan dalam interaksi sosial adalah berminat kepada perkara atau
permainan tertentu, suka bersendirian, sukar bergaul dengan orang lain, gagal
berhubungan dengan orang lain dengan cara yang betul, terlebih sentitif dan
tidak sensitif kepada kesakitan dan sukar merasa takut kepada suasana bahaya.
Dari aspek komunikasi lisan dan bukan lisan mereka sukar meluahkan keinginan
sendiri dan menggunakan banyak bahasa badan daripada perkataan lisan. Mereka
yang mengalami masalah penglihatan juga menunjukkan tingkah laku atau membuat
pergerakan berulang-ulang yang aneh, ketawa, menangis atau rasa tertekan tanpa
sebab dan suka mengamuk dan tiada tindak balas memberangsangkan kepada kaedah
pengajaran normal.
Selain itu juga mereka turut mengalami masalah dalam aktiviti motor dan fizikal
seperti terlalu aktif atau terlalu lembab dan boleh menyebabkan kemusnahan
kepada persekitaran.
Jamilah (2005) menyatakan bahawa
pendidikan bagi kanak-kanak bermasalah penglihatan perlu dilengkapi dengan
peralatan yang sesuai mengikut tahap masalah yang dihadapinya sebagai keperluan
mobiliti sosial mereka. Antaranya adalah tongkat putih, mesin Braille, alat sentuhan
seperti peta, gambar rajah timbul, model tiga dimensi, bilik sumber yang
dilengkapi dengan kemudahan mesin Braille, bilik penyelenggaraan Braille, bilik
low vision, hand held magnifier, stand magnifier, spectacle magnifier,
dan teleskop.
Menurut Zuhayati Yazid
(2009) menjelaskan optometris di Malaysia dapat memainkan peranan yang lebih
positif untuk membantu menangani masalah gangguan penglihatan di kalangan
kanak-kanak.Analisis kajian juga menunjukkan bahawa kanak-kanak berpenglihatan
terhad lebih suka menggunakan kanta pembesar untuk kerja dekat berbanding
cermin mata berkuasa tinggi.Selain itu, keputusan kajian juga menunjukkan
bahawa kanak-kanak yang mempunyai masalah penglihatan memerlukan lebih daripada
satu alat bantuan untuk membantu mereka dalam tugasan sebagai pelajar.Menurut
Jabatan Kebajikan Masyarakat (2009) terdapat banyak kemudahan yang telah di
sediakan oleh kerajaan dan badan-badan NGO untuk membantu individu yang
menalami masalah penglihatan.Bantuan dan kemudahan turut disediakan untuk
memudahkan pergerakan mereka.Bantuan dan kemudahan bukan sahaja diberikan
kepada mereka yang mengalami masalah penglihatan tetapi turut di berikan kepada
individu yang mengalami masalah pendengaran, masalah fizikal dan sebagainya
atau mereka yang di kenali sebagai orang kurang upaya (OKU).
4.0ADHD( ATTENTION DEFICIT HYPERACTIVE DISORDER)
Menurut Azizi Yahaya et
al. (2006) gangguan hiperaktif dan kurang tumpuan atau ADHD merujuk kepada
suatu kecelaruan perkembangan yang berlaku ketika zaman kanak-kanak yang
mempunyai ciri-ciri seperti kurang tumpuan, keadaan hiperaktif-impulsiviti yang
lebih kerap dan teruk berbanding dengan keadaan yang biasa diperhatikan pada
individu di peringkat perkembangan yang normal. Selalunya ibu bapa dan
guru-guru menggambarkan kanak-kanak yang mudah terangsang, lasak atau tidak
mendengar cakap ini sebagai hiperaktif.Istilah gangguan hiperaktif atau kurang
tumpuan (ADD) digunakan oleh profesional dalam bidang perubatan untuk
menggambarkan masalah yang lebih serius dan berpanjangan pada
kanak-kanak.Gangguan kurang tumpuan (ADD) tanpa hiperaktiviti (terutama sekali
jenis yang tidak memberi perhatian penuh) adalah subkategori kepada
ADHD.Biasanya, kanak-kanak dalam golongan ini kurang memberi perhatian penuh
dan tumpuan mudah terganggu.Adalah dikatakan bahawa ADD tanpa hiperaktiviti
kerapkali tidak didiagnosa dengan tepat.Gangguan hiperkinetik merupakan satu
lagi istilah yang digunakan untuk menggambarkan ADHD.Justeru itu, kanak-kanak
ADD tidak hiperaktif, biasanya kanak-kanak ini tidak menimbulkan gangguan di
bilik darjah dan tingkah laku mereka tidak membimbangkan dan dapat di kawal
oleh guru.
4.1 PUNCA-PUNCA MASALAH
ADHD
Punca yang pertama adalah
keturunan.Kajian oleh Friend (2006) menunjukkan bahawa sifat dan ciri ibu bapa,
adik beradik atau ahli keluarga yang rapat mempengaruhi kecacatan.Individu yang
mengalami ADHD selalunya dipengaruhi oleh faktor keturunan.Kanak-kanak yang
mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai ADHD adalah tiga kali ganda lebih
berpotensi menjadi ADHD berbanding mereka yang tidak mempunyai sejarah
ADHD.Beliau juga membuat kajian terhadap sepasang kembar di mana kembar ini
dibesarkan dalam dua persekitaran yang berbeza.Hasilnya beliau mendapati bahawa
kanak-kanak ini tetap menunjukkan sindrom hiperaktif walaupun dibesarkan di
kawasan dan suasana yang berbeza.Menurut Baekley (1998) 80 peratus kanak-kanak
ADHD adalah berpunca daripada keturunan.Pendapat ini turut dipersetujui oleh
Lombroso et.al (1998).Kanak-kanak yang mengalami simptom ADHD biasanya mempunyai
ibu atau bapa, adik beradik, nenek moyang ataupun saudara rapat yang mempunyai
masalah atau simptom ADHD semasa kanak-kanak.
Menurut Mohd Sharani
Ahmad (2004) kejadian ADHD berkait dengan baka ia bermula dengan hubungan
seksual suami dan isteri. Ia dibahagikan kepada dua iaitu jika ibu bapa
mempunyai kecacatan maka ia akan diwarisi oleh anak dan jika ibu bapa tidak
cacat tetapi anak adalah cacat. Umumnya suami menghasilkan sperma dalam 23
pasangan kromosom.Begitu juga isteri menghasilkan 23 pasang ovum. Setiap pasang
kromosom yang wujud dalam pasangan itu akan menghasilkan empat percantuman
apabila berlaku persenyawaan. Dalam keadaan inilah anak mungkin mewarisi sifat
cacat (ketidaksempurnaan).Ketidakseimbangan kromosom yang pertama iaitu autosomal
dominant di mana pewarisan baka ini diwarisi oleh anak.
Perwarisan autosomal
excessive iaitu kedua ibu bapa pembawa gen cacat. Jika salah seorang sahaja
pembawa baka cacat maka anak yang dilahirkan tidak cacat tetapi cuma pembawa
baka cacat.Namun bagi pasangan yang normal tetapi pembawa baka cacat maka
kemungkinan anak yang dilahirkan cacat adalah tinggi.
Menurut Sandra (2005)
ADHD juga berlaku disebabkan kekurangan aktiviti dan tahap metabolisma yang
rendah di bahagian otak yang tertentu. Kajian juga menunjukkan bahawa mereka
yang mengalami ADHD menghadapi masalah kekurangan aktiviti di bahagian otak
berbanding dengan mereka yang tidak mengalami ADHD di mana aktiviti ini
mengawal perjalanan bahagian otak yang lain. Bahagian ini akan mengawal tahap
aktiviti otak, dorongan dan perhatian seseorang. Friend (2006) menyatakan
kajian yang dijalankan ke atas bahagian otak menunjukkan bahawa terdapat tiga
bahagian otak iaitu prefrontal cortex, basal ganglia dan cereblum.Ketiga-tiga
bahagian otak ini mengawal fungsi yang berlainan.Bagi penghidap ADHD mereka
kekurangan electrical activity dan kekurangan tindak balas kepada
stimulasi di bahagian otak.
4.2 CIRI-CIRI
PERKEMBANGAN FIZIKAL MASALAH ADHD
Mengenali ciri-ciri perkembangan
fizikal kanak-kanak yang menghidap ADHD adalah seperti berikut.
4.2.1 Inatesi (Kekurangan tumpuan perhatian
) :
Kanak-kanak yang sangat senang
beralih pandangan dari satu perbuatan ke perbuatan yang lain dan seolah-olah
tidak mendengar apabila orang cuba bercakap dengannya tergolong sebagai
kanak-kanak yang lemah kuasa penumpuan perhatian terhadap sesuatu. Kanak-kanak
ini selalu tidak boleh duduk bermain dengan lama seperti kanak-kanak lain.
4.2.2
Impulsif (Mengikut dorongan hati ) :
Kanak-kanak ini tidak pernah
merancang dahulu sesuatu pekerjaannya itu malah melakukannya sahaja. Dia
membuat sesuatu dan dia akan dengan cepatnya berubah pada membuat sesuatu yang
lain. Ibubapa dan guru-guru mendapati sukar mengawalnya kerana dia tidak
mengikut arahan yang diberikan .
4.2.3
Hiperaktif ( Berlaku terlalu aktif ) :
Kanak-kanak yang berkelakuan seperti
suka berlari-lari, memanjat-manjat perabot sukar duduk diam dan seolah-olah ada
kuasa yang menyebabkan dia tidak boleh berdiam diri juga tergolong sebagai
hiperaktif. Kelakuan hiperaktif selalunya mendapat perhatian serta
merungsingkan ibu bapa apabila kanak-kanak yang berusia 2 tahun atau 3 tahun
sudah pandai berlari, memanjat dan
melompat. Pemeriksaan urat saraf di kalangan kanak-kanak yang dikatakan
mengalami Sindrom Hiperaktif, selalu tidak menunjukkan apa-apa gangguan.
Malahan di kalangan kanak-kanak yang dikatakan ‘brain damaged’ ramai yang tidak
berkelakuan hiperaktif. Anggapan umum ialah kanak-kanak yang hiperaktif
menghadapi gangguan urat saraf yang minimum, tetapi anggapan ini juga penuh
kontroversi.
4.3 CIRI-CIRI
PERKEMBANGAN KOGNITIF MASALAH ADHD
Menurut
William Cruickshank (1986) ciri-ciri kanak-kanak hiperaktif pula terbahagi
kepada 2 jenis iaitu :
4.3.1
Sensory Hyperactive (pancaindera) :
4.3.1.1 Lemah dan gagal memberi tumpuan :
Kanak-kanak hiperaktif ini biasanya
lemah dalam pelajaran kerana
terlalu suka bermain dan pemikiran
sentiasa tertumpu kepada sesuatu
yang menghiburkan walaupun seketika.
Selalunya mereka gagal
memberikan tumpuan yang baik di dalam
proses pembelajaran.
4.3.1.2 Mudah hilang tumpuan :
Apabila proses pembelajaran sedang
berlangsung, kanak-kanak ini
hanya memberi tumpuan untuk seketika
sahaja tetapi selepas
beberapa minit mereka akan
mengalihkan tumpuan mereka kepada
sesuatu yang lain yang lebih memberikan
sesuatu perasaan yang
menghiburkan hatinya.
4.3.1.3Tumpuan perhatian dengan melihat dan mendengar berulang kali :
Di dalam kelas juga atau di
tempat-tempat lain seperti di rumah,
perhatiannya tertumpu pada pandangan
dan pendengaran yang
berulang kali.
4.3.1.4
Tidak boleh membuat gambaran, pengasingan dan menyatakan kaitan
atau
perhubungan :
Biasanya kanak-kanak ini tidak dapat
membayangkan sesuatu objek,
membezakannya dan menghuraikan
sesuatu perkara yang ada hubung
kait seperti perbezaan di antara lori
dan bas sebagainya contohnya.
4.3.1.5 Lemah dalam hal-hal yang berkaitan dengan ruang :
Kanak-kanak ini tidak dapat
membezakan suasana dan keadaan
persekitaran dari segi saiz, jarak
dan keadaan ruang.
4.3.2 Motor
Hiperaktif (motor kasar dan motor halus) :
4.3.2.1 Tingkahlaku yang aktif dan melampau :
Kanak-kanak ini terlalu aktif dalam
aktiviti sehariannya. Dalam lain
perkataan, kanak-kanak ini tidak
boleh duduk diam dan ada ketikanya
mereka bersikap agak agresif sehingga
menyebabkan pergaduhan
mencederakan rakan-rakan.
4.3.2.2 Memanipulasikan bahan atau apa saja yang dipegang :
Apabila mereka mendapat
sesuatu, mereka akan mencuba pelbagai
cara seperti
menghentak, memukul, membaling atau sebagainya
terhadap bendatersebut.
Sasarannya adalah orang atau benda yang
berada berhampiran
dengannya.Selain itu juga, cirri-ciri intelektual
kanak-kanak hiperaktif
yang perlu kita ketahuiterutama ibu bapa dan
guru-guru.
4.3.2.3 Mudah terganggu :
Kanak-kanak
yang aktif keterlaluan ini adalah mudah terganggu sama
ada terganggu daripada orang lain
atau dengan dirinya sendiri.
Fikirannya
sentiasa terganggu oleh perkara-perkara lain semasa
melakukan sesuatu perkara yang dianggap
penting.
4.3.2.4
Tidak boleh tumpukan perhatian terhadap sesuatu perkara :
Apabila
disuruh oleh guru untuk menumpukan sesuatu perkara yang
sedang diajar di dalam kelas,
kanak-kanak hiperaktif ini tidak boleh
memberikan perhatian sepenuhnya.
Mereka asyik memikirkan perkara
yang lain dalam tempoh pembelajaran
tersebut. Begitu juga di rumah
atau di tempat lain, mereka biasanya
tidak dapat memberikan perhatian
yang sepenuhnya apabila diminta untuk
melakukan sedemikian.
Sebagai
contoh, apabila disuruh memegang sesuatu benda, kanak-
kanak tersebut boleh memegangnya
tetapi dalam masa yang sama
mereka akan memikirkan sesuatu yang
lain sehingga boleh
mengakibatkan sesuatu yang dipegang
itu boleh terjatuh atau
sebagainya.
4.3.2.5 Tidak boleh menyiapkan kerja atau tugasan :
Sekiranya
kanak-kanak hiperaktif ini disuruh untuk melakukan sesuatu
tugasan atau kerja, mereka biasanya
tidak boleh menyiapkannya
sendirian. Mereka hanya boleh
melakukan kerja atau tugasan
tersebut dengan baik hanya
dipermulaannya sahaja akan tetapi untuk
menyiapkan dengan baik dan sempurna
mereka tidak mampu
lakukannya. Ini kerana kanak-kanak
ini cepat bosan dengan sesuatu
perkara atau kerja yang memenatkan
dan menyusahkan.
4.3.2.6 Menghasilkan kerja yang tidak berkualiti :
Oleh kerana
kanak-kanak yang terlalu aktif ini tidak suka kepada
sesuatu perkara yang membosankan dan
memenatkan, maka kerja
yang diarahkan supaya dilakukan
dengan sempurna tidak dapat
dilakukan. Kesannya, hasil kerja yang
diperolehi tidak berkualiti dan
memberangsangkan.
4.3.2.7 Suka membuat sesuatu aktiviti tetapi sedikit
sahaja yang siap :
Untuk pengetahuan,
kanak-kanak yang mempunyai perlakuan hiperaktif
ini adalah suka membuat
sesuatu aktiviti, tetapi aktiviti tersebut hanya
berkesan untuk seketika
sahaja dan menyebabkan sedikit sahaja yang
siap. Ini kerana
kegemaran atau sikap yang ada padanya adalah
berbentuk sementara
sebagai contoh mereka hanya suka kepada
sesuatu aktiviti yang
ringkas dan pendek sesuai dengan dirinya yang
mempunyai naluri suka
berubah-ubah dan tidak gemar kepada
sesuatu yang
memenatkan.
4.4 CIRI-CIRI
PERKEMBANGAN SOSIAL MASALAH ADHD
Oleh kerana individu yang menghidap
ADHD berlainan dengan tingkahlaku individu normal, maka ciri-ciri tingkahlaku
kanak-kanak hiperaktif dapat dikenalpasti melalui ciri-ciri seperti berikut:
·
Suka
memberontak
·
Bertindak
sebelum berfikir
·
Memerlukan
kepuasan dengan segera
·
Tidak
boleh menunggu giliran
·
Suka
mengganggu kawan
·
Sentiasa
bermasalah
·
Selalu
merosakkan harta benda orang
·
Degil
dan sukar dikawal
·
Lemah
merancang
·
Perlukan
perhatian yang lebih
·
Tidak
suka dengar nasihat
·
Tidak
tahu mempertahankan diri
·
Selalu
tukar aktiviti
·
Tidak
suka dibelai
·
Suka
menjerit
·
Sensitif
terhadap bau-bauan
·
Suka
bermain tanpa mengira bahaya.
Selain itu juga, ciri-ciri
perkembangan motor bagi kanak-kanak hiperaktif juga berbeza iaitu:
4.4.1 Agresif iaitu suka berlari-lari :
Apabila berada di dalam kelas atau berada di mana-mana sahaja,
kanak-kanak ini
suka berlari ke sana ke mari untuk
memuaskan hatinya. Mereka merasakan berlari itu
sesuatu yang menyeronokkan tanpa
mempedulikan orang lain walaupun akan
mengakibatkannya terjatuh atau
tersungkur.
4.4.2 Suka mengelamun/berkhayal :
Apabila kanak-kanak ini bersendirian, mereka banyak berkhayal dan
mengelamun
tentang perkara-perkara yang
digemarinya dan apabila tersedar dari lamunannya
mereka akan mengaplikasikan.
4.4.3 Tidak tahu erti bahaya :
Kanak-kanak ini biasanya tidak pernah membayangkan tentang bahaya
atau
kecederaan yang akan mereka alami dan
tempuhi disebabkan mereka sentiasa
berkhayal seterusnya dengan tidak
disedarinya mereka terus melakukan sesuatu di
luar kawalannya.
4.4.4 Selalu melakukan perlakuan yang merbahaya :
Kanak-kanak ini selalu melakukan aktiviti yang
merbahaya seperti melompat longkang
yang besar, memanjat pagar seterusnya
terjun ke bawah, memegang kaca yang pecah
dan sebagainya. Mereka ini merasa
seronok apabila dapat melakukannya.
4.4.5 Tidak
berhati-hati :
Apabila kanak-kanak hiperaktif ini
melakukan sesuatu perkara, mereka tidak berhati-hati dan sentiasa terdedah
dengan perkara-perkara yang akan mendatangkan masalah kepada diri sendiri atau
orang lain.
4.4.6 Tingkahlaku yang memerlukan pengawasan
yang rapi :
Biasanya kanak-kanak hiperaktif akan sentiasa berkelakuan dengan
mengikut perasaan
tanpa memikirkan tentang keselamatan
diri sendiri. Oleh kerana itu, kanak-kanak ini
perlu pengawasan yang rapi oleh
guru-guru, ibu bapa atau seseorang yang lebih
dikenalinya atau rapat dengannya.
4.4.7 Tidak
boleh menyesuaikan diri dalam permainan :
Apabila berada di dalam sesuatu
permainan atau pasukan, kanak-kanak hiperaktif ini tidak dapat untuk
menyesuaikan dirinya dengan permainan tersebut atau tidak dapat untuk
bersama-sama dengan rakan-rakan yang lain kerana kanak-kanak ini biasanya
berada dalam dunianya sendiri tanpa memikirkan tentang orang lain.
4.4.8
Masalah tidur yang lasak, berjalan-jalan dan kurang tidur :
Sewaktu tidur
pula, kanak-kanak ini biasanya tidur dalam keadaan yang tidak menentu iaitu seringkali
beralih ke kiri dan ke kanan, ke atas atau ke bawah dan posisinya sering
beralih arah. Semasa sedang tidur juga, kanak-kanak boleh berjalan mengikut
suka hatinya sama ada pergi tidur bersama adik-beradik yang lain atau mencari
tempat yang lebih selesa. Kadang-kadang mereka juga kurang tidur ataupun suka
tidur lewat.
Perkembangan sosial bagi kanak-kanak
ADHD adalah berlainan dengan kanak-kanak normal. Individu yang mengalami ADHD mereka cepat
berasa bosan dan pada waktu yang sama tidak berdaya hendak menumpukan perhatian
pada tugas yang perlu disiapkannya. Mereka juga mungkin kurang faham atau tidak
empati pada perasaan orang lain. Ini dapat dilihat daripada tindakan yang
mengikut gerak hati dan mereka juga gagal memahami kenapa mereka dihukum kerana
perbuatan yang dilakukan.Kanak-kanak ADHD kerap mengalami kesukaran pemprosesan
auditori.Apa yang dimaksudkan adalah mereka mungkin mempunyai pendengaran yang
baik dan boleh mendengar arahan tetapi tidak berkeupayaan memahami bunyi yang
didengar. Selain daripada itu, mereka juga seorang yang pelupa dan tumpuan
mereka mudah terganggu. Mereka juga selalunya gagal mencapai kejayaan yang
cemerlang di sekolah atau tidak pandai berinteraksi sesama rakannya APA (2000)
dalam dalam Azizi Yahaya et al. (2006)
5.0 BERMASALAH FIZIKAL
Masalah fizikal boleh
diklasifikasikan sebagai penyakit yang diwarisi dan penyakit ini adalah mereka
yang mengalami masalah berkaitan otot.Semasa kelahiran, kanak-kanak Muscular
Dystrophy melalui perkembangan secara normal tetapi tidak diketahui punca
bermulanya otot gentian gagal berfungsi dan digantikan dengan tisu-tisu lemak.
Mascular Dystrophy merupakan sejenis penyakit yang
disebabkan otot-otot utama menjadi lemah dan gagal berfungsi.Ia biasanya
dialami oleh pesakit Duchenne Muscular Dystrophy. Nama asal penyakit Duchenne
Muscular Dystrophy diambil daripada nama pakar neurologi iaitu Guillaume
Benjamin Amand Duchenne.
5.1 PUNCA-PUNCA MASALAH
FIZIKAL (KECACATAN FIZIKAL)
Muscular Dystrophy (MD)[i]merupakan penyakit genetik. Menurut Mayo
Clinic Staff, (2009), terdapat dua jenis Muscular Dystrophy disebabkan
oleh genetik iaitu Duchenne dan Becker Muscular Dystrophy. Punca
kecacatan kedua-dua Muscular Dystrophy ini adalah sama iaitu ia berpunca
daripada genetik ibu iaitu kromosom X yang mana ia hanya berlaku kepada anak
lelaki. Jenis genetik yang dibawa oleh ibu dikenali sebagai X-linked
recessive inheritance. Anak lelaki akan mewarisi kromosom X daripada ibu
dan kromosom Y daripada ayah mereka, apabila kromosom X dan Y bercantum keadaan
ini menjadikan anak lelaki yang mewarisi penyakit tersebut. Manakala dua
kromosom X yang diwarisi oleh anak perempuan pula menjadikan mereka sebagai
pembawa.
Menurut Clark (2007),
kecacatan genetik kromosom X penyebab berlakunya Duchenne dan Becker
Muscular Dystrophy. Pembawa penyakit ini mengalami kecacatan genetik hanya
kepada satu sahaja kromosom X, yang mana penyakit ini boleh menyebabkan kepada
masalah perkembangan otot hati (cardiomyopathy) dan mengalami otot yang
lemah. Menurut Heward (2006) Muscular Dystrophy berpunca daripada faktor
genetik yang merujuk kepada penyakit diwarisi dan proses badan atau sebahagian
anggota badan menjadi lemah. Duchenne Muscular Dystrophy (DMD) adalah
diantara 40 jenis penyakit-penyakit Mascular Dystrophy.Ianya memberi kesan
kepada kanak-kanak lelaki pada nisbah 1:50 kelahiran tetapi hanya satu per tiga
kes yang keputusannya disebabkan genetic mutation di dalam keluarga yang
tidak mempunyai penyakit tersebut. Selepas dilahirkan bayi menunjukan keadaan
normal, namun tulang-tulang otot akan menjadi lemah ketika umur kanak-kanak
tersebut berumur di antara dua dan enam tahun.
5.2 CIRI-CIRI
PERKEMBANGAN FIZIKAL MASALAH FIZIKAL (KECACATAN FIZIKAL)
Kecacatan fizikal dapat dikenalpasti
melalui fizikal individu itu sendiri.Menurut Giuliani dan Pierangelo (2007)
kecacatan fizikal berbeza mengikut jenis Muscular Dsytrophy. Ciri-ciri
kecacatan fizikal yang dialami oleh kanak-kanak Muscular Dsytrophy antaranya
kelemahan otot,gejala perkembangan otot, lambat dalam perkembangan kemahiran
menggunakan otot-otot motor, kesukaran untuk berjalan (lambat
berjalan),kesukaran untuk mengguna satu atau lebih kumpulan otot motor,tulang
belakang bengkok, gaya berjalan terhuyung-hayang, kesukaran menggunakan
kemahiran motor seperti melompat dan berlari,kesukaran berjalan atau kehilangan
keupayaan berjalan, kepenatan, kecacatan otot sehingga menyebabkan pesakit
menggunakan kerusi roda dan pengawalan otot sehingga menyebabkan penggunaan
jari yang terhad dan kehilangan keupayaan pergerakan kepala.
Manakala menurut Taylor et al. (2009)
gejala kecacatan fizikal Duchenne Muscular Dystrophy dapat di lihat
antara umur dua dan enam tahun yang mana gejala perkembangan kecacatan berbeza
mengikut tahap. Pada umur 10 hingga 14 tahun kanak-kanak Muscular Dystrophy kehilangan
keupayaan untuk bergerak.Bagi pesakit yang mengalami kecacatan Duchenne
Muscular Dystrophy mereka menghadapi masalah untuk memanjat tempat yang
tinggi dan berlari. Menurut Best et al., (2005), kelemahan otot-otot biasanya
bermula pada lower leg dan otot pelvic girdle. Gejala lower
leg muncul apabila tisu-tisu otot digantikan dengan lemak dan otot pelvic
girdle pula menjadi lemah dan mereka perlu menggunakan tangan untuk bangun
berdiri. Bagi kanak spastik ciri yang paling ketara dapat dilihat ialah
mempunyai otot-otot yang tegang dan kecut, Gerakan adalah tersentak-sentak dan
kurang berkoordinasi mungkin tidak dapat menggenggam benda dengan jari.
Sekiranya cuba mengawal pergerakan, pergerakan itu bertambah tersentak-sentak.
Semasa cuba mengambil sesuatu benda, tangan mungkin melambai-lambai, muka yang
kerenyot dan lidah yang terjulur. Mereka mungkin tidak dapat mengawal otot-otot
bibir, lidah dan kerongkong menyebabkan air liur meleleh. Gerakan mereka adalah
tidak stabil dan mereka seolah-olah selalu cuba menstabilkan badan. Semasa
berjalan, mereka tersandung-sandung.Gaya berjalan semacam gunting, berdiri atas
jari kaki dengan lutut yang bengkok dan menuju ke bahagian dalam.
5.3 CIRI-CIRI
PERKEMBANGAN KOGNITIF MASALAH FIZIKAL (KECACATAN FIZIKAL)
Kecacatan intelektual hanya berlaku
pada sesetangah Muscular Dystrophy.Menurut Friend (2008), prestasi
kanak-kanak ini di sekolah amat menyedihkan kerana kajian menunjukkan bahawa
kanak-kanak Muscular Dystrophy tidak meletakkan harapan yang tinggi
terhadap diri sendiri, ketidakhadiran ke sekolah kerana masalah kesihatan dan
mengalami masalah tekanan psikologi. Keadaan ini menunjukkan bahawa pentingnya
kepakaran seseorang
guru dalam memainkan peranan. Selain
itu, menurut Hunt & Marshall (2005) pesakit Muscular Dystrophy yang
mengalami pembantutan otak akan ditempatkan di institusi-institusi dalam
percubaan untuk membantu kanak-kanak tersebut untuk membentuk interaksi sosial
dan komunikasi antara pesakit dengan komuniti. Keupayaan kognitif kanak-kanak
spastic dapat dikesan apabila Kesukaran dalam perkembangan tentang kebolehan
pertuturan dengan betul kerana lumpuh di bahagian sekeliling mulut, bermasalah
mengenai kebolehan untuk memahami bahasa,bermasalah mengenai kebolehan untuk
bermain menggunakan alat-alat permainan dengan cara yang sesuai, bermasalah
mengenai kebolehan untuk ingat sesuatu perkara,bermasalah mengenai kebolehan
untuk meniru gaya orang lain, bermasalah mengenai eye contact dengan
orang lain dan bermasalah dalam kebolehan untuk melukis.
5.4 CIRI-CIRI
PERKEMBANGAN SOSIAL MASALAH FIZIKAL (KECACATAN FIZIKAL)
Individu yang
menghadapi Duchenne Muscular Dystrophy menghadapi masalah dalam
perkembangan psikososial dan tingkah laku kesan daripada kesakitan yang mereka
alami.Tambahan pula keadaan fizikal kanak-kanak itu semakin lemah menyebabkan
mereka menyedari tentang kesihatan mereka semakin terjejas. Keadaan ini akan
meningkatkan kadar kebergantungan, suka menyisihkan diri daripada persekitaran
sosial dan perubahan tubuh menjadikan mereka kemurungan (Polakoff et al.,
1998). Perubahan tingkah laku kanak-kanak itu menjadikan situasi tersebut lebih
sukar terutamanya apabila keluarga ingin berkongsi masalah untuk menerangkan
keadaan yang sebenar tentang penyakit yang mereka hadapi. Situasi itu menjadikan
kanak-kanak Muscular Dystrophy cuba mengasingkan diri daripada
berbincang dengan keluarga yang mana ia boleh menyebabkan trauma dan perubahan
emosi kanak-kanak tersebut. Dalam situasi ini guru-guru perlu pembantu-pembantu
profesional seperti pekerja sosial dan pakar psikologi agar perundingan dapat
menyelesaikan situasi kanak-kanak ini (Best, Heller & Bigge 2005).
Selain itu juga, bagi
individu yang mempunyai kecacatan berbentuk fizikal, mereka mempunyai masalah
dalam perkembangan sosial mereka.Pergerakan psikomotor adalah terbatas.Tidak
boleh berjalan atau duduk sendiri atau menggunakan tangan mereka sendiri.
Walaupun ada dalam kalangan yang boleh belajar berjalan tetapi ramai yang
menggunakan kerusi roda, braces atau peralatan lain. Sesetengah mengalami
masalah menyuap makanan, menghisap atau menelan.Kebanyakan mereka bergantung
kepada orang lain untuk makan atau ke tandas.
6.0
PENUTUP
Masih ada ibubapa yang tidak mahu
menerima atau mengaku jika seandainya anak mereka mengalami kecacatan.Memang
tidak dapat dinafikan bahawa fitrah manusia inginkan yang terbaik untuk
mereka.Namun bukan semua ibubapa bernasib baik.Kepada ibubapa yang
dianugerahkan anak istimewa, ini adalah cabaran dan dugaan untuk mereka.Ini
mungkin ujian ALLAH swt kepada mereka untuk melihat sejauh mana kesabaran yang
ada dalam diri ibubapa ini.
Pada peringkat awal masalah kecacatan
kanak-kanak mungkin sukar untuk dikenal pasti.Ini adalah kerana bukan semua
kecacatan boleh dikesan pada peringkat awal kanak-kanak. Proses mengenal pasti
masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak mungkin berbeza di antara satu sama
lain. Jika seandainya ibubapa dapat mengesan kelainan kepada kanak-kanak,
langkah awal hendaklah diambil.Kanak-kanak hendaklah dibawa berjumpa pakar
perubatan untuk rawatan.Diagnosis ke atas kanak-kanak boleh dilakukan untuk
menilai tahap permasalahan kanak-kanak.
Banyak kemudahan yang disediakan pada
hari ini untuk membantu kanak-anak berkeperluan khas ini mendapat hak mereka
sama seperti kanak-kanak normal. Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa
komited dalam memenuhi keperluan pendidikan khas kanak-kanak dengan
memperluaskan perkhidmatan ke peringkat Prasekolah dan memainkan peranan
penting dalam mengenalpasti dan mempersiapkan mereka untuk hadir ke sekolah.
Timbalan Perdana Menteri yang juga
Menteri Pelajaran berkata, guru-guru pendidikan khas memerlukan kesabaran yang
tinggi ketika melaya kerenah kanak-kanak istimewa dalam persekitaran
kelas.Badan bukan Kerajaan (NGO) turut berperanan penting menerusitanggungjawab
sokongan.Beliau berkata demikian semasa menyempurnakan Majlis Penutupan
Persidangan Kebangsaan Intervensi Awal Kanak-Kanak (NECIC) pada 9 Jun 2012 di
Sibu, Sarawak.
BAHAN
RUJUKAN
Nancy Hunt
& Kathleen Marshall, (2005).Exceptional Children And Youth. United States:
Patricia A. Coryell.
Rohani
Abdullah. (2005). Bayi Cerdik: Panduan
Merangsang Perkembangan Kanak-Kanak Secara Optimum Bermula Daripada Peringkat Bayi.
Kuala Lumpur: PTS Litera Utama
Abdul Halim
Abdul Jalil, 1990. Masalah Perkembangan
Dan Tingkahlaku Kanak-Kanak. Kuala Lumpur: Berita Publishing Sdn. Bhd.
Hasnah Udin
(1988). Bimbingan Kanak-Kanak Luar Biasa.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka
K.A.
Razhiyah (2008). Menjadi Guru Pendidikan
Khas. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Mohd Sharani
Ahmad (2006). Mengurus Kanak-Kanak Yang
Susah Belajar. Kuala Lumpur: PTS Publishing Sdn. Bhd.
Modul KBK
3073 Universiti Pendidikan Sultan Idris
Oesterreich,
L. 2009. Kecacatan Penglihatan. Capaian
pada 23 Oktober 2012 di www.ehomemakers.net/my/article.php?id
Sharon
Sharon L. Christ, David J. Lee, Byron L. Lam, D. Diane Zheng, & Kristopher
L. 2008. Social Adjustments and ArheartAssessment of the Effect of
Visual Impairment on Mortality through Multiple Health Pathways: Structural
Equation Modeling. http://www.iovs.org capaian pada 20 Oktebeor 2012.
Dr. Norzila Zakaria 2009. Kanak-kanak Berkeperluan Khas.Utusan
Malaysia Online. Capaian pada 16
November 2012
Keperluan Pendidikan Khas Sentisa Dititik Beratkan: Muhyiddin:
Borneo Post Online. Capaian pada 17 November 2012
SEPTEMBER2012
FALSAFAH PENDIDIKAN KHAS
DI MALAYSIA ADALAH SATU USAHA YANG BERTERUSAN UNTUK MELAHIRKAN INSAN YANG
BERKEMAHIRAN, BERHALUAN, BERUPAYA, BERIMAN, BERDIKARI, MAMPU MERANCANG DAN
MENGURUSKAN KEHIDUPAN SERTA MENYEDARI
POTENSI DIRI SENDIRI SEBAGAI SEORANG INDIVIDU DAN AHLI MASYARAKAT YANG
SEIMBANG DAN PRODUKTIFSELARAS DENGAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN.
BEBERAPA STARTEGI DAN KAEDAH MEMBANTU MURID PENDIDIKAN
KHAS MENGIKUT MODEL SOSIAL (SOCIAL MODEL) DAN MODEL PERUBATAN (MEDICAL MODEL)
1.0 PENDAHULUAN
Perhubungan
antara bidang pembelajaran, pendekatan pengajaran dan pembelajaran, dan
penilaian adalah bersifat interaktif.Untuk memenuhi keperluan
individu,interaksi antara ketiga-tiga aspek boleh berlaku dalam keadaan
fleksibel. Proses ini boleh bermula daripada mana-mana aspek berpaksikan kepada
keperluan murid.Kurikulum ini juga menetapkan satu bentuk pengajaran yang tidak
terikat. Ini bermakna aktiviti-aktivi pembelajaran boleh dibentuk mengikut
keperluan murid yang berbeza berpandukan pemilihan pengalaman pengajaran
melalui bidang berikut iaitu bidang
pengurusan kehidupan yang merangkumi komponen pengurusan diri, komponen
kemahiran menipulatif, komponen pengurusan tingkah laku, dan komponen kemahiran
hidup.
Bidang akademik berfungsi pula merangkumi komponen Bahasa Melayu, komponen
Matematik, komponen Bahasa Inggeris dan komponen Teknologi Maklumat dan
Komunikasi.Bagi bidang kerohanian dan
nilai-nilai murni merangkumi komponen pendidikan Agama Islam dan
komponen Pendidikan Moral. Manakala bidang yang terakhir ialah bidang sosial, riadah dan kreativiti yang
mengandungi komponen- komponen seperti komponen Pendidikan Jasmani, komponen
Pendidikan Seni, komponen Pendidikan Muzik, Gerakan dan Drama, komponen
Pendidikan Sains, Sosial dan Alam Sekitar.
Dalam menjalani proses
pengajaran dan pembelajaran, prinsip-prinsip teori pembelajaran boleh
digabungkan dengan kerja-kerja praktikal dalam situasi kehidupan yang sebenar
supaya murid berkeperluan khas mendapat input sepenuhnya. Keupayaan individu
akan menentukan pemilihan pendekatan pengajaran dan penbelajaran. Melalui
proses pengajaran dan pembelajaran yang fleksibel dan bersepadu diharapkan
dapat melahirkan individu yang memiliki ciri-ciri seperti mampu
berdikari,berdisiplin dan bersikap positif, bermoral dan beretika, berkemahiran
dan berketrampilan dan produktif dan boleh menyumbang kepada keluarga,
masyarakat dan negara. Setelah melalui keseluruhan proses pengajaran dan
pembelajaran dan memiliki ciri-ciri tersebut adalah diharapkan murid dapat
menjalani satu kehidupan yang bermakna kepada diri, keluarga dan bertepatan
dengan nilai-nilai yang diterima oleh masyarakat.
2.0
FALSAFAH PENDIDIKAN KHAS
Pendidikan di Malaysia
adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu
secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan
kepada Tuhan.Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
Falsafah
Pendidikan Khas di Malaysia pula adalah satu usaha yang berterusan untuk
melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari,
mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri
sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif
selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Bagi memenuhi keperluan dan kehendak
Falsafah Pendidikan Khas, kurikulum yang dibina berlandaskan kepada tiga
prinsip utama iaitu pendidikan
menyeluruh dan bersepadu bertujuan memberi fokus kepada petensi individu
meliputi aspek jasmini, emosi, rohani, intelik dan sosial.
