Tuesday, 12 June 2012

Lawatan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

Semalam, 12 Jun 2012 SK Sri keledang telah di kunjungi oleh 
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia iaitu Tan Sri Abdul Ghafar Mahmud. 















Terima Kasih Tuan Pengarah kerana sudi bertandang ke sekolah kami yang nun jauh ini.

Sunday, 10 June 2012

TOKOH MATEMATIK 3




Al-Biruni Tokoh Matematik yang ulung
Abu Raihan Al-Biruni (15 September 973 - 13Disember 1048) merupakan seorang ahli matematik, astronomi, ahlifizik, cendekiawan, penulis ensiklopedia, ahli falsafah, ahliastrologi, pengembara, pakar sejarah, ahli farmasi dan guru yangbanyak menyumbang kepada bidangmatematik, falsafah, perubatan dan sains dari Persia.
Karya agungnya ialah Rasa'll al-Biruni , sebuah ensiklopedia astronomi dan mathematik. Kejayaannya yang terpenting ialah menentukan musim dan pasangsudut air laut, menentukan kedudukan garis lintang dan garis bujur bumi, mencipta jam dan kalendar,mencipta rumus trigonometri dan mencipta alat menyukat ketumpatan.
Dilahirkan di Khwarazm (kini Uzbekiztan) di Asia Tengah yang pada masa itu terletak dalamsempadan Kerajaan Parsi, Al-Biruni mempelajari matematik dan astronomi daripada Abu Nasr Mansur. Al-Biruni merupakan rakan pelajar kepada ahli falsafah dan pakar perubatan Ibn Sina, pakar sejarah,pakar falsafah, dan pakar etik (ethicist ) Ibn Miskawayh, di universiti dan pusat sains yang ditubuhkan olehputera Abu Al Abbas Ma'mun Khawarazmshah.
Abu Raihan Al-Biruni juga mengembara ke India denganMahmud dari Ghazni dan menemani beliau dalam kempen ketenteraannya di sana, mempelajari bahasa,falsafah dan agama mereka dan menulis buku mengenainya. Dia juga mengetahui bahasa Yunani, dankemungkinannya Syriac dan Berber. Dia menulis bukunya dalam bahasa Persia (bahasa ibundanya)dan bahasa Arab

Pencapaian
Sebahagian pencapaiannya termasuk:
Ketika berusia 17 tahun, dia mengira latitud bagi Kath, Khwarazm, dengan menggunakan altitudmaksima matahari.
Ketika berusia 22, dia menulis beberapa hasil kerja ringkas, termasuk kajian unjuran pemetaan (map projections), "kartografi", yang termasuk pengkaedahan untuk membuat unjuran hemisfera pada satah matematik (plane ( mathematics).
Ketika berusia 27, dia telah menulis buku bertajuk "Kronologi" yang merujuk kepada hasil kerja lainyang dihasilkan oleh beliau (sekarang tiada lagi) termasuk sebuah buku berkenaan astrolabe, satuberkenaan sistem perpuluhan, empat buku berkenaan astrologi, dan dua berkenaan sejarah.
Beliau membuat pengiraan jejari bumi kepada 6,339.6 kilometer (hasil ini diulang di Barat pada abadke-16).Hasil karya Al-Biruni mencecah melebihi 120 buah kitab.Hasil karya matematik

Sumbangannya kepada matematik termasuk:
Teori dan amali arithmetik
Penjumlahan siri
Analisis kombinatorik
Peraturan tiga
Nisbah (irrational numbers)
Teori nisbah
Definisi algebra
Kaedah untuk penyelesaian persamaan algebra
Geometri dan teori Archimedes serta pembahagian tiga sama sudut .

Hasil karya bukan matematik
Hasil kerjanya yang bukan matematik termasuk:
  • Kajian kritis mengenai apa yang telah dikatakan oleh India, baik diterima mengikut pemikiran atau tidak (Bahasa Arab: تحقيق ما للهند من مقولة معقولة في العقل أم مرذولة): Sari pati agama dan falsafah India.
  • Tanda-tanda tinggal abad-abad yang lalu (Bahasa Arab: الباقية عن القرون الخالية): kajian perbandingan kalendar-kalendar pelbagai budaya dan peradaban, berjalin maklumat matematik, astronomi dan sejarah.
  • Daftar karya Mas'udi (Arabic القانون المسعودي): sebuah buku mengenai Astronomi, Geografi dan Kejuruteraan, yang didedikasikan dan dinamai sempena nama Mas'ud, anak lelaki kepada Mahmud dari Ghazni.
  • Memahami Astrologi (Bahasa Arab التفهيم لصناعة التنجيم): Buku soal-jawab mengenai matematik dan astronomi, dalam bahasa Arab dan Persia.
  • Farmasi: mengenai drug dan ubat.
  • Permata (Bahasa Arab: الجماهر في معرفة الجواهر) mengenai geologi, mineral dan permata, yang didedikasikan kepada Mawdud, anak lelaki kepada Mas'ud.
  • Astrolabe.
  • Buku sejarah ringkas.
  • Sejarah Mahmud dari Ghazni serta ayahandanya
  • Sejarah Khawarazm