Friday 30 March 2012

Masy Agong PIBG, bantuan KWAMP dan bantual awal persekolahan

Agihan KWAMP




Ibu bapa yang hadir



 

  Proses pemilihan jawatankuasa baru bagi sesi 2012-2014



 

Dato' Idris menyampaikan 
wang bantuan awal persekolahan murid Tahun1 

Sunday 25 March 2012

TOKOH MATEMATIK 2

 


SAINTIS ISLAM AL-KHAWARIZMI


Cabang Matematik

Antara cabang yang diperkanalkan oleh al-Khawarizmi seperti geometri, algebra, aritmetik dan lain-lain.

Geometri
Ia merupakan cabang kedua dalam matematik.  Isi kandungan yang