Potensi
ini hendaklah dipertingkatkan melalui penglibatan kumpulan pelbagai disiplin
secara kolaboratif dan bersepadu. Prinsip yang kedua ialah pembelajaran yang menggembirakan dan bermakna
merujuk kepada proses pengajaran dan pembelajaran yang merangsang dan
mengekalkan minat murid berkeperluan khas kepada pembelajaran.Suasana pembelajaran
yang kondusif perlu diberi penekanan agar murid dapat menguasai pengetahuan dan
kemahiran yang boleh digunakan untuk keperluan diri dan masyarakat.Ini dapat
melahirkan murid yang berkeyakinan dan berfikiran terbuka.Manakala prinsip yang
ketiga ialah pendidikan sepanjang hayat
iaitu merupakan pemerolehan ilmu pengetuahuan dan kemahiran di alam
persekolahan yang dapat menjana penguasaan ilmu secara berterusan untuk
digunakan dalam kehidupan seharian.
Prinsip
di atas perlu dilaksanakan melalui proses yang melibatkan tiga aspek iaitu
bidang pembelajaran, pendekatan pengajaran dan pembelajaran, dan penilaian yang
berteraskan kepada keperluan individu. Untuk menentukan keperluan setiap
individu, penilaian awal perlu perlu dijalankan berdasarkan laporan pakar.Guru
perlu menjalankan ujian pengesanan untuk menentukan murid layak berada dalam
program pendidikan khas. Setelah murid berada dalam pendidikan khas, ujian
diagnostik seperti temubual, senarai semak dan pemerhatian perlu dijalankan
untuk menentukan tahap kefungsian murid dan seterusnya merancang program
pendidikan berdasarkan keperluan individu.
3.0 MODEL SOSIAL (SOCIAL MODEL)
Model sosial merupakan
model yang penting dalam menjaga kebajikan dan kepentingan berkeperluan
khas.Tanggungjawab ini biasanya dipikul oleh Jabatan Kebajikan
Masyarakat.Jabatan Kebajikan Masyarakat berperanan menganjurkan kempen
Pendaftaran OKU untuk menggalakkan dan meningkatkan kesedaran masyarakat
terhadap perlunya OKU mendaftarkan diri mereka dengan jabatan tersebut.Perkara
ini perlu diberi perhatian agar kerajaan dapat mengetahui bilangan sebenar dan
taburan OKU di negara ini.Hal ini sangat penting bagi pihak kerajaan kerana
ianya dapat memudahkan pihak kerajaan membuat perancangan perkhidmatan, program
pemlihan, intervensi awal, pencegahan, latihan dan pendidikan.Selain itu juga,
perkara ini penting kepada kerajaan agar dapat merancang kesesuaian
program-program latihan, pendidikan dan pemulihan bagi golongan kurang upaya.
Tambahan lagi, kerajaan
dapat menyediakan kemudahan yang bertepatan dengan OKU dan dapat mengenalpasti
OKU mengikut jenis-jenis kecacatan atau sebagai kad pengenalan diri bagi mereka
berurusan dengan pihak-pihak berkenaan.Kerajaan juga berhasrat dapat memberikan
kemudahan dan keistimewaan kepada OKU dengan memberikan maklumat tentang
program-program latihan, pendidikan dan pemulihan bagi golongan kurang upaya.
Selain itu juga,
kerajaan telah pun melancarkan satu skim yang dapat membantu golongan OKU
membina kerjaya mereka dan dalam masa yang sama memberikan peluang bersosial
bersama masyarakat agar mereka merasakan mereka tidak dipinggirkan melalui Skim
Bantuan Galakan Perniagaan. Program ini
juga dilihat dapat membantu seramai mungkin OKU dalam mendapatkan pekerjaan
dengan memberikan kesedaran kepada para majikan akan kebolehan OKU setanding
dengan masyarakat sekeliling.
Antara perkhidmatan yang disediakan
adalah seperti Pendaftaran dan Kad Kenal Diri, Bantuan alat otortik, Geran
Pelancaran, Elaun Pekerja Cacat, Bengkel terlindung, Latihan Kemahiran
Vokasional, Kemasukan ke Institusi Pemulihan (Taman Sinar Harapan), Pemulihan
dalam Komuniti. Lain-lain kemudahan dan
keistimewaan yang kerajaan sediakan pula adalah seperti Kemudahan Pendidikan, Kemudahan
Pengankutan Awam, Kemudahan Perumahan, Kemudahan mendapatkan Latihan dan
Pemulihan, Pengecualian Bayaran Rawatan Perubatan, Pelepasan cukai, Kemudahan
Peluang Pekerjaan dan sebagainya.
4.0
MODEL PERUBATAN (MEDICAL MODEL)
Namun, bagi model
perubatan pula ia dapat dilihat secara praktikal di Malaysia. Malaysia mengamalkan model perubatan
berbanding luar negara yang lebih menekankan kepada model pendidikan.Sejarah
permulaan pendidikan khas berkait rapat dengan bidang perubatan dan ahli-ahli
perubatan. Dalam awal abad ke 20 an,
perkembangan Pendidikan Khas didorong oleh kemunculan dan kemajuan dalam
bidang-bidang psikologi dan sosiologi.
Justeru, pegawai
perubatan perlu prihatin dan peka terhadap kelompok tersebut agar mereka dapat
menyertai kelas yang sesuai mengikut kebolehan serta kadar kemampuan mereka
untuk menikmati kejayaan. Mereka juga
berhak untuk merasai kejayaan seperti masyarakat di sekeliling mereka.
Tambahan, setiap negara
harus bertanggungjawab untuk menyediakan kemudahan kesihatan kepada setiap
warganegaranya.Oleh sebab itu, pada peringkat awal ibu mengandung yang telah
didapati bakal melahirkan anak yang tidak sempurna tidak harus diabaikan
sebaliknya perlu menerima bimbingan dan nasihat untuk menjaga kandungan agar
dapat melahirkan bayi yang selamat.
Dalam memastikan anak yang tidak
sempurna dalam kandungan sentiasa berada dalam keadaan selamat, ibu mengandung
perlu menjalankan proses intervensi awal terhadap bayi. Bagi proses pengesanan, kebanyakkan hospital
mempunyai unit-unit khas untuk menjalankan proses pengesanan yang khusus untuk
mengukur fungsi fizikal serta kemampuan untuk bernafas tanpa bantuan pada
bayi-bayi yang baru dilahirkan. Sebagai
contoh, kebanyakkan bayi baru lahir akan dinilai menggunakan satu sistem
pemarkahan dinamakan Apgar Scoring System
(Sistem pemarkahan Apgar), yang mana ia akan mengukur dari lima aspek ciri-ciri
fizikal: degupan jantung, pernafasan, tindakan reflex, otot-otot serta
warna. Selain itu juga, para ibu boleh
merujuk pakar-pakar yang ada bagi mengetahui lebih lanjut maklumat yang mereka
perlukan.
5.0 PRINSIP
UNTUK MENJAYAKAN MODEL PENDIDIKAN KHAS
Dalam
memelihara golongan yang kurang berkeupayaan, kerajaan telah memperkenalkan
model sosial dan juga model perubatan.Kedua-dua model ini dibentuk ke arah
mengutamakan masyarakat penyayang iaitu mengenalpasti masalah dalam komuniti
dan kegagalan komuniti memastikan keperluan OKU diambil kira.
Bagi tujuan menjayakan model ini
prinsip kolaborasi dan penglibatan pelbagai pihak amat diutama dengan penglibatan ibubapa, sekolah dan masyarakat
kepada program pendidikan khas.Kolaborasi merupakan kerjasama yang
diberikan oleh beberapa pihak dalam menyelesaikan sesuatu masalah ataupun untuk
mencapai suatu matlamat.Semangat kerjasama harus lahir secara sukarela untuk
memudahkan pencapaian suatu matlamat.
Dalam proses kolaborasi ini kumpulan
pelbagai displin memainkan peranan penting. Menurut Golin dan Ducanis (1981),
kumpulan pelbagai displin adalah satu unit yang berfungsi yang terdiri daripada
pelbagai individu yang mempunyai kemahiran atau kepakaran dalam bidang
tertentu. Kumpulan ini akan bergabung tenaga untuk menyediakan perkhidmatan
kepada kanak-kanak khas. Mereka berfungsi untuk mengenal pasti masalah pelajar,
merancangkan program pendidikan dan menilai perkembangan pelajar untuk
memastikan keberkesanan Program Pendidikan Khas.Kumpulan ini adalah memastikan
kanak-kanak mendapatkan penempatan yang adil dan sesuai untuk kanak-kanak
berkeperluan khas.
Sepertimana kita tahu pendidikan khas
merupakan satu bentuk pendidikan khusus diwujudkan untuk murid-murid berkeperluan
khas seperti masalah penglihatan, masalah pendengaran dan masalah
pembelajaran.Kanak- kanak ini memang dilahirkan dengan pelbagai kecacatan
tetapi pelbagai bakat dan kemahiran tersembunyi dalam diri mereka. Potensi diri
mereka ini harus dikembangkan supaya mereka dapat berdikari dan menguruskan
diri mereka tanpa bantuan orang lain. Hanya pendidikan dan pengalaman sahaja
yang akan dapat membentuk murid-murid khas yang memiliki bakat dan kemahiran
yang tinggi.
Matlamat
falsafah Pendidikan Khas ialah menyediakan perkembangan optimum kanak-kanak
dengan keperluan–keperluan pendidikan khas agar dapat berfungsi sebagai
individu yang berkemahiran, berdikari, berhaluan, boleh merancang, merancang,
mengurus kehidupan sendiri, boleh menyedari potensi sendiri dan boleh
menyesuaikan diri dalam masyarakat. Maka kumpulan pelbagai displin harus
berkolaborasi dan memberi sumbangan tertentu kepada program pendidikan khas ini
untuk membolehkan murid-murid istimewa ini mencapai kejayaan dalam hidup
mereka.Kaedah yang digunakan bagi kedua-dua model ini adalah daripada kombinasi
pasukan pelbagai disiplin.
6.0 MODEL SOSIAL
DAN KUMPULAN PELBAGAI DISIPLIN
Model
Sosial lebih mengutamakan kerjasama antara bayak pihak untuk
menjayakannya.Dengan kerjasama yang dijalankan ini maka tertubuhlah Kumpulan
Pelbagai Disiplin.Kumpulan pelbagai displin harus berkolaborasi dan memberi
sumbangan tertentu kepada program pendidikan khas ini untuk membolehkan
murid-murid istimewa ini mencapai kejayaan dalam hidup mereka.Kaedah yang
digunakan bagi kedua-dua model ini adalah daripada kombinasi pasukan pelbagai
disiplin.
6.1 FUNGSI KUMPULAN PELBAGAI DISIPLIN
Mewujudkan pasukan pelbagai disiplin adalah
kaedah yang sering dilakukan oleh guru pendidikan khas.Fungsi Keseluruhan Kumpulan Pelbagai Displin meliputi pengenalpastian
masalah iaitu;
a.
Menaksirkan dan memperincikan masalah asal atau spesifik
kanak-kanak khas dari segi masalah kognitif, fizikal, pendengaran, penglihatan,
komunikasi, emosi atau tingkah laku dan sebagainya.
b.
Mengkaji semula intervensi yang telah dicuba oleh guru khas dan
mengenalpasti keberkesanan strategi untuk memulihkan masalah kanak-kanak. Ahli
kumpulan akan menilai kesesuaian program pendidikan yang sedia ada.
c.
Mencari alternatif dengan memikirkan pelbagai pendekatan untuk
pemulihan. Contohnya apakah pendekatan pengajaran yang sesuai untuk kanak-kanak
hiperaktif ? Maka ahli kumpulan yang terlibat akan memberikan pelbagai cadangan
untuk mengajar kategori kanak-kanak ini.
d.
Mengenalpasti keperluan khas pelajar dan merekodkan keperluan dan
segala maklumat kanak-kanak.
e.
Pemilihan penyelesaian melalui pendekatan yang paling sesuai akan
dipilih untuk menyelesaikan masalah kanak-kanak khas. Sebagai contoh
kanak-kanak bermasalah pembelajaran akan dicadangkan rancangan pengajaran individu
dalam program pendidikan.
f.
Setiap kumpulan pelbagai displin bertanggungjawab untuk
menjalankan dan memantapkan rancangan pendidikan.
6.2 BENTUK KOLOBORASI KUMPULAN PELBAGAI
DISIPLIN
Ada
beberapa kumpulan atau individu yang bertanggungjawabdalam kumpulan pelbagai
disiplin ini. Kumpulan tersebut ialah:
•
Ibubapa
•
Pakar
perubatan
•
Sekolah
•
Jabatan
Kebajikan Masyarakat
6.2.1 Ibubapa
Ibubapa harus sentiasa peka terhadap
sebarang aktiviti atau respon yang tidak normal anak-anak.Mereka patut mengesan
kekurangan anak mereka di peringkat awal. Mereka tidak harus membiarkan sahaja
jika mereka dapat mengesan sebarang masalah atau perubahan pada anak
mereka. Mereka harus berbincang
dengan professional pakar berkaitan masalah atau kecacatan anak mereka supaya
tindakan selanjutnya untuk membantu anak-anak mereka dapat diambil dengan
segera.Mungkin peluang untuk memulihkan kecacatan tinggi jika dapat mengesan
kecacatan pada peringkat awal.
Adalah penting untuk setiap ibubapa
mengetahui cara menjaga anak-anak mereka yang memiliki kecacatan dari segi
mental, emosi dan fizikal kerana kesilapan kecil boleh membawa kesan negatif
kepada perkembangan kanak-kanak ini. Mereka sentiasa perlu mendapatkan nasihat
pakar perubatan untuk memulihkan kecacatan kritikal anak mereka kepada keadaan
lebih baik.Oleh itu mereka perlu bersikap positif dan sentiasa percaya dalam
diri yang mereka dapat menangani perkembangan anak-anak mereka.Selepas itu juga
perlu melakukan pemerhatian dan menganalisis setiap perlakuan anak-anak mereka
kerana kelakuan anak-anak berbeza mengikut kecacatan.
Ibubapa perlu memilih strategi yang
sesuai untuk membentuk kelakuan anak-anak mereka.Pembentukan kelakuan positif
adalah penting supaya anak-anak dapat berkelakuan baik di khalayak ramai kerana
bukan semua faham keadaan mental dan emosi kanak-kanak yang memiliki ciri-ciri
khas.Universal Declaration of Human Right 1948 menegaskan bahawa setiap
kanak-kanak berhak untuk mendapatkan pendidikan.
Jadi ibubapa tidak seharusnya
mengabaikan anak-anak mereka yang memiliki kekurangan dan kecacatan.Sebaliknya
mereka harus memberi sokongan dan kerjasama yang penuh untuk membantu anak-anak
mereka yang berkeperluan khas.Setiap kanak-kanak ini memiliki bakat dan
kemahiran tertentu, maka menghantar mereka ke sekolah khas dapat memperkembangkan
bakat yang ada pada diri mereka.Tanggungjawab ibu bapa tidak berhenti setakat
menghantar anak mereka ke sekolah sahaja.Mereka harus ke sekolah untuk
mengetahui perkembangan semasa anak-anak mereka.
Penglibatan ibu bapa dalam program
pendidikan khas adalah penting untuk membina keyakinan dalam diri murid-murid
khas selain memberi sokongan kepada mereka.Ibubapa juga boleh memberi cadangan
yang bernas untuk melancarkan lagi program pendidikan khas.Ibubapa juga harus
berkolaborasi dengan guru pendidikan khas dengan mendengar nasihat guru dan
menghadirkan diri dalam perjumpaan yang diadakan di sekolah. Ibubapa juga boleh
melibatkan diri dalam aktiviti yang dianjurkan
oleh pihak sekolah seperti
perkhemahan, program motivasi dan sebagainya. Ibu bapa disarankan tidak
menganggu dalam proses pengajaran dan pembelajaran tetapi boleh berperanan
sebagai pembantu kepada guru. Ibubapa boleh membantu guru dengan mengawasi
anak-anak mereka semasa membuat kerja rumah.Ibu bapa perlu melakukan intervensi
di rumah kerana ibu bapa merupakan guru terbaik kerana mereka kerap mendampingi
anak-anak mereka. Penglibatan ibu bapa akan memberi pengaruh dalam perkembangan
anak mereka. Sumbangan dan sokongan padu daripada pihak ibu bapa sangat
diperlukan kepada program pendidikan khas.
6.2.2
Pakar
Perubatan
Pakar
perubatan yang mempunyai pelbagai kepakaran dalam bidang perubatan memainkan
penting untuk mendiagnostik dan merawat penyakit kanak-kanak dan mengesan punca
masalah kecacatan untuk memulihkan kecacatan tersebut.Peranan pakar perubatan
boleh dibahagikan seperti jadual di bawah.
Jadual 1:
Peranan pakar dalam membantu golongan OKU
6.2.3
Pihak
Sekolah
Pihak sekolah memainkan peranan
penting untuk membentuk kanak-kanak supaya mereka boleh berdikari dan
menguruskan diri.Pihak sekolah haruslah menyediakan satu bangunan atau bilik
khas untuk murid-murid berkeperluan khas. Menyediakan infrastruktur yang serba
lengkap adalah salah satu tanggungjawab pihak sekolah untuk memastikan proses
pengajaran dan pembelajaran melalui kaedah-kaedah khusus dapat berjalan dengan
lancar. Pengetua atau guru besar juga harus memberi kerjasama dan sokongan
penuh kepada program pendidikan khas. Program pendidikan khas akan berkembang
dengan adanya sokongan guru besar atau pengetua. Mereka perlu mengambil tahu
keperluan program pendidikan khas dan murid-murid berkeperluan khas.
Bagi sekolah yang mempunyai program
integrasi sepatut tidak mengasingkan murid-murid berkeperluan khas dengan
murid-murid biasa melalui.Aktiviti-aktiviti yang menggalakkan pergaulan antara
murid-murid khas dengan murid-murid biasa harus diperbanyakan. Ini adalah untuk
membolehkan murid-murid khas berinteraksi secara normal dengan semua glongan
dan tidak akan mengasingkan diri. Langkah sebegini akan membantu murid-murid
khas untuk menghadapi masyarakat luar secara normal. Guru pendidikan khas
berperanan penting dalam keberkesanan program pendidikan khas. Guru pendidikan
khas harus memberi komitmen yang sepenuhnya kepada murid-murid berkeperluan
khas dan program pendidkan khas. Mereka seharusnya menjiwai karier mereka
sebagai seorang guru pendidikan khas.Hanya guru pendidikan khas sahaja dilatih
dengan pelbagai kemahiran untuk mengajar murid-murid keperluan khas. Guru khas
perlu memiliki kriteria sebagai seorang guru khas supaya program pendikan khas
dapat berjalan lancar.
Seorang guru khas harus berfikiran
secara kreatif, inovatif dan imagenatif supaya dapat menarik minat murid-murid
berkeperluan khas untuk belajar dan menumpukan perhatian. Guru khas juga harus tahu mengekalkan suasana
kelas yang ceria dan mesra supaya murid dapat menganggap sekolah sebagai rumah
kedua mereka. Sikap simpati dan juga empati perlu ada ada pada seorang guru
pendidikan khas. Guru khas harus berupaya memberikan ujian saringan kepada
pelajar untuk mengenalpasti tahap pencapaian dan masalah pelajar. Guru khas perlu
mengenali setiap anak muridnya secara terperinci supaya mereka dapat melayan
murid-murid mengikut keperluan tertentu.
Guru pendidikan khas juga perlu
menyediakan Rancangan Pendidikan Individu mengikut kategori dan kesesuaian
murid supaya mereka dapat menguasai satu kemahiran dengan baik. Program dan
aktiviti dirancang oleh guru tidak seharusnya tertumpu di kawasan sekolah
semata-mata.Sebaliknya guru khas perlu membawa murid-murid ke kawasan luar agar
murid-murid dapat terdedah kepada masyarakat luar.Mereka juga boleh meluaskan
pengetahuan dan pengalaman melalui program lawatan. Guru khas juga harus
berbincang dengan ibubapa tentang masalah kesihatan dan tingkahlaku murid-murid
khas agar mereka dapat mencari jalan penyelesaian dengan mudah kepada suatu masalah
dengan adanya kerjasama yang baik antara guru khas dan ibubapa. Guru khas juga
boleh mengubah strategi pengajaran dengan mendengar nasihat dan idea ibubapa
jika bersesuain dengan kuri-kulum.
Selain itu, kerjasama guru khas dengan
program pendidikan arus perdana juga penting untuk melancarkan perkembangan
program pendidikan khas. Guru biasa (arus perdana) perlu berkongsi pendapat dan
tanggungjawab bersama guru pendidikan khas supaya objektif pendidikan khas
dapat dicapai. Guru khas dan guru biasa boleh tukar-menukar bahan bantu
mengajar supaya dapat menjimatkan masa dan tenaga. Guru biasa perlu membantu
dan memberi tumpuan lebih kepada murid-murid khas dalam program inklusif supaya
mereka dapat kekal dalam kekal biasa. Guru khas juga membantu guru biasa dengan
mengajar pelajar-pelajar lemah dalam kelas biasa. Guru biasa boleh mengunakan
kemahiran dan idea untuk membolehkan murid –murid mengembangkan bakat dan
kemahiran yang pada mereka. Guru biasa perlu mengambil bahagian dalam aktiviti
dianjurkan untuk murid-murid khas supaya guru dapat mengenal dan memahami
keperluan dan ciri mereka supaya mereka tidak menghadapi masalah semasa
mengajar mereka dalam program inklusif. Kolaborasi semua staf sekolah kepada
program pendidikan khas penting untuk merealisikan aspirasi pendidikan khas.
Kesimpulannya,
setiap peringkat pendidik disekolah perlu memainkan peranan masing-masing bagi
menjayakan usaha membantu golongan OKU agar dapat menjadi insan yang
berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan
menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang
individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan
Falsafah Pendidikan Negara.
6.2.4
Jabatan
Kebajikan Masyarakat
Peranan Jabatan Kebajikan Masyarakat
(JKM) merangkumi usaha-usaha membantu serta memberi perkhidmatan kepada warga
kurang upaya bersesuaian dengan keperluan serta syarat-syarat yang
ditetapkan.Perkhidmatan ini hanya diberikan kepada mereka yang mendaftar dengan
jabatan ini sahaja.Perkhidmatan ini diwujudkan untuk menolong orang kurang
upaya supaya mereka dapat berdikari dan membolehkan mereka menjadi anggota
masyarakat yang lebih produktif sejajar dengan kebolehan dan keupayaan
mereka.Jabatan ini mengeluarkan Kad Kenal Diri Orang Kurang Upaya untuk
memudahkan pengenalan supaya mereka mendapat perkhidmatan yang cepat dan akses
kepada kemudahan awam.Dengan adanya kad ini pelbagai faedah seperti rawatan
perubatan, khidmat pemulihan, rawatan lanjutan dan latihan vokasional juga
diberikan.Selain itu, untuk mendaftar di sekolah dan institusi tertentu
kanak-kanak khas perlu juga mendapatkan kebenaran JKM.Kad ini perlu untuk
golongan Khas ini mengikuti program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) dan juga
untuk mendapatkan peluang pekerjaan di sektor awam atau swasta.
Jabatan Kebajikan Masyarakat
menyediakan program latihan kepada kanak-kanak kurang upaya dengan menyediakan
program latihan kemahiran dan pemulihan diri di Institusi-institusi di bawah
kelolaan jabatan. Perkhidmatan yang disediakan oleh jabatan ini kepada kategori
kurang upaya anggota dan akal (bermasalah pembelajaran) seperti Taman Sinar
Harapan, Pusat Dalam Komuniti, Bengkel Daya dan Pusat Pemulihan dan Latihan
Perindustrian Bangi. Institusi-institusi ini menyediakan latihan dan
menggalakkan penyertaan aktif serta sumbangan daripada sektor swasta/ korporat
untuk memainkan peranan yang lebih besar dan positif bagi kebajikan orang
kurang upaya selaras dengan hasrat Kerajaan untuk menuju ke arah masyarakat
penyayang menghadapi Wawasan 2020 dan menepati Dasar Kebajikan Masyarakat
negara.
7.0 MODEL
PERUBATAN DAN PAKAR-PAKAR PERUBATAN
Model Perubatan adalah berkait rapat
dengan dunia perubatan. Untuk menjayakan model perubatan ini, ibubapa boleh
merujuk kepada pakar-pakar perubatan yang ada bagi mengetahui lebih lanjut
maklumat yang mereka perlukan.Antara pakar yang sering menjadi rujukan adalah
pakar ortopedik, pakar neurologi, pakar audiologis dan pakar mata.
7.1 Pakar ortopedik
Bagi pakar ortopedik, pesakit yang
terlibat adalah pesakit yang mempunyai masalah ketidakupayaan ortopedik
melibatkan sistem skeletal yang merangkumi tulang, sendi, anggota dan otot yang
berkaitan yang terdapat pada badan seseorang.Ketidakupayaan ini boleh
menyebabkan seseorang tidak berupaya untuk melakukan aktiviti atau pergerakan
harian.Ketidakupayaan ortopedik ini pula terbahagi kepada beberapa jenis
antaranya Quadriplegia[i],
Paraplegia[i],
Hemiplegia, Diplegia, Monoplegia, Triplegia dan Double Hemiplegia.Kesemua
ketidakupayaan ortopedik adalah berbeza dari bahagian yang serang atau
terkena.Ketidakupayaan ini yang disebabkan kerosakan yang berlaku pada spinal
cord.
7.2 Pakar neorologi
Ketidakupayaan neurologi melibatkan
sistem saraf yang mempengaruhi keupayaan untuk beralih, melakukan aktiviti,
merasa dan mengawal bahagian badan tertentu.
Ketidakupayaan neurologi iaitu Cerebal Palsy, Spina Bifida, Muscular
Dystrohy, Osteogenis Imperfecta, Kecederaan Spinal Cord dan Limb
Deficiency. Di antara jenis ketidakupayaan
neurologi yang penting adalah Cerebal Palsy[i].
7.3 Pakar audiologist
Pakar bahagian ini pula merujuk kepada
ketidakupayaan pendengaran.Ianya bertujuan untuk menguji tahap pendengaran
murid antaranya Alat Bantu Dengar (ABD), audiometer dan sebagainya yang
berkaitan dengan pelajar-pelajar bermasalah pendengaran. Pakar audiologi mengukur pendengaran dengan
jumlah tenaga yang diperlukan bagi bunyi yang dikesan sekurang-kurangnya
separuh dari masa yang dikenali sebagai had pendengaran (hearing threshold).
Jika semakin banyak tenaga diperlukan
untuk mendengar, maka semakin serius kehilangan pendengaran.Skala kosong
mewakili pendengaran yang normal iaitu titik tahap seseorang mula mendengar
bunyi.Semakin tinggi nombor, semakin tinggi tahap kehilangan pendengaran. Dari aspek audiologi, orang yang mempunyai
tahap pekak yang serius mempunyai had pendengaran pengucapan pada atau lebih
daripada 70 desibel (dB) (Hasuria, 2009). Di bawah merujuk kepada Alat Bantu
Dengar (ABD) yang kerap digunakan oleh Orang Kurang Upaya (OKU) pada masa kini.
7.4 Pakar mata
Menurut Sharifah Zaharah (1985),
masalah penglihatan dapat didefinisikan sebagai penglihatan terhad atau rabun
iaitu seorang yang rabun itu tidak buta tetapi tidak boleh melihat dengan
terang dan jelas. Oleh itu, hospital
kerajaan menyediakan kemudahan pakar mata walaupun mereka ini adalah amat
terhad.Hospital-hospital yang menyediakan perkhidmatan ini perlu menyampaikan
informasi yang berguna kepada masyarakat bagi mengurangkan risioko dan langkah
pencegahan awal.Ibu mengandung juga perlu diberikan panduan untuk menjaga diri
dan bayi supaya terus sihat sehingga saat kelahiran.
Golongan kurang upaya yang dilahirkan
juga berhak untuk menerima rawatan yang berterusan terhadap kekurangan dan
kecacatannya. Selain itu juga, pegawai
perubatan yang ditempatkan untuk OKU adalah pegawai yang terlatih dalam bidang
kesihatan individu kurang upaya ini dapat menjamin rawatan yang lebih sesuai
untuk OKU dan ini akan mengurangkan risiko berlakunya pemberian rawatan yang
tidak sesuai kepada para pesakit.
Tambahan, pegawai perubatan yang terlatih ini bukan sahaja mempunyai
pengetahuan tentang penyakit semata-mata malahan turut mendapatkan pendedahan
tentang teknologi-teknologi terkini yang dikhususkan untuk golongan kurang
upaya supaya dapat membantu ibubapa dalam memastikan anak-anak mereka terus
sihat dan berpeluang untuk hidup seperti insan normal yang lain. pegawai perubatan dan individu yang terlibat
dengan OKU perlu memastikan kaedah rawatan yang digunakan adalah sesuai untuk
golongan ini.
Terdapat pendekatan yang spesifik dan
umum yang boleh dilaksanakan dalam perubatan untuk golongan kurang upaya dan
mereka perlu peka kepada kaedah yang paling sesuai untuk setiap kategori
kecacatan. Nasihat yang disampaikan
kepada para ibubapa juga perlu diberikan oleh individu yang terlatih dan mahir
sahaja kerana golongan kurang upaya juga berhak untuk menerima perkhidmatan
kesihatan yang terbaik sama seperti orang normal lain.
Kerajaan juga bertanggungjawab untuk
menyediakan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan yang berkala untuk golongan
kurang upaya ini.Hal ini dapat dilihat dengan adanya pemeriksaan kesihatan yang
dilakukan di sekolah-sekolah khas, rawatan untuk kanak-kanak kurang upaya di
rumah, rawatan di klinik-klinik yang berhampiran dan sebagainya.Golongan kurang
upaya ini juga perlu mempunyai rekod kesihatan yang sistematik dan terkini di
pusat rawatan kesihatan yang ditetapkan sebagai rujukan utama untuk mereka
apabila mereka menghadapi masalah kesihatan dan perlu diberikan rawatan yang
selanjutnya. Di Malaysia sendiri,
golongan kurang upaya dikecualikan daipada membayar kos perubatan apabila
mereka mendapatkan rawatan di wad kelas ketiga di hospital, bayaran pakar dan ubat-ubatan
yang diperlukan.
Jadual 2:
bahagian mata dan fungsinya
8.0
PENUTUP
Kanak-kanak berkeperluan khas tidak
terpinggir di Malaysia ini.Ini adalah kerana Pendidikan Khas telah memberi
peluang kepada semua kanak-kanak berkeperluan khas untuk mendapatkan pendidikan
secara formal.Di Malaysia terdapat sekolah-sekolah pendidikan khas, program
integrasi dan inklusif yang ditubuhkan khas untuk mendidik dan memberi ilmu
pengetahuan kepada kanak-kanak berkeperluan khas ini.Falsafah Pendidikan
Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Khas telah memberi fokus kepada perkembangan
dan pengupayaan kanak-kanak berkeperluan khas kea rah kecemerlangan akademik
dan kemahiran.
Dua model pelaksanaan pendidikan khas
yang telah pun dihuraikan iaitu model sosial dan model perubatan.Kedua-dua
model ini lebih mengutamakan ke arah masyarakat penyayang. Ini adalah kerana
komuniti bertanggungjawab mengenalpasti masalah kanak-kanak berkeperluan
khas dan keperluan mereka. Komuniti ini
juga bertanggungjawab memastikan kanak-kanak golongan ini mendapat penempatan
yang adil dan sesuai.Ini adalah supaya mereka dapat mengembangkan potensi diri.
Ini penting untuk membuka ruang mereka berdikari dan boleh menguruskan diri
mereka sendiri tanpa bantuan orang lain.
BAHAN RUJUKAN
Miller,
F,.(2005). Cerebral palsy.United
State of America: Spring publication.
Hasuria
Che Omar. (2009). Penterjemahan Dan
Bahasa Isyarat. Kuala Lumpur: Marzuq Print And Trading.
Kulkarni,
M, L,.(2008). Clinical methods in
paediatrics: problem oriented approach. New Delhi: Jaypee Brothers Medical
Publisher.
Modul KBK 3073 Universiti Pendidikan Sultan
Idris
Abdul
Halim bin Abdul Jalil.(1990), Masalah
Perkembangan Dan Tingkahlaku Kanak-Kanak.Kuala Lumpur: Berita Publishing
Sdn. Bhd.
Abdul
Rahim bin Talib (2006). Pengenalan
Pendidikan Kanak-Kanak Masalah Pembelajaran: Open University Malaysia(OUM).
Kuala Lumpur: UNITEM Sdn. Bhd.
K.A.
Razhiyah (2006). Anak Istimewa: Panduan
Bagi Ibubapa Membesarkan Anak Istimewa. Kuala Lumpur: PTS Professional Sdn.
Bhd.
Dr. Norzila Zakaria 2009. Kanak-kanak Berkeperluan Khas.Utusan
Malaysia Online. Capaian pada 16
November 2012
Keperluan Pendidikan Khas Sentisa Dititik Beratkan: Muhyiddin:
Borneo Post Online. Capaian pada 17 November 2012
_________________________________________________________
KUPASAN BEBERAPA ISU SEMASA NEGARA YANG MEMBABITKAN KANAK-KANAK
(OGOS 2012)
1.0 PENDAHULUAN
Berkata
tentang penderaan kanak-kanak, akan tergambarlah di minda kita dengan penderaan
fizikal yang dilakukan terhadap kanak-kanak . Perlakuan penderaan ini boleh
menyebabkan kecederaan serius kepada kanak-kanak. Walaubagaimana pun masyarakat
harus juga peka bahawa definisi penderaan bukan sahaja tertumpu pada aspek
fizikal, tetapi juga emosi kanak-kanak. Mengikut Al-Quran juga disokong oleh
“theory of basic needs” oleh A. Maslow, manusia memerlukan 4 aspek teras untuk
dipenuhi, iaitu:
1.
Fizikal
atau jasad; seperti makanan, perlindungan selesa dan selamat (bukan mewah),
pakaian
2.
Intelektual
atau minda; seperti pelajaran asas
3.
Emosi;
seperti kasih sayang dan perhatian
4.
Spiritual
atau rohani; seperti didikan agama dan pengisian rohani
Penyebab
kepada penderaan ke atas kanak-kanak ini boleh di bahagikan kepada 3 faktor
utama. Faktor-faktor tersebut ialah:
1.
Faktor
keluarga,
2.
Faktor
kanak-kanak
3.
Faktor
persekitaran.
Walau
bagaimana pun faktor keluarga adalah faktor utama menyumbang kepada berleluasanya
masalah penderaan ini. Dalam memperkatakan faktor keluarga, ibubapa adalah tunjang kepada
domain ini. Ada beberapa ciri utama didapati kerap wujud dalam kajian
epidemiologi di kalangan kes-kes penderaan kanak-kanak. Di sini saya akan cuba
menghuraikan beberapa jenis penderaan yang selalu menjadikan kanak-kanak
sebagai mangsanya. Hendaknya ia menjadi panduan kepada kita dalam menghadapi
dunia yang penuh dugaan dan cabaran ini.
2.0 PEMBUANGAN BAYI
Sesungguhnya mencegah itu lebih baik
daripada mengubat. Menutup jalan maksiat
itu lebih baik daripada merawat penyakit yang timbul akibat daripada gejala
maksiat yang berlaku.
Firman Allah dalam Surah Al-Israa’ ayat
32 yang bermaksud:
“Dan
janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan
yang keji dan suatu yang buruk”.
Sebelum ini kita sering memperkatakan
permasalahan tentang seks bebas, pergaulan bebas, minum arak, penagihan dadah,
bohsia, bohjan, mat rempit, sumbang mahram, rogol, pencabulan, penderaan
kanak-kanak, keganasan rumah tangga, dan pelbagai lagi permasalahan
masyarakat. Kini, kita dikejutkan pula
dengan permasalahan pembuangan bayi yang semakin berleluasa sehingga melangkaui
daripada norma-norma kemanusiaan yang tidak dapat diterima akal oleh masyarakat
Malaysia yang terkenal dengan ilai-nilai
ketimutan dan ajaran Islam yang menjadi pegangan.
Pada era moden yang serba mencabar ini,
Malaysia dengan bangganya menuju ke satu tahap yang lebih kompetitif
bertunjangkan sains dan teknologi.
Namun, di sebalik kemodenan ini, mereka telah lupa dengan perkembangan
sosial di negara ini. Saban hari,
terdapat pelbagai laporan tentang pembuangan bayi di merata-rata tempat seperti
di tandas, di tepi longkang, dan sebagainya.
Golongan yang tidak bertanggungjawab ini membuang bayi secara membuta
tuli sahaja tanpa ada sifat perasaan dan perikemanusiaan.
Isu pembuangan bayi yang tidak pernah
berkesudahan sejak beberapa tahun kebelakangan ini boleh dianggap sebagai wabak
atau bencana kepada negara. Pembuangan
bayi yang semakin hari semakin banyak dilaporkan di dada akhbar dan paling
menyayat hati terdapat bayi yang tidak berdosa bukan sahaja dibuang, malah
dibakar. Mereka yang melakukan perkara
ini merupakan individu yang tidak ada maruah diri dan tidak bertamadun.
2.1 Definisi Pembuangan Bayi
Menurut pandangan Anitayahya (2007),
pengguguran dan pembuangan bayi membawa maksud penamatan proses kehamilan
sebelum cukup bulan (Sembilan bulan untuk manusia) yang mengakibatkan
kemusnahan janin. Pandangan yang diberikan
oleh saudari Anitayahya ini membuktikan bahawa pembuangan bayi ini merupakan
satu jenayah yang boleh dianggap sebagai jenayah berat dan teruk. Selain definisi, Anitayahya turut memaparkan
kesan negatif kepada ibu sekiranya proses kelahiran dalam melahirkan aak tidak
mengikut kaedah yang betul.
Mengikut Kamus Dewan edisi 4, halaman
208, perkataan buang bermaksud mencampakkan, melemparkan, menghapuskan, dan
menghilangkan. Perkataan bayi bermaksud
anak kecil yang baru dilahirkan oleh si ibu.
Manakala, makna pembuangan bayi pula adalah perbuatan mencampakkan atau
menghapuskan anak kecil yang tidak berdosa ke merata-rata tempat tanpa ada
sifat berperikemanusiaan. Definisi yang
ditakrifkan dalam kamus Dewan ini menjurus ke arah menerangkan makna pembuangan
bayi yang lebih jelas. Maksud yang
diberikan ini mampu memberi lebih kefahaman kepada pembaca untuk mengetahui
lebih mendalam tentang masalah pembuangan bayi ini.
2.2 Sebab Berlakunya Pembuangan Bayi
Pada zaman abad ke 21 ini, Malaysia
merupakan sebuah negara yang pesat membangun dan bersedia dalam menongkah arus
pemodenan dan globalisasi. Kini, nama
Malaysia begitu terkenal dii mata dunia.
Namun begitu, di sebalik kegemilangan ini, Malaysia masih dihantui satu
penyakit sosial yang sudah lama bersarang dalam kalangan masyarakat Malaysia,
iaitu masalah pembuangan bayi. Biasanya,
golongan remaja yang sering terlibat dalam kes pembuangan bayi di
Malaysia. Di sini saya akan cuba
menyenaraikan beberapa faktor yang menyebabkan berlakunya kes pembuangan bayi
di kalangan golongan remaja ini.
2.2.1 Kurang didikan agama
Setiap agama yang ada di dunia ini
menuntut penganutnya melakukan kebaikan dalam kehidupan mereka. Faktor utama
berlakunya permasalahan ini ialah kurangnya didikan dan kefahaman agama. Kekurangan didikan agama yang merupakan
panduan dan pedoman hidup remaja telah menyebabkan mereka hilang haluan dalam
kehidupan dan seterusnya terlibat dalam gejala-gejala negative seperti
pergaulan bebas dan sebagainya. Remaja
khususnya yang melibatkan diri dalam gejala pergaulan bebas antara lelaki dan
perempuan sudah semestinya menjalinkan hubungan di luar tabii. Hal ini menyebabkan remaja perempuan
mengandung sebelum ada ikatan yang sah.
Dalam situasi tersebut, remaja yang hilang pegangan agama tidak
teragak-agak untuk mebuang dan meninggalkan anak mereka selepas
dilahirkan. Lebih teruk lagi, ada
segelintir remaja membunuh, dan membuang bayi yang mereka lahirkan semata-mata
mahu menghilangkan bukti hasil hubungan sulit mereka. Sikap negatif mereka ini telah menimbulkan
seribu tanda tanya kepada masyarakat tentang kewibawaan mereka dalam memacu
Malaysia ke arah pemodenan pada masa hadapan.
2.2.2 Keruntuhan
institusi kekeluargaan
Punca kedua yang dikenalpasti menjadi menyebabkan
pembuangan bayi ialah keruntuhan institusi kekeluargaan dalam masyarakat hari
ini. Kegagalan ibubapa dalam melaksanakan tanggungjawab mereka mendidik
anak-anak menjadi insan yang bersahsiah dan berkeperibadian mulia adalah
menjadi satu isu besar. Ibubapa sekarang sibuk dengan tugas-tugas seharian
sehingga tidak memperdulikan anak-anak mereka. Anak-anak yang bosan kerana
kekurangan perhatian dan kasih sayang daripada ibu bapa mereka lebih cenderung
untuk mencari keseronokan di luar rumah. Akibatnya, mereka terjebak ke kancah
permasalahan sosial seperti melakukan seks bebas sehingga mengandungkan anak
luar nikah. Pada masa itu, barulah mereka sedar bahawa mereka sudah terlanjur
dan jalan terbaik untuk menyelesaikan permasalahan tersebut adalah dengan
membuang bayi yang dikandungkan. Mereka melakukan perbuatan terkutuk ini adalah
untuk menyembunyikan perbuatan keji mereka daripada pengetahuan ibu bapa.
Jelaslah bahawa kerapuhan institusi kekeluargaan merupakan punca perdana
berlakunya masalah pembuangan bayi di negara kita.
2.2.3 Pengaruh rakan sebaya
Faktor ketiga yang dikenalpasti ialah pengaruh
rakan sebaya juga menyebabkan masalah kes pembuangan bayi dalam kalangan remaja
berlaku. Hal ini kerana, pada usia muda
lagi, remaja amat mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya mereka. Hal ini menjadi bertambah teruk apabila
mereka bergaul dengan rakan sebaya yang negatif dan tidak bermoral. Rakan-rakan yang negatif ini tidak
teragak-agak mengajak remaja untuk melakukan perkara-perkara di luar batasan
agama dan norma masyarakat seperti pergi ke tempat hiburan, menghisap dadah,
melepak, melakukan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan, dan
sebagainya. Remaja yang terjerumus dalam
kancah-kancah negatif tersebut, tanpa segan silu melakukan hubungan seks
rambang dan akhirnya menemui jalan buntu apabila mendapati bahawa dirinya
mengandung. Dalam keadaan yang terdesak,
mereka terpaksa membuang bayi mereka demi mengelakkan maruah diri dan keluarga
tercemar.
2.2.4 Sikap
tidak bertanggungjawab lelaki
Faktor keempat berlakunya masalah pembuangan bayi ini disebabkan oleh golongan
lelaki yang tidak bertanggungjawab. Sewaktu bercinta semuanya indah belaka
sehingga si wanita sanggup menyerahkan segalanya untuk membuktikan kesetiaan
dan cinta kepada pasangan mereka. Mereka mudah lemah kepada pujuk rayu kekasih
hati yang kononnya berjanji mahu sehidup semati dengan mereka. Akhirnya, mereka
rela bersekedudukan dengan pasangan bagaikan pasangan suami isteri walaupun
tiada ikatan perkahwinan. Setelah si wanita hamil maka berlakulah konflik dalam
kehidupan kerana si lelaki mahu melepaskan diri daripada tanggungjawab. Wanita
yang hamil tersebut dipaksa untuk membuang atau menggugurkan bayi dalam
kandungan demi menutup aib kerana mengandungkan anak luar nikah. Sekiranya
tidak mahu berbuat seperti yang diarahkan, mereka akan ditinggalkan. Dalam
situasi sebegini, si wanita tiada pilihan lain selain menurut kehendak pasangan
mereka, bak kata pepatah, “ditelan mati emak, diluah mati bapa”.
2.2.5 Banyak
Pusat Hiburan
Pertambahan pusat-pusat hiburan menjadi faktor
kelima berlakunya masalah pembuangan bayi. Remaja lelaki dan perempuan biasanya
berkumpul di pusat-pusat hiburan ini pada setiap hujung minggu. Mereka bergaul
bebas antara lelaki dan perempuan sambil meminum minuman keras. Dalam keadaan
separuh sedar, remaja perempuan biasanya mudah digoda oleh remaja lelaki.
Golongan remaja sebegini tidak berfikir panjang dalam melakukan sesuatu kerana
bagi mereka yang penting ialah keseronokan. Perlakuan seks bebas yang
berleluasa di pusat-pusat hiburan menyebabkan ramai remaja yang terpengaruh
sehingga ada dalam kalangan mereka yang mengandungkan anak luar nikah. Apabila
sudah mengandung barulah mereka sedar kesilapan diri, ibarat kata pepatah,
“sudah terhantuk baru nak terngadah”. Walau bagaimanapun, segalanya sudah tidak
berguna kerana “nasi sudah menjadi bubur”. Akibatnya, mereka mengambil
keputusan mudah iaitu membuang bayi yang dikandungkan.
2.2.6 Sikap Masyarakat
Di samping itu, sikap masyarakat yang
suka mengkritik dan menghukum turut menyebabkan masalah pembuangan bayi ini
berlaku. Apabila seseorang remaja
perempuan melahirkan anak luar nikah, sudah pastinya masyarakat setempat
menghina dan memandang serong padanya.
Secara tidak langsung, remaja perempuan berasa tertekan dengan bebanan
yang ditanggung seorang diri tanpa sokongan daripada pelbagai pihak. Demi menjaga imej sendiri dan juga keluarga,
remaja tersebut mengambil jalan mudah dengan membuang bayinya ekoran bimbang
dipandang jijik dan hina oleh masyarakat.
Jalan mudah yang diamlbil mereka membuktikan bahawa mereka memerlukan
bimbingan dan sokongan daripada masyarakat untuk menyelesaikan masalah yang
dialami.
2.3
Kesan Terhadap Isu Pembuangan Bayi
Kanak-kanak dan remaja adala aset yang
penting untuk negara pada masa hadapan. Ia memainkan peranan yang besar dalam
pembangunan negara. Ini adalah kerana mereka adalah pelapis kepada kepimpinan
negara. Pembuangan bayi ini menimbulka beberapa kesan kepada negara. Kesa-kesan
tersebut ialah seperti yang saya nyatakan di bawah ini.
2.3.1 Kesan Kepada Bayi
Bayi adalah mangsa kepada kes yang kita
bincangkan ini. Jika seandainya bayi yang dibuang ini bernasib baik dan dapat
meneruskan hidup, mereka akan membesar tanpa mengenali ibubapa kandung mereka.
Mereka akan hidup tanpa kasih sayang daripada orang yang sepatutnya melindungi
mereka. Mereka juga akan memikul gelaran anak luar nikah sepanjang hidup
mereka. Walaupun pada hakikatnya mereka adalah mangsa dalam kes ini.
Ada juga bayi yang meninggal dunia. Bayi
yang sekecil ini tidak mengetahui apa-apa. Jika seandainya mereka dibuang di
tempat pembuangan sampah, nasib tidak baik mungkin mereka akan mati sebab
kelaparan atau digigit serangga atau dimakan oleh haiwan liar. Betapa malangnya
kerana mereka tidak berdosa tetapi mereka yang menggung akibatnya.
2.3.2 Kesan Kepada Remaja
Remaja atau ibu kepada bayi selalunya
melahirkan anak dalam situasi yang tidak mengizinkan. Mereka melahirkan anak
tanpa persediaan yang rapi dan tidak selesa. Mereka mungkin melahirkan anak di
dalam tandas, di dalam ladang-ladang atau mungkin di rumah tanpa pengawasan dan
pertolongan orang lain. Ini amat bahaya kerana mereka mungkin mengalami
pendarahan yang teruk, dijangkiti kuman atau kecederaan. Kesan kepada fizikal
ialah mereka akan mengalami sakit semasa dan selepas bersalin. Kesan kepada
emosi pula ialah mereka akan hilang keyakinan diri dan mengalami kemurungan.
2.3.3 Kesan Kepada Institusi Kekeluargaan
Institusi kekeluargaan akan runtuh.
Keharmonian dalam keluarga mungkin akan hilang. Ini adalah kerana ibubapa akan
berasa malu kerana perbuatan anak mereka. Tunding menunding atau salah menyalah
akan berlaku kepada ibubapa atau adik-beradik apabila mengaitkan tentang punca
kejadian tersebut.
2.3.4 Kesan Kepada Masyarakat
Daripada pembuangan bayi ini, imej
masyarakat akan terjejas. Masyarakat akan berasa malu dan kecewa dengan apa
yang berlaku. Orang luar akan memberikan persepsi yang berbeza terhadap
kredibiliti masyarakat setempat.
2.3.5 Kesan Kepada Negara
Kesan yang besar akan dialami oleh
negara. Perbelanjaan kerajaan akan meningkat untuk untuk menyara anak-anak yang
dibuang ini. Ini adalah kerana kebanyakan bayi yang dijumpai akan dihantar ke
pusat-pusat kebajikan dan segala perbelanjaan akan ditanggung oleh kerajaan.
Kesan yang paling besar ialah kanak-kanak sebagai pelapis pemimpin negara dan
ini boleh menjadikan pembangunan dan ekonomi negara terbantut.
2.4
Cadangan Menangani Masalah
Ada beberapa cadangan yang disyorkan
untuk dilaksanakan di Malayisa bagi mengatasi masalah pembuangan bayi ini.
2.4.1 Mencontohi model negara luar
Malaysia boleh mencontohi negara luar
dalam menangani isu pembuangan bayi ini. Dalam kes pembuangan bayi,
negara-negara Barat mengambil pendekatan memperkenalkan pendidikan seks di
sekolah. Jerman adalah di antara negara
yang berusaha mengatasi masalah ini dengan pelbagai cara. Selain pendidikan seks, Jerman memperkenalkan
“Baby’s Craddle” untuk mereka yang tidak tahu ke mana hendak membuang bayi yang
baru lahir. Kaedah ini dipraktikkan di tempat terpilih khususnya hospital dan
dipantau oleh kamera litar tertutup sepanjang masa. Sasaran uatama ialah ibu
muda yang ketakutan dan panik supaya anak yang dilahirkan akan diberi penjagaan
kesihatan yang sewajarnya. Bayi yang diletakkan di “Baby’s Craddle” akan
diambil oleh jururawat bertugas dalam masa dua minit. Ibu muda berkenaan diberi
tempoh lapan minggu untuk menuntut anaknya dan tempoh ini cukup untuk
menstabilkan emosi dan fizikalnya.
Di Amerika Syarikat, kerajaan membantu
ibu muda untuk meletakkan bayi yang baru dilahirkan di tempat-tempat terpilih
seperti hospital, balai bomba, agensi kebajikan swasta, agensi anak angkat dan
gereja. Ibu atau orang yang meninggalkan bayi tersebut tidak perlu memberi butir
terperinci. Penjagaan seterusnya diambil alih oleh kerajaan. Jika ibu atau bapa
tidak menuntut bayi berkenaan dalam tempoh tiga bulan, hak ibu bapa boleh
ditamatkan dan anak tersebut boleh diberi kepada keluarga angkat.Rasional
kebenaran seperti ini untuk mengelakkan bayi dibuang di merata tempat yang
boleh membahayakan diri dan mengelakkan mati sebelum dijumpai.
2.4.2 Penguatkuasaan Undang-Undang
Di bawah Kanun Keseksaan Seksyen 317,
ibu bapa yang terlibat melakukan pembuangan bayi boleh didakwa dan jika sabit
kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 7 tahun atau dengan denda
atau dengan kedua-dua dan Seksyen 318 Kanun yang sama juga memperuntukkan
hukuman penjara sehingga 2 tahun atau dengan denda atau dengan keduanya sekali
bagi kesalahan membuang bayi yang telah mati. Penguatkuasaan undang-undang
secara mandatori dilihat akan lebih
memberi kesan kepada remaja yang bermasalah. Media massa seperti akhbar,
televisyen dan radio adalah medium terbaik untuk menyebarkan hukuman yang bakal
diterima oleh pesalah yang membuang bayi.
2.4.3 Peranan NGO
Kerjasama dengan NGO juga perlu
diwujudkan. Ini adalah berkaitan penempatan kanak-kanak yang berusia 2 hingga
12 tahun melalui Program Anak Pelihara. Pemantauan juga hendaklah sentiasa dijalankan
oleh JKM sama ada urusan penyerahan kanak-kanak tersebut dilaksanakan oleh JKM
sendiri mahupun NGO untuk memastikan kanak-kanak diberi penjagaan dan
perlindungan selaras dengan ketetapan Konvensyen Bagi Hak Kanak-kanak.
2.4.4 Bantuan kepada remaja hamil
anak luar nikah
Mereka hendaklah dibantu bagi menjalani
pemulihan dari segi penjagaan ketika hamil dan membina kekuatan dalaman dan
kerohanian. Ini penting untukj menjamin kesihatan yang baik ke atas remaja ini.
Jika penjagaan yang sewajarnya diberikan, isu pembuangan bayi ini akan dapat
dibendung.
2.4.5 Peranan Ibubapa
Teori Maslow (1954) berkaitan dengan
hererki keperluan yang menyatakan manusia perlu memenuhi keperluan peringkat
asas, keselamatan, kasih sayang dan akhirnya keperluan kendiri. Di sini
dinyatakan bahawa keperluan kasih sayang ini sangat penting kepada remaja.
Ibubapa perlu memberikan perhatian, kasih sayang dan bimbingan terhadap
anak-anak agar anak-anak lebih menghargai ibubapa dan tidak mencari kasih
sayang dari rakan sebaya atau kumpulan tertentu.
2.5 Keratan Akhbar
Berita
1
Bayi ditemui dalam mangkuk tandas hospital
KUANTAN 6 Sept. – Seorang bayi lelaki yang dipercayai
baharu dilahirkan dijumpai mati dalam mangkuk tandas di Hospital Tengku Ampuan
Afzan (HTAA) di sini kira-kira 4.45 pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Mohd Jasmani Yusof berkata
berikutan itu seorang pelajar perempuan berumur 16 tahun yang dipercayai
melahirkan bayi tersebut telah ditahan di hospital berkenaan.
“Bayi lelaki berkenaan telah dijumpai mati di dalam sebuah
mangkuk tandas di Wad Teratai 2C dengan keadaan kepala bayi itu terperosok ke
dalam mangkuk tandas.
“Anggota bomba terpaksa dipanggil bagi mengeluarkan bayi
yang tersepit di dalam mangkuk tandas itu,” katanya.
Beliau berkata sebelum itu pihaknya menerima panggilan dari
pihak hospital tentang perkara tersebut setelah dimaklumkan oleh petugasnya.
Mohd Jasmani berkata pelajar berkenaan berada di hospital
itu kerana menemani ibunya yang menerima rawatan di situ.
Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun
Keseksaan.
Pengarah HTAA Datuk Dr Marlia Muhammed Salleh mengesahkan
penemuan mayat bayi tersebut. – BERNAMA
Berita 2
Remaja campak bayi baru dilahir dari flat
KUALA LUMPUR 3 Okt. – Tiada perkataan dapat diungkapkan
melainkan sangat kejam dan tidak berperikemanusiaan apabila seorang remaja
perempuan tergamak mencampakkan bayi baru dilahirkannya dari tingkat dua sebuah
flat di sini.
Mayat bayi yang lengkap sifatnya itu kemudian ditemui oleh
orang awam di dalam longkang di Flat Taman Segar, Selayang, di sini hari ini.
Ketika ditemui pukul 7 pagi, mayat bayi itu dalam keadaan
tertiarap.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim
Abdullah berkata, bertindak atas maklumat, polis menahan remaja perempuan itu
yang berusia 19 tahun di rumahnya di tingkat dua di flat itu.
Katanya, remaja yang bekerja sebagai pelayan di sebuah
restoran di Bandar Baru Selayang, mengaku melahirkan bayi itu di dalam tandas
rumah yang dijadikan asrama pekerja, pukul 4 pagi ini.
“Remaja itu mengaku yang bayinya tersebut sudah tidak
bernyawa selepas dilahirkan lalu membuangnya ke dalam longkang.
“Tiada siapa
mengetahui meskipun rumah tersebut turut didiami lapan lagi pekerja restoran
termasuk empat pekerja Indonesia,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata, kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 318
Kanun Keseksaan.
Penduduk, Zarizan Shahari, 27, memberitahu, dia menemui
bayi malang itu setelah diminta oleh seorang penduduk lain untuk memeriksa
sebuah objek yang mencurigakan di dalam longkang.
“Ketika itu saya baru pulang dari kampung di Jengka,
Pahang. Alangkah terkejutnya apabila saya dapati ia adalah mayat seorang bayi
yang masih bertali pusat.
“Saya terus menghubungi talian 999, sebelum pihak polis
datang memeriksa dan mengambil bayi berkenaan.
“Saya difahamkan, rakan mangsa tidak tahu kejadian itu dan
hanya menyedarinya apabila melihat tilam dipenuhi dengan kesan darah,” ujarnya
yang memberitahu remaja berkenaan baru sahaja berpindah ke flat itu dua bulan
lalu.
Berita
3
Bayi baru lahir dibuang dalam longkang
BATU PAHAT 29 Jan. – Apalah dosa seorang
bayi yang baru dilahirkan ini apabila dia diperlakukan seperti haiwan dan
dicampakkan ke dalam sebuah longkang di Taman Mekar Air Hitam, dekat sini hari
ini.
Namun itulah terjadi terhadap si kecil ini
yang mayatnya ditemui oleh pekerja kontrak di dalam longkang sebuah kawasan
perumahan yang masih dalam pembinaan.
Mayat bayi lelaki itu ditemui Hamid
Marsuki, 43, pada pukul 8.10 pagi ketika hendak memulakan tugas membina tembok
rumah dan longkang di Jalan Mekar 5 di taman tersebut.
Menurutnya, dia terkejut melihat mayat
bayi dengan kesan darah dalam longkang sedalam hampir setengah meter.
“Saya dapati bayi tanpa seurat benang
berada dalam keadaan mengiring, lengkap dengan tali pusat dan uri yang belum
dipotong.
“Mungkin dibuang pada lewat malam atau
awal pagi ini kerana pada pukul 8 pagi hingga 10 pagi semalam, kami masih
menjalankan tugas bina longkang dan tembok rumah di kawasan itu,” katanya
kepada pemberita di sini, hari ini.
Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner
Ibrahim Mohd. Aris ketika dihubungi berkata, mayat bayi lelaki yang cukup sifat
itu dihantar ke Hospital Batu Pahat untuk bedah siasat.
Menurut beliau, bayi itu dipercayai
dibuang di situ dalam tempoh 24 jam lalu dan tiada kesan kecederaan lain
ditemui.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 318
Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan cuba membuang bayi.
Ibrahim meminta mana-mana pihak yang
mempunyai maklumat berkaitan kejadian agar menghubungi polis bagi membantu
siasatan.
3.0 PENDERAAN FIZIKAL
Anak-anak merupakan anugerah Allah yang tidak ternilai kepada
setiap pasangan suami isteri. Senyuman, tawa dan tangisan mereka mewarnai lagi
bumi Tuhan ini. Kelahiran cahaya mata sebersih kain putih ini menandakan
bermulanya tanggungjawab ibu bapa untuk membina watak, mengasah minda, mencetus
akal dan membina pakai perlindungan kanak-kanak. Namun sejak akhir-akhir ini
kita sering mendengar pelbagai kes penderaan kanak-kanak berlaku di sana sini
yang semakin berleluasa sebagaimana yang telah disiarkan di dalam akhbar dan
media-media massa.
3.1
Definisi
Penderaan Fizikal
Kanak-kanak ini sering didera sama ada dari segi fizikal
mahupun dari segi mental. Penderaan dari segi fizikal ialah penderaan
yang meninggalkan kesan-kesan di tubuh,seperti luka,parut atau lebam sebagai
akibat dipukul atau dikenakan benda-benda panas. Manakala penderaan dari segi
mental berlaku sebagai akibat dibiarkan atau diabaikan oleh
penjaganya.Mangsanya akan mengalami tekanan jiwa,gangguan emosi,dan mental atau
proses pembesarannya. Pendera-pendera ini boleh dikategorikan sebagai tidak
berhati perut kerana ada antara pendera-pendera itu ialah ibu bapa kandung
kepada mangsa.
3.2
Sebab
Berlakunya Penderaan Fizikal
Terdapat
banyak faktor berlakunya kes-kes penderaan kanak-kanak ini. Di sini saya akan
cuba menyenaraikan sebab-sebab dan punca berlakunya penderaan fizikal ini.
Faktor
pertama ialahtekanan di tempat kerja bagi ibu bapa yang bekerja serta
beban kerja mereka. Masalah dan tekanan di tempat kerja dibawa balik ke rumah
dan mereka melepaskan tekanan tersebut kepada anak- anak yang tidak berdosa.
Tabiat anak-anak yang masih kecil memang stika merengek kerana mereka perlukan
perhatian daripada ibu bapa. Tindakan ibu bapa yang melepaskan geram dan
tekanan mereka kepada anak-anak tersebut adalah merupakan satu tindakan yang
tidak masuk akal. Ibu bapa yang tidak berfikiran matang ini mungkin akan
memukul menerajang, mencucuk putung rokok dan sebagainya.
3.2.2
Faktor Ekonomi
Faktor lain
yang menjadi punca penderaan kanak-kanak adalah kerana masalah ekonomi yang
dihadapi oleh sesebuah keluarga itu. Masalah ekonomi menyebabkan mereka
bertindak ganas terhadap anak-anak. Ramai ibu bapa menjadi kurang waras akibat
dari tekanan ekonomi ini. Ibu bapa sering melepaskan tekanan tersebut dengan
memukul atau menyakiti anak-anak tersebut. Keadaan sebegini amat
menyedihkan kerana anak-anak tidak sepatutnya diperlakukan sebegitu pada usia
mereka yang masih memerlukan kasih sayang dan perlindungan. Sepatutnya
ibu bapa tersebut perlulah berfikir cara yang terbaik untuk menyelesaikan
masalah tersebut bukannya dengan melepaskan tekanan. Aspek ekonomi memang
penting untuk mewujudkan keluarga yang sempurna. Kasih sayang yang utuh dan
prihatin menggunung sekalipun tidak akan berkekalan tanpa wang tekanan.
3.2.3 Krisis
Rumahtangga
Krisis rumah tangga yang berlaku seperti
pergaduhan antara suami isteri dan mungkin disebabkan
gangguan pihak luar juga penyumbang kepada peningkatan kes penderaan ini.
Contohnya, suami akan menjadi lebih garang dan mengabaikan tanggungjawab
terhadap keluarga kerana mempunyai kekasih baru. Hasilnya pergaduhan antara
suami isteri sering berlaku dan anak-anak pastinya menjadi mangsa pergaduhan.
3.2.4
Kurang Didikan Agama
Selain itu, faktor paling utama
berlakunya masalah penderaan anak-anak ini ialah ibu bapa yang kurangnya
pendidikan agama. Mereka mudah hilang pertimbangan kerana tidak
memikirkan dosa dan pahala bahkan mereka merasakan penderaan bukan satu
kesalahan. Sebagaimana yang kita sedia maklum, ilmu agama amat penting di
dalam rumah tangga kerana ia boleh memberi panduan yang terbaik dalam
menguruskan keluarga. Setiap masalah yang berlaku pasti ada penyelesaiannya.
Islam juga menerapkan sikap yang baik yang perlu dicontohi oleh setiap umatnya
seperti tahap kesabaran yang tinggi terutamanya dalam melayan kerenah
anak-anak. AI-Quran juga telah menjelaskan kepada kita iaitu azab yang pedih
bagi sesiapa yang tidak menjaga amanahnya (anak-anak) dengan baik.
3.3 Kesan Penderaan Fizikal
Ada beberapa kesan yang didapati
daripada penderaan fizikal ini. Kesan-kesan itu akan saya hauraikan di sini.
3.3.1 Kesan Kepada Kanak-Kanak
Kesan daripada penderaan fizikal biasanya mengakibatkan
mangsa sukar untuk mempercayai orang dewasa, menjalin persahabatan yang tidak
mendalam, dan sering meninggalkan kawan baru jika ia merasakan bahawa ia tidak
diterima. Di sekolah pula, mereka merupakan pelajar lemah, kesepian dan tidak
mempunyai kawan.
3.3.2 Kesan
Kepada Statistik Kes
Keadaan itu
perlu diambil serius memandangkan statistik Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM)
turut menunjukkan penderaan kanak-kanak di negara ini semakin meningkat setiap
tahun sehingga mencecah pertambahan 700 kes seperti dilaporkan antara 2006
hingga 2008. Pada 2008 saja, sebanyak 2,780 kes penderaan kanak-kanak di negara
ini dilaporkan dan didapati kes dera paling biasa yang berlaku terhadap
kanak-kanak di Malaysia adalah pengabaian. Selain 952 kes membabitkan
pengabaian kanak-kanak, statistik turut mendedahkan 863 kes penderaan fizikal,
penderaan seksual (733 kes) manakala 58 kes lagi terdiri bayi yang
ditinggalkan. Paling menyedihkan, statistik menunjukkan satu daripada dua
kanak-kanak yang dilaporkan menjadi mangsa deraan sepanjang 2008 sebenarnya
didera oleh ibu bapa mereka sendiri, apabila 772 kes membabitkan ibu manakala
494 dilakukan oleh bapa.
3.4 Cadangan Menangani
Masalah
Pada bulan Mac 2010 kita dikejutkan dengan kematian seorang
kanak-kanak berusia tiga tahun yang menjadi mangsa penderaan teman lelaki
kepada ibu kandung sendiri. Allahyarham adik Syafia Humairah Sahari telah
didera dengan kejam sehingga mengalami kecederaan dalaman yang kritikal
sehingga menyebabkan kematian. Pendera tersebut telah didapati bersalah dan
telah di jatuhi hukuman mati oleh mahkamah. Di sini ada beberpa cadangan supaya
peristiwa seperti ini tidak lagi berlaku.
3.4.1 Mengadakan Kempen Kesedaran
Masalah penderaan kanak-kanak ini perlulah diatasi dengan
segera. Antara cara untuk mengatasinya adalah dengan mengadakan kempen
“Keluarga Bahagia” bagi menyedarkan ibu bapa tentang tanggungjawab mereka.
Semestinya setiap orang mengimpikan keluarga yang bahagia kerana keluarga adalah segala-galanya bagi kita.
Tanpa keluarga tercinta hidup pasti tidak bermakna. Sesungguhnya kita
memerlukan insan-insan tersayang di samping kita. Jadi, dengan adanya kempen
ini sedikit sebanyak boleh mengelakkan daripada berlakunya kes penderaan
anak-anak. Kesedaran dapat mewujudkan masyarakat
penyayang.
3.4.2 Penguatkuasaan Undang-Undang
Pihak yang berkuasa juga haruslah mengambil tindakan yang
lebih tegas seperti mengenakan hukuman yang berat bagi ibu bapa atau sesiapa
sahaja yang mendera kanak-kanak. Mempertingkatkan penguatkuasaan undang-undang
boleh menyebabkan pendera-pendera berasa takut akan hukuman yang bakal
mereka hadapi akibat perbuatan sendiri yang tidak berperikemanusiaan.
Masyarakat boleh melaporkan kepada pihak berkuasa jika terlihat kes-kes
penderaan berlaku di persekitaraan mereka.
3.4.3 Mengadakan Kelas Bimbingan
Pihak-pihak yang berwajib juga perlulah mengadakan
kelas-kelas bimbingan bagi memberikan pendidikan keibubapaan kepada
setiap pasangan yang akan mendirikan rumah tangga. Pendidikan ini amat penting
kepada setiap pasangan bagi menyedarkan mereka akan tanggungjawab yang besar
harus dipikul setelah berumah tangga. Mereka akan lebih jelas tentang cara-cara
untuk mendidik anak-anak dan kaedah untuk melayan suami atau isteri dengan
baik. Dengan itu, masalah penderaan kanak-kanak akan dapat diatasi.
3.4.4 Kerjasama Semua Pihak
Jenayah penderaan perlu dibanteras dengan berkesan. Kerjasama
daripada semua pihak iaitu agensi kerajaan di bawah kementerian yang bertanggungjawab,
NGO, polis dan masyarakat amat penting untuk membendung gejala ini daripada
berleluasa. Ibu bapa janganlah bersikap bengis terhadap anak-anak,sebaliknya
pupuklah semangat ingin maju dalam diri anak-anak dengan cara psikologi.Bukan
dengan cara mendera atau menghukum mereka.Kegemilangan Malaysia di mata dunia
tidak akan bermakna jika terdapat sebilangan masyarakat yang masih mengalami
kepedihan dan kesengsaraan. Jadi, sayangilah anak-anak dan jauhilah kes
penderaan kanak-kanak kerana ia tidak menguntungkan mana-mana pihak
3.5 Keratan Akhbar
Berita
1
Budak mati
'dikerjakan' Ayah Mi
Oleh ROSLI HASSAN
rosli.hassan@kosmo.com.my
WARTAWAN Kosmo!
mendapati rumah yang menjadi tempat Noor Sofia mati akibat didera tidak
berpenghuni ketika membuat tinjauan di Taman Seri Telok Emas, Telok Mas
semalam.
MELAKA – Seorang buruh
bergelar ‘Ayah Mi’ yang merupakan kekasih ibu angkat seorang kanak-kanak
perempuan bertindak kejam mendera mangsa hingga mati hanya kerana mendakwa
budak itu tidak mahu belajar dalam kejadian di Taman Seri Telok Emas, Telok Mas
di sini Ahad lalu.
Kejadian pukul 7.55 pagi
itu mengakibatkan Noor Sofia Syaqira Abdullah, 6, meninggal dunia selepas
beberapa organ dalaman seperti usus dan paru-parunya gagal berfungsi. Seluruh
badannya juga dipenuhi kesan lebam.
Ibu angkatnya yang
berusia 35 tahun kini ditahan polis manakala kekasihnya yang dikenali sebagai
Amiezul Al-Ikram Mohamed, 32, berasal dari Gombak, Selangor menghilangkan diri
selepas kejadian. Buruh itu kini dicari polis.
Wanita itu merupakan ibu
saudara kanak-kanak yang mati.
Difahamkan, pasangan itu
baru berpindah ke sini dari Gombak, Selangor. Mereka berbuat demikian kerana
Amiezul yang mempunyai 12 rekod jenayah berkaitan dadah dan samun selain
dikehendaki bagi empat kes jenayah lain ingin mengelakkan diri daripada
ditahan.
Timbalan Ketua Jabatan
Siasatan Jenayah negeri, Suprintendan R. Gunarajan berkata, kes dera itu
terbongkar apabila bapa Amiezul yang tiba dari Gombak membawa mangsa ke
Hospital Melaka sebaik dihubungi wanita berkenaan.
Bagaimanapun, katanya,
mangsa disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital.
“Penderaan teruk itu
berlaku malam Sabtu lalu apabila suspek naik angin selepas mendakwa Sofia tidak
mahu belajar. Ketika tidur, ibu angkat kanak-kanak itu mendapati mangsa berada
dalam kesakitan selain nafasnya tidak teratur dan lemah pada pukul 2 pagi.
“Dua jam kemudian, dia
mendapati kanak-kanak itu tidak bernafas sebelum menghubungi bapa kekasihnya.
Sebaik tiba, lelaki itu terus membawa mangsa ke hospital sebelum doktor
mengesahkan Sofia telah meninggal dunia,” katanya.
Berita
2
PENDERAAN KANAK-KANAK
PUCHONG – Masalah penderaan
kanak-kanak semakin membimbangkan dan menunjukkan peningkatan daripada 2,279
kes pada tahun 2007 kepada 2,780 kes tahun lalu.
Statistik Jabatan Kebajikan
Masyarakat (JKM) untuk empat bulan pertama tahun ini mendapati sebanyak 819 kes
jenayah itu dilaporkan atau purata tujuh kes sehari.
Tidak cukup dengan itu, kes-kes
penderaan yang dilakukan oleh ibu bapa dan penjaga yang sepatutnya melindungi
anak-anak sendiri juga meningkat daripada 992 kes pada tahun 2007 kepada 1,266
kes pada 2008.
Trend itu mencetuskan rasa marah
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul
Jalil yang mahu pejabat Peguam Negara segera mengambil tindakan tegas mendakwa
penjenayah terbabit.
“Jangan biarkan penderaan kepada
kanak-kanak atau terhadap sesiapa pun menjadi budaya di negara ini kerana kita
ada undang-undang dan mereka yang terlibat sepatutnya dihukum,” katanya.
Beliau menyatakan demikian selepas
merasmikan Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia Peringkat Kebangsaan di Pusat
Aktiviti Kanak-Kanak (PAKK) Taman Putra Perdana di sini semalam.
Menurut statistik JKM, kes
kanak-kanak hilang turut meningkat dan semakin membimbangkan. Bagi tempoh
Januari 2008 hingga kini sebanyak 4,968 kes telah dilaporkan dan daripada
jumlah itu 1,859 mangsa belum dijumpai.
Sumber : Kosmo Online
4
PENDERAAN SEKSUAL
Penderaan
seksual kanak-kanak merupakan salah satu daripada penderaan
kanak-kanak. Ia merujuk
kepada sebarang perlakuan individu yang memaksa, memperdaya atau mengugut
kanak-kanak yang mendorong berlakunya hubungan seksual dengan mereka,
semata-mata untuk memuaskan nafsu seksual. Menurut undang-undang (US),
"penderaan seksual kanak-kanak" adalah istilah
menyeluruh (umbrella term) menggambarkan kesalahan jenayah dan sivil di mana
seseorang dewasa terbabit dalam aktiviti seksual dengan kanak-kanak
bawah umur atau mempergunakan kanak-kanak bawah umur bagi
tujuan memuaskan nafsu seksual (sexual gratification).
4.1 Definisi Penderaan Seksual
Definisi
penderaan seksual oleh National Association for the Prevention of Cruelty to
Children di atas adalah tepat dan komprehensif. Penderaan seksual harus melibatkan pelbagai
aktiviti yang melibatkan kanak-kanak untuk sebarang perlakuan yang berunsur seks.
Selain daripada isu perlakuan seksual, faktor-faktor seperti ugutan atau
paksaan sama ada secara langsung atau tidak haruslah diambil kira.
Faktor-faktor ini adalah penting bagi tujuan pemberatan hukuman bagi mereka
yang terlibat dalam aktiviti seks dengan kanak-kanak. Penderaan seksual juga boleh berlaku
berdasarkan kepada perlakuan seseorang individu yang memaksa, memperdaya atau mengugut
kanak-kanak sehingga berlakunya hubungan seksual dengan mereka.
Definisi penderaan
seksual mengikut Wikipedia, ensiklopedia bebas ialah merujuk kepada penderaan
seksual seorang kanak-kanak
bawah umur oleh dewasa, atau seseorang yang jauh lebuh tua atau dalam kedudukan berkuasa atau
mengawal kanak-kanak, di mana kanak-kanak digunakan sebagai stimulasi seksual
bagi orang tersebut atau orang lain. Kajian berkenaan kesan penderaan seksual
kanak-kanak seringkali ditakrifkan sebagai termasuk mengajak atau meminta
sebagai tambahan kepada tindakan sebenar, berkait dengan sebarang interaksi
seksual antara orang dewasa dan kanak-kanak, termasuk dari bercium atau memeluk sehingga
kepada hubungan intim, dan semua aktiviti yang berkait.
4.2 Sebab Berlaku Penderaan
Seksual
Perbalahan keluarga, mengikut teman
lelaki, penagihan dadah dan masalah kewangan adalah antara punca utama yang
dikenal pasti bagi kes penderaan kanak-kanak.
Apabila nafsu amarah beraja di hati, manusia
hilang kewarasan dan pertimbangan hingga sanggup menjadi pendera kepada anak
sendiri. Inilah hakikatnya yang berlaku dalam masyarakat hari ini sehingga
kekadang bertindak di luar batas kemanusiaan sehingga memaksa, memperdaya atau mengugut
kanak-kanak yang mendorong berlakunya hubungan seksual dengan mereka,
semata-mata untuk memuaskan nafsu seksual.
Takrifan
penderaan seksual ialah
·
Memasukkan
objek atau bahagian tubuh ke dalam faraj, mulut atau dubur.
·
Menyentuh
bahagian sulit.
·
Menunjukkan
bahan-bahan lucah kepada kanak-kanak.
·
Mengambil
gambar kanak-kanak dalam aksi seksual.
·
Menggalakkan
kanak-kanak menonton atau mendengar aksi seksual.
·
Membuat
panggilan telefon lucah,
·
Rogol.
·
Seks
oral.
·
Liwat.
·
Pelacuran.
·
Mengintai.
·
Mencium.
·
Mengusap.
·
Mempamerkan
aksi lucah
4.3
Kesan Penderaan Seksual
4.3.1 Mengalami kecederaan
Kanak-kanak
yang didera secara seksual boleh mengalami kecederaan di bahagian tubuhnya
terutamanya jika wujud elemen kekerasan atau paksaan ke atas kanak-kanak berkenaan.
Ada kanak-kanak yang mengalami kecederaan dan lebam-lebam di seluruh badannya
akibat daripada kekerasan yang dilakukan oleh pemangsa. Di samping itu, mangsa yang mengalami
penderaan secara seksual ini juga terpaksa berhadapan dengan risiko jangkitan
penyakit kelamin seperti gonorea, sifilis atau AIDS, bergantung kepada tahap
kesihatan si pemangsa dan juga mangsa itu sendiri. Selain itu, jika jangkitan kuman ini tidak
dirawat dengan sempurna ia juga boleh menyumbang kepada berlalcunya
penyakit-penyakit kronik yang lain seperti jangkitan kepada ovari, rahim dan
tiub fallopian (Utusan Malaysia, 19 April 1998).
4.3.2 Kesan Jangka Panjang
Kesan jangka panjangnya pula mangsa mungkin
juga akan mengalami masalah kesuburan dan keguguran apabila mereka berkahwin
kelak (Zulina 1998/ 99). Kesan psikologi
yang akan dialami oleh mangsa adalah seperti rasa rendah din, malu yang amat
sangat, kemurungan, cemas, takut, panik, sering terbayang-bayang kejadian yang
menimpanya, mengalami mimpi yang menakutkan dan menjadi pemarah.
4.3.3 Masa Depan Yang Gelap
Tekanan
yang dialami oleh kanak-kanak ini boleh menggelapkan masa hadapan kanak-kanak
tersebut. Mereka juga berkemungkinan akan tercicir dalam persekolahan dan gagal
di dalam pelajaran. Selain itu, mangsa juga boleh mengalami sindrom-sindrom
seperti benci kepada lelaki, murung, pendiam, kurang bergaul, menjadi liar,
menjadi lebih aggresif seperti cuba membunuh diri atau terlibat dalam masalah
pelacuran (Rahimah 1998/ 99).
4.3.4
Kesan Terhadap Emosi
Kesan
jangka panjang kanak-kanak yang didera secara seksual ialah mangsa berasa
dirinya tercemar dan tidak dihargai oleh orang lain. Mangsa juga cenderung
menghadapi masalah apabila mendirikan rumah tangga terutamanya dalam hubungan
seksual. Selain itu, mangsa akan sering dibayangi pemikiran negatif yang
menyebabkan mereka sukar untuk menjalin hubungan yang stabil dengan mana-mana
individu kerana bimbang diri mereka tidak akan diterima (Zulina 1998/ 99).
4.4 Cadangan Bagi Mengatasi Penderaan Seksual
Penderaan
seksual di kalangan kanak-kanak bukanlah masalah yang boleh dianggap mudah. Ia
merupakan satu masalah sosial yang perlu diambil tindakan segera dan proaktif.
Kanak-kanak merupakan asset negara yang sangat penting dan mereka harus dijaga
dan dididik agar mampu menjadi pelapis kepada kepimpinan negara di masa
hadapan. Ibu bapa dan setiap anggota
masyarakat memainkan peranan dalam usaha memupuk generasi muda yang berhemah
tinggi, berketrampilan dan berdaya saing. Justeru itu, adalah perlu untuk kita
semua menyedari betapa pentingnya untuk menangani masalah yang dihadapi oleh
kanak-kanak terutamanya masalah penderaan yang dilakukan kebanyakannya oleh
golongan dewasa yang telah diamanahkan untuk
menjaga
anak-anak. Anak-anak adalah anugerah Tuhan yang tidak ternilai harganya dan di
bahu ibu bapalah mereka mengharapkan belaian kasih sayang dan didikan. Oleh
itu, janganlah kita mengkhianati amanah ini dan sempurnakanlah tugas kita
sebagai ibu bapa dengan baik.
4.4.1 Peranan
Masyarakat
Jenayah
belakang tabir merupakan antara jenayah yang sangat sukar dikesan serta dibasmi
tanpa bantuan dan kerjasama daripada masyarakat setempat. Peribahasa `jangan
menjaga tepi kain orang' hendaklah dilihat daripada konteks tertentu dan
bukannya dalam hal penderaan terhadap kanak-kanak. Bantuan masyarakat setempat
amat diperlukan kerana mereka ini adalah pihak yang hampir dengan lokasi yang
mungkin berlakunya kejadian keganasan terhadap kanak-kanak
(Jal
Zabidi 2002).
Bagi
masyarakat setempat, sungguhpun mereka tidak mempunyai tanggungjawab
undang-undang untuk melaporkan perlakuan penderaan seksual terhadap kanak-kanak
yang berlaku di persekitaran mereka, tidak salah jika dikatakan mereka ini
mempunyai tanggung jawab moral untuk berbuat demikian. Walau bagaimanapun,
masyarakat setempat seharusnya tidak menyalahgunakan atau mengambil kesempatan
untuk membuat fitnah atau sengaja mengada-adakan cerita tentang berlakunya
penderaan di sesebuah rumah sedangkan hakikatnya perbuatan penderaan tersebut
tidak berlaku.
4.4.2
Tanggungjawab Pengamal Perubatan.
Bagi
profesion perubatan tanggung jawab yang dikenakan adalah tanggung jawab
undang-undang. Ini bermakna setiap pegawai perubatan mempunyai obligasi untuk
memaklumkan kes-kes penderaan sama ada penderaan secara seksual atau tidak
kepada pihak yang berkenaan (seksyen 27, 28, 29 Akta 611). Kegagalan mereka
untuk berbuat sedemikian akan membolehkan mereka didakwa dan jika disabit
kesalahan boleh dijatuhkan hukuman di bawah Akta 611.45 Seksyen 27 Akta 611
berbunyi:
(1)
Jika seseorang pegawai perubatan atau pengamal perubatan berdaftar mempercayai
atas alasan-alasan yang munasabah bahawa seseorang kanak-kanak yang sedang
diperiksanya atau dirawatnya telah dicederakan dari segi fizikal atau emosi
akibat teraniaya, terabai, terbuang atau didedahkan, atau teraniaya dari segi
seks, dia hendaklah dengan serta-merta memberitahu seorang pelindung.
(2)
Mana-mana pegawai perubatan atau pengamal perubatan berdaftar yang tidak
memenuhi subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh
didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak
melebihi dua tahun atau kedua-duanya. (3)
Jika pengamal perubatan berdaftar yang disebut dalam subseksyen (1) ialah
seorang pegawai perubatan, maka dia boleh mengambil kanak-kanak yang disebut
dalam subseksyen itu ke dalam jagaan sementara sehingga jagaan sementara
kanak-kanak itu diambil alih oleh seorang Pelindung atau pegawai polis.
4.4.3
Tanggungjawab Anggota Keluarga
Anggota
keluarga juga bertanggungjawab untuk melaporkan kepada pihak berkuasa jika
mereka mempercayai bahawa seseorang kanak-kanak itu telah didera. Seksyen 2
Akta 611 mendefinisikan anggota keluarga sebagai `termasuklah ibu atau bapa
atau penjaga atau seseorang anggota keluarga luas yang merupakan seorang
anggota rumah'. Seksyen 2 juga mendefinisikan anggota rumah sebagai seseorang
yang pada lazimnya tinggal serumah dengan seorang kanak-kanak. Peruntukan ini amnya mensasarkan kepada
sesebuah rumah tangga yang mempunyai ahli yang ramai atau di mana sesebuah extended
family itu tinggal (Jal Zabidi 2002).
4.5 Keratan Akhbar
Berita
1
Jenayah
seksual kanak-kanak serius
Oleh NORAZRIN MARZUKI
KUALA LUMPUR 18 Julai - Kes rogol dan cabul yang
berlaku di ibu negara melibatkan kanak-kanak berusia bawah 12 tahun kini
dikatakan berada pada tahap yang membimbangkan.pengarang@utusan.com.my Statistik terbaru yang dikeluarkan oleh polis kontinjen Kuala Lumpur merekodkan sebanyak 124 kes dilaporkan sejak tahun 2009 sehingga bulan Jun lalu. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, statistik yang diperoleh menunjukkan sebanyak 34 kes telah disiasat pada 2009, diikuti 44 kes (2010), 36 kes (2011) manakala bagi tempoh Januari sehingga Jun 2012 pula sejumlah 10 kes telah disiasat. Beliau bagaimanapun berkata, jumlah sebenar kes rogol dan cabul melibatkan kanak-kanak dipercayai jauh lebih banyak berbanding statistik yang direkodkan itu. “Kami percaya jumlah sebenar kes yang berlaku di ibu negara adalah lebih besar berbanding statistik tersebut kerana dipercayai ada segelintir mangsa dan ahli keluarga yang enggan tampil membuat laporan polis dan memberi maklumat. “Sehubungan itu, golongan kanak-kanak perlu dilindungi walaupun daripada mereka dalam kalangan yang dikenali kerana kebanyakan kes membabitkan individu yang dikenali mangsa," katanya kepada pemberita ketika merasmikan Seminar Kesedaran Terhadap Pencegahan Jenayah Seksual Kanak-Kanak di sini hari ini. Seminar sehari anjuran bersama Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia itu turut membincangkan mengenai peranan guru sekolah, wakil rumah perlindungan kanak-kanak serta wakil badan bukan kerajaan dalam melindungi golongan tersebut. Mohmad berkata, menurut rekod polis bagi tempoh 2006 hingga 2010, 60 peratus daripada 1,823 kes penderaan seksual terhadap kanak-kanak dilakukan oleh mereka yang dikenali seperti bapa kandung, bapa tiri dan bapa saudara sendiri. “Melihat kepada faktor sekeliling, kanak-kanak kini dilihat terdedah dengan pelbagai jenayah seksual dan lebih membimbangkan apabila mangsa dan ahli keluarga takut untuk tampil membuat laporan," katanya.
Berita 2
Gangguan seksual punca
kemurungan kanak-kanak
Sejak akhir-akhir ini, golongan kanak-kanak lebih
cenderung menjadi mangsa gangguan seksual.
Boleh dikatakan sejak beberapa bulan lalu ada saja kes
jenayah seksual.
Bayangkan anak-anak kita sedang bermain dengan
ceria bersama rakan-rakannya pada minggu lepas, tiba-tiba mengalami kemurungan
pada hari ini. Bagi ibu bapa yang kurang peka, perubahan anak-anak mereka tidak
langsung menjadi tanda tanya.
Senario ini perlu diubah dan keluarga kanak-kanak
mesti memerhatikan tingkah laku anak mereka jika ada sebarang perubahan.
Ini kerana kanak-kanak adalah insan yang perlu
dilindungi daripada segala bentuk kekerasan atau keganasan yang memudaratkan
fizikal, mental dan emosinya.
Golongan ini perlu sentiasa diawasi agar tidak
terbabit dalam sebarang bentuk penindasan, penganiayaan dan kezaliman seperti
kekerasan fizikal, penderaan seksual dan pembunuhan.
Segala bentuk keperluan mental, fizikal dan
spiritual kanak-kanak perlu diberi perhatian sewajarnya. Dalam konteks
masyarakat pula kanak-kanak memerlukan perlindungan undang-undang dan
keprihatinan masyarakat dalam membendung dan mencegah sebarang bentuk perlakuan
jenayah ke atas kanak-kanak.
Apa yang dimaksudkan gangguan seksual kanak-kanak?
Pensyarah di Jabatan
Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Universiti Malaya (UM), Dr. Mariani Mohd.
Nor berkata,
gangguan seksual kanak-kanak didefinisikan perlakuan individu iaitu pemangsa
memaksa atau cuba mempengaruhi serta mengugut mangsa sama ada
melakukan hubungan seksual atau gangguan seksual banyak cara termasuk
memasukkan objek dalam mulut, tubuh, dubur dan kesakitan fizikal.
Dr. Mariani memberitahu, perbuatan mengusap-usap
kadang-kadang mengelirukan kanak-kanak kerana mereka menganggap itu sentuhan
sayang.
"Dalam kes ini, pelaku akan memujuk mangsa.
Misalnya memaksa mangsa menanggal baju atau melakukan seks oral. Oleh itu,
kanak-kanak perlukan bimbingan kerana perbuatan tersebut bukan perkara normal.
Perlu diingat, perkara ini boleh menjadi serius
hingga menyebabkan gangguan emosi mereka dan mengakibatkan kemurungan,"
katanya.
Dr. Mariani menjelaskan, kanak-kanak sering menjadi
mangsa gangguan seksual kerana pada peringkat umur ini, mereka mudah menerima
keputusan orang dewasa seperti pemangsa.
Berbeza dengan remaja, mereka ada persetujuan
dengan orang yang di sekeliling mereka.
"Ugutan mengakibatkan kanak-kanak keliru
walaupun perbuatan itu salah. Tanpa bertanya kenapa atau apa, mereka akan
menurut kata pemangsa," jelasnya.
Di sebalik kejadian ini, kanak-kanak akan
meninggalkan ingatan atau kenangan dalam memori mereka apabila dewasa kelak.
Terdapat tiga peringkat umur kanak-kanak iaitu awal
(empat tahun ke bawah), pertengahan (empat hingga tujuh tahun) dan lewat
kanak-kanak (tujuh hingga 11 tahun).
"Bawah empat tahun, kanak-kanak biasa
mengalami emosi dan perasaan tidak stabil. Selain itu, fizikal juga tidak
sesuai untuk menjalinkan hubungan seks kerana fizikal masih lagi kecil.
Penderaan seks juga aka mengakibatkan sakit seperti
koyakan di alat sulit.
Peristiwa ini akan meninggalkan kesan perasaan
seperti takut kepada kanak-kanak tersebut," jelasnya.
Bahkan, perbuatan berulang mengakibatkan
kanak-kanak menjadi trauma. Kes seperti ini akan membantutkan perhubungan
sosial iaitu kanak-kanak yang ceria bertukar menjadi takut.
"Hubungan dengan kanak-kanak sebaya turut
terjejas termasuk pemikiran dan menjadikan perkembangan menjadi tidak normal
kerana tidak sama dengan kanak-kanak lain yang tidak mengalami gangguan seperti
mereka.
Ia memberi kesan dari segi perasaan dan emosi untuk
jangka masa panjang dan pendek," ujarnya.
Mengulas kejadian bayi dicabul di Bandar Baru
Sentul baru-baru ini, Dr. Mariani memberitahu, kanak-kanak bawah umur setahun
juga mengalami kesan psikologi yang sama.
Kanak-kanak peringkat umur ini masih tidak fasih
berbahasa dan kebanyakan gangguan seks yang berlaku dilakukan oleh keluarga dan
kenalan terdekat.
"Bagi bayi, perbuatan dera seksual seperti
perbuatan normal kerana mereka tidak memahami perkara di sekeliling mereka. Di
sinilah peranan ibu bapa amat penting.
Jika anak menangis dan tidak selesa, demam, mereka
perlu membuat pemeriksaan lanjut seperti berjumpa dengan doktor selain
memerhati perubahan kelakuan perlakuan anak," ujarnya.
Tambah Dr. Mariani, kanak-kanak bawah satu tahun
tidak tahu yang mana salah dan benar.
Malah, kanak-kanak setahun ke atas sama ada lelaki
dan perempuan juga perlu dididik bahawa alat sulit tidak boleh dipegang oleh
kecuali ibu bapa.
Maka, di sinilah kebijaksanaan ibu itu sendiri
perlu dan prihatin terhadap perkembangan anak-anak mereka.
Secara keseluruhannya, kanak-kanak yang mengalami
gangguan seksual akan mendapat kesan psikologi termasuk kemurungan.
"Lama-kelamaan ia akan mengakibatkan kendiri
kanak-kanak menjadi rendah.
Misalnya, tidak dapat bergaul seperti kanak-kanak
lain. Ia juga memberi kesan dari segi pencapaian akademik," jelasnya.
Justeru itu, ibu bapa jiran dan masyarakat perlu
peka terhadap perkara di sekeliling mereka.
Jika perkara ini terjadi di kalangan ahli keluarga,
mereka perlu tahu saluran mana nak pergi dulu.
Hakikatnya pada hari ini, kebanyakan ibu bapa
sentiasa malu untuk mendedahkan perkara sebenar.
"Antara saluran yang boleh digunakan termasuk
pertubuhan wanita, tele dera atau pusat krisis wanita untuk mengadu kes
penderaan seksual. Selain itu, ibu bapa perlu bertenang dan jangan panik,"
katanya.
Dalam konteks ini, mangsa memerlukan sokongan
keluarga. Lebih malang, ibu bapa kadang-kadang tidak mempercayai anak-anak apabila mereka
mengadu. Contohnya, apabila anak mereka memberitahu bahagian alat sulit mereka
sakit, ibu bapa tidak mempercayai aduan tersebut.
"Jika gangguan seksual dialami oleh keluarga,
mereka perlu sentiasa memberi sokongan walaupun ibu bapa sibuk bekerja.
Masyarakat perlu tahu kanak-kanak merupakan golongan yang keliru dengan
perasaan, mudah dipengaruhi dan tidak tahu apa nak dibuat.
Kita perlu membantu supaya kanak-kanak ini kelak
lebih berterus terang dan berani," jelasnya.
Bagi menaikkan semula motivasi mangsa, keluarga perlu
menyampaikan perasaan simpati menerusi sokongan.
Laporan polis juga perlu dibuat dan masyarakat
perlu tahu perkara ini bukan sesuatu yang memalukan.
"Ibu bapa perlu ingat tindakan tersebut dapat
menyelamatkan orang lain. Kes penderaan seksual yang terjadi dapat dijadikan
pengajaran dalam masyarakat," katanya.
5
PENDERAAN EMOSI
Penderaan kanak-kanak adalah masalah
perubatan dan sosial di seluruh dunia. Penderaan berlaku dalam pelbagai bentuk.
Bentuk penderaan yang paling lazim dilaporkan kepada profesion
perubatan adalah penderaan fizikal dan
seksual. Malangnya penderaan emosi tidak mendapat perhatian yang serupa
walaupun penderaan jenis ini didapati kerap berlaku di kalangan kanak-kanak sama
ada secara berasingan atau bersama-sama dengan jenis penderaan lain.(Kasmini
Kassim 1998)
5.1 Definisi Penderaan Emosi
Tiada definisi
menyeluruh yang boleh diterima pakai di peringkat antarabangsa. Ini menyebabkan
kesukaran bagi seseorang untuk bersetuju tentang maksud penderaan emosi.
Penderaan emosi ialah
sekiranya terdapat gangguan yang kerterlaluan atau boleh dilihat pada fungsi
mental atau emosi kanakkanak yang dibuktikan dengan adanya gangguan mental atau
tingkah laku, termasuk keresahan, kemurungan, pengasingan diri, tingkah laku
agresif atau kerencatan perkembangan.
Definisi penderaan
emosi masih kabur dan tidak jelas. Penderaan ini tidak seperti penderaan
fizikal, seksual dan pengabaian penjagaan di mana pihak pekerja perubatan,
perundangan, kepolisan, sosial dan masyarakat umum boleh mengenali masalah ini
dengan mudah. Ketiga-tiga jenis penderaan ini sudahpun dimasukkan ke dalam Akta
Perlindungan Kanak-kanak 1991 yang baru digubal (Malaysia 1991). Semua jenis
penderaan, tidak kira secara fizikal, seksual atau pengabaian penjagaan, tidak
dapat dipisahkan daripada aspek penderaan terhadap emosi. Sebenarnya penderaan
emosi primer juga berlaku secara bersendirian. Penderaan emosi berlaku dalam apa
jua jenis penderaan.(Kasmini Kassim 1998)
5.2 Sebab Berlakunya Penderaan Emosi
Penderaan emosi berlaku
apabila ibu bapa atau penjaga gagal memberi kasih sayang dan penjagaan secara
berterusan, sering mengancam mengutuk dan/atau menjerit kepada anak. Keadaan
ini menyebabkan kanak-kanak hilang keyakinan, harga diri dan menunjukkan
tingkah laku cemas atau pengasingan diri sehingga terganggu kesihatan mental
mereka (Thompson & Kaplan 1996). Ciri-ciri ini mengambil kira empat perkara
yang tertentu iaitu:
1. Tingkah laku ibu bapa atau penjaga
yang tidak sihat.
2. Bentuk interaksi.
3. Kelemahan kanak-kanak.
4. Kerosakan psikologi.
Garbarino, Gattman
& Sealey et al. (1986) memberi lima kategori tingkah laku ibu bapa atau
penjaga yang dikira sebagai mendera emosi kanak-kanak, iaitu penolakan
(rejection), pengasingan (isolating), menakutkan (terrorising), sikap tidak
peduli (ignoring) dan merasuah fikiran (corrupting).
5.2.1
Penolakan: Tidak Mahu Menolong Anak
Ini bermaksud tingkah laku ibu bapa atau
penjaga yang sengaja enggan menolong anaknya ataupun enggan mengakui bahawa
anak tersebut memerlukan pertolongan sehingga secara tidak langsung tidak
mengakui kehadirannya. Tingkah laku lain yang menunjukkan ada penolakan anak
termasuklah memanggil anak dengan kata-kata yang hina, kesat, melabelnya
sebagai orang yang dikutuk dan dengan sengaja menjatuhkan air muka dan harga
diri anak itu di khalayak ramai. Perkara ini sering dilakukan oleh ibu bapa
atau penjaga apabila dalam keadaan marah. Tindakan ibubapa atau penjaga yang
tidak mahu mengaku dan menerima anakmereka sebagai anak mereka juga merupakan
salah satu bentuk penolakan. (Kasmini Kassim 1998)
5.2.2
Pengasingan: Mengasingkan Anak
Ini melibatkan tindakan ibu bapa atau
penjaga yang sengaja mengasingkan anak dengan menguncikan anak di dalam almari
atau bilik dalam jangka masa yang panjang. Tindakan ibu bapa atau penjaga yang
langsung tidak membenarkan anak mereka bergaul dan berinteraksi dengan rakan
sebaya atau orang lain juga ditakrifkan sebagai pengasingan. Perkara ini sering
berlaku dalam usaha ibu bapa mengawal pergerakan anak atau dalam usaha
mendisiplin anak yang melampaui batas.(Kasmini Kassim 1998)
5.2.3
Menakutkan:Tindakan Mengancam
Ini bermaksud tindakan mengancam untuk mencedera, membunuh dan
meninggalkan anak (abandon) sekiranya anak tidak mengikut kata atau tidak
menunjukkan tingkahlaku yang diharapkan. Tindakkan ini termasuk ancaman oleh
ibubapa, penjaga atau orang lain untuk mendedahkan anak kepada keganasan yang
akan dilakukan kepada orang yang disayangi oleh anak itu. Ini bertujuan supaya
anak itu akan tinggal bersendirian apabila orang yang anak itu sayangi cedera
atau mati atau dipisahkan dari mereka dengan sengaja. Tingkah laku menakutkan
ini sering berlaku kepada kanak-kanak yang didera secara seksual dan juga
kepada anak-anak yang mempunyai ibu bapa yang melalui proses
penceraian.(Kasmini Kassim 1998)
5.2.4
Sikap tidak peduli (Ignoring
-Denying emotional responsiveness):
Ini bermaksud tingkah laku ibu bapa atau penjaga
yang dengan sengaja tidak mempedulikan usaha anak untuk mendapat belaian kasih
sayang daripada mereka.(Kasmini Kassim 1998)
5.3 Kesan Penderaan Emosi
Apabila penderaan emosi berlaku
bersama-sama dengan penderaan lain, kesan penderaan terhadap emosi sebenarnya
adalah jauh lebih serius, mendalam dan berpanjangan berbanding dengan kesan
akibat penderaan fizikal terhadap tubuh badan. Kebanyakan doktor yang merawat
tidak mengenali aspek penderaan emosi ini dan hanya menekankan rawatan terhadap
kecederaan fizikal yang memang jelas kelihatan. Secara umum emosi bermaksud
perasaan. Manusia adalah golongan benda hidup yang mempunyai perasaan yang tinggi
dan paling halus.
5.3.1
Perasaan dalaman tertentu
Ini dialami dan dirasai secarasubjektif
seperti rasa takut, suka, duka, marah dan benci.
5.3.2
Corak rangsangan fisiologi
Ini termasuk semua perubahanfisiologi
dalam badan yang berlaku dalam setiap keadaan emosi seperti merasa jantung
berdebar apabila berada dalam keadaan takut dan perut berasa tidak selesa
apabila dalam keadaan cemas.
5.3.3
Corak penonjolan perasaan secara
terbuka (overt)
Komponen ini merangkumi gerak geri badan
dan perubahan pada air muka apabila timbulnya pelbagai perasaan dalaman.
Seseorang akan bergerak dengan perlahan dan menundukkan kepala apabila berada
dalam keadaan sedih atau mata kelihatan terbeliak dan kening berkerut apabila
dalam keadaan takut.
5.3.4
Peringkat kekuatan takut.
Peringkat ketakutan yang melampau
menimbulkan rasa resah tegang aprehensif menggeletar rasa kacau takut yang amat
sangat (terrified) panik(agitated)
5.3.5 Peringkat kekuatan marah.
Kemarahan yang
melampau dan tanpa kawalan boleh menjadikan seseorang
itu mengamuk.
5.3.6 Menjejaskan
perkembangan kanak-kanak
Kanak-kanak berkenaan hilang selera
makan sekiranya emosi mereka didera. Kekurangan pengambilan makanan secara
langsung boleh menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan fizikal mereka.
Pengeluaran hormon lain yang diperlukan untuk tumbesaran kanakkanak secara
meluas akan tergugat dan ini secara terus-menerus menggangu perkembangan
fizikal kanak-kanak. Mengubah Proses Kognitif Perkembangan proses kognitif atau
proses analisis seseorang terhadap setiap keadaan yang dilalui bergantung pada
pengalaman lalu. Pengalaman lalu boleh memberi pengajaran supaya seseorangitu
lebih berhati-hati dan berwaspada pada masa akan datang supaya segala pengalaman
tidak berulang lagi. Ini dianggap sebagai satu kebaikan.
5.4 Cadangan Bagi Mengatasi Penderaan
Emosi
Untuk memastikan perkembangan fizikal
kanak-kanak berjalan dengan sihat, pemberian makanan dan minuman yang cukup
sahaja adalah tidak mencukupi. Kasih sayang dan layanan yang diberi dengan
penuh mesra, termasuklah cara komunikasi, sama ada secara lisan dan bukan lisan
yang sihat akan membantu dalam memastikan perkembangan fizikal anak berjalan
dengan sempurna mengikut potensi anak itu.
Keadaan ini mempunyai hubung kait dengan
mekanisme kompleks dalam maklum balas litar kawalan dalam paksi hipopituitari.
Penderaan emosi dalam apa cara sekalipun boleh menghalang perjalanan sistem ini
dan menggangu perkembangan fizikal yang sihat.
Ibu bapa perlu sedar anak yang lahir di
atas dunia adalah untuk disayangi kerana ia penyambung zuriat dan bukannya
tempat untuk melepaskan hawa nafsu amarah. Selain ibu bapa adalah peranan jiran
tetangga yang menegetahui masalah penderaan ini untuk sedia membuat laporan kepada
polis atau pihak yang bertanggungjawab, ini juga bertepatan di bawah Akta
kanak-kanak 2001.
Guru-guru juga berperanan penting untuk membantu
mengatasi masalah ini jika didapati pelajarnya mengalami masalah penderaan ini.
Paling memberi kesan adalah pengaruh media massa yang mana tugas media adalah
memberi matlumat tentang masalah atau isu penderaan ini. Banyak lagi
tanggungjawab yang harus dipikul agar masalah ini dapat dibendung seperti tugas
polis dan juga pihak-pihak NGO.
5.5 Keratan Akhbar
Penderaan emosi
rosakkan psikologi
anak
UNICEF lancar kempen didik masyarakat, ibu bapa sedia
persekitaran selamat, terjamin
KETIKA penderaan fizikal terhadap kanak-kanak semakin kerap
dilaporkan, masyarakat seolah-oleh terlupa bahawa penderaan berbentuk emosi
turut membawa natijah tidak kurang teruknya kepada mangsa. Mungkin penderaan
emosi tidak menampakkan kesan nyata menyebabkan ramai menutup mata kepada
masalah itu sedangkan ia umpama barah yang memakan tahap keyakinan diri
kanak-kanak sehingga boleh merosakkan psikologi mangsa.
Penderaan emosi berlaku apabila ibu bapa atau penjaga tidak mengambil berat dan mengasihi anak, dengan gagal memberi perhatian, kasih sayang dan persekitaran sokongan bersesuaian dengan perkembangan mereka. Akta Kanak-Kanak 2001 menyatakan seorang kanak-kanak mengalami kecederaan emosi jika wujud kerosakan pada fungsi mental dan emosi yang dibuktikan dengan antaranya, gangguan mental dan tingkah laku, termasuk kebimbangan, kemurungan, memencilkan diri, menunjukkan tingkah laku permusuhan atau perkembangan lambat. Ia berlaku apabila ibu bapa atau penjaga tidak mampu menangani tekanan dialami setiap hari seperti keletihan, tidak mempunyai pekerjaan, kemiskinan, perceraian, kematian, krisis kesihatan dan masalah mental. Ketika kanak-kanak mungkin pulih daripada kecederaan fizikal, kesan penderaan emosi mungkin berterusan, termasuk risiko peningkatan kemurungan berpanjangan, kurang keyakinan diri dan tidak pandai menjalin hubungan. Naib Presiden Persatuan Sosial Malaysia, Amy Bala, berkata sekadar menyediakan keperluan asas kepada kanak-kanak, tetapi mengabaikan aspek kasih sayang dan perhatian, juga dianggap satu bentuk penderaan. “Ramai menyangka apalah yang seorang kanak-kanak tahu. Mereka menyangka kanak-kanak cuma perlukan keperluan asas. Kanak-kanak bukan hanya perlukan makan, minum, perlindungan dan tempat tinggal yang selesa, mewah dan sebagainya, malah mereka juga perlukan masa. “Kadang-kadang ibu bapa atau orang dewasa lupa kanak-kanak sebenarnya ingin berkongsi sesuatu. Tindakan mereka memberi gambaran mereka perlukan perhatian. Malangnya, kita pandang perkara itu remeh. “Kita penat kerana lapan jam bekerja sehingga tidak memberi perhatian kepada anak sekembali ke rumah, tetapi kita terlupa anak juga menunggu sehingga lapan jam untuk mendapatkan perhatian ibu bapa,” katanya.
39
Berikutan itu, kempen anjuran Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), ‘Get on Board: Raise Your Hand, Stop Child Abuse Now’ dilancarkan untuk membuka mata masyarakat, bukan hanya penderaan fizikal dan seksual saja perlu dicegah, sebaliknya segala bentuk penderaan. Kempen selama dua bulan itu bertujuan mendidik masyarakat mengetahui dengan lebih lanjut apa yang mereka boleh lakukan untuk mencegah penderaan terhadap kanak-kanak. Menurut wakil UNICEF di Malaysia, Hans Olsen, setiap kanak-kanak mempunyai hak untuk membesar dalam persekitaran yang selamat dan dilindungi. Katanya, masyarakat perlu disedarkan mengenai kesan buruk penderaan kanak-kanak dan menggesa penduduk negara ini mengetahui lebih lanjut mengenai penderaan dan apa yang boleh dibuat untuk melindungi golongan itu. Justeru, kempen berkenaan dianjurkan bagi memperkasa dan menggalakkan orang ramai terbabit secara individu dan menyokong keluarga serta ibu bapa bagi mencegah sebarang bentuk penderaan kanak-kanak. Kempen secara online selama dua bulan itu diharap meraih sokongan 100,000 rakyat Malaysia menjelang Hari Hak Asasi Manusia yang disambut Disember ini. Orang ramai yang ingin menyertai dan memberi sokongan kepada kempen itu boleh melayari laman web www.uniteagainstabuse.my. “Masalah ini perlu ditangani bersama, apa yang paling penting bukan mencari kesalahan orang lain, sebaliknya sama-sama membantu menanganinya. Daripada berdiam diri dan menunggu kerajaan bertindak, lebih baik kita sebagai rakyat mengambil inisiatif menghalang semua bentuk penderaan,” kata Olsen
6
ISU
KANAK-KANAK YANG DIABAIKAN
6.1 Definisi
Pengabaian Kanak-Kanak
Pengabaian
kanak-kanak merujuk kepada pengabaian terhadap penjagaan kanak-kanakdaripada
segi keperluan asas seperti keselamatan, makanan berkhasiat, pendidikan,rawatan
emosi dan fizikal ( Ammerman dan Hersen ,1990:28 ). Salah satu contoh adalah
kanak-kanak yang dipaksa bekerja. Akta
Kanak-Kanak 2001 mentkrifkan pengabaian kanak-kanak sebagai membiarkan sesorang
kanak-kanak tanpa pengawasan dan pemeliharaan yang berpatutan bagi kanak-kanak
itu, termasuk tidak menyediakan makanan dengan secukupnya memberi
pakaian,rawatan kesihatan atau tempat kediaman yang sempurna. Keadaan ini
menyebabkan kanak-kanak akan merasa tersisih dan tidak tentu arah.
6.2 Sebab
Berlaku Pengabaian Kanak-Kanak
Konsep
penderaan dan pengabaian yang saling berkait ini di pengaruhi oleh pelbagai
faktor. Runtunan dari faktor-faktor itu dapat dikupas dalam kerangka teori dan
ianya membantu analisis data kajian penderaan dan pengabaian kanak-kanak.
6.2.1
Kurang kefahaman agama
Punca yang menyebabkan berlukanya
penderaan dan pengabaian ini adalah kerana ibu bapa kurang kefahaman agama,
yang mana setiap agama di atas dunia ini amat melarang penganiyaan terhadap
orang yang lemah seperti kanak-kanak, wanita dan warga tua. Jika agama
diabaikan, mereka akan melakukan apa sahaja perkara tanpa nilai-nilai dan batas
norma kehidupan yang sewajarnya. Ini adalah kerana mereka tidak berasa bersalah
dengan apa yang mereka lakukan.
6.2.2
Masalah Keluarga
Selain itu adalah masalah dalaman keluarga
tersebut seperti masalah keretakan rumahtannga dan
ketidaksefahaman antara ibu dan bapa yang membawa impak kepada kanak-kanak yang
tidak mengerti apa-apa akan menjadi mangsa keadaan. Ibubapa hanya memikirkan
hak dan keperluan mereka sahaja tanpa memikirkan nasib anak-anak.
6.2.3
Masalah ekonomi
Masalah ekonomi juga merupakan
penyumbang besar terhadap perlakuan ini. Ini adalah kerana dengan kurangnya
pendapatan dan tanggungan yang ramai maka ibu bapa yang tidak mempunyai
pengurusan yang baik akan menjadikan anak-anak sebagai mangsa untuk melepaskan
tekanan. Kanak-kanak tidak diberikan keperluan asas yang sewajarnya mereka
terima. Keperluan asas tersebut ialah seperti makan minum, tempat tinggal,
pakaian, perlindungan dan sebagainya.
6.3 Kesan
Pengabaian Kanak-Kanak
Terdapat beberapa kesan pengabaian
kanak-kanak ini. Kesan-kesan tersebut akan saya senaraikan di sini.
6.3.1
Menjadi
takut
Kesan
pengabaian kanak-kanak ialah kanak-kanak berkenaan mempunyai perasaan takut
apabila berhadapan dengan orang lain dan mereka akan berkelakuan ganjil. Mereka
takut menjalani kehidupan ini dan sentiasa mengasingkan diri.
6.3.2
Gangguan
emosi dan personaliti.
Daripada
aspek psikologi menurut Kieran O’ Heagen (1993:101) keadaan seumpama itu
menyebabkan tekanan jiwa kepada kanak-kanak yang menjadi mangsa pengabaian.
Kanak-kanak yang berumur 6 hingga 9 tahun keatas
selalunya mengalami gangguan emosi dan personaliti. Kebanyakan pengabaian
kanak-kanak ini dilakukan sendiri oleh ibubapa kandung atau penjaga rapat
kepada kanak-kanak yang selalunya menghadapi masalah tekanan jiwa atau pemabuk.
6.3.3
Perkembangan
tumbesaran terganggu
Pengabaian
kanak-kanak bukan sahaja mengganggu psikologi kanak-kanak, malah boleh
mengganggu perkembangan tumbesaran mereka. Menurut Skuse, (1993:31) kanak-kanak
didera dan diabaikan untuk jangka masa yang lama akan membantutkan tumbesaran.
Ia dikenali sebagai ‘disoders of biologicalrhythms’ contohnya kanak-kanak
menjadi pendek dan kurus.
6.4 Cadangan
Bagi Mengatasi Pengabaian Kanak-Kanak
Pendidikan untuk kanak-kanak adalah hak kanak-kanak
yang mesti diberikan kepada mereka dengan sempurna. Pihak yang bertanggungjawab
haruslah memastikan hak ini terjaga. Seandainya didapati kanak-kanak tidak
mendapat pendidikan dengan sempurna, Jabatan Kebajikan Masyarakat atau
mana-mana pihak yang berautoriti termasuk NGO hendaklah memainkan peranan
masing-masing. Selain itu hak kesihatan yang mana kanak-kanak berhak untuk
mendapat rawatan jika berada dalam keadaan yang kurang sihat dan mengalami
kecederaan. Kanak-kanak juga mempunyai hak psikologi yang harus dihormati. Ada
anggota masyarakat yang tidak mengambil berat perkara ini.
Allahyarhamah Profesor Dato’ Dr. Mimi
Kamariah adalah di antara tokoh-tokoh yang mencadangkan penyelesaian bagi
masalah ini. Cadangan itu ialah di yang mana antaranya berkaitan perlindungan
yang sempurna kepada kanak-kanak. Cuma ada beberapa perkara sahaja yang telah
dilaksanakan dalam menyelesaikan masalah ini dan sebahagian lagi masih dalam
proses penelitian yang tidak tahu dimana penghujungnya dan bila akan
dilaksanakan. Kita mengharapkan hak
kanak-kanak terjamin dan terjaga.
6.5 Keratan Akhbar
2011/12/16
6 beradik
kebuluran
Oleh Mary Victoria Dass
maryvictoria@hmetro.com.my
JOHOR BAHRU: Enam beradik berusia antara tiga
hingga 12 tahun nyaris mati kebuluran berikutan tidak diberikan makan dan minum
sejak seminggu lalu oleh ibu kandung mereka yang dipercayai meninggalkan
kanak-kanak itu kerana pulang ke kampung halamannya di Indonesia.
Difahamkan, ketika diselamatkan Jabatan
Kebajikan Masyarakat (JKM), semua enam beradik itu dalam keadaan tidak bermaya
serta hanya menunggu ibu mereka dalam rumah di sebuah kampung di Masai, dekat
sini.
Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri, Khatijah Abdullah berkata, bertindak atas maklumat orang ramai yang mendakwa enam beradik itu ditinggalkan bersendirian dalam rumah, pegawai JKM menjalankan siasatan sebelum menemui kanak-kanak berkenaan dalam keadaan lemah.
Katanya, ketika meninjau keadaan enam
kanak-kanak membabitkan tiga lelaki dan tiga perempuan, pegawai JKM mendapati
mereka dalam keadaan lemah dan sayu dipercayai kerana tidak menjamah nasi
berikutan terputus bekalan makanan sejak ditinggalkan ibu.
Hasil pemeriksaan, katanya, pihaknya mendapati keluarga berkenaan mula terputus bekalan makanan sejak bapa mereka meninggal dunia akibat penyakit, sebulan lalu. “Kami percaya wanita warga asing berusia 40 tahun itu buntu untuk meneruskan hidup dan tertekan dengan kesempitan hidup selepas kematian suami berusia 50-an, sebelum nekad meninggalkan semua anaknya bersendirian dalam rumah.
“Kami diberitahu wanita berkenaan berasal dari
Indonesia dan mendirikan rumah tangga sejak 13 tahun lalu bersama warga
tempatan dan mempunyai enam anak termasuk sepasang kembar perempuan berusia
tiga tahun.
“Mungkin dia keliru dengan masa depan anak selepas kehilangan pasangan hidup dan memilih jalan mudah dengan meninggalkan semua zuriatnya,” katanya ketika merasmikan majlis penutupan Dialog Sukarelawan Kebajikan bersama Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Johor Bahru di sini, semalam, disertai 163 sukarelawan.
Khatijah berkata, enam beradik itu diselamatkan
pihaknya dan kini ditempatkan di pusat perlindungan jabatan hingga mendapat
perintah mahkamah.
Menurutnya, sehingga kini, tiada waris kanak-kanak terbabit yang berstatus warganegara tampil bagi membincangkan masa depan mereka.
“Perbuatan ibu kandung kanak-kanak yang
menghilangkan diri boleh memberi kesan mendalam terhadap anak-anaknya kerana
mereka kehilangan kasih sayang dan perlindungan.
“Oleh itu, kami memberi kaunseling dan cuba mengisi kesunyian semua kanak-kanak itu,” katanya yang meminta kerjasama orang ramai menyalurkan sebarang kes pengabaian kanak-kanak di talian 07-2232606.
7.0 PENUTUP
Kajian yang dilakukan oleh Pakar
Psikologi Kanak-kanak dan Remaja dari Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr.
Khaidzir Ismail melalui “Kajian Profil Remaja Perempuan Risiko Tinggi terhadap
kalangan remaja perempuan berisiko tinggi atau bermasalah” memberi pendedahan
betapa punca sebenar masalah yang dihadapi oleh remaja terletak pada keluarga
yang bermasalah.
Pembentukan personaliti anak-anak
khususnya apabila mereka meningkat remaja adalah dipengaruhi oleh keluarga atau
rumahtangga.. Konflik dalam keluarga adalah punca remaja keluar untuk mencari tempat dan rakan
yang boleh membantu mengatasi keadaan hidup. Pada masa yang sama mereka juga
mencari untuk memenuhi keperluan kewangan, hiburan dan perkembangan emosi
mereka.
Kita kurang membuat analisis terhadap perubahan yang
berlaku dalam masyarakat akibat daripada proses sosialisasi. Masyarakat membentuk sistem nilai berasaskan
proses sosiolisasi yang menunjuk ajar bagaimana untuk menghasilkan tingkah
laku. Sosiolisasi merujuk kepada pengaruh keluarga, sekolah, institusi agama,
pertubuhan bukan kerajaan dan politik, pengalaman kerja, media massa dan
kumpulan rakan sebaya.
Berdasarkan
lima isu yang sudah pun saya bentangkan, hendaknya kita sebagai anggota
masyarakat lebih prihatin dengan keadaan sekeliling kita. Meski pun apabila
kita lihat semua punca ini membuktikan betapa ampuhnya jati diri seseorang
dalam meneruskan kehidupan yang penuh cabaran ini tetapi kita sebagai
warganegara yang merdeka boleh bertindak sebagai agen perubahan.
Dengan
usaha-usaha yang dilakukan secara bersama dan menyeluruh ini, hendaknya ia dapat mengurangkan masalah daripada terus
menjadi satu penyakit merbahaya di negara Malaysia ini. Tiada siapa patut menuding jari pada pihak
yang lain, kerana setiap daripada kita adalah merupakan ahli masyarakat yang
mempunyai tugas masing-masing.
8.0 BAHAN RUJUKAN
Yong Karen (2006) Masalah Sosial Tiada Penghujungnya. Cheras, Selangor: Penerbita
Premier
Prof. Kasmini Kassim
Syarahan Perdana(1998) Penderaan Emosi
Kanak-kan Trauma Terselindung. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia
Kamus Dewan Edisi 4, 2005.Edisi baru.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Jal Zabdi bin
Mohd Yusoff (2002). Akta Kanak-Kanak 2001 : Tugas Untuk Memaklumkan dalam Siti
Zaharah (eds) Sin i Undang-Undang Mimi Kamariah : Akta Kanak-Kanak 2001, Penerbit
Universiti Malaya.
Jal Zabdi bin
Mohd Yusoff (2001). "Protective Measures and Remedies For The Weaker
Partner in a Family Child Abuse Case: The Malaysian Perspective" LAWASIA
CONFERENCE 2001, Cristchurch, New Zealand.
Dewan Masyarakat (Ogos 2012). Pembuangan Bayi Meninggalkan Kesan Yang
Parah. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka
Anitayahya. 2007. Pengguguran dan
Pembungan bayi: Definisi pembungan bayi.
http://pengguguranbayi.blogspot.com/
(20 November 2012)
|
_________________________________________________________________________________
PROGRAM AUDIT BAHASA MELAYU (MEI 2012)
PENGENALAN
Dalam zaman pascamerdeka, bahasa Melayu mengalami perluasan peranan, bukan sahaja
sebagai asas pembinaan tamadun bangsa Melayu tetapi juga sebagai asas pembinaan tamadun
bangsa Malaysia. Perjuangan memartabatkan bahasa Melayu akhirnya tercapai dengan
termaktubnya Artikel 152 dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu, yang menyebut
bahawa "Bahasa kebangsaan negara ini adalah Bahasa Melayu¼."(Nik Safiah Karim et.al
(2008:20-21). Namun, sejak akhir-akhir ini, berlaku kebimbangan penggunaan bahasa Melayu
dalam sektor awam. Oleh hal yang demikian, audit bahasa Melayu telah diperkenalkan. Secara
asasnya, jelas iaitu bahasa Melayu ditetapkan sebagai bahasa rasmi, dan menurut takrif
Perlembagaan Persekutuan, bahasa itu hendaklah digunakan dalam semua urusan rasmi, terutama
pentadbiran. Pakar bahasa, Prof. Dr. Awang Sariyan berkata, program audit bahasa Melayu ini
perlu dilakukan dengan melihat dua aspek utama iaitu sejauh mana bahasa Melayu diguna pakai
dalam perkhidmatan awam serta mutu dan kualiti bahasa kebangsaan yang digunakan (Utusan
Malaysia 30 Oktober 2011).
|
2.0 LANGKAH PELAKSANAAN PROGRAM AUDIT BAHASA MELAYU SECARA
SISTEMATIK
|
2.1 Melantik agensi yang berautoriti
|
Dalam merealisasikan pelaksanaan program audit bahasa Melayu ini dilakukan secara sistematik,
kerajaan disaran melantik organisasi yang berautoriti seperti Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
sebagai urus setia memantau penggunaan bahasa kebangsaan dalam sektor awam. Dewan
Bahasa dan Pustaka (DBP) kini dalam peringkat akhir menyediakan garis panduan serta
mekanisme untuk digunakan dalam audit berkenaan dan jika semua berjalan lancar, garis
panduan itu akan dikemukakan kepada kerajaan Jun ini (Matzaidi Dris 2012). Mekanisme audit
|
yang dikemukakan ini selaras dengan pekeliling yang dilancarkan oleh Jabatan Perkhidmatan
Awam (JPA) pada 28 Oktober 2011 dan DBP secara proaktif mengikutinya untuk membantu
kerajaan dalam melaksanakan dasar tersebut. Pekeliling JPA itu merupakan Pekeliling
Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 2011 mengenai Panduan Penggunaan Bahasa Kebangsaan
Dalam Perkhidmatan Awam (Iwan Shu-Aswad Shuib 2012a). Ketiadaan badan yang khusus
yang benar-benar berkuasa dengan kuasa undang-undang untuk memantau dan membimbing
penggunaan bahasa Melayu supaya baik, betul, dan indah boleh menjejaskan kejayaan program
ini.
|
Oleh hal yang demikian, selain memberi nasihat, DBP perlu diberi kuasa undang-undang
agar penguatkuasaan audit bahasa Melayu ini lebih berkesan. Maka, hala tuju DBP mestilah
berasaskan usaha dalam memastikan taraf bahasa Melayu sebagai bahasa negara terlaksana dan
tidak tergugat. Serentak dengan itu sistem bahasa dapat dimantapkan dari semua sudut, baik
ejaan, istilah, sebutan, kosa kata mahupun laras bahasa agar kemantapan sistem bahasa dapat
menunjang kedudukan atau taraf bahasa Melayu sebagai bahasa negara (Iwan Shu-Aswad Shuib
2012b). Oleh hal yang demikian, DBP perlu diberi ruang dan peluang menjalankan tugasnya
supaya program audit bahasa Melayu ini memenuhi objektif yang diinginkan.
|
2.2 Mewujudkan mekanisme audit yang mantap
|
Dalam melaksanakan program audit bahasa Melayu ini juga kerajaan perlu mewujudkan
mekanisme audit yang mantap. Mekanisme audit ini berfungsi supaya setiap jabatan dan agensi
kerajaan menyediakan dokumen atau surat rasmi dalam bahasa Melayu. Berdasarkan tinjauan,
masih terdapat kementerian, jabatan dan agensi kerajaan tidak menggunakan bahasa Melayu
sepenuhnya dalam dokumen urusan rasmi masing-masing, sebaliknya menggunakan bahasa
Inggeris, termasuk dalam surat pekeliling dan minit mesyuarat bulanan. Terdapat juga pegawai
atasan dan penjawat awam tidak memahami atau terlepas pandang Dasar Bahasa Kebangsaan
|
yang turut disokong Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Setakat
ini ada beberapa kementerian, jabatan dan agensi kerajaan mencapai tahap 80 hingga 90 peratus
penggunaan bahasa Melayu dalam semua dokumen rasmi (Matzidi Dris 2012). Oleh hal yang
demikian, kerajaan perlu bertegas dalam hal ini termasuk dengan memulangkan semula surat
rasmi atau dokumen yang tidak menggunakan bahasa Melayu (Utusan Malaysia 2011).
|
Hakikat bahawa dalam penggunaan bahasa harian rakyat Malaysia, sama ada di sektor
swasta ataupun di beberapa jabatan kerajaan, terdapat sikap tidak menghormati bahasa
kebangsaan. Surat-menyurat mula ditulis dalam bahasa lain contohnya perjanjian jual beli
kebanyakannya tidak dibuat dalam bahasa Kebangsaan dan seringkali terdapat kekeliruan dan
maklumat yang berbeza dan keadaan ini mencetuskan banyak masalah sejak kebelakangan ini.
Sememangnya dewasa ini bahasa Inggeris telah dicanangkan sebagai bahasa antarabangsa,
bahasa ekonomi, bahasa perniagaan, bahasa ilmu, bahasa siber dan bahasa moden. Semua orang
digalakkan, malah ada ketikanya dipaksa untuk meningkatkan penggunaan bahasa Inggeris, atas
alasan tanpa penguasaan bahasa dunia itu orang kita tidak boleh pergi jauh (Abd. Jalil Ali 2004:
8). Kita tidak rela bahasa Melayu dipinggirkan. Oleh itu, setiap dalam kalangan kita perlu
bangga bertutur dalam bahasa Melayu di samping mewujudkan mekanisme yang mantap demi
kecintaan kita terhadap bahasa Melayu.
|
2.3 Melaksanakan program untuk menyemarakkan semangat cinta akan bahasa
kebangsaan
|
Selain itu, kerajaan juga wajar menimbang beberapa program untuk menyemarakkan semangat
cinta akan bahasa kebangsaan di segenap lapisan masyarakat dan organisasi terutamanya dalam
sektor awam. Melalui program yang dirancang secara berterusan, perasaan cinta akan bahasa
Kebangsaan akan lebih bersemarak. Secara khususnya, sebelum program audit bahasa Melayu
ini diperkenalkan, kerajaan telah melancarkan program berkaitan penggunaan bahasa di semua
|
peringkat termasuklah perkhidmatan awam. Program Gerakan Cintailah Bahasa Kita yang
dilancarkan pada 11 Disember 1987 oleh Perdana Menteri Malaysia, bertujuan untuk membina
kesedaran dan mewujudkan budaya berbahasa kebangsaan dalam kalangan masyarakat pengguna
bahasa di Malaysia. Sempena pelancaran Gerakan Cintailah Bahasa Kita, beberapa kegiatan
dilaksanakan. Antaranya termasuklah penyiaran lagu tema Gerakan Cintailah Bahasa Kita di
RTM dan TV3, penerbitan dan pengedaran risalah bahasa terbitan DBP, pengedar poster dan
pelekat kempen, penayangan filem lagu tema di pawagam, promosi kempen melalui media cetak
dan elektronik, pembinaan papan iklan besar di tempat-tempat strategik di Wilayah Persekutuan
dan pameran buku pengajian tinggi. Di antara tahun 1990 hingga tahun 1994, kegiatan yang
digerakkan sempena Gerakan Cintailah Bahasa Kita termasuklah penyebaran bahan-bahan
panduan bahasa kepada masyarakat. Antara bahan yang diedarkan termasuklah Pedoman Umum
Ejaan Rumi Bahasa Melayu, Bahasa Melayu dan Penyalahgunaannya, risalah Khidmat Nasihat
Bahasa dan Ke Arah Bahasa Melayu yang Berkesan.
|
Semasa Majlis Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan (13 Oktober 2011) di Universiti
Teknikal Malaysia Melaka, YAB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Bin Haji Mohd. Yassin
menyatakan bahawa penguatkuasaan penggunaan bahasa kebangsaan yang betul di tempat-
tempat awam juga perlu diberikan perhatian utama oleh pihak-pihak berkuasa tempatan. Beliau
turut merakamkan penghargaan kepada dua pihak berkuasa tempatan, iaitu Majlis Perbandaran
Melaka Bandar Raya Bersejarah dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang telah mewajibkan
penggunaan bahasa kebangsaan yang betul pada papan-papan iklan di tempat awam. Beliau turut
memuji kedua-dua pihak berkuasa tempatan ini atas komitmen yang ditunjukkan dalam usaha
untuk menguatkuasakan penggunaan bahasa kebangsaan yang betul. Oleh itu, marilah kita sama-
sama bangkit dan berpadu tenaga merangka pelbagai program memartabatkan bahasa Melayu
dalam perkhidmatan awam seterusnya mengguna pakai bahasa Melayu yang berkualiti.
|
3.0 IMPLIKASI PROGRAM TERHADAP USAHA MEMARTABATKAN PENGGUNAAN BAHASA MELAYU DALAM SEKTOR AWAM
|
3.1 Lonjakan kesedaran penjawat perkhidmatan awam terhadap penggunaan bahasa
kebangsaan
|
Cadangan program audit bahasa Melayu memberi implikasi apabila menyaksikan lonjakan
kesedaran penjawat perkhidmatan terhadap penggunaan bahasa kebangsaan. Perkara ini selaras
dengan peruntukan Perkara 152 Perlembagaan Malaysia agar bahasa Melayu diwajibkan dalam
semua urusan rasmi kerajaan seperti surat rasmi dan surat pekeliling. (Iwan Shu-Aswad
2012a). Dari segi kedudukan tarafnya, kedudukan bahasa Melayu masih tetap terpelihara sebagai
bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa ilmu sepanjang pelaksanaan program ini
berlangsung. Seterusnya, audit tersebut akan sampai ke kabinet dan menjadi perhatian mengenai
tahap penguasaan dan mutu bahasa kementerian dan jabatan kerajaan. Mungkin masih banyak
kesalahan dari segi ejaan, tatabahasa dan laras bahasa maka kesalahan tersebut dapat diperbaiki.
Audit bahasa ini bukan bertujuan untuk menghukum (mana-mana kementerian atau jabatan
kerajaan) tetapi sebagai penambahbaikan. Maka, DBP perlu mendapat sokongan dan ruang untuk
melaksanakan tanggungjawab itu bagi mengisi keperluan negara, seperti melalui pengajaran
bidang-bidang ilmu dalam bahasa Melayu dan penyediaan buku teks dan buku rujukan dalam
bahasa Melayu, terutama bagi bidang sains dan teknologi (Iwan Shu-Aswad 2012a).
|
3.2 Mutu bahasa Melayu dapat ditingkatkan
|
Selain itu, mutu bahasa Melayu dapat ditingkatkan dengan peluasan penggunaan bahasa Melayu
ragam rasmi kerana itulah ragam yang diperlukan dalam bidang-bidang budaya tinggi seperti
pentadbiran, undang-undang, media massa dan pendidikan. Dalam bahasa pertuturan pula,
|
meskipun kesederhanaan menjadi tanda, perlu ditekankan aspek kesantunan bahasa supaya nilai
budaya dan sistem nilai masyarakat dapat dipulihara. Martabat bahasa Melayu pula dapat
dipertahankan jika bahasa itu diutamakan dalam bidang-bidang kehidupan bernegara, walaupun
kita tidak menolak keperluan menggunakan bahasa asing bagi keperluan tertentu. Kita berharap,
kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa negara tidak bertukar menjadi seolah-olah bahasa
kedua apabila bahasa asing diutamakan dalam urusan kenegaraan. Gerakan yang diadakan pada
peringkat pusat dan peringkat negeri ini telah memberikan kesan yang positif terhadap beberapa
golongan masyarakat pengguna bahasa di negara kita, termasuklah sektor perundangan dan
kehakiman, yang secara langsung atau tidak langsung menghasilkan pindaan terhadap Akta
Bahasa Kebangsaan 1963/1967, yang menguatkuasakan penggunaan bahasa Melayu di
mahkamah bermula pada Jun 1990. Di Parlimen pula, ahlinya dikehendaki menggunakan bahasa
Melayu sepanjang waktu dan perlu memohon izin jika hendak menggunakan bahasa lain (Nik
Safiah 2007:7). Program audit bahasa Melayu ini hanya perlu dimantapkan dari segi
pelaksanaannya bukan seperti melepaskan batuk ditangga mahupun hangat-hangat tahi ayam
sahaja. Kerjasama berterusan daripada semua pihak amat ditagih agar program yang dirancang
ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak.
|
3.3 Menambahkan bilangan penulisan ilmiah
|
Pelaksanaan program audit bahasa Melayu ini juga akan menambahkan penulisan-penulisan
ilmiah yang boleh dijadikan bahan rujukan terutamanya dalam sektor perkhidmatan awam.
Secara tidak langsung, pengetahuan bahasa dalam kalangan penjawat awam akan meningkat.
Harapan kerajaan, khususnya Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk
melihat pencapaian sasaran 26,000 judul buku setahun perlu dijadikan cabaran oleh ahli ilmu dan
karyawan (Iwan Shu-Aswad 2012b). Tan Sri Muhyiddin Yassin (2011) turut menyatakan
bahawa pada masa kini, daripada hampir 15,700 judul buku yang diterbitkan di negara kita,
|
hanya terdapat sekitar 3,900 judul buku sains dan teknologi. Jumlah buku ilmiah dalam bidang
sains dan teknologi yang bertaraf ilmu tinggi dalam bahasa Melayu adalah amat sedikit.
Sekiranya kita benar-benar mahu menyebarluaskan fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu,
terutamanya dalam bidang sains dan teknologi, maka jumlah buku-buku ilmiah sains dan
teknologi dalam bahasa Melayu perlu diperbanyak.
|
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) juga akan mewujudkan dana berjumlah 2 juta ringgit
bermula tahun 2012 untuk menggalakkan penerbitan buku-buku ilmiah sains dan teknologi
bertaraf ilmu tinggi dalam bahasa Melayu. Tidak terkecuali apabila sehingga 2010, Institut
Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) telah menterjemahkan 507 judul dalam pelbagai bidang
seperti Pendidikan, Pengurusan, Sastera, Teknologi Maklumat, Sains, Sains Sosial, Tamadun
Islam dan lain-lain. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 333 judul telah diterjemahkan ke bahasa
Melayu. Terjemahan ini amat penting, khususnya untuk golongan pelajar dan masyarakat umum
bagi memastikan bahan rujukan dalam bahasa Melayu sentiasa ada dan berkembang selaras
dengan perkembangan ilmu di peringkat global. Sehingga kini, sebanyak 257,568 halaman
dokumen dan sijil telah diterjemahkan. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 129,725 merupakan
terjemahan daripada pelbagai bahasa asing ke bahasa Melayu. Kesimpulannya, penulisan ilmiah
dalam bahasa Melayu akan meningkatkan kualiti penggunaan bahasa kebangsaan serta bahasa
Melayu akan diguna pakai terutamanya pada peringkat perkhidmatan awam.
|
4.0 RUMUSAN
|
Peranan bahasa Melayu telah merentas etnik. Pengwujudan program audit bahasa Melayu
diharap memberi impak yang positif. Audit bahasa yang cadangkan ini adalah diharapkan supaya
jabatan dan agensi kerajaan mematuhi ketetapan itu di samping mutu penggunaan bahasa
mencapai tahap ragam bahasa Melayu rasmi, iaitu menurut sistem ejaan, sebutan, tatabahasa,
kosa kata dan laras bahasa yang tertib. Harapan utama saya tentang bahasa Melayu ialah agar
Dasar Bahasa Kebangsaan yang menjadi salah satu dasar negara dipertahankan, dihormati dan
disokong pemantapannya dalam segenap sektor kehidupan bertamadun di negara ini. Semoga
bahasa Melayu terus diguna pakai dan kualiti penggunaan bahasa Melayu akan meningkat di
peringkat perkhidmatan awam. Oleh sebab kedudukannya sebagai bahasa rasmi adalah menjadi
tanggungjawab semua untuk mengekalkan eksklusif itu. Kalau kita cinta akan bahasa itu kita
sendiri patut ke hadapan memperjuangkannya, bukan hanya menyerahkan kepada DBP.
Masalahnya kita hanya pandai dan cepat menyalahkan pihak-pihak tertentu tetapi kita sendiri
pun tidak bersungguh-sungguh mempertahankan bahasa tersebut. Jadi, dalam penggunaan bahasa
Melayu, wajar juga dilaksanakan audit. Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) kini dalam peringkat
akhir menyediakan garis panduan untuk digunakan dalam audit berkenaan dan jika semua
berjalan lancar, garis panduan itu akan dikemukakan kepada kerajaan pada bulan Jun ini.
|
BIBLIOGRAFI
|
Abd. Jalil Ali.(2004). Bahasa Melayu sudah tidak relevan? Minda Edisi Julai:8.
Iwan Shu-Aswad Shuib.(20 Februari 2012a). DBP sedia jadi urus setia audit bahasa Melayu.
Mac 2012].
Iwan Shu-Aswad Shuib.(24 Februari 2012b). Wawancara bersama KP DBP baru, Dr. Awang
Sariyan. Mstar.com.my [31 Mac 2012].
Matzidi Dris. (2012). DBP audit bahasa Melayu. Berita Harian, 16 Februari.
Muhyiddin Mohd. Yassin. (2011). Teks ucapan Majlis Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan
2011. Bertempat di Universiti Teknikal Malaysia, Melaka, 13 Oktober 2011.
Nik Safiah Karim.(2007).Kejayaan bahasa Melayu dalam 50 tahun. Pelita Bahasa April:4-7.
Nik Safiah Karim et.al. (2008). Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Utusan Malaysia. 2011. 30 Oktober.
_________________________________________________ keratan akhbar Harian Metro 29hb. Jun,2012 (Jumaat) |
__________________________________
keratan akhbar Harian Metro 02hb. Ogos,2012 (Khamis)
__________________________________
FUNGSI BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA PENGHANTAR
ILMU PENGETAHUAN
(MEI 2012)
|
PENGENALAN
Pada abad ke-20 ini, kita menyaksikan ledakan maklumat yang berlaku secara global dan
membawa kepada tercetusnya revolusi dunia ketiga, iaitu revolusi era digital atau teknologi
maklumat. Sehubungan itu, Projek Koridor Raya Multimedia (MSC) diumumkan oleh mantan
Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam persidangan Multimedia Asia pada 1 Ogos
1996 (Ummu Atiyyah Hassan 2004: 64). Perkembangan ini telah membuka lebih banyak
peluang pendidikan dan seterusnya akan melahirkan masyarakat madani yang mahir dalam
teknologi maklumat selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang termaktub dalam Akta
Pendidikan 1996. Pendidikan Bahasa Melayu berhasrat membina rasa bangga terhadap bahasa
yang mencerminkan akal budi dan pemikiran rakyat, juga berperanan sebagai pemangkin kepada
semangat cinta akan tanah air yang dikongsi bersama oleh semua rakyat dalam satu wawasan.
|
PERANAN GURU UNTUK MENGGERAKKAN FUNGSI BAHASA MELAYU KE
ARAH MENTRANSFORMASIKAN PENJANAAN ILMU PENGETAHUAN PADA ERA
TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
Guru berperanan menggerakkan fungsi bahasa Melayu ke arah mentransformasikan penjanaan
ilmu pengetahuan pada era teknologi maklumat dan komunikasi. Kejayaan pelaksanaan
transformasi kurikulum amat bergantung kepada upaya guru untuk memperbaiki kaedah
pengajaran dan pembelajaran. Bagi mencapai tujuan tersebut, guru perlu mempunyai
tanggungjawab memilih dan membina bahan yang sesuai untuk proses pengajaran dan
pembelajaran (P&P). Dalam proses P&P bahasa Melayu, aspek tatabahasa boleh digabungkan
secara terancang dalam konteks dengan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis.
Perihal pentingnya pengajaran aspek tatabahasa dan pemilihan bahan yang sesuai (Mohd. Ra'in
Shaari et.al 2011). Guru dilihat terdedah kepada satu usaha untuk menjadikan Malaysia pusat
pendidikan bertaraf dunia, pusat perhubungan telekomunikasi antarabangsa dan model
|
kecemerlangan pendidikan antarabangsa (Mashitoh & Maharam 2000). Sekolah Bestari misalnya
pada peringkat rendah dan menengah adalah bagi melahirkan warga yang kritis, kreatif serta
inovatif bagi menghadapi arus globalisasi zaman teknologi maklumat pada abad ke-21 ini
(Kementerian Pendidikan Malaysia 1998). Selaras dengan matlamat ini, pendidikan perlu
melalui satu transformasi yang menuntut kepada anjakan paradigma khususnya dalam aspek
kurikulum, pedagogi, sistem penilaian, pengurusan dan pentadbiran. Oleh hal yang demikian,
pengajaran guru mestilah teknologikal iaitu kurikulum menggunakan teknologi sebagai satu
sistem penyampaian, menguji kelancaran dalam kehidupan pelajar dan memberi pelajar
kemahiran yang diingini terhadap penggunaan teknologi dalam menggerakkan fungsi bahasa
Melayu ke arah mentransformasikan penjanaan ilmu pengetahuan pada era teknologi maklumat
dan komunikasi ini.
|
Negara kita telah mencapai kemerdekaan lebih daripada empat dekad. Selama itu pihak
kerajaan dan pejuang bahasa berusaha mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan,
bahasa rasmi negara dan bahasa pengantar ilmu seperti yang ditetapkan oleh Perlembagaan dan
Perundangan Malaysia. Kadangkala, kita berhadapan dengan guru-guru yang tidak
berketerampilan untuk mengajarkan bahasa Melayu terutama di sekolah-sekolah Jenis
Kebangsaan dan di Institusi Pendidikan Tinggi Swasta. Tambahan pula, sesetengah kumpulan
pendidik dan pelajar menganggap penguasaan bahasa Melayu standard tidak penting. Oleh hal
yang demikian, penyelesaian masalah utama dalam pendidikan Melayu khususnya dari segi asas
bahasa dan pedagogi bahasa dan masalah kualiti bahasa Melayu yang digunakan oleh para guru
dan pelajar, masalah keterampilan guru bahasa Melayu khususnya, dari segi asas bahasa dan
pedagogi bahasa dan masalah kualiti pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Masalah-
masalah inilah yang menjadi 'duri dalam daging' dalam pendidikan bahasa Melayu di samping
masalah sikap pelajar, guru dan pelaksana dasar di peringkat makro dan mikro. Guru boleh
memilih pendekatan, kaedah serta teknik pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan
kebolehan pelajar. Kaedah dan teknik perbincangan, simulasi, projek, dan inkuiri berasaskan
pembelajaran kajian masa depan, kecerdasan pelbagai, konstruktivisme, dan kontekstual
umpamanya meningkatkan minat murid terhadap pelajaran. Keberkesanan pengajaran
|
bergantung pada pengolahan teknik dan penggunaan bahan bantu dan teknologi yang dapat
merangsang dan menggalakkan murid berfikir secara kritis dan kreatif, berkomunikasi, dan
berinteraksi. Dengan ini, fungsi bahasa Melayu dalam mentransformasikan penjanaan ilmu
pengetahuan tercapai.
|
Dalam strategi membina modal insan, guru bertanggungjawab memastikan semua pelajar
dilengkapi dengan segala ilmu pengetahuan dan kemahiran yang merangkumi kemahiran
berkomunikasi yang berkesan. Oleh hal yang demikian, gurulah yang terlebih dahulu perlu
menyiapkan diri dengan segala ilmu dan model teladan kepada pelajar. Guru perlu cekap dan
terlatih untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang menarik dan menyeronokkan dengan
penguasaan ilmu yang mendalam dalam pengajaran masing-masing. Akibatnya strategi
pengajaran masih bercorak tradisional iaitu berpusatkan kepada guru dan pelajar tidak
didedahkan dengan kemahiran berfikir yang betul dan terancang (Noriah 2000). Komunikasi satu
hala guru juga menyebabkan pelajar cepat mengantuk dan bosan terhadap pelajaran. Keadaan ini
menyebabkan penglibatan pelajar pasif (Omardin 1999). Strategi pengajaran guru di dalam bilik
darjah pada masa kini tidak sepatutnya berpusatkan guru. Dalam strategi pengajaran yang
berpusatkan guru, guru bercakap, pelajar mendengar dan kemudiannya membuat latihan. Situasi
tersebut mula mengalami perubahan dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Jadi, strategi pengajaran guru seharusnya
berubah menjadi satu pengalaman yang mencabar dan menyeronokkan pelajar. Guru bukan
semata-mata berperanan sebagai pengajar tetapi guru juga perlu berperanan sebagai pembimbing
yang menggalakkan pelajar-pelajar menguasai kemahiran berbahasa serta memperkembangkan
pengetahuan bahasa yang telah mereka kuasai (Juriah 1992). Guru tidak lagi boleh memberi satu
pengajaran yang sama untuk semua pelajar tetapi guru bertindak menyediakan pengalaman
pembelajaran yang berlainan kepada setiap pelajar berdasarkan kebolehan dan minat mereka.
Prinsip pengajaran berpusatkan pelajar berdasarkan kepada gagasan pengetahuan melalui
pengumpulan, penganalisisan maklumat serta mengintegrasikan kemahiran am yang memerlukan
komunikasi, berpemikiran kritis, penyelesaian masalah dan sebagainya. Norizan (2002) pula
|
menjelaskan bahawa terdapat beberapa perubahan kaedah pengajaran bahasa Melayu khususnya
dari segi bentuk interaksi, bentuk bahan pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu yang boleh
diprogramkan ke dalam bentuk multimedia dan aktiviti kelas berpusatkan pelajar.
Kesimpulannya, inovasi dalam pengajaran di sekolah amat perlu supaya guru-guru mendekati
teknologi maklumat dan menggunakannya sebagai medium pengajaran sesuai dengan
transformasi pendidikan.
|
Perkembangan dalam bidang teknologi komputer juga mempengaruhi pengajaran Bahasa
Malaysia. Guru perlu menjadi orang yang dahaga akan ilmu dan sentiasa peka dengan
perkembangan ilmu dalam bidangnya. Sebagai seorang guru yang berminda kelas pertama,
seseorang guru itu mestilah suka untuk belajar perkara di luar bidangnya termasuk yang
berkaitan dengan teknologi maklumat dan komunikasi. Guru hendaklah melengkapkan diri
dalam penguasaan kemahiran penggunaan komputer demi memainkan peranan dengan berkesan
untuk pelaksanaan kurikulum inovatif dalam era teknologi maklumat dan komunikasi (Mok
2002). Pengajaran Berbantukan Komputer (PBK) merupakan satu kaedah secara umumnya
dikaitkan dengan penggunaan komputer untuk tujuan menyokong aktiviti pengajaran dan
pembelajaran atau mempelajari sesuatu dengan komputer (Forcier 1999). Pelajar tidak lagi perlu
menghabiskan masa mencari dan menghafal fakta serta maklumat sebaliknya masa tersebut
boleh ditumpukan terhadap aktiviti-aktiviti pemupukan kemahiran berfikir. Namun, agak
membimbangkan apabila beberapa kajian dan penulisan mendapati bahawa kemahiran guru
berkaitan teknologi maklumat dan komunikasi agak rendah. Dapatan Jamaludin & Abd. Rashid
(1999) menunjukkan lebih separuh guru yang mengajar bahasa Melayu tidak mahir
menggunakan komputer dan ramai daripada guru-guru tersebut tidak pernah menggunakan
internet. Sementara, Norizan (2002) pula mendapati bahawa literasi guru bahasa Melayu adalah
lebih kepada mengetahui tentang komputer dan bukannya kebolehan menggunakan komputer.
Musa (1999) pula mendapati bahawa kemahiran guru dalam penggunaan komputer berada dalam
keadaan yang tidak memuaskan dan tidak bersedia ke arah melaksanakan pengajaran
berbantukan komputer. Sememangnya tidak dinafikan bahawa kelemahan tetap ada. Guru perlu
berani berubah kepada guru berminda kelas pertama supaya pelajar yang dihasilkan juga
mempunyai minda kelas pertama.
|
KEPENTINGAN BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA PENGANTAR ILMU
PENGETAHUAN DI SEKOLAH
|
Bahasa Melayu memainkan peranan sebagai bahasa pengantar ilmu pengetahuan di sekolah.
Ketika ini, bahasa Melayu diasak dari semua sudut hingga benteng pertahanannya makin hari
makin rapuh. Walaupun sekukuh Tembok Besar China, lama-kelamaan benteng pertahanannya
akan runtuh jika tidak disertai oleh semangat juang askarnya yang mempertahankannya.
Begitulah juga halnya dengan bahasa Melayu jika warga tuturnya mengambil sikap tidak endah.
Kadang-kala kita pun tidak pasti akan sebab bahasa Melayu tidak dikuasai oleh para pelajar
mahupun sesetengah masyarakat di negara kita. Yang lebih memeranjatkan kita ialah adanya
pelajar yang langsung tidak mampu membina ayat yang paling mudah dalam bahasa Melayu.
Anehnya, warga asing yang bahasa ibundanya bukan bahasa Melayu mampu pula untuk
menggunakan bahasa Melayu. Lebih menghairankan kita ialah mereka berusaha dengan
bersungguh-sungguh untuk bertutur dalam bahasa Melayu ketika berkomunikasi dan berinteraksi
dengan masyarakat tempatan, sedangkan warganegara Malaysia tidak menunjukkan ikhtiar yang
demikian. Namun, apabila kita menghadiri majlis debat dan pidato anjuran Kementerian
Pelajaran, terbukti sekali lagi keupayaan pelajar kita. Mereka dengan lincah menggunakan
bahasa Melayu sebagai alat untuk berdebat dan berpidato, dengan penguasaan bahasa yang
mengagumkan. Sesungguhnya telah terbukti bahawa bahasa Melayu berjaya dalam bidang
pendidikan dan muncul gemilang sebagai wahana ilmu pengetahuan (Nik Safiah Karim 2007:7).
Sistem pendidikan merupakan wadah utama penetapan dan pelaksanaan dasar bahasa dan
pendidikan bahasa sesebuah negara. Dalam dokumen rasmi yang berkaitan dengan pendidikan
yang pernah diwartakan sebelum ini, antaranya Laporan Fenn-Wu (1951), Jawatankuasa Barnes
(1951), Ordinan Pelajaran (1957), Akta Pelajaran (1961), Akta Bahasa Kebangsaan (1963,
pindaan 1967) dan Akta Pendidikan (1996), serta dokumen penting seperti Penyata Razak
(1957), Laporan Rahman Talib (1961) dan Laporan Kabinet Mengkaji Dasar Pelajaran (1979),
isu bahasa tidak pernah lekang daripada perhatian penggubal dasar berkenaan. Laporan ini
|
bertujuan untuk memungkinkan bahasa Melayu digunakan sepenuhnya sebagai bahasa
kebangsaan, bahasa itu diberi tempat sebagai bahasa pengantar ilmu pengetahuan agar dapat
berkembang menjadi bahasa yang moden dan mampu menjadi asas pembinaan negara bangsa
yang maju dan berdaulat.
|
Dalam sektor pendidikan ini juga, masih ada pihak yang memperjuangkan penggunaan
bahasa Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran tertentu. Pihak yang
berkenaan enggan menerima kenyataan bahawa bahasa Melayu merupakan bahasa ilmu. Ada
yang masih bertanggapan bahawa bahasa Melayu tidak sama 'kelas' dengan bahasa lain seperti
bahasa Inggeris. Jika bahasa Melayu tidak mampu untuk menjadi bahasa ilmu, tentu sekali
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) tidak akan ditubuhkan dan tersergam kukuh hingga hari
ini. Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan telah memainkan peranan penting menjadikan
Bahasa Melayu sebagai asas pembinaan negara. Sesungguhnya Perkara 152 ini telah mengiktiraf
dan mengisytiharkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan serta bahasa rasmi negara.
Perkara ini termaktub dalam Perkara 152 (1). Oleh hal yang demikian, dengan termaktubnya
Perkara 152 mendapati negara mempunyai asas yang kukuh untuk membina sebuah negara.
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 antara fokus Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM) dalam memperkasakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa ilmu di sekolah.
Sebenarnya, bahasa Melayu memiliki apa-apa sahaja yang dipunyai oleh bahasa yang lain
terutamanya bahasa Inggeris. Cuma ruang dan peluang untuknya menunjukkan 'belang' di
negara ini agak tersekat dan terbatas oleh sebab dan alasan yang kadang kala tidak masuk akal.
|
Bahasa Melayu mempunyai lambang, iaitu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan
bahasa pemersatu. Hasrat ini terungkap dalam dasar bahasa dengan merujuk pada Perkara 152
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Melalui perkara ini, Bahasa Melayu telah dipilih
sebagai lambang jati diri warganegara Malaysia. Hal ini sangat diperlukan kerana setiap negara
mempunyai bahasanya sendiri. Contohnya negara Jepun dengan bahasa Jepunnya, negara Jerman
dengan bahasa Jermannya dan negara Perancis dengan bahasa Perancisnya. Oleh hal yang
demikian, bahasa Melayu memainkan peranan sebagai lambang negara Malaysia di persada
dunia. Bahasa Melayu juga berperanan sebagai perakuan kejatidirian bangsa Malaysia demi
|
memenuhi maksud kemajuan mengikut acuan sendiri seperti yang digariskan dalam Wawasan
2020. Pemilihan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa pengantar dalam bidang
pendidikan dilakukan dengan hasrat murni untuk mencapai perpaduan kebangsaan yang menjadi
wahana penting dalam memupuk perkongsian nilai yang sama sebagai warganegara. Sebagai
bahasa ilmu pengetahuan di sekolah, kepentingan bahasa Melayu juga dilihat berdasarkan
berperanannya sebagai bahasa perpaduan. Perpaduan sangatlah penting dalam masyarakat yang
berbilang bangsa. Tanpa perpaduan negara akan kucar-kacir dan musnahlah sebuah negara
berdaulat. Di Malaysia ini, terdapat tiga kaum utama iaitu kaum Melayu, Cina dan India. Kaum
Melayu merupakan penduduk asal Malaysia dan mempunyai penduduk yang melebihi 50%
daripada keseluruhan warganegara di sini. Oleh sebab itulah bahasa Melayu telah dipilih
berdasarkan kaum majoriti penduduk. Bahasa ini wajib diketahui oleh setiap kaum kerana bahasa
ini menjadi bahasa utama dalam konteks hubungan antara kaum. Bagi merealisasikan peranan
bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan agen perpaduan negara, Penyata Razak dijadikan
sebagai asas Ordinan Pelajaran 1957. Menurut penyata itu, bahasa dan pendidikan dapat
digunakan sebagai alat untuk meningkatkan persefahaman perpaduan kebangsaan antara
penduduk yang berbilang kaum. Hakikatnya, bahasa Melayu telah membuktikan keupayaannya
sebagai bahasa ilmu dan bahasa pengantar utama dalam pendidikan.
|
Setelah 30 tahun dirancang dengan begitu rapi, perkembangan yang positif dalam
penggunaan bahasa Melayu dapat dilihat dalam bidang ilmiah. Pada peringkat sekolah,
kepentingan bahasa Melayu ini dilihat melalui beberapa ciri umum iaitu peristilahan, tatabahasa,
laras dan sebagainya. Fauzilahyatun Mustafa (2010:13) menyatakan bahawa Dewan Bahasa dan
Pustaka (DBP) telah menghasilkan lebih daripada sejuta istilah dalam pelbagai bidang ilmu, iaitu
sejumlah 865 702 istilah diterbitkan dalam 226 buah daftar dan glosari istilah serta 46 buah
kamus istilah. Nik Safiah et.al (2008:26) pula menjelaskan bahawa pemupukan bahasa Melayu
melalui Dewan Bahasa dan Pustaka telah menghasilkan lebih 600 000 istilah dalam pelbagai
bidang sejak tahun 1956. Tan Sri Muhyiddin Yassin (2011) menyatakan bahawa pada masa kini,
daripada hampir 15,700 judul buku yang diterbitkan di negara kita. Sehubungan itu, beliau turut
mengumumkan bahawa kerajaan melalui Dewan Bahasa dan Pustaka, akan mewujudkan dana
|
berjumlah 2 juta ringgit bermula tahun 2012 untuk menggalakkan penerbitan buku-buku ilmiah
termasuklah buku berkaitan sains dan teknologi bertaraf ilmu tinggi dalam bahasa Melayu. Tidak
terkecuali apabila sehingga 2010, Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) juga telah
menterjemahkan 507 judul dalam pelbagai bidang seperti Pendidikan, Pengurusan, Sastera,
Teknologi Maklumat, Sains, Sains Sosial, Tamadun Islam dan lain-lain. Daripada jumlah
tersebut, sebanyak 333 judul telah diterjemahkan ke bahasa Melayu. Sehingga kini juga,
sebanyak 257,568 halaman dokumen dan sijil telah diterjemahkan. Daripada jumlah tersebut,
sebanyak 129,725 merupakan terjemahan daripada pelbagai bahasa asing ke bahasa
Melayu.Terjemahan ini amat penting khususnya untuk golongan pelajar dan masyarakat umum
bagi memastikan bahan rujukan dalam bahasa Melayu sentiasa ada dan berkembang selaras
dengan perkembangan ilmu di peringkat global. Pernyataan ini membuktikan betapa seriusnya
pihak berwajib mengangkat bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu terutamanya di sekolah.
|
KESIMPULAN
|
Guru perlu sedar peranan dan tanggungjawab guru sebagai constructive leader, pendidik yang
berinovatif dan kreatif, pengguna teknologi maklumat yang cekap, penguasa ilmu yang mantap
dan pemupuk nilai yang gigih. Guru harus membekalkan pelajar dengan tugasan yang lebih
mencabar, mengoptimumkan potensi pelajar, menjana minda serta menggunakan banyak bahan
dari sumber-sumber yang mudah didapati hasil dari perkembangan teknologi. Sistem pendidikan
yang berkualiti mampu melahirkan tenaga kerja yang boleh menjadi global player dengan ciri-
ciri peribadi unggul seperti jati diri yang tinggi, inovatif, berkemahiran, berdaya saing dan kreatif
bagi menangani cabaran negara dan arus dunia tanpa sempadan ini. Maka, mutu sistem
pendidikan di negara kita perlu terus ditingkatkan bagi memecahkan monopoli penguasaan Barat
dalam pelbagai bidang khususnya bidang sains dan teknologi. Sistem pendidikan di Malaysia
diselia oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan sistem pendidikan dipusatkan terutamanya bagi
sekolah rendah dan sekolah menengah.
|
B[BLIOGRAFI
|
Fauzilahyatun Mustafa.(2010). Bahasa Melayu dalam pendidikan. Pelita Bahasa
Edisi November: 13-15.
|
Forcier, R. C.(1999). The computer as an educational tool: Productivity and problem solving.
2nd ed. Englewood Cliffs, NJ: Prentice Hall.
Jamaludin Badusah & Abd. Rashid Johar.(1999). Penggunaan komputer dan internet di kalangan
guru-guru mata pelajaran Bahasa Malaysia: Satu cabaran. Dlm. Lilia Halim, Faridah
Serajul Haq, Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff, Norlena Salamuddin, Raja Mohd Fauzi Raja
Musa & Warnoh Katiman (pnyt). Prosiding Seminar Isu-Isu Pendidikan Negara, 26-27
November: 345-351. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Juriah Long.(1992). Pendekatan pengajaran bahasa Malaysia di sekolah dalam abad ke-21. Dlm.
Juriah Long, Halimah Badioze Zaman, Puteh Mohamed & Zalizan Mohd Jelas (disunting).
Aliran dalam amalan pendidikan menjelang abad ke-21. Bangi: Penerbit Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia.(1998). Huraian sukatan pelajaran Bahasa Malaysia KBSM
edisi Sekolah Bestari. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian
Pendidikan Malaysia.
Mashitoh Yaacob & Maharam Mamat.(2000). Sekolah Bestari: Menangani pembinaan budaya
ilmu berfikir secara kritis dan kreatif. Dlm. Abdullah Mohd Noor et al. (Ed.). Strategizing
teaching and learning in the 21st century, hlm 733-747. Bangi: Penerbit Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Mohd. Ra'in Shaari' Abdullah Yusof, Abu Bakar Yusof & Omar Hisham Mohd Baharin. (2011).
Modul KRB 3033 Pengantar Bahasa Melayu. Perak : Penerbit Pusat Pendidikan Luar
Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Mok Soon Sang.(2002). Ilmu pendidikan untuk KPLI. Edisi Kedua. Petaling Jaya: Kumpulan
Budiman Sdn. Bhd.
Muhyiddin Mohd. Yassin. (2011). Teks ucapan Majlis Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan
2011. Bertempat di Universiti Teknikal Malaysia, Melaka, 13 Oktober 2011.
Musa M. Noor.(1999). Kesediaan guru-guru KHB di daerah Pontian dari segi kemahiran dan
sikap terhadap penggunaan komputer dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Tesis
Sarjana Universiti Teknologi Malaysia.
Nik Safiah Karim.(2007).Kejayaan bahasa Melayu dalam 50 tahun. Pelita Bahasa April:4-7.
|
Nik Safiah Karim et.al. (2008). Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Noriah Abd. Rahman.(2000). Tahap penggunaan model konstruktivisme 5- fasa Needham di
kalangan pengajaran dan pembelajaran Sains sekolah rendah di daerah Kuala Terengganu
Selatan. Tesis Sarjana Universiti Malaya.
Norizan Abdul Razak.(2002). Pengajaran bahasa Melayu di alaf 21.
a [25 Mac 2012].
Omardin Ashaari.(1999). Pengajaran kreatif untuk pembelajaran aktif. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Ummu Atiyya Hasan.(2004). Pengaruh Teknologi Maklumat Terhadap Manusia. Minda Edisi
Jun: 4-65.
_______________________________________
REKA BENTUK KURIKULUM STANDARD SEBAGAI TERAS KEPADA PEMBANGUNAN POTENSI MURID SECARA BERSEPADU, MENYELURUH DAN SEIMBANG.
(APRIL 2012)
1.0 PENDAHULUAN
Kurikulum merupakan satu perkataan yang tidak asing lagi terutamanya dalam dunia pendidikan. Terdapat pelbagai andaian dan definisi yang boleh dibuat berdasarkan perkataan ini kerana kurikulum mempunyai pengertian yang sangat luas. Menurut kajian Kamarudin & Siti Hajar (2004), kurikulum sebenarnya berasal daripada perkataan Latin ‘curere’ yang bermaksud ‘laluan’ atau ‘jejak’. Dalam bahasa Inggeris pula kurikulum membawa maksud ‘jelmaan’. Paduan daripada kedua-dua kata ini telah menghasilkan kurikulum yang bermaksud laluan dari satu peringkat ke satu peringkat.
Memandangkan kurikulum mempunyai pengertian yang luas, maka banyak definisi yang boleh dibuat berdasarkan perkataan ini. Namun, sehingga ke hari ini ahli pendidikan masih belum mencapai kata sepakat dalam memberikan definisi tentang perkataan ini. Justeru, pelbagai definisi telah diberikan oleh beberapa golongan yang cerdik pandai untuk menghuraikan maksud sebenar perkataan kurikulum ini. Kepelbagaian definisi ini wujud dalam kalangan pengkaji kerana latar belakang yang berbeza daripada pelbagai segi seperti etnik, bahasa serta kebudayaan (Kamarudin & Siti Hajar 2004).
Manakala pengertian menurut pandangan Hilda Taba dalam bukunya Curriculum Development menyatakan bahawa ”curriculum is,after all,a way of preparing young people to participate as productive members of our culturer” (Taba, 1962). Hal ini, kurikulum yang dibina boleh membawa kepada persediaan pelajar dalam kehidupan sosial secara produktif. Kurikulum didefinisikan sebagai pelajaran yang diajarkan di sekolah, Menurut Nasution 1993 kurikulum ialah pelajaran yang harus di hadapi oleh siswa untuk ke peringkat lebih tinggi (ijazah). Pengertian kurikulum merujuk kepada kegiatan pendidikan yang berbentuk interaksi akademik antara pelajar, guru, sumber dan persekitaran (Ahmad Sudrajat, 2008).
Kurikulum pendidikan merupakan satu wadah penting dalam menjana anjakan paradigma dalam diri setiap individu dan ia juga memainkan peranan penting untuk melahirkan insan deduktif yang dinamik dalam semua aspek kehidupan (Mastura Badzis, 2008).
Secara umumnya, pendidikan selalu dikaitkan dengan proses pengajaran dan pembelajaran sesuatu kemahiran, penyampaian ilmu dan juga penerapan nilai. Dalam bentuk yang praktikal, hasil pendidikan seharusnya dapat melahirkan insan yang mampu mengaplikasi ilmu yang dipelajari dan memanfaatkan kemahiran yang dimiliki dalam kehidupan seharian.
Dalam konteks kanak-kanak, pendidikan perlu dilihat sebagai satu proses kognitif yang berterusan berkembang serentak dengan perkembangan individu seorang kanak-kanak yang mempelajari apa sahaja yang ada di persekitaran. Dengan adanya ‘ilmu’ atau kemahiran yang diperoleh, ia akan diaplikasikan dalam konteks persekitaran yang pelbagai samada dalam kehidupan sehariannya di ketika itu ataupun sebagai persediaan untuk kehidupannya di masa akan datang (Department of Education and Science, 1990).
1.1 DEFINISI KURIKULUM
Kurikulum pada dasarnya berasal daripada perkataan curere yang merupakan perkataan latin yang membawa maksud jejak atau laluan. Selain itu, kurikulum dalam bahasa inggeris memberi maksud jelmaan. Kurikulum dapat didefinisikan sebagai skop dan isi kandungan sesuatu mata pelajaran di sekolah, senarai kesemua mata pelajaran (kursus pengajian) di sekolah dan institusi pendidkan (Kamus Dewan Edisi Keempat 2007). Manakala definisi kurikulum mengikut Kamus Pelajar Edisi Kedua ialah semua mata pelajaran yang diajar di sekolah, kolej dan lain-lain institusi pendidikan. Merujuk kepada definisi tersebut, jika sesuatu program pendidikan hendak dirancang dan bertujuan untuk mendapatkan kemajuan yang berterusan diperlukan, maka konsep tentang sesuatu kurikulum adalah amat penting untuk dijadikan landasan kepada perlaksanaan sesuatu kurikulum tersebut (Ralph W. Tyler 1990).
Terdapat pelbagai definisi terhadap kurikulum yang diberikan oleh pakar-pakar dan pengkaji. Sesetengah pengkaji berpendapat kurikulum merupakan satu pengalaman. Definisi kurikulum menurut kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ialah kurikulum merupakan segala rancangan pendidikan yang dikendalikan oleh sesebuah sekolah atau institusi pendidikan untuk mencapai matlamat pendidikan. Ia adalah suatu rancangan yang meliputi segala ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai-nilai dan norma, unsur-unsur kebudayaan dan kepercayaan masyarakat untuk diperturunkan kepada ahli-ahlinya. Menurut Neagly dan Evans dalam Kamaruddin Hj. Husin dan rakan-rakan (2004) kurikulum ialah semua pengalaman yang dirancang dan dikemukakan oleh pihak sekolah yang bertujuan untuk membimbing murid memperoleh hasil pembelajaran yang telah ditetapkan mengikut keupayaan masing-masing. Saylor dan Alexander mendefinisikan kurikulum sebagai rancangan dalam menyediakan kesempurnaan pembelajaran bagi mencapai tujuan secara menyeluruh dan objektif yang spesifik. Semua pengalaman pembelajaran yang diorganisasikan untuk pelajar- pelajar pada setiap peringkat dalam institusi pendidikan (Abdullah Mohd Noor & Ahmad Jaffin Hassan, 1992 dalam Zaini B. Abdullah, Falsafah dan Kurukulum Pendidikan). Terdapat juga pendapat daripada beberapa pakar yang menyatakan bahawa kurikulum sebagai usaha. Usaha menyeluruh yang dirancang oleh pihak sekolah untuk membimbing murid memperoleh hasil pembelajaran yang telah ditentukan (Inlow, 1976). Menyampaikan prinsip dan unsur utama sesuatu usul pendidikan dalam keadaan yang terbuka kepada penelitian kritis dan boleh dikemukakan dengan berkesan secara praktik. (Stenhouse, 1975).
Kurikulum dapat dibahagikan kepada dua reka bentuk kurikulum iaitu reka bentuk kurikulum yang berasaskan standard dan kurikulum berbentuk modular. Kurikulum yang berbentuk standard adalah berasaskan standard kandungan dan standard pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid. Manakala kurikulum yang berbentuk modular mengandungi kandungan yang telah diorganisasi dan disampaikan dalam bentuk bahagian atau unit dan bahagian unit inilah yang dinamakan modul. (Kementerian Pelajaran Malaysia 2009). Selain itu, terdapat juga definisi yang menyatakan bahawa kurikulum sebagai unsur kebudayaan. Kurikulum ialah pilihan daripada berbagai- bagai unsur budaya yang terdiri daripada ciri sejagat, nilai am dan aspek khusus sesuatu budaya (Burtonwood, 1986).
1.2 MATLAMAT PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH
Struktur Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) digubal berlandaskan prinsip-prinsip Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Matlamat pendidikan sekola rendah ini adalah Untuk memastikan perkembangan potensi murid secara menyeluruh, seimbang, dan bersepadu. Perkembangan ini meliputi aspek-aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia. Untuk mencapai matlamat ini, satu bentuk pendidikan yang bersifat holistik perlu diperkasa untuk memenuhi tuntutan pendidikan serta menangani cabaran kehidupan masa kini dan masa depan.
1.3 PERUBAHAN DALAM KURIKULUM
Perubahan dalam kurikulum bermakna kurikulum itu boleh diubah kepada yang lebih baik ataupun mungkin kepada yang lebih buruk lagi. Ini disebabkan konsep perubahan kurikulum membawa erti yang umum dan tidak khusus. Memanglah tidak boleh kita terima hakikat bahawa sesuatu perubahan itulah yang membawa kepada yang lebih buruk lagi. Tetapi ini tidak pula bermakna yang ianya tidak boleh berlaku ataupun dilakukan (Razali Arof 1991).
Setiap perubahan yang dilaksanakan mempunyai objektif dan bentuknya tersendiri. Ini bermakna bahawa ahli-ahli pembentuk kurikulum perlu mengetahui tujuan dan bentuk perubahan yang hendak dilakukan. Apabila kita berbincang mengenai tujuan dan bentuk perubahan, sebenarnya kita menyentuh tentang jenis-jenis perubahan. Dalam bidang literatur terdapat sekurang-kurangnya empat jenis perubahan. Perubahan tersebut adalah perubahan bercorak hemeostatik, perkembangan, neomobilistik dan metamorphistik.
Perubahan homeostatik adalah perubahan yang dibuat tanpa memasukkan elemen-elemen pembaharuan yang bermakna. Perubahan yang dibuat hanyalah pertukaran atau gentian-gantian yang biasa sahaja (Razali Arof, 1991). Contohnya ialah Guru Besar B menggantikan Guru Besar A disebabkan Guru Besar A telah bersara. Demikianlah keadaan seterusnya supaya semua aktiviti yang terlibat dapat berjalan seperti biasa. Dengan kata lain, perubahan jenis homeostatik ini membawa perubahan yang berciri atau bersifat kebiasaan.
Perubahan perkembangan bererti wujudnya unsur atau elemen perubahan dalam sesuatu kurikulum itu tetapi perubahan itu adalah bercorak pembaharuan kepada yang lama dan dalam konteks bentuk kurikulum yang telah dibentuk. Ini bermakna ciri-ciri dan sifat-sifat kurikulum yang ada masih dikekalkan. Cuma yang berubah mungkin dari segi teknik yang digunakan ataupun alat-alat yang digunakan. Selalunya perubahna jenis perkembangan ini dilaksanakan untuk mengatasi aktiviti-aktiviti yang lemah setelah dikenal pasti. Contohnya perubahan dalam isi disebabkan cara-cara yang digunakan dalam pemilihan isi itu didapati telah tidak sah. Ataupun penukaran dalam beberapa objektif kurikulum tersebut disebabkan kaedah yang digunakan untuk memilih atau mengenal pasti objektif-objektif untuk kurikulum itu adalah tidak tepat. Dalam keadaan seperti contoh di atas, maka sesuatu kurikukum itu akan diubah bagi mewujudkan pembaharuan untuk menjadikan sesuatu kurikulum itu lebih berkesan (Razali Arof, 1991).
Seperti juga dengan perubahan perkembangan, perubahan neomobilistik juga membawa unsur atau elemen pembaharuan kepada kurikulum itu. Tetapi ia berbeza dengan perubahan perkembangan disebabkan perubahan neomobilistik wujud berdasarkan
faktor-faktor luaran seperti perkembangan ilmu dan penemuan teori baru serta prinsip baru. Dengan demikian, idea-idea atau pengetahuan baru itu sudah tentulah perlu diambil kira atau dimasukkan ke dalam kurikulum yang ada. Kalau perubahan itu tidak dilakukan, kurikulum tersebut tidak akan membawa faedah kerana ia mengandungi idea-idea yang tidak boleh diterima lagi. Dengan demikian kurikulum tersebut perlu diubah atau lebih tepat diperbaharui dengan memberi perhatian atau memasukkan idea-idea yang baru ke dalamnya (Razali Arof, 1991). Oleh itu, kurikulum tersebut akan selari dengan keadaan semasa serta lebih berfaedah. Namun demikian, perlulah diingat bahawa perubahan neomobilistik ini tidak membawa pembaharuan yang sangat besar kepada kurikulum.
Perubahan metamorphistik pula wujud disebabkan oleh kemasukan idea-idea baru kepada kurikulum. Perubahan metamorphistik membawa perubahan yang sangat besar kepada sesuatu kurikulum sehingga sekurang-kurangnya sebahagian besar daripada elemen-elemen dalam kurikulum itu terpaksa ditukar. Bukan sahaja bahagian rasional dan objektifnya perlu diperbaharui, tetapi juga isi kurikulum tersebut, pendekatan dalam penyusunan isi, pengajaran dan penilaian kurikulum juga perlu diperbaharui sesuai dengan kehendak baru mengenai fungsi dan objektif pendidikan (Razali Arof, 1991).
Terdapat berbagai-bagai faktor yang membawa kepada perubahan sesuatu kurikulum. Kadang-kadang faktor-faktor itu bergerak sendirian dan kadang-kadang bergabung. Antara faktor-faktor itu ialah kewujudan atau perkembangan ilmu-ilmu yang baru. Seperti yang kita maklum, kedudukan ilmu adalah sentiasa berkembang. Kita sering terbaca dalam akhbar, majalah atau mendengar melalui radio atau melihat melalui kaca televisyen tentang berbagai-bagai ilmu baru telah berjaya ditemui oleh para saintis terutamanya mengenai berbagai-bagai aspek yang bersangkutan dengan kehidupan seharian. Kurikulum yang telah dibentuk perlulah sentiasa dikemaskini supaya dengan demikian pelajar-pelajar atau penerima kurikulum itu akan mempelajari ilmu-ilmu yang mutakhir dan tidak mempelajari ilmu yang sudah ketinggalan zaman atau lapuk yang tidak boleh digunakan lagi.
Seterusnya ialah kehendak masyarakat ya6ng berubah. Kehendak masyarakat bukan sahaja bermacam ragam tetapi sentiasa berubah. Begitu juga dengan keadaan sesuatu benda, tidak ada yang kekal dan pasti mengalami perubahan. Itulah sebabnya kehendak yang timbul pada suatu zaman itu berbeza dengan zaman yang sebelumnya atau yang akan datang. Banyak perkara yang boleh mempengaruhi perubahan dalam kehendak masyarakat. Misalnya elemen pendewasaan ahli-ahli masyarakat itu sendiri. Kehendak pelajar remaja adalah berbeza dengan kehendak pelajar di peringkat kanak-kanak. Dengan itu kurikulum yang dibentuk untuk kanak-kanak perlulah diperbaiki sekiranya kurikulum tersebut ingin pula diberikan kepada pelajar-pelajar yang telah dewasa.
Perubahan kurikulum juga boleh berlaku disebabkan oleh perkembangan dasar kerajaan. Sebagai contoh, di Malaysia beberapa tahun yang lalu, Bahasa Inggeris menjadi bahasa perantara di pejabat kerajaan dan swasta, dan juga bahasa pengantar dikebanyakan sekolah khususnya sekolah Inggeris. Tetapi menjelang tahun-tahun 1970-an, pihak kerajaan telah mengesyorkan penggunaan Bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi, bahasa urusan, bahasa perhubungan dan juga bahasa pengantar dari peringkat sekolah rendah sehinggalah ke peringkat universiti (Hendyat Soetopo dan Wasty Soemanto 1991).
Kurikululum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) diperkukuh serta ditambah baik dan dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). KBSR telah disemak semula bagi memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan semasa. Pengajaran dan pembelajaran (P&P) akan menggunakan modul yang akan menggantikan buku teks oleh itu guru-guru telah dan sedang dilatih untuk KSSR. Ia diharap dapat meningkatkan penguasaan murid-murid sekolah rendah khususnya dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Pendekatan teknik P&P akan menjadi lebih menarik dan interaktif di mana ia melibatkan penggunaan dua bahasa tersebut serta meningkatkan penguasaannya bagi guru-guru untuk mengajar dalam subjek Matematik dan Sains sejajar dengan matlamat kerajaan.
Kurikulum standard Sekolah Rendah(KSSR) menyepadukan beberapa disiplin ilmu untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran (P&P) lebih menarik, menyeronokkan dan bermakna. KSSR digubal dalam bentuk pernyataan standard kandungan dan standard pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid dalam satu tempoh persekolahan yang ditetapkan. Standard kandungan merupakan pernyataan lebih terperinci mengenai perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam satu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Manakala standard pembelajaran pula ialah satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan.
Tambahan pula, KSSR diorganisasikan dalam bentuk modular di mana kandungan pembelajaran disediakan dalam bentuk unit kendiri-lengkap (self-contained) yang dinamakan sebagai modul. Setiap unit adalah tersendiri dan mengandungi pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah dikenal pasti untuk dikuasai murid. Bagi tahap satu, kandung kurikulum diorganisasikan dal modul teras asas, modul teras to dan modul elektif.
Mulai 2011, kurikulum sekolah rendah akan menggunakan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah.
Justeru, tiga elemen nilai tambah telah diperkenalkan dalam KSSR iaitu elemen kreatif dan inovasi, keusahawanan, teknologi maklumat dan komunikasi (ICI) yang bertujuan memenuhi keperluan murid dalam membangunkan modal insan yang holistik, berpengetahuan, berfikiran kreatif, kritis dan berinovasi, berkemahiran tinggi serta berkeperibadian mulia.
Elemen nilai tambah yang diperkenakan di dalam KSSR ini antara lain, adalah langkah pertama kementenan membentuk modal insan yang berpontensi untuk merealisasikan dasar-dasar negara seperti Wawasan 2020, Cabaran Abad ke-21, dan Model Ekonomi
Baru pada masa hadapan. Realitinya, kebanyakan negara maju terlebih dahulu telah menjadikan kreatif dan inovasi dalam sistem pendidikan mereka kerana menyedari is adalah kunci untuk berjaya dalam pelbagai bidang terutamanya yang berasaskan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam bidang Sains.
Sungguhpun sistem pendidikan negara telah mengaplikasikan elemen-elemen tersebut dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P), namun masih terdapat banyak ruang untuk diperhalusi agar modal insan yang dihasilkan mampu berdaya saing biarpun di peringkat global.
Justeru, elemen kreativiti dan inovasi telah disuntik bagi membentuk transfor-masi KSSR yang bertujuan melahirkan modal insan yang berkeupayaan berdaya tahan untuk menghadapi cabaran yang mendatang. Langkah kementerian yang berusaha menerapkan daya pemikiran kreatif dan inovasi bermula dari bangku sekolah rendah bermula Januari 2011 adalah tepat kerana bukan semua murid dilahirkan dengan bakat tersebut namun bukanlah mustahil untuk membentuk kemahiran tersebut sejak dari kecil.
Keupayaan negara menghasilkan modal ins an berkualiti sememangnya tidak boleh disangkal lagi dengan kelahiran siswazah yang sentiasa meningkat dari masa ke masa. Namun, peluang pekerjaan yang terhad mengikut kemahiran yang dimiliki menyebabkan berlakunva pembaziran dari pelbagai aspek terutamanya kepada aspek pembangunan negara.
Sudah sampai masa untuk negara mengubah perspektif tersebut, dan melahir-kan generasi yang bukan sahaja berkeupayaan dalam bidang sains dan teknologi tetapi juga berpotensi untuk menjadi usahawan dan seterusnya menyumbang kepada perkembangan ekonomi negara di masa hadapan. Kepesatan kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi adalah cabaran yang perlu dihadapi generasi pada masa, kini. Sehubungan itu, setiap modal insan barns dipersiapkan dengan cabaran tersebut agar tidak ketinggalan dalam, persaingan global. Seperti elemen nilai tambah yang lain, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi akan diberi pengukuhan dan perlaksanaan secara eksplisit dalam perlak-sanaan KSSR pada tahun hadapan.
Murid akan didedahkan dengan kemal4an tersebut dalam proses P&P supaya dapat meningkatkan tahap kemahiran murid untuk mendapatkan maklumat dengan berkesan. Memantapkan kemahiran murid berasakan elemen ini juga dilihat mampu membuka ruang kepada mereka untuk menerokai dunia tanpa sempadan dalam mendapatkan pelbagai maklumat bagi tujuan pembelajaran dengan hanya berada di dalam bilik darjah sahaja.
2.0 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SECARA BERSEPADU,
MENYELURUH DAN SEIMBANG
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) menegaskan penggunaan pelbagai pendekatan pengajaran dan. pembelajaran (P&P) yang memberi lebih penekanan serta kesan terhadap murid-murid. Penekanan, kepada hands-on Teaming seperti inkuiri penemuan, pembelajaran berasaskan projek, pembelajaran secara konstruktivisme, pembelajaran secara kontekstual, pembelajaran masteri dan pembelajaran luar bilik darjah amat diperlukan bagi murid-murid ini untuk menjalani proses P&P yang lebih menarik.
Guru-guru pula perlu memberi penumpuan kepada pembelajaran yang berpusatkan kepada murid itu sendiri dan menyediakan ruang serta peluang pembelajaran yang tidak terhad kepada mereka. Pendekatan yang digunakan mesti memberi peluang pembelajaran yang menyeronokkan serta mengambil kira kepelbagaian, kecerdasan murid-murid tersebut.
Selain itu, KSSR turut memberi penegasan kepada perlaksanaan kaedah pentaksiran berasaskan sekolah bagi menjadikan P&P lebih menyeronokkan dan tidak terlalu berorientasikan kepada peperiksaan. Pelbagai kaedah pentaksiran digunakan untuk membolehkan penilaian yang lebih autentik dan holistik. Pentaksiran berasaskan sekolah bersifat formatif dan dijalankan secara berterusan untuk mengesan perkembangan dan pencapaian murid dalam pembelajaran. Aktiviti pemulihan, pengukuhan dan penggayaan dilaksanakan mengikut keperluan murid bagi memastikan murid mencapai standard yang ditetapkan. Kejayaan KSSR sangat memerlukan komitmen menyeluruh daripada semua pihak termasuklah pelaksana, pengurus kurikulum, ibu bapa dan pihak berkepentingan.
Menurut Robert S. Zais (1976), mengusulkan kurikulum sebagai kesatuan yang tidak dapat dikesan tetapnya. Kesatuan ini terdiri daripada integrasi empat komponen iaitu tujuan, isi, aktiviti dan penilaian. Tiap-tiap komponen kurikulum berhubungan antara satu dengan yang lain seperti serpihan teka-teki (puzzle) yang mesti dipadankan dengan tepat untuk mengeluarkan kurikulum yang tidak dapat dilihat bentuknya. Model ini secara keseluruhannya menunjukkan bahawa sistem logik dalaman kurikulum adalah berdasarkan andaian falsafah yang menapis berbagai-bagai unsur dasar yang lain untuk mempengaruhi kurikulum dan komponennya.
Menurut J.I Goodlad (1966), memberikan pandangan dengan mengusulkan bahawa perancangan kurikulum dilakukan menerusi proses penilaian dan pemerolehan yang bersifat rasional. Budaya terdiri daripada pengetahuan melalui penyelidikan saintifik dan juga kebijaksanaan lazim iaitu ilmu pengatahuan yang diketahui umum kerana telah diwarisi ataupun diperoleh daripada penyelidikan. Nilai budaya diperoleh dan dinilai untuk dikemukakan sebagai matlamat pendidikan. Seterusnya matlamat pendidikan diperoleh dan dinilai untuk dikemukakan sebagai objektif am pendidikan. Akhirnya objektif am pendidikan diperoleh dan dinilai untuk dikemukakan sebagai objektif spesifik pendididkan. Bersama-sama dengan objektif am diadakan kesempatan pembelajaran (KP) dan bersama-sama dengan objektif spesifik diwujudkan pusat penyusun (PP). Pengetahuan sentiasa berkembang sehingga perlu diajarkan kepada kumpulan demi kumpulan pelajar. Lantaran itu kurikulum bergerak dinamik merentasi masa.
Berdasarkan pandangan Saylor dan Alexander (1974), menyatakan bahawa sistem kurikulum bagi memperoleh murid sebagai input ke dalam kesempatan pembelajaran yang dibina melalui kurikulum. Kurukulum ialah rancangan tentang kesempatan pembelajaran untuk mencapai matlamat am pendidikan dan objektif spesifik yang berkaitan. Rancangan ini dikelaskan menurut bidang. Tiap-tiap bidang mempunyai rancangan tentang reka bentuk kurikulum, mod instruksi dan proses penilaian. Rancangan dalan bidang tersebut menduga wujud kemajuan murid yang dinilai dan dijadikan maklum balas terhadap murid sebagai unsur input, matlamat dan objektif serta bidang. Matlamat dan objektif dibina berdasarkan data tentang ilmu pengetahuan, matlamat dan nialai social, permintanan murid dan proses pembelajaran.
Seterusnya semua ini dipengaruhi oleh pembolehubah luaran, contohnya keperluan undang-undang. Saylor & Alexander juga menghuraikan satu sistem kurikulum yang dinamai subsistem perancangan kurikulum. Subsistem ini melibatkan pengembangan, pengesanan dan penilaian rancangan kurikulum sepenuhnya. Sistem kurikulum mengeluarkan rancangan kesempatan pembelajaran untuk mencapai tujuan pendidikan yang dilonggokan menjadi berbagai-bagai bidang. Beberapa pemboleh ubah luaran kurikulum mempengaruhi pembinaan rancangan untuk setiap bidang. Subsistem perancangan kurikulum merupakan unsur yqng mengekalkan, mengembangkan, menilai dan mengesan kurikulum merentasi masa. Logik dalaman menyeluruh jelas melibatkan urutan proses pengeluaran dengan input dan output yang terdiri daripada rancangan dan pelajar.
Manakala menurut Mouritz Johnson (1967), mengusulkan bahawa kurikulum ialah hasil npembelajaran yang dihasratkan. Secara keseluruhannya model ini mengukur kefahaman tentang kurikulum tetapi tidak dapat meninggalkan kesan huraian yang jelas tentang logik dalaman kurikulum. Wheeler (1967), mengusulkan bahawa carta aliran ialah proses kurikulum, iaitu proses pembinaan dan perkembangan kurikulum. Menurutnya, proses ini perlu berorientasikan masyarakat, individu dan aspek warisan budaya yang menjadi tugas sekolah untuk memancarkannya kepada murid. Perkembangan kurikulum mempunyai lima fasa; iaitu penilaiann pemerolahan tujuan (1), fasa penilaian pemilihan pengalaman pembelajaran (2), fasa penilaian pemilihan isi (3), fasa penilaian prinsip dan prosedur untuk menyusun serta menyepadukan pengalaman (4) dan akhirnya fasa penilaian (5). Fasa penilaian ini juga sentiasa menyerap fasa lain yang telah disebutkan (1,2,3 dan 4).
Ini kerana perkembangan kurikulum melibatkan pengumpulan dan penilaian data dan perumusan hipotesis untuk mengadakan eksperimen. Eksperimen ini bertujuan untuk menguji penentuan yang dilakukan dan memperoleh keputusan untuk menegaskan apakah penentuan tersebut memadai atau tidak. Oleh sebab kurikulum dibentuk oleh masyarakat, maka hasilnya perlulah sentiasa sekata dengan nilai, permintaan dan masalah masyarakat. Secara keseluruhannya, Wheeler (1967) memetakan berbagai-bagai pembolehubah yang berkait dengan tujuan, isi, pengalaman dan penilaian serta logik dalaman bagi modelnya juga melibatkan tindakan, empiris eksperimen. Kurikulum menurut model ini dinilai juga secara empiris untuk menjadikan hasilnya sekata dengan nilai, pemintaan dan masalah masyarakat.
Model Kurilukum Tyler (1949), adalah berdasaskan kepada objektif dan proses. Di dalam bukunya Basic Principles of Curriculum and Instruction, Tyler member definisi kurikulum sebagai pelajaran yang dirancang, dikelola dan dilaksanakan oleh pihak sekolah untuk mencapai matlamat pendidikan yang ditentukan. Mengikut beliau, objektif pelajaran hendaklah merangkumi dua aspek yang berkaiatan, iaitu:
(a) Perkembangan tingkah laku kendiri pelajar
(b) Isi kandungan mata pelajaran yang beroperasi dengan tingkah laku pelajar.
Tyler berpendapat bahawa dengan adanya pernyataan objektif pelajaran dalam sesuatu kurikulum guru akan dapat merancang dan pembelajaran berdasarkan obkektif pelajaran yang dinyatakan dalam kurikulum itu. Maka, Tyler mencadangkan empat perkara utama yang harus dirangkumi dalam kurikulum sekolah, iaitu:
(a) Perkara dan aktiviti yang harus dilakukan oleh guru.
(b) Topik dan konsep untuk setiap pelajaran hendaklah disenaraikan.
(c) Tingkahlaku bersama dengan objektif perkembangannya hendaklah dinyatakan dalam setiap topik pelajaran.
(d) Objektif pelajaran hendaklah dinyatakan dalam bentuk objektif eksplisit agar menjadi panduan guru untuk menghasilkan perubahan tingkah laku pelajar.
Berdasarkan huraian tersebut, Tyler mengusulkan suatu Model Kurikulum yang mengandungi perkara-perkara berikut:
(a) Matlamat pendidikan yang harus dicapai.
(b) Isi pelajaran yang berdasarkan objektifnya.
(c) Metodologi yang digunakan untuk melaksanakan kurikulum berdasrkan objektifnya.
(d) Penilaian untuk mengukur keberkesanaan pengajaran dan pembelajaran.
Model kurikulum Taba (1945) adalah berlandaskan kepada Kurilukum Sekolah Dewey (1896-1904) dan Laporan Jawatankuasa Kajian Kurikulum (1933-1941) di USA dalam Mok Soon Seng, Kursus PTK(Pengurusan Kurikulum). Di bawah kurikulum sekolah Dewey, objektif pelajaran ditentukan berdasarkan falsafah pragmatism yang mengandungi lagik penyelesaian masalah malalui aktiviti inkuiri-penemuan. Selepas mengkaji Kurilukun Sekolah Dewey, Jawatankuasa Kajian Kurilukum (1933-1941) USA, menyenaraikan empat kompenen utama berikut sebagai garis panduan untuk melaksanakan sesuatu kurikulum sekolah:
(a) Pengenalpastian objektif-objektif kurikulum.
(b) Penentuan kaedah dan strategi untuk mencapai objektif-objektif kurikulum.
(c) Organisasi kaedah dan strategi.
(d) Penilaian untuk pencapaian objektif.
Taba bersetuju dengan Dewey bahawa kurikulum sekolah harus ditentukan berdasarkan logik penyelesaian masalah dan strategi berpusatan pelajar sebagai objektif- objektif utama. Dengan garis panduan daripada Loporan Jawatankuasa Kajian Kurikulum, beliau mengusulkan suatu Model Kurikulum yang lebih lengkap dan mantap seperti berikut:
(a) Diagnosis atas permintaan kurikulum.
(b) Ringkasan objektif-objektif kurikulum.
(c) Pemilihan isi kandungan kurikulum.
(d) Organisasi isi kandungan kurikulum yang dipilih.
(e) Pemilihan pengalaman pembalajaran.
(f) Organisasi pengalaman pembelajaran yang dipilih.
(g) Pengukuran dan penilaian.
Model kurikulum Stenhouse (1975), adalah berlandaskan kepada model proses dan tidak bermula dengan objektif pengajaran dan pembelajaran sebagai komponen utama dalam sesuatu kurikulum. Stenhouse bersetuju dengan Peters (1966) dalam Mok Soon Seng, Kursus PTK (Pengurusan Dan Kurikulum) bahawa pemilihan isi kandungan kurikulum harus berdasarkan nilai justifikasi. Mengikut Peters, aktiviti-aktiviti kurikulum seperti Sains, Sejarah dan Kesusasteraan mengandungi isi kandungan kognitif dan boleh membawa banyak sumbangan kepada kehidupan.
Sehubungan ini, Stenhouse mengusulkan pembentukan kurikulum berdasarkan prinsip-prinsip pemilihan isi kandungan dari segi kriteria dan tidak perlu bergantung kepada objektifnya. Maka, Model Kurikulum Stenhouse merangkumi aktiviti-aktiviti berikut:
(a) Aktiviti yang membolehkan pelajar-pelajar membuat keputusan dan refleksinya diri sendiri.
(b) Aktiviti yang memerlukan pelajar-pelajar melibatkan diri mereka secara aktif dalam situasi pembelajaran.
(c) Aktiviti yang membolehkan pelajar-pelajar menyelesaikan masalah mengikut kebolehan masing-masing.
(d) Aktiviti yang memerlukan pelajar- pelajar menggunakan pengamatan dan gaya intelek untuk memerhati situasi dan idea baru serta aplikasi dalam suatu proses intelek.
(e) Aktiviti yang melibatkan pelajar-pelajar dan guru dalam penanggungan risiko kejayaan atau kegagalan.
(f) Aktiviti yang melibatkan pelajar-pelajar dalam aplikasi bersama dengan penguasaan peraturan-peraturan, piawai atau displin.
Model Kurikulum Stenhouse, jika dikaji banyak bergantung kepada kemahiran guru untuk melaksanakannya dengan berkesan. Ini adalah kerana Stenhouse menitikberatkan proses pengajaran guru lebih daripada pemilihan isi kandungan dalam kurikulum. Kerjaya perlaksanaan kurikulum amat bergantung kepada kemahiran guru yang diperlukan untuk merancang dan melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran berdasarkan garis panduan aktiviti-aktiviti yang disenaraikan dalam model kurikulum tersebut. Sehubungan ini, Stenhouse mencadangkan bahawa guru memainkan peranan sebagai penyelidik dan mengkaji masalah pendidikan dari semasa ke semasa dengan tujuan mempertingkatkan kualiti dan kemahiran mereka dalam perancangan serta perlaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan.
2.1 KURIKULUM SECARA UMUM DI MALAYSIA
Kurikulum merupakan dokumen bertulis yang melakarkan isi mata pelajaran yang diajar. Apa sahaja yang diajar di sekolah merupakan kandungan mata pelajaran yang diajar menerusi pelbagai mata pelajaran, pelbagai pilihan disiplin ilmu pengetahuan, pelbagai rumusan masalah berkaitan kehidupan seharian, dan pelbagai cara penyusunan yang lain. Isi pelajaran tetap merupakan teras kurikulum walaupun disusun dalam pelbagai cara dalam kurikulum sebagai mata pelajaran (Beuchamp 1968 dalam Kamarudin & Siti Hajar 2004).
Merujuk kepada Kementerian Pelajaran Malaysia, kurikulum kebangsaan merupakan suatu wadah program pendidikan yang melibatkan aktiviti kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan, dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental, dam emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan (Akta Pendidikan 1996, Peraturan-peraturan Kurikulum Kebangsaan) Pendidikan 1997 Jadi secara amnya kurikulum juga boleh ditaktifkan sebagai segala rancangan yang dikehendaki oleh sesebuah sekolah ataupun sesebuah institusi pelajaran bagi memenuhi matlamat pendidikan (Buku Laporan Jawatankuasa Kabinet,1979, dipetik dari Abdullah Sani, 2005: 144). Oleh sebab itu, kurikulum itu perlu memenuhi kehendak falsafah, matlamat pendidikan, dan wawasan negara.
Di Malaysia, beberapa perubahan baru telah berlaku dalam arena pendidikan. Berdasarkan syor-syor yang terkandung dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran (1979), Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) telah dilaksanakan di semua sekolah rendah mulai tahun 1983. Berikutan itu, Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) turut dilaksanakan di sekolah-sekolah menengah mulai tahun 1989. Akta Pelajaran (1961), menyatakan pada peringkat KBSR dan KBSM ada mata pelajaran yang membolehkan pelajar membuat pilihan yang dikenali sebagai mata pelajaran tambahan yang terdiri daripada bahasa Cina, Tamil, Arab dan yang terbaru adalah Bahasa Iban. Hal ini penting bagi memupuk semangat cintakan bahasa ibunda agar ianya tak lekang dek panas dan tak lapuk dek hujan.
KBSR dan KBSM digubal berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). FPK menekankan perkembangan individu secara menyeluruh dan bersepadu ke arah melahirkan insan yang baik berdasarkan kepercayaan, keyakinan serta kepatuhan kepada Tuhan. FPK merupakan aspirasi pendidikan negara. Semua warga pendidikan diharap akan berganding bahu dan berusaha dengan gigih agar FPK dapat dicapai demi kemakmuran negara kita. Andai semua pihak yang bertanggungjawab memainkan peranan masing-masing FPK sudah pasti memberi kesan yang positif. Bagi melihat kesan FPK yang ketara, kita mungkin perlu menunggu masa satu atau dua generasi kehidupan.
Reka bentuk kurikulum standard di Malaysia bermula dengan Laporan Razak (1956) yang mencari jalan untuk memansuhkan perbezaan dalam kurikulum sekolah-sekolah Melayu, Cina, Tamil, dan Inggeris sambil mengekalkan bahasa pengantar masing-masing. Jawatankuasa Sukatan Pelajaran ditubuhkan pada tahun 1956 untuk merumuskan sukatan pelajaran yang sesuai dan juga untuk mengesyorkan jumlah masa pelajaran bagi setiap mata pelajaran. Jawatankuasa Kabinet ditubuhkan pada tahun 1974 untuk mengkaji pelaksanaan dasar pendidikan dan juga menyentuh tentang aspek kurikulum bagi memastikan bahawa ia memenuhi tuntutan bagi keperluan tenaga rakyat dalam pembinaan ekonomi, sambil memenuhi tuntutan untuk melahirkan masyarakat bersepadu dan berdisiplin selaras dengan pembinaan sifat-sifat kemanusiaan (Mohd Daud, 1994 halaman 100).
Kurikulum di Malaysia juga dapat dibahagikan kepada dua reka bentuk kurikulum iaitu reka bentuk kurikulum yang berasaskan standard dan kurikulum berbentuk modular. Kurikulum yang berbentuk standard adalah berasaskan standard kandungan dan standard pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid. Manakala kurikulum yang berbentuk modular mengandungi kandungan yang telah diorganisasi dan disampaikan dalam bentuk bahagian atau unit dan bahagian unit inilah yang dinamakan modul. (Kementerian Pelajaran Malaysia 2009).
Oleh yang demikian, Kurikulum Kebangsaan di Malaysia berasaskan kedua-dua rekabentuk kurikulum tersebut. Tujuan utama penetapan standard dalam Kurikulum Kebangsaan adalah untuk ekuiti dan kualiti. Peluang pendidikan yang sama akan diberikan kepada semua murid untuk tujuan ekuiti bagi penetapan standard pendidikan. Kualiti pula membawa maksud bahawa semua murid perlu diberi pendidikan yang berkualiti. Standard kandungan merupakan pernyataan spesifik tentang perkara yang murid perlu ketahui dan boleh dilakukan dalam suatu tempoh persekolahan yang merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Manakala aspek pembelajaran pula adalah merupakan satu penetapan kriteria atau indikator pencapaian dalam bentuk objektif tingkahlaku (behavioural) untuk memastikan pencapaian setiap standard kandungan (Kementerian Pelajaran Malaysia 2009). Manakala kurikulum yang berbentuk modul mengandungi dua jenis modul iaitu Modul Asas dan Modul Bertema. Modul Asas pula terdiri daripada Komponen Bahasa (Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil) Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Permainan Luar dan Matematik. Modul Bertema pula merupakan modul bersepadu yang mengandungi unsur-unsur dalam keenam-enam tunjang dan unsur kreatif, kritis dan inovatif. Modul Bertema ini juga dibina dengan menggunakan isu kehidupan seharian kanak-kanak (Kementerian Pelajaran Malaysia 2009).
Kurikulum di Malaysia sentiasa mengalami perubahan dan perkembangan bagi membina dan meningkatkan kualiti kurikulum dalam sistem pendidikan negara. Kurikulum sentiasa digubal bagi membentuk kurikulum yang sesuai selaras dengan pembangunan negara. Di samping itu, penggubalan kurikulum di lakukan bagi menyeragamkan kurikulum yang di gunakan dalam sistem pendidikan. Hal ini berlaku apabila masyarakat mulai sedar tentang kepentingan sistem pendidikan masyarakat dan negara. Kurikulum digubal agar bersesuaian dengan tahap perkembangan indidvidu supaya dapat merangsang pemikiran, membina sikap positif, meningkatkan kecerdasan dan kesihatan ke arah penyuburan optimum. Kurikulum di Malaysia berlandaskan prinsip Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebagai pendokong matlamat dan wawasan negara. Perancangan dan penggubalan kurikulum ini mengambil kira pandangan dan falsafah serta teori pendidikan serta cara pembelajaran terkini seperti teori pelbagai kecerdasan, teori kecerdasan emosi dan konsep e-pembelajaran (Pusat Perkembangan Kurikulum 2003).
3.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, kurikulum ialah rancangan yang dilakukan dengan terancang dalam pengajaran dan pembelajaran. Kurikulum boleh dibina dan digubal semula untuk kesesuaian dalam pengajaran dan pengajaran berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Rukun Negara. Guru menjadikan kurikulum sebagai panduan bagi merancang pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas mengikut mata pelajaran yang diajar. Kandungan kurikulum membantu guru dalam membina perancangan pengajaran dan menyusun aktiviti pelajar supaya matlamat dan objektif pengajaran dapat dicapai.
Perubahan kurikulum berlaku dari semasa ke semasa bagi meningkatkan kualiti pendidikan negara. Perubahan yang dilakukan bergantung kepada perubahan dan kepentingan semasa. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa jenis perubahan kurikulum iaitu bercorak hemeostatik, perkembangan, neomobilistik dan metamorphistik. Oleh itu, pusat perkembangan kurikulum berperanan dalam membentuk kurikulum supaya dapat diseragamkan di seluruh sekolah. Segala perubahan kurikulum mestilah berdasarkan kepada falsafah pendidikan untuk memperkembangkan potensi dan keupayaan individu (Azizah Lebai Nordin et al. 1999).
Hasil kurikulum yang digubal membentuk kualiti akhir pelajar, kualiti kurikulum, dan tanggapan masyarakat setempat serta masyarakat dunia terhadap program dan institusi. Tugas setiap pendidik ialah menentukan bahawa pengajaran dan matlamat yang hendak dicapai adalah selaras dengan falsafah, misi, visi, dan amalan yang telah dipilih serta memaksimumkan koherens dan kesan-kesan positif dari kurikulum yang tersembunyi. Faktor-faktor ini mencorakkan kurikulum yang direka dan menentukan hasil akhir yang diperolehi.
BIBLIOGRAFI
Ahmad Durajat. (2008). Pengertian Kurikulum Tersedia.
(18 Mac 2012)
http;//akhmadsudrajat.wordpress.com/2012/03/18/teori-pendidikan-dan-kurikulum/ (18 Mac 2012).
Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) dan Peraturan- peraturan Terpilih. International Law Book Services, 2001( ms 1-98 dan 129- 1440).
Akta pelajaran (1961), Diperolehi pada 18 Mac 2012 daripada http://www.scribd.com/doc/18935544/Penyata-Razak
Aminah Ayob, Mastura Badzis, Rohani Abdullah, Azizah Lebai Nordin dan Mahani Razali (2008), Kurikulum Permata. Tanjong Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Azizah Lebai Nordin dan Zainun Ishak, (1999). Pendidikan Pra Sekolah Untuk Guru. Selangor : Penerbitan Universiti Malaya.
Bahagian Pembangunan Kurikulum (2009). Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.
Hendyat Soetopo Dan Wasty Soemanto.(1991).Pembinaan Dan Pengembangan Kurikulum Sebagai Subtansi Problem Administrasi Pendidikan. Jakarta : PT. Bumi Askara
Inlow, G.M (1966). The Emergent In Curriculum. New York: Wiley
Johnson, M. (1967). “ Definitions and Models in Curriculum Theory”. Educational Theory, 17, hlm. 127-140.
Kamarudin Hj. Husin & Siti Hajar Abd Aziz, (2004). Pedagogi Asas Pendidikan. Kuala Lumpur : Karyazano Enterprise.
Kementerian Pelajaran Malaysia (2009). Reka Bentuk Kurikulum . Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia
Mohd Daud Hamzah (1994). Reka Bentuk Kurikulum Sekolah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Mok Soon Seng (2007), Kursus PTK (Pengurusan Kurikulum) Kuala Lumpur:Multimedia ES Resources Sdn Bhd:
Neagley, R.L Dan N.D. Evans. (1967). Handbook For Effective Curicculum Development. Englewood Cliffs: Prentice Hall.
Ralph W. Tyler terjemahan Haji Kamaruddin Hussin dan Hazil Abdul Hamid (1991). Prinsip Asas Kurikulum dan Pengajaran. Muar : Percetakan Pesta Sdn. Bhd.
Saylor, J.G dan W.M. Alexander (1974). Planning Curriculum for Schools. New York: Holt.
S. Howard Nicholls dan Audrey Nicholls, (1987). Perkembangan Kurikulum: Satu Panduan Praktis (Terjemahan), Kuala Lumpur: Dewan Budaya dan Pustaka.
Stenhouse, L. (1975). An Introduction to Curriculum Research and Development. London: Heinemannn.
Razali Arof (1991). Pengantar Kurikulum. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Taba, Hilda. (1962). " Currikulum Development" In Evaluation in the Eight Year Study.
Tyler, E.B.(1949). Basic Principles of Curriculum and Instrusction. Chicago: University Of Chicago.
Wheeler, D.K. (1967). Curriculum Process. London: University of London.
_________________________________________
ISU KERJAYA GURU BUKAN PILIHAN
(OKTOBER 2011)
PENDAHULUAN
Kamus Dewan Edisi Keempat, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur 2007, telah menyatakan bahawa etika bermaksud prinsip moral (atau akhlak) atau nilai-nilai akhlak yang menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan.
Guru pula ditakrifkan sebagai orang yang mengajar, pendidik, pengajar atau pengasuh. Maka yang demikian dapatlah disimpulkan bahawaetika perguruan itu adalah prinsip-prinsip hidup dan nilai-nilai akhlak yang perlu diikuti dan diteladani oleh seorang individu yang bergelar guru atau cikgu. Guru yang dimaksudkan tidak kira samada ia guru biasa, guru sekolah rendah, guru berijazah atau pensyarah walaupun mereka sudah memiliki sarjana atau PhD.
Ada guru yang benar-benar berminat untuk menjadi guru dan bercita-cita sejak kecil lagi. Ada juga guru yang memilih kerjaya guru sebagai pilihan kedua, ketiga atau mungkin menjadi pilihan terakhir.
Akhir-akhir ini kita banyak mendengar berita dan isu-isu yang tidak enak didengar. Ia melibatkan guru atau mereka yang terlibat dalam sistem pendidikan yang boleh menjejaskan etika perguruan. Terdapat guru yang terlibat dengan salahlaku sehingga dijadikan berita sensasi oleh media massa. Amat menyedihkan apabila berita sebegini menjadi sebutan atau bualan orang ramai yang berada di luar lingkup profesion perguruan. Maruah dan kredibiliti seorang guru akan tercalar apabila berita sebegini dijadikan isu sensasi oleh pihak-pihak tertentu.
Kita perlu ingat apabila seseorang individu itu telah bergelar guru, segala tingkahlaku, cara berpakaian, cara pergaulan dan perbuatannya akan menjadi perhatian kepada semua terutamanya murid-murid, ibubapa dan anggota masyarakat keseluruhannya.
TUGAS SEORANG GURU
Marilah kita renung sejenak mengapakah kita menjadi seorang guru? Di dalam buku Guru Jutawan Akhirat, Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Selangor telah menggariskan peranan guru mengikut perspektif Islam. Peranan guru mengikut sarjana Islam telah menggariskan beberapa panduan kepada semua guru tentang tugas da peranan yang perlu di laksanakan apabila telah bergelar guru.
Mengikut pandangan pengarang buku tersebut, tugas dan peranan guru yang pertama adalah sebagai mudarris iaitu pengajar da penyampai ilmu yang baik kepada murid-murid. Tidak kira apa ilmu sekali pun asalkan ianya menjurus perkara yang baik untuk diri sendiri dan juga masyarakat. Sebagai seorang mudarris guru juga perlu melihat aras kemampuan murid apabila mengajar supaya ilmu yang disampaikan tidaklah sia-sia.
Guru sebagai muallim iaitu orang berilmu dan menyampaikan. Sebagai seorang guru haruslah menguasai ilmu yang hendak dipelajari oleh murid-murid dan dapat menyampaikan ilmu tersebut dengan menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran.
Guru juga adalah seorang muaddid iaitu mereka yang membimbing dan mendidik ke arah kebaikann menyemai sikap mahmudah (baik) dan menyingkirkan sifat mazmumah (keji).
Selain itu guru juga adalah seorang murabbi iaitu menjaga dan memelihara kesejahteraan anak-anak murudnya. Seorang guru tidak akan bersikap sambil lewa atau langsung tidak mengambil tahu di atas setiap kekurangan dan kejahilan anak-anak muridnya.
Mengikut buku Guru Jutawan Akhirat ini juga, guru adalah seorang mursyid di mana kehadirannya dinanti-nantikan manakala ketiadaannya dirindui oleh anak-anak muridnya, Begitulah hebatnya apabila kita menjadi guru dalam erti kata yang sebenar.
ETIKA PROFESION PERGURUAN
Sebelum kita membicarakan dengan lebih terperinci tentang isu-isu yang menjejaskan etika keguruan pada masa kini, adalah lebih baik kita imbas kembali nilai-nilai dan aspek-aspek penting dalam Etika Perguruan yang telah digariskan sebagai panduan bagi Pembentukan Tatasusila Guru.
Seorang guru bertangungjawab menghayati dan memahami nilai-nilai dan aspek-aspek nilai dalam etika perguruan. Ini adalah supaya semua guru dapat melaksanakan tugas sebagai pendidik yang berwibawa dan melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan dengan lebih berkesan.
Berdasarkan kepada Etika Perguruan, seorang guru mempunyai tanggungjawab dan amanah yang perlu mereka laksanakan terhadap pelajar, rakan sejawat, ibubapa, masyarakat dan negara. Nilai-nilai yang perlu dimartabatkan oleh seorang guru akan picang jika tiada rasa tanggungjawab ini.
Melaksanakan tanggungjawab kepada pelajar dalam mengajar, mendidik dan membimbing mereka agar dapat menjadi seorang manusia yang berguna dalam segala bidang ilmu adalah tunggak kepada profesion seorang guru. Seorang guru juga bertanggungjawab terhadap ibubapa pelajar dalam membantu mereka mendidik, membimbing dan menjayakan harapan agar anak-anak mereka menjadi insan yang berguna.
Menghormati rakan sejawat, mengeratkan silaturrahim dan ukhuwah, bersedia untuk bekerjasama dan membina pasukan yang kuat di sekolah adalah tanggungjawab seorang guru terhadap rakan sejawat mereka.
Semasa menunaikan tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara, guru menjadi harapan masyarakat untuk merealisasikan segala impian dan cita-cita murni masyarakat dan negara bagi melahirkan seorang rakyat yang berjiwa besar dan membantu dalam membangunkan proses kemakmuran negara. Pihak sekolah dan guru memainkan perananyang sangat penting dalam mencapai matlamat pendidikan negara.
Seperti yang tercatat dalam Falsafah Pendidikan Guru (Ee Ah Meng, Pendidikan di Malaysia 1, Falsafah Pendidikan, Guru dan Sekolah):
Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung
aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin
perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu,
demokratik, progresif dan berdisiplin.
Segala harapan dan niat murni masyarakat dan negara ini, tergalas di bahu mereka yang bergelar guru. Mahu tidak mahu, seorang guru telah dipertanggungjawabkan dengan amanah yang besar ini. Sebagai seorang guru yang telah mengangkat sumpah ikrar sebagai guru Malaysia, haruslah sama-sama menjayakan cita-cita ini.
Selain itu, seorang guru juga perlu memahami dan menghayati aspek-aspek yang terkandung dalam Etika Perguruan seperti profesionalisme, integriti, kejujuran, intelektual, neutraliti, akauntabiliti, berpakaian, berbahasa, pengurusan masa dan ketetapan waktu serta membuat keputusan.
Penghayatan yang jitu mengenai Etika Perguruan ini, maka seharusnya seorang yang bergelar guru tidak akan melakukan perkara-perkara yang melanggar dan menjejaskan etika profesion seorang guru.
ISU-ISU YANG MENJEJASKAN ETIKA PERGURUAN
Kamus Dewan Edisi Keempat, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kula Lumpur 2007, menjejaskan bermaksud merosakkan. Kamus Dwibahasa Oxford, Joyce M. Hawkins isu bermaksud hasil, hasilan, keluaran, aliran, terbitan, hal penting atau persoalan.
Sejak kebelakangan ini, banyak isu yang diperkatakan dan dibangkitkan mengenai guru dan profesion keguruan itu sendiri. Dalam pelbagai pandangan dan isu yang dibangkitkan ini, pihak guru tidak dapat lari daripada kritikan sosial masyarakat terhadap tingkahlaku dan sahsiah guru.
Di dalam perbincangan ini, penekanan terhadap isu yang menjejaskan etika perguruan adalah kuarang atau tidak berminatnya mereka yang bergelar guru terhadap profesion perguruan itu sendiri. Kerjaya sebagai seorang guru mungkin merupakan pilihan kedua atau lebih malang lagi ia pilihan terakhir selepas pelbagai usaha mencari pekerjaan lain tidak berhasil.
Bukan menidakkan niat baik mereka yang tidak berminat menjadi guru tetapi ini adalah faktor utama yang menyebabkan berlakunya masalah-masalah lain yang melibatkan ketidakpatuhan terhadap etika perguruan.
Walaupun kebarangkalian kes salahlaku guru amatlah kecil jika dibandingkan dengan jumlah guru yang sedia menabur bakti di seluruh negara, namun salahlaku guru seperti dendaan yang keterlaluan, menampar, merotan murid, tidak mematuhi peraturan sekolah seperti lewat ke sekolah, tidak masuk ke dalam kelas semasa proses pengajaran dan pembelajaran dan sebagainya, ia tetap akan menjejaskan etika perguruan dan krebiliti seorang guru itu.
KERJAYA GURU BUKAN PILIHAN
Situasi 1
Seorang guru perempuan muda dan pandai bergaya menjadi tajuk perbualan murid-murid dan rakan-rakan sejawatan kerana cara berpakaian yang menyerupai artis dengan fesyen rambut yang diwarnakan. Guru ini juga berpakaian yang tidak mematuhi syarat dalam etika perguruan itu sendiri. Seandainya guru yang masih muda ini mampu menghayati dan mendalami erti kata seorang guru, hal ini juga tidak akan berlaku.
Situasi 2
Kisah bermula pada petang hari Rabu, waktu gerakerja ko kurikulum dari pukul empat petang hingga enam petang. Semua guru menghadirkan diri untuk sessi gerakerja ko kurikulum kecuali Guru A. Guru A memang tidak berminat untuk hadir kerana merasakan sessi gerakerja ko kurikulum hanyalah membazirkan masa dan tidak ada bayaran untuk pekerjaan lebih masa yang dilakukan.
Situasi 3
Di sebuah sekolah yang sedikit bilangan murid dan gurunya, seorang guru sering masuk lewat ke dalam kelas atas pelbagi alasan. Murid-murid tidak pandai, malas membuat kerja sekolah yang diberikan, tidak menghormati guru dn pelbagai ragam lagi. Namun tidak terfikirkah kita memang realitinya kanak-kanak begitu dan sebagai seorang yang berjiwa
pendidik, itulah cabaran yan terpaksa dihadapi. Bukankah sebenarnya dapat dibuat kesimpulan bahawa guru itu memang tidak berminat untuk mengajar dan alasan yang diberikan hanyalah sebagi helah bela diri untuk menutup segala kelemahan diri.
Situasi 4
Di dalam sebuah sekolah yang terletak di pedalaman, murid-murid diajar oleh seorang guru yang bukan opsyen di dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris. Walaupun tidak mahir di dalam bidang tugasnya, guru tersebut masih gigih melaksanakan tugas sebagai pendidik sebagaimana yang telah diamanahkan walaupun dengan hati yang berat. Di manakah guru yang mengajar anak-anak tersebut? Mungkin mereka ditempatkan di sekolah yang terletak di kotaraya. Adakah mereka memang tidak berminat atau sebenarnaya takut untuk bertugas di kawasan pedalaman. Mungkin juga mereka bernasib baik kerana mempunyai keluarga yang berjawatan tinggi yang membolehkan mereka bertugas mengikut keselesaan sendiri.
Situasi 5
Seorang murid lelaki berumur 10 tahun ditampar oleh seorang guru lelaki yang mengajar matapelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dengan diperhatikan oleh murid-murid lain. Kesalahan murid tersebut adalah kerana tidak meletakkan kembali bola ke dalam stor sukan setelah selesai bermain pada sessi gerakerja ko kurikulum. Alasan guru tersebut adalah kerana ingin mendisiplinkan murid tersebut agar tidak mengulangi lagi kesalahan yang dilakukannya itu.
Namun, sebagai seorang dewasa dan telah diberikan pendedahan tentang psikologi kanak-kanak dan segala bentuk teori pembelajaran, wajarkah seorang guru bertindak atas alasan yang sedemikian? Sudah pasti jika seseorang itu benar-benar ingin menjadi seorang guru, perkara sedemikian tidak akan berlaku. Memang di dalam sistem pendidikan atau pun sistem pendidikan Islam, hukuman ada kalanya perlu untuk mendisiplinkan murid atau pelajar tetapi segala yang kita lakukan sebagai seorang guru perlu ada batas dan sempadan.
Lima situasi yang diberi adalah antara beberapa rentetan kisah mengenai sebahagian kecil guru yang sering kita dengar. Jika dinilai semula kejadian yang berlaku sekarang ini, kita tidak dapat menafikan sesungguhnya terdapat sebilangan guru sebenarnya tidak berminat langsung untuk menjadi seorang guru.
Walaupun bilangan guru yang terlibat amatlah kecil tetapi seperti pepatah Melayu ada mengatakan “sebab nila setitik, rosak susu sebelanga” atau “seekor kerbau membawa lumpur habis semua terpalit”. Begitulah gambaran bagaimana terjejasnya etika perguruan. Sebahagian besar guru yang sentiasa mengabdikan diri dalam tugas mereka, terpaksa menerima akibat di atas apa yang telah dilakukan oleh rakan-rakan sejawatan lain.
KESAN ISU-ISU YANG MENJEJASKAN ETIKA PERGURUAN INI KEPADA PEMBANGUNAN SAHSIAH GURU
Sebagaimana yang diketahui oleh semua, apabila ada isu-isu yang ditimbulkan maka tidak dapat tidak, kita semua terpaksa berhadapan dengan segala pandangan, kritikan mahupun cercaan daripada pihak-pihak yang terlibat secara langsung.
Di dalam pembelajaran pembangunan sahsiah, terdapat dua kategori utama yang melibatkan isu-isu berkaitan dengan sahsiah guru iaitu isu positif dan negatif. Merujuk kepada persoalan yang diberikan, perbincangan ini lebih menjurus kepada isu-isu negatif dan kesannya kepada pembangunan sahsiah seorang guru.
Mengikut artikel di dalam Modul Pembangunan Sahsiah, Pusat Pendidikan Luar, UPSI (2011) menjelaskan bahawa terdapat empat aspek utama apabila membicarakan tentang isu-isu yang menjejaskan etika perguruan dalam pembangunan sahsiah seorang guru ini. Di antara aspek-aspek tersebut adalah diri guru itu sendiri, sekolah, rakan sejawat dan juga masyarakat keseluruhannya.
Aspek individu
Sebagaimana yang kita maklum, meminati sesuatu bidang terutamanya pekerjaan pilihan akan menampakkan hasil kerja yang sangat baik tetapi jika sebaliknya hasil kerja yang didapati juga tidaka akan memberangsangkan. Berbalik kepada isu yang kita bincangkan, kurang minat atau tidak berminat langsung terhadap kerjaya guru inilah yang secara tidak langsung menyebabkan ketidakpatuhan etika perguruan ini.
Seorang guru yang tidak berminat untuk menjadi guru akan menimbulkan masalah dan meninggalkan kesan terhadap diri mereka sendiri. Guru yang sebegini biasanya akan mengutamakan pekerjaan lain selain tugas utama mereka mengajar. Oleh kerana itu, kita dapati pada hari ini, ramai guru yang melakukan pekerjaan sambilan seperti berniaga jualan langsung, ejen insuran dan sebagainya di dalam masa bekerja. Ia tidak hanya melibatkan guru yang mengajar di bandar, tetapi melibatkna juga guru yang mengajar di luar bandar. Seandainya ia tidak mengganggu sessi pengajaran dan pembelajaran serta tugas rasmi dan ia dijalankan di luar waktu tugas, tentunya perkara ini tidak menjadi kesalahan. Apa yang sering kita dengar adalah disebaliknya.
Guru yang tidak meminati dan menghayati tugas seorang guru juga lebih cenderung untuk berkira di dalam apa sahaja urusan pekerjaan yang diberikan kepada mereka. Contohnya bertugas semasa cuti, mengajar kelas tambahan, menghadiri aktiviti gerakerja ko kurikulum dan sebagainya. Perkara ini termaktub di dalam Surat Pekeliling Ikhtisas yang patut dibaca dan diamati oleh semua guru (Surat Pekeliling Ikhtisas, Kementerian Pelajaran Malaysia, 1969-2009)
Sikap yang terlalu mengharapkan imbuhan di atas setiap pekerjaan yang dilakukan juga adalah aspek individu guru yang kurang menghayati etika perguruan ini. Terdapat segelintir guru yang menjadikan imbuhan sebagai perkara utama di dalam melakukan sesuatu sebagai contoh mengadakan kelas tambahan bagi murid-murid yang akan mengambil peperiksaan. Tidak menjadi kesalahan jika seorang guru mendapat imbuhan jika melaksanakan tugasan di luar tugas rasminya sebagai tanda terima kasih namun imbuhan dan upah sepatutnya tidak menjadi perkara pokok yang menghalang kebaikan dilakukan.
Perkara yang dibincangkan tersebut adalah antara isu-isu negatif yang berkaitan dengan pembangunan sahsiah guru yang melibatkan aspek individu guru itu sendiri. Kesan daripada isu-isu yang dibincangkan ini menyebabkan reputasi guru tersebut telah tercemar daripada kacamata rakan-rakan sejawat, pihak pentadbir dan masyarakat keseluruhannya.
Aspek Keluarga
Kecenderungan untuk melepaskan kemarahan kepada anak-anak, suami atau isteri di rumah juga adalah kesan daripada isu negatif yang melibatkan seorang guru yang bermasalah. Tekanan di sekolah akibat rasa tidak seronok bekerja boleh membawa kepada perasaan tidak puas hati, rasa penat dan marah tidak tentu pasal terutamanya kepada mereka yang terlalu hampir dengan guru tersebut.
Seorang guru yang memang tidak berminat mengikuti kursus atau program yang dianjurkan oleh pihak sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah atau Jabatan Pelajaran Negeri terpaksa menghadiri kursus selama 4 hari dan terpaksa berulang-alik ke tempat kursus. Ini adalah merupakan satu tekanan buat dirinya sendiri dan secara tidak langsung mereka akan melampiaskan kemarahan mereka kepada isteri atau suami atau anak-anak mereka di rumah.
Secara tidak langsung ini akan menambahkan lagi jarak perhubungan di antara ahli keluarga guru yang terbabit. Sesuatu yang sangat dikesalkan.
Aspek Sekolah
Guru yang tidak berminat dalam profesion perguruan ini juga biasanya mendatangkan masalah kepada rakan-rakan sejawatan. Selalunya mereka tidak dapat memberikan kerjasama yang baik kepada rakan-rakan lain. Sebagai contoh jika terdapat aktiviti perkhemahan yang memerlukan khidmat guru menjaga murid-murid di sekolah pada waktu malam. Kebiasaannya guru yang bermasalah tersebut tidak akan sama sekali terlibat atau sengaja menghindarkan diri daripada ditugaskan. Rakan-rakan lain memang tidak akan memilihnya kerana tahu yang beliau pasti tidak akan melaksanakan tugas tersebut.
Terdapat juga berita yang kita dengar bahawa ada segelintir guru yang merasakan diri mereka lebih hebat kerana mempunyai ilmu pendidikan yang lebih tinggi daripada pentadbir di sekolah. Contohnya seorang guru berijazah DG41 manakala guru besar hanyalah bergred DGA34 merasakan tidak layak diberi arahan oleh pentadbir atau ketua jabatan yang mempunyai kelulusan yang lebih rendah daripadanya.
Buku Keluar Dari Tempurung, Pendekatan Praktikal Menangani Masalah, Ahmad Faizal kp Mohamed Yusup mengatakan bahawa:
Pengalaman Tidak Boleh Dijual Beli – Kumpulan pengalaman yang mereka (orang yang lebih tua) lalui dapat memberikan pengajaran kepada kita tetapi adakalanya orang muda yang bongkak kerana merasakan yang mereka lebih tahu kerana berpendidikan tinggi lantas tidak mahu mendengar nasihat orang yang lebih tua. Ramai juga dikalangan generasi muda dewasa ini yang bersikap demikian. Di dalam hal ini, daripada segi pengalaman tidak ada seorang pun dapat mengatasi pengalaman seorang lebih tua daripadaanya. Jadi yang tua perlu dihormati.
Setinggi manapun kelulusan kita, majikan yang baik perlulah dipatuhi dan yang kurang baik maka tegurlah dengan cara yang paling berhemah agar tidak menjatuhkan maruahnya sebagai seorang majikan.
Kita juga sering mendengar guru yang tidak berminat untuk mengajar sering mengambil cuti sakit. Guru seperti ini tidak disukai oleh guru lain sehingga mereka mendapat gelaran yang berbagai-bagai. Ketidakpuasan hati guru lain yang terpaksa menggantikan kelas amat jelas kerana mereka tahu cuti sakit itu diambil semata-mata sebagai alasan untuk bercuti dan bukannya benar-benar sakit. Suasana ini juga akan mewujudkan perhubungan yang tidak berapa baik antara rakan sejawat. Mengikut etika perguruan, sebagai seorang guru, kita haruslah bersedia pada bila-bila masa sahaja bertugas menggantikan rakan yang bercuti sakit, namun jika individu yang sama melakukan perkara dan kesalahan yang sama, sebagai manusia biasa sudah tentu wujud ketidak puasan hati di dalam diri masing-masing.
Ada juga guru yang hanya rajin membua tugasan jika pihak pentadbir memantau atau berada di sekolah. Kesan daripadaa sikap begini sebenarnya bukan sahaja merugikan diri sendiri tetapi jugaa anak-anak murid yang tidak bersalah sama sekali di dalam perkara ini. Pembelajaran daan pengajaran murid-murid tidak dilaksanakan dengan sebaiknya kerana guru hanya mengajar kerana takut kepada pentadbir bukan kerana rasa tanggungjawab dan amanah.
Aspek Masyarakat Dan Negara
Pembabitan guru di dalam isu-isu yang menjejaskan etika perguruan ini juga memberi kesan yang mendalam kepada masyarakat dan negara. Buku Guru Jutawan Akhirat membincangkan sahsiah guru secara islamik menyatakan bahawa guru mempunyai tugas yang sangat penting kerana di tangan gurulah letaknya warna masyarakat pada masa akan dating. Seandainya tugas guru dilaksanakan dengan sehabis baik, maka masyarakat akan menerima manafaat yang sangat baik tetapi jika sebaliknya maka rugilah masyarakat dan negara.
Contoh yang paling mudah ialah jika seorang guru menjadi penagih dadah atau pun ditangkap atas kesalahan melanggar undang-undang negara. Berita ini jika tersebar di media cetak dan elektronik akan menyebabkan maruah guru tercalar walaupun peratus pelakunya sangat kecil.
Masyarakat dan negara juga sebenarnaya amat rugi kerana telah menyediakan pekerjaan mulia bagi seorang guru yang tidak berminat langsung untuk menjadi pendidik kepada manusia lain. Seharusnya sebagai seorang guru yang telah didedahkan dengan etika perguruan, psikologi pendidikan, teknik pembelajaran dan teori-teori kemanusiaan seharusnya kesalahan besar seperti penagihan dadah, pecah amanah atau mencuri tidak akan berlaku terutamanya mereka yang beragama Islam.
Kesan paling ketara daripada isu ini ialah kurangnya rasa hormat masyarakat terhadap profesion perguruan. Kita juga seharusnya menerima kenyataan bahawa adakalanya kerana tingkahlaku guru jugalah yang menyebabkan profesion perguruan pada hari ini tidak lagi dipandang mulia oleh masyarakat.
Bandingkan profesion perguruan pada waktu dahulu dengan profesion perguruan pada waktu sekarang. Semasa era sebelum kemerdekaan, guru adalah pencetus revolusi kemerdekaan Tanah Melayu. Nama besar seperti Za’aba adalah seorang tokoh dari kalangan guru. Guru pada waktu dahulu amat dihormati dan mereka adalah sebahagian daripada masyarakat. Ia memang tidak dapat dinafikan. Namun tugas hakiki guru seorang guru masih sama iaitu mengajar, mendidik, membimbing dan pemudah cara. Tidak berubah sejak dahulu. Mungkin teknologi yang semakin canggih, pertambahan teori-teori pembelajaran, pertambahan program yang dirancang oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk memastikan tugas guru lebih efisien dan terkini sejajar dengan proses globalisasi dalam pendidikan menyebabkan guru terpaksa berhadapan dengan bebanan tugas yang lebih mencabar.
Hendak atau tidak kita terpaksa mengakui bahawa pada waktu dahulu seseorang itu menjadi guru kerana minat dan kecintaan mereka yang sangat mendalam terhadap profesion perguruan ini. Keadaan mungkin berbeza pada hari ini di mana guru mungkin menjadi pilihan terakhir dalam menentukan kerjaya.
KAITAN ISU DENGAN TEORI PEMBANGUNAN SAHSIAH
Mengenai isu-isu yang menjejaskan etika perguruan ini dan kaitannya dengan pembangunan sahsiah guru, saya akan mengaitkannya dengan Teori Pilihan (Choice Theory).
Modul Pembangunan Sahsiah, Pusat Pendidikan Luar, UPSI 2011 meyatakan bahawa Teori Pilihan diasaskan oleh Dr. William Glasser iaitu seorang doktor psikologi klinikal. Beliau dilahirkan pada 11 hb Mei, 1925 di Cleveland, Ohio, California. Pada tahun 1966, Dr. Glasser mula mengaplikasikan idea-idea teori ini dalam sistem pendidikan di California.
Di dalam Teori Pilihan ini Dr. Glasser menerangkan bahawa individu berupaya untuk memilih tingkahlaku yang mereka inginkan. Semua tingkahlaku manusia adalah berpandu kepada keperluan asas manusia seperti keinginan psikologi dan fisiologi manusia.
Keinginan psikologi manusia adalah seperti ingin dihormati, disayangi dan dihargai oleh orang lain terutamanya ibubapa, anak-anak, suami atau isteri. Manakala aspek fisiologi pula adalah keperluan yang merujuk kepada kelangsungan hidup seperti kewangan yang cukup, rumah yang selesa, selamat dan hak untuk dilindungi serta keperluan seksual yang sihat.
Teori Pilihan ini lebih memberi penekanan kepada sifat tangggungjawab individu. Berdasarkan teori pilihan ini jugaindividu akan menjadi individu yang bermasalah jika keingungjawab individu. Berdasarkan teori pilihan ini juga, individu akan menjadi individu yang bermasalah jika keinginan mereka tidak dipenuhi. Konflik juga akan timbul apabila individu memiliki apa yang mereka tidak inginkan di dalam hidup mereka. Begitu juga sebaliknya. Pastinya akan wujud perasaan gembira atau kecewa apabila situasi ini berlaku. Bertitik tolak dari situ, timbul pula konflik yang akan mempengarahi tingkahlaku, pemikiran, perasaan dan fisiologi individu. Maka lahirlah individu yang gagal dan individu yang berjaya yang juga akan mempamerkan tingkahlaku efektif daan tidak efektif.
WATAK INDIVIDU GAGAL ATAU YANG BERMASALAH DI SEKOLAH
Bagi seorang guru yang tidak menghayati tugas mereka sebagai pendidik dan tenaga pengajar untuk anak-anak murid di sekolah, dapat kita saksikan tingkahlaku mereka yang menjurus kepada ciri-ciri individu yang gagal mengikut Teori Pilihan ini.
i. Bagi seorang individu yang gagal, mereka selalunya mengkritik apa jua cadangan atau pandangan orang lain. Akan tetapi mereka juga selalunya tidak menyediakan alternative bagi cadangan yang dikritik. Sebagai contoh, sebuah sekolah ingin mengadakan sukan tahunan sekolah dan terdapat cadangan agar setiausaha sukan memohon dana daripada pihak-pihak tertentu bag I membantu menambah wang dana sekolah. Guru A mengkritik cadangan tersebut tetapi dalam masa yang sama tidak member cadangan atau idea lain untuk membantu.
ii. Menuduh orang lain tanpa bukti. Cara ini dilakukan bagi menutup kelemahan diri sendiri agar orang lain tidak mengetahui apa yang mereka lakukan.
iii. Sentiasa tidak puas hati juga menunjukkan cirri-ciri individu yang gagal. Sebagaimana yang kita tahu , di setiap sekolah biasanya terdapat segelintir guru yang sering merasa tidak puas hati dengan apa sahaja keputusan dan cadangan yang dibuat oleh rakan-rakan sejawatan mereka.
iv. Antara tingkahlaku yang tidak efektif yang sering dipamerkan oleh individu yang gagal ini juga selalu berleter dalam masa yang sama menunjukkan ketidakpuasan hati mereka dan mengkritik apa jua cadangan yang dikemukakan.
v. Individu yang gagal juga sering merasa terancam dan selalu memikirkan bahawa ada individu lain yang ingin mengambil peranan atau tugas mereka.
vi. Melakukan pekerjaan kerana takut kepada hukuman juga merupakan tingkahlaku yang biasa ditunjukkan oleh individu yang gagal. Sebagai contoh, seorang guru di seklah yang hanya menepati masa dan mengajar bersunggguh-sungguh hanya apabila guru besar dan pengetua berada di sekolah.
Terapi Realiti
Apabila kita berbicara tentang Teori Pilihan, kita juga harus membicarakan tentang Terapi Realiti. Di sini, rakan-rakan sejawatan mahupun pihak pentadbir boleh memainkan peranan agar guru yang bermasalah di dalam profesion mereka dapat menilai kembali tingkahlaku mereka serta memilih dan membuat keputusan yang tepat di dalam kehidupan mereka.
Di dalam penggunaan strategi bagi mengendalikan Terapi Realiti terdapat beberapa langkah yang perlu diberi penekanan.
i.Mewujudkan suasanan perbincang yang kondusif
Bagi seorang guru, bilik mesyuarat atau pun di dalam bilik guru besar tanpa dihadiri orang lain mungkin menjadi tempat perbincangan yang paling baik.
ii. Meneroka Kehendak, Keperluan dan Persepsi
Bagi pihak pentadbir yang ingin membantu guru-guru yang bermasalah ini, perbualan boleh dimulai dengan persoalan kehendak mereka. Apa keinginan yang mereka impikan sejak dahulu dan masih tidak tercapai hingga sekarang atau apa sahaja perkara yang dapat menjuruskan seseorang itu merasa dihargai dan saling mempercayai.
iii. Meneroka arah tuju
iv. Membuat Penilaian terhadap diri.
v. Perbincangan sebelum, tindakan diambil.
Proses akhir yang melibatkan individu membuat keputusan untuk berubah kepada yang baik.
Tidak dapat dinafikan, guru hanyalah seorang insan biasa yang lemah dan tidak dapat lari dari melakukan kesalahan. Faktor minat adalah merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada keberkesanan tugas yang dilaksanakan. Akan tetapi selain itu banyak faktor lain yang menyumbang ke arah yang sama. Ketekunan, rajin, usaha dan bakat yang dianugerahkan tuhan juga adalah faktor utama yang menyumbang kepada kejayaan sesuatu perkara.
Mereka yang tidak berminat menjadi guru tetapi telah diamanahkan dengan tugas sebagai pendidik ini haruslah bersyukur kerana berjaya menjadi insan terpilih Andaikata tidak berminat, mengapa menghantar borang permohonan, menjalani temuduga dan berjaya. Biar seberat mana bebanan seorang guru, di dalam buku Keluar Dari Tempurung, Pendekatan Praktikal Menangani Masalah, Ahmad Faizal KP Mohamed Yusup ada menyatakan bahawa:
Pendekatan positif yang boleh kita ambil ialah berfikir yang kita adalah orang istimewa dipilih tuhan untuk menerima dugaan yang sebegini. Kita yang dipilih dan bukannya orang orang lain yang berada di sekeliling kita. Sepatutnya kita mengambil tugas, tanggungjawab dan amanah ini dngn sebaiknya. Dan sememangnya kita adalah manusia istimewa.
CABARAN DALAM PEMBENTUKAN GURU YANG UNGGUL
Buku Pendidikan Guru, Cabaran, Falsafah dan Strategi Dalam Pembentukan Guru Yang Unggul, Rashidi Azizan dan Abdullah Mohd. Nor telah dibincangkan dalam Seminar Jawatankuasa Latihan Keguruan Antara Unibversiti bagaimana melajirkan dan membekalkan bakal-bakal pendidik dengan persediaan ilmu, kemahiran professional, ketahanan akal, ketahanan emosi, kekukuhan akhlak dan moral dan ketahanan fizikal.
Antara yang menarik untuk diperkatakan adalah resolusi Mengenai Pendidikan Guru, Muktamar Pertama Tentang Pendidikan Islam di Makkah , Saudi Arabia, 1977. Antara sifat pendidik yang bakal dihasilkan berasaskan Pendidikan Islam adalah seperti berikut;
i. Berakhlak mulia/bermoral
ii. Bersifat tawadhu’ (untuk muslim)
iii. Memiliki taraf akademik yang baik
iv. Insan yang berilmu
v. Mempunyai hubungan yang baik dengan anggota masyarakat
Walaupun pembangunan sahsiah guru ini dapat dikaitkan dengan beberapa teori pembangunan sahsiah moden tetapi sebagai seorang Islam, kita juga harus berpandukan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah yang telah menggariskan semua etika dalam diri seorang individu yang bergelar guru.
Jika kita seorang guru yang beragama islam, tentunya kita dapat melaksanakan segala etika perguruan yang termaktub deengan baiknya. Menepati masa, berpakaian sopan, perlakuan baik kepada semua tanpa mengira kaum dan agama, amanah melaksanakan tugas adalah antara cirri-ciri seorang guru yang dituntut di dalam agama Islam.
RUMUSAN
Cuba kita fikirkan dan renungkan sejenak, berkenaan tugas seorang guru. Hari ini ramai melihat tugas guru mengikut kelayakan keilmuan dan akademik semata-mata. Namun hakikatnya tugas guru bukanlah terhenti sebagai penyampai ilmu sahaja. Guru juga bertanggungjawab membentuk keperibadungjawab membentuk keperibadian anak didik sebagai agen perubahan kerana mereka diamanahkan untuk membina jiwa, nurani dan intelektual generasi akan datang.
Buku Guru Jutawan Akhirat, Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Selangor telah mengatakan bahawa tugas membentuk generasi bukan tugas yang mudah. Ia tidak boleh dilaksanakan seorang diri. Tugas ini memerlukan komitmen kumpulan dan jika melakukan tugas ini secara kolektif maka kita sedang melakukan apa yang Allah suka. Apa yang Allah minta kita buat.
Hasil perbincangan melalui kerja ini walaupun ada isu salahlaku yang melibatkan para pendidik, namun kita juga tidak harus memandang ringan pengorbanan dan penat jerih sebahagian besar guru-guru yang sedia berkhidmat di seluruh negara tidak kira samada di kawasan pedalaman,kampong, luar bandar, pekan kecil, bandar atau pun kota metropolitan.
BAHAN RUJUKAN
Surat Pekeliling Ikhtisas, Kementerian Pelajaran Malaysia, Kurikulum dan Ko Kurikulum 1969-2009
Surat Pekeliling Ikhtisas, Kementerian Pelajaran Malaysia, Pentadbiran dan Hal Ehwal Murid 1969-2009
Kamus Dewan Edisi Keempat(2007). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kamus Dwibahasa Oxford Fajar(1995).Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Ee Ah Meng(1997), Pendidikan di Malaysia 1; Falsafah Pendidikan, Guru dan Sekolah (Semester 1). Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Rashidi Azizan dan Abdullah Mohd. Nor(1994). Pendidikan Guru: Cabaran, Falsafah dan Strategi Dalam Pembentukan Guru Yang Unggul. Kajang: Masa Enterprise.
Ahmad Faizal KP Mohamed Yusup(2006). Keluar Dari Tempurung: Pendekatan Praktikal Menangani Masalah. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distibutors Sdn. Bhd.
Sektor Pendidikan Islam(2011). Guru Jutawan Akhirat. Cawangan Selangor: PEKDIS
Rahmattullah Khan Abdul Wahab Khan, PhD dan Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip, PhD(2011). Modul PJJ Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia: KKD2063 Pembangunan Sahsiah. Tanjong Malim: UPSI.
_________________________________________
KEDATANGAN ISLAM KE ALAM MELAYU DIANGGAP SEBAGAI SATU ZAMAN PENCERAHAN
(SEPTEMBER 2011)
PENDAHULUAN
Menurut Kamus Dewan dan Kamus Bahasa Melayu perkataan tamadun, Islam, pengaruh dan kehidupan adalah seperti berikut:
1. tamadun
Mengikut Kamus Dewan Edisi Ketiga 1996, tamadun bermaksud
1.1 keadaan masyarakat manusia yang dicirikan oleh atau didasarkan pada taraf
kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran (sosial, budaya, politik,
dll) yang tinggi.
1.2 negara dan penduduknya yang telah mencapai taraf kemajuan kebendaan
serta perkembangan pemikiran (social, budaya, politik, dll) yang tinggi.
Tamadun juga bermaksud peradaban; cara hidup sesebuah kerajaan yang serba maju. Tamadun merupakan satu peringkat pencapaian budaya kebendaan (material) dan budaya bukan kebendaan (non-material) yang lebih tinggi dan maju.
2. Islam
Mengikut Kamus Dewan Edisi Ketiga 1996 Islam bermaksud agama yang disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW.
Islam ialah agama rasmi Malaysia seperti yang telah termaktub dalam perlembagaan. Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW merupakan agama yang sempurna bagi semua makhluk di dunia ini dan ajarannya meliputi setiap sudut kehidupan dunia dan akhirat. Agama Islam telah membawa sinar kehidupan yang baru kepada masyarakat Arab dan perpindahan dari zaman Jahiliyyah ke zaman kegemilangan Islam.
1
3. Pengaruh
Mengikut Kamus Dewan Edisi Ketiga 1996, pengaruh bermaksud
3.1 Kuasa yang terbit daripada orang (benda dll) atas orang (benda dll)
3.2 Kekuatan batin (ghaib dll) yang meninggalkan kesan pada orang lain.
Mengikut Kamus Bahasa Melayu pengaruh bermaksud kebolehan meyakinkan orang.
4. Kehidupan
Mengikut Kamus Dewan Edisi Ketiga 1996, kehidupan bermaksud perihal hidup iaitu memberi erti bernyawa; tidak mati, tinggal; duduk, gerak; jalan, tidak dilupakan; dikenang.
Kelahiran kerajaan-kerajaan awal di Asia Tenggara adalah disebabkan faktor perdagangan. Faktor ini membawa kepada kemunculan pelabuhan awal dan hubungan dengan tamadun besar dunia, iaitu tamadun India dan tamadun China.(Nik Hassan Shuhaimi bin Nik Abdul Rahman, Muhd Yusof bin Ibrahim, Muhammad Bukhari bin Ahmad dan Rosnanaini binti Sulaiman 2003)
Tamadun Islam merupakan cara hidup yang berlandaskan kepada al-Quran dan hadis. Tamadun ini berbeza dengan tamadun yang lain kerana mengimbangi antara keperluan dunia dan akhirat, antara pembangunan kebendaan dan kerohanian. Oleh sebab itu, tamadun Islam dianggap sebagai satu zaman pencerahan dan perubahan bagi masyarakat Melayu.
Pengaruh tamadun Islam di dalam tamadun Melayu dapat dilihat dalam setiap aspek kehidupan masyarakat Melayu terutama di dalam sistem pemerintahan, budaya, pendidikan dan sebagainya. Ajaran Islam diamalkan secara meluas seperti yang dapat dilihat sehingga hari ini seperti orang Islam memakai tudung, pelaksanaan hukum syariah, wujudnya sekolah-sekolah agama, penggunaan tulisan jawi, penerimaan mata pelajaran Bahasa Arab dan sebagainya.
Persoalan bagaimana tamadun Islam ini memberi kesan mendalam dalam perubahan tamadun Melayu dapat dirungkai secara terperinci dalam perbincangan seterusnya.
BAB 1: MASYARAKAT MELAYU SEBELUM KEDATANGAN AGAMA ISLAM
Kerajaan Melayu yang terletak di pesisiran pantai di sepanjang Tanah Melayu dan Sumatera menyebabkan aktiviti utama penduduknya lebih tertumpu kepada aktiviti maritim. Kedudukan yang strategik menjadikan Tanah Melayu sebagai tempat perdagangan utama antarabangsa pada ketika itu. Kedatangan pedagang-pedagang asing ke Tanah Melayu sambil menyebarkan kepercayaan mereka membawa perubahan kepada kepercayaan dan agama masyarakat Melayu secara khususnya dan perubahan dalam corak kehidupan mereka secara amnya.
Penduduk Tanah Melayu telah melalui beberapa perubahan dan pegangan agama iaitu daripada animisme kepada agama Hindu-Buddha dan seterusnya agama Islam. Kepercayaan kepada agama Hindu-Buddha bermula pada abad ke-4 Masihi yang dipercayai telah disebarkan oleh para pedagang dan mubaligh Hindu dan Buddha. Pengaruh agama Hindu-Buddha ini tersebar luas di seluruh kerajaan Melayu awal sehingga wujudnya pembinaan monumental yang menggunakan batu seperti yang terdapat di Lembah Bujang, Kedah dan Borobudur di Pulau Jawa, Indonesia.
Perkembangan ini telah mempengaruhi kehidupan dan budaya masyarakat Melayu terutamanya melalui perkahwinan campur antara pedagang dan rakyat tempatan. Kesannya, banyak adat Melayu lama telah dipengaruhi oleh kepercayaan Hindu-Buddha seperti dalam upacara perkahwinan iaitu memakai inai bagi pengantin perempuan.
Masyarakat Melayu sebelum kedatangan Islam telah mengamalkan sistem pemerintahan dan budaya yang dipengaruhi oleh kepercayaan yang mereka anuti sebelum ini. Agama Hindu-Buddha telah mengangkat darjat para pemerintah iaitu golongan raja ke peringkat lebih tinggi dalam hierarki dengan menyifatkan raja sebagai tuhan di muka bumi ini. Begitu juga dengan jampi serapah dan mantera, banyak ditambah dengan beberapa sebutan seperti betara guru, dewata mulia raja dan sebagainya.
Konsep Dewa raja ialah kepercayaan dan salasilah raja-raja yang diwujudkan berdasarkan kepercayaan mereka terhadap dewa-dewi dari kayangan yang menjelma tiga Tuhan dalam kepercayaan agama Hindu-Buddha iaitu Tuhan Shiva, Vishnu dan Brahma, Lelembut, Mamang atau makhluk yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar manusia. Kepercayaan ini merupakan tradisi nenek moyang mereka dan warisan daripada tradisi Melayu-Hindu.
Corak pemerintahan Tanah Melayu yang berkonsepkan Raja diamalkan sehingga kedatangan agama Islam di Tanah Melayu. Konsep Raja telah disesuaikan dengan amalan Islam yang bercirikan sejagat, saksama, adil, mengenal hak, bertanggungjawab dan menjaga kemaslahatan umatnya. Perubahan dalam politik seterusnya membawa perubahan kepada pemikiran dan kehidupan masyarakat setempat.
BAB 2: KEDATANGAN AGAMA ISLAM DI TANAH MELAYU
CARA KEMASUKAN AGAMA ISLAM DI TANAH MELAYU
1. Aktiviti Perdagangan
Menurut Tome Pires; “Melaka sangat penting dan menguntungkan sehinggkan pada saya ia tiada tolok bandingnya di dunia ini. Melaka ialah Bandar yang tealh dibina untuk perdagangan dan tiada Bandar yang lebih baik daripadanya di dunia; di sinilah berakhirnya monsoon dan bermulanya segala yang lain”.
Islam telah berkembang ke Asia Tenggara menerusi aktiviti perdagangan. Agama Islam telah sampai di Tanah Melayu sewaktu dengan kewujudan Negara kota Srivijaya, Langkasuka dan sebagainya. Kedudukan Selat Melaka yang strategik kerana terletak di tengah-tengah laluan perdagangan, pelabuhan tersebut menjadi tempat menunggu perubahan angin monsun untuk ke negara China.
Kebanyakan pedagang Arab telah menetap selama beberapa bulan di Tanah Melayu sebelum meneruskan perjalanan mereka sehingga sebahagian mereka membjna perkampungan di situ. Para pedagang Arab yang sering berulang alik dari Timur Tengah ke Tanah Melayu telah menyebarkan agama Islam kepada masyarakat Melayu dan seterusnya mengislamkan sebahagian penduduk tempatan. Kehadiran ajaran agama Islam ini telah menggantikan agama Hindu-Buddha yang menjadi pegangan masyarakat Melayu ketika itu. Konsep agama Islam yang mengutamakan kebajikan atau kemaslahatan penganutnya amat menarik minat masyarakat Melayu untuk mendalami agama ini.
PRINSIP ASAS AGAMA ISLAM
a. Rabbani
Ajaran agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW mempunyai kaitan secara terus dengan Allah SWT. Semua ajarannya bersumberkan al-Quran yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad SAW dan disampaikan kepada seluruh umatnya. Tiada sesiapa pun yang boleh menandingi ajaran Allah SWT kerana Dia adalah pencinta dan Maha Mengetahui setiap keperluan hambanya. Fakta ini dapat dibuktikan melalui ayat al-Quran dalam surah al-Mulk, ayat 14:
“ apakah orang yang Menciptakan itu tidak mengetahui sedangkan Dia Maha Halus lagi Maha Mengetahui”
Agama Islam berbeza dengan agama Hindu dan Buddha yang dicipta oleh manusia, juga berbeza dengan ideology dan teori barat yang dihasilkan daripada hawa nafsu manusia dan pemikiran yang terbatas.
b. Kemanusiaan
Ajaran Islam bersifat kemanusiaan sejagat kerana ia merupakan rahmat Allah kepada seluruh manusia di sepanjang zaman dan di semua tempat. Nabi Muhammad SAW diutuskan untuk menyebarkan agama Islam bagi mengecapi kebahagiaan dunia dan akhirat kerana Islam tidak membezakan manusia dari segi keturunan, pangkat, bangsa dan bahasa.
c. Keadilan
Ajaran Islam mengamalkan keadilan mutlak bagi umatnya dengan cara memelihara kehormatan agama, nyawa, akal, maruah, keturunan, harta benda untuk mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat.
d. Sempurna dan Lengkap
Islam merangkumi segala perkara yang ada dalam kehidupan manusia seperti keperluan individu, masyarakat, negara, hubungan antarabangsa sehingga urusan dunia dan akhirat. Firman Allah Taala yang bermaksud;
“pada hari ini telah Aku sempurnakan bagi kamu agama kamu, telah Aku cukupkan bagi kamu nikmat-Ku dan telah Aku redha Islam itu menjadi agama kamu.”
(Al-Maidah:3)
Ajaran agama Islam yang meliputi ciri-ciri di atas telah diamalkan oleh para pedagang Arab yang berdagang ke Tanah Melayu. Interaksi di antara pedagang Arab dan tempatan turut berkisar tentang kepercayaan dan agama. Kehidupan serta nilai Islam yang murni diperlihatkan oleh para pendakwah serta pedagang Islam telah menarik minat orang tempatan untuk lebih mengenali agama Islam.
Selain itu, kejujuran pedagang Islam menjalankan perniagaan, sifat mementingkan kebersihan dan berhemah tinggi turut menjadi faktor utama tarikan masyarakat dan pedagang tempatan terhadap agama Islam. Kehidupan dan aktivti para pedagang arab ini terdapat dalam catatan China yang mengatakan bahawa telah wujud sebuah perkampungan Islam bernama Ta Shih di Sumatera Utara pada tahun 650M.. Tarikh kewujudan perkampungan ini menunjukkan bahawa Islam telah bertapak di Asia Tenggara sejak abad ketujuh Masihi.
2. Pengislaman Raja Melayu
Menurut Hikayat Raja-Raja Pasai dan Sejarah Melayu, kerajaan awal Melayu memeluk Islam apabila raja sesebuah kerajaan itu memeluk agama Islam, maka rakyat jelata akan mengikut jejak langkah pemerintah memeluk agama Islam. Penyebaran agama Islam turut dilaksanakan oleh para pembesar negeri agar ajaran ini sampai ke seluruh rakyat jelata. Jawatan
syahbandar yang dianugerahkan kepada beberapa pedagang Islam tidak dipersia-siakan untuk terus menyebarkan agama Islam kepada rakyat tempatan.
Karya Hikayat Raja-raja Pasai telah menceritakan bahawa pengislaman raja di Asia Tenggara dilakukan oleh syeikh dari Semenanjung Tanah Arab. Mubaligh atau pendakwah pertama yang tiba di Pasai ialah sufi berketurunan Arab bernama Syeikh Ismail. Beliau telah mengislamkan Raja Pasai iaitu Merah Silu yang kemudiannya bergelar Malik al-Salih. Selepas pengislaman beliau, Pasai menjadi kerajaan Islam yang kuat dan kukuh.
Sebagai bukti, Melaka dan Aceh turut pernah menjadi pusat kebudayaan dan penyebaran agama Islam. Rakyat Melaka memeluk agama Islam secara sukarela kerana ini akan memudahkan urusan Melaka dengan para pedagang.
Pembukaan Melaka oleh Parameswara dan beliau memeluk Islam merupakan detik bersejarah bukti penerimaan Islam di Tanah Melayu. Parameswara menukar nama kepada Megat Iskandar Syah selepas memeluk agama Islam. Pengislaman beliau telah diikuti oleh pembesar Melaka, keluarga diraja dan rakyat Melaka secara keseluruhannya. Di sinilah tamadun Islam bermula dan diamalkan oleh rakyat jelata dan Melaka menjadi pusat penyebaran agama Islam di Nusantara.
3. Perkahwinan
Islam juga tersebar menerusi perkahwinan sama ada berbentuk perkahwinan siasah atau perkahwinan biasa. Perkahwinan siasah berlaku di kalangan kerabat diraja. Contohnya, Sultan Mansur Syah dan Sultan Muzafar Syah telah mengahwinkan puteri-puteri mereka dengan raja Siak. Kampar, Inderagiri, dan Jambi di Sumatera Utara. Negeri-negeri tersebut dapat diislamkan melalui perkahwinan ini.
Perkahwinan biasa pula berlaku antara pedagang Islam yang mengahwini rakyat tempatan. Menerusi perkahwinan ini Islam tersebar di kalangan keluarga orang yang baru dikahwini dan seterusnya masyarakat sekeliling.
Penerimaan agama Islam ini telah membawa transformasi daripada segi corak pemerintahan, pemikiran dan kebudayaan masyarakat Melayu.
BAB 3: KESAN PENGARUH AGAMA ISLAM DALAM PEMIKIRAN
DAN KEHIDUPAN MASYARAKAT MELAYU
Unsur-unsur baru yang diperkenalkan oleh Islam kekal hingga ke hari ini dan dapt dikenalpasti dalam pelbagai aspek kehidupanyang merangkumi bidang pemerintahan dan pentadbiran, sistem pendidikan, bahasa dan kesusasteraan, cara hidup, adat budaya dan kesenian, dan juga ekonomi.
1. Pemerintahan dan pentadbiran
Institusi pemerintahan beraja telah wujud di Asia Tenggara sebelum kedatangan Islam. Selepas kedatangan Islam, beberapa pengubahsuaian telah dilakukan dalam sistem pemerintahan ini. Antaranya,istilah raja diganti sultan, ritual agama Hindu-Buddha diganti dengan bacaan doa Islam dan sebagainya. Institusi kesultanan ini mewarisi amalan pemerintah kerajaan Abbasiyyah di Baghdad dan kerajaan Turki Uthmaniyyah.
Sistem pentadbiran Islam meletakkan sultan sebagai ketua negara. Mufti dilantik menjadi penasihat sultan dalam hal-ehwal berkaitan agama. Terdapat beberapa jawatan baru bagi membantu pentadbiran berlandaskan ajaran Islam seperti kadi, khatib, bilal, pemungut zakat, penyelia baitulmal dan penjaga harta wakaf. Fungsi sultan adalah sebagai ketua negara yang menjalankan undang-undang keadilan, menjaga dan melindungi hak-hak serta kepentingan rakyat. Sultan juga diiktiraf sebagai ketua agama dan adat yang bertanggungjawab menjaga keutuhan agama dan keharmonian adat budaya Melayu.
Islam dijadikan agama rasmi oleh kerajaan Melayu seperti kerajaan Melayu Melaka, kerajaan Acheh dan Brunei. Unsure Islam turut diterapkan pada nama sesebuah kerajaan seperti Brunei Darus Salam. Nama pemerintah juga diselitkan unsur Islam seperti Sultan Mansur Syah yang bermaksud pemerintah yang dibantu (oleh Allah) dan Sultan Mahmud Syah bermaksud sultan yang terpuji.
2. Sistem Perundangan
Hukum syariah telah menggantikan sistem perundangan lama yang dipengaruhi oleh ajaran Hindu-Buddha. Buku undang-undang ‘Kuntara Manawa Dharmasatra’ mrupakan buku kod undang-undang di Majapahit yang disesuaikan dengan undang-undang Manu yang dipengaruhi ajaran Hindu-Buddha. Pada ketika itu, hukuman yang dijatuhkan adalah berbeza mengikut kasta.
Walaubagaimanapun, undang-undang Islam yang diamalkan telah menjalani proses penyesuaian dengan adat Melayu tetapi tidak bersalahan dengan hukum syarak. Undang-undang Islam tidak dapat dijalankan sepenuhnya kerana masih terikat dengan undang-undang adat. Misalnya, kerajaan Melayu Melaka mempunyai undang-undang awam dan jenayahnya sendiri berdasarkan undang-undang syariah dan undang-undang adat. Undang-undang syariah ini termaktub dalam Hukum Kanun Melaka yang digubal oleh Sultan Muzaffar Syah.
3. Sistem Pendidikan
Sebelum kedatangan Islam, golongan awam di Tanah Melayu tidak berpeluang mendapatkan pendidikan. Pendidikan pada masa itu hanya terbatas kepada golongan bangsawan. Islam membawa perubahan kepada mentaliti rakyat bahawa ilmu itu sesuatu yang penting dan kepentingan ilmu ini dapat diterapkan dalam jiwa setiap lapisan masyarakat. Pendapat ini selaras dengan tuntutan agama Islam agar setiap umatnya menuntut ilmu kerana ia adalah kewajipan setiap Muslim.
Kesedaran ini telah membawa kepada perkembangan pusat-pusat pendidikan dengan wujudnya pondok, pesantren, madrasah dan surau. Institusi pendidikan formal turut wujud di
istana bagi golongan bangsawan. Pusat pendidikan formal yang terawal di Asia Tenggara muncul dalam pemerintahan kerajaan Perlak, Sumatera Utara.
Pendidikan pondok dan pesantren berkembang dengan meluas di rantau Asia Tenggara seperti di Acheh, Pattani, Jawa dan sebagainya. Kerajaan Melayu Melaka lebih tertumpu kepada rumah-rumah ulama, masjid dan surau. Penuntut-penuntut di institusi pendidikan ini bukan sahaja terdiri daripada rakyat tempatan malah pelajar dari negara lain di Asia Tenggara.
Acheh telah menggantikan Melaka sebagai pusat pendidikan Islam selepas Melaka dikuasai oleh Portugis. Sistem pendidikan di Acheh lebih bersistematik kerana terdapat peringkat rendah, menengah dan pengajian tinggi. Kepesatan perkembangan ini telah menarik lebih ramai penuntut luar yang ingin mendalami agama Islam sehingga Acheh dikenali sebagai Serambi Mekah.
4. Bahasa dan Kesusasteraan
Sewaktu Tanah Melayu masih dipengaruhi ajaran Hindu-Buddha, bahasa Melayu telah dipengaruhi oleh bahasa Sanskrit dan menggunakan tulisan Pallava yang berasal dari India. Pada ketika itu, bahasa Melayu telah menjadi bahasa rasmi, bahasa pemerintahan dan bahasa lingua-franca di Tanah Melayu. Buktinya seperti yang terdapat di batu bersurat Karang Berahi bertarikh 692 Masihi.
Kedatangan agama Islam telah mengubah sedikit sebanyak bahasa dan kesusateraan di Tanah Melayu. Batu bersurat yang dijumpai di Terengganu bertarikh 702 Hijrah bersamaan 1303 Masihi mengunakan tulisan jawi yang dipengaruhi oleh Islam dan bahasa yang digunakan digelar Bahasa Melayu Klasik.
Tulisan jawi diperkenalkan bagi menyesuaikan perkataan Arab ke dalam bahasa dan perkataan Melayu. Tulisan ini kemudian menjadi tulisan rasmi dalam pentadbiran. Istilah-istilah Arab juga telah diserap masuk ke dalam bahasa Melayu seperti perkataan syukur, masjid, berkat dan alam. Sehingga kini pengajaran tulisan jawi terus diperjuangkan dan diajar dalam mata pelajaran Agama Islam.
Hasil kesusasteraan Melayu turut terpengaruh dengan ajaran Islam dan gaya bahasa Arab. Begitu juga dengan bentuknya yang banyak dipengaruhi oleh bentuk sastera Islam seperti syair, gurindam, nazam dan cerita hikayat.
5. Adat Budaya dan Kesenian
Kepercayaan kepada ajaran Hindu-Buddha sebelum kedatangan Islam banyak mempengaruhi adat dan budaya masyarakat Melayu. Walaubagaimanapaun, Islam banyak mengubah cara hidup dan pemikiran masyarakat setempat. Kepercayan seperti memuja semangat dan mempercayai keramat semakin berkurangan dan beransur hilang. Penerimaan Islam telah melahirkan cara hidup yang berorientasikan Islam seperti cara berpakaian, iaitu bertudung kepala dan bersongkok.
Amalan budaya seperti dikir barat turut dipengaruhi agama Islam apabila senikatanya berunsurkan Islam seperti memuji Tuhan dan menggalakkan persaudaraan.
Sistem sosial turut berubah apabila konsep masyarakat yang mempunyai kelas telah bertukar kepada konsep persaudaraan dan persamaan taraf antara masyarakat. Nilai dan akhlak Islam telah dijadikan panduan dalam amalan seharian. Sifat tolong-menolong, hormat-menghormati dan bekerjasama diamalkan di setiap tempat. Kerja-kerja di ladang dapat diselesaikan dengan cepat kerana wujudnya semangat kerjasama di kalangan penduduk.
Selain itu, kesenian Islam turut meresap dalam kehidupan masyarakat Melayu khususnya dalam seni khat, seni bina dan seni ukir. Unsur seni khat yang mengambil contoh huruf Arab, ayat al-Quran dan tulisan jawi digunakan secara menyeluruh di dalam binaan-binaan, ukiran kayu dan batu nisan. Contohnya batu nisan Malik Ibrahim yang dibawa dari Gujerat yang mempamerkan tulisan berbentuk seperti kapal terbalik dan ini menunjukkan adanya pengaruh Parsi.
Ukiran-ukiran pada batu dan kayu turut menghiasi bangunan seperti masjid, surau, rumah kediaman dan bangunan pentadbiran. Seni ukir dan kaligrafi ini turut digabungkan dengan unsur alam seperti tumbuh-tumbuhan. Contohnya Masjid Ubaidiyah di Kuala Kangsar memaparkan ukiran yang unik dan terserlah dengan kemurnian Islamnya.
6. Ekonomi
Aspek ekonomi turut menerima tempias pengaruh kedatangan Islam di tamadun Melayu. Institusi seperti baitulmal telah diperkenalkan oleh Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam. Baitulmal ini berfungsi sebagai perbendaharaan negara dan hasilnya diperoleh melalui zakat dan sedekah. Kewajipan membayar zakat turut diperkenalkan sejajar dengan tuntutan agama Islam dan umatnya digalakkan bersedekah.
Selain itu, agama Islam menitikberatkan konsep rajin berusaha dan mencari rezeki yang halal. Kejujuran perlu diamalkan dalam urusan perniagaan dan perdagangan. Amalan riba, penindasan dan penipuan terutama dalam urus niaga adalah dilarang sama sekali. Amalan-amalan mulia ini terus berkembang dan diamalkan hingga hari ini.
PENUTUP
Kedudukan tamadun Melayu yang strategik telah berjaya membawa beberapa perubahan positif kepada penduduk setempat. Kehadiran para pedagang Arab ke Tanah Melayu untuk menyebarkan agama Islam ke rantau ini telah memeberi impak yang besar terhadap transformasi politik, sosial, ekonomi dan corak kehidupan masyarakat Melayu.
Kedatangan agama Islam ke Tanah Melayu dan Asia Tenggara telah dirintis oleh pedagang Islam. Penerimaan yang terbuka terhadap ajaran ini telah menggantikan kepercayaan Hindu-Buddha yang dianuti sekian lama. Keterbukaan minda pemerintah menjadi faktor utama perkembangan agama Islam di Tanah Melayu. Tiga cara utama perkembangan agama Islam di rantau ini adalah melalui aktiviti perdagangan, pengislaman raja Melayu dan perkahwinan.
Agama Islam yang terus tersebar memberi kesan terhadap sistem politik, pendidikan, bahasa dan kesusasteraan, adat budaya dan kesenian serta ekonomi tamadun Melayu. Cara pemikiran yang berlandaskan unsur Islam dan nilai-nilai murni yang diamalkan dalam kehidupan masyarakat setempat telah meningkatkan taraf kehidupan mereka. Selain itu, perubahan daripada sistem kasta kepada persamaan taraf dalam masyarakat telah membangkitkan semangat kerjasama dan saling hormat-menghormati antara satu sama lain.
Berdasarkan informasi yang dipaparkan dalam tugasan ini, terbukti bahawa agama Islam telah membawa sinar kepada Tanah Melayu bukan sahaja kepada pemerintah dan bangsawan malah seluruh rakyat jelata turut merasai kesannya.
Prinsip pertama Rukunegara Malaysia menunjukkan agama merupakan pegangan paling utama rakyat Malaysia. Rakyat yang beragama mudah diurus menjadi warganegara yang baik dan bertanggung jawab. Perlembangaan Malaysia 1963 menetapkan bahawa Islam ialah agama rasmi tetapi agama lain bebas diamalkan.(Ramlah binti Adam, Shakila Parween binti Yacob, Abdul Hakim bin Samuri dan Muslimin bin Fadzil, 2003). Kesimpulan yang boleh diberi ialah agama Islam diiktiraf sebagai agama rasmi negara dan amalan agama Islam terus diamalkan sehingga hari ini.
BIBLIOGRAFI
· Nik Hassan Shuhaimi bin Nik Abdul Rahman, Muhd Yusof bin Ibrahim, Muhammad Bhukari bin Ahmad dan Rosnanaini binti SulaimanIbrahim(2003).Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat KBSM, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
· Ramlah binti Adam, Shakila Parween binti Yacob, Abdul Hakim bin Samuri dan Muslimin bin Fadzil (2003).Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima KBSM, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
· Sheikh Abdullah Basmeih(2006)Mushaf Tajwid Beserta Terjemahan Ke Dalam Bahasa Malaysia, Kuala Lumpur: Darul Fikir.
· Nordin Yatim, Ariah Husain(2001)Kamus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur:Fajar Bakti Sdn Bhd.
· Kamus Dewan Edisi Ketiga(1996)Kuala Lumpur:Dewan Bahasa Dan Pustaka.
· A.Samad Ahmad(1979)Sulatus Salatin Sejarah Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
· Modul HNS 2013 Kenegaraan(2011) Pusat Pendidikan Luar, Tanjong Malim: UPSI
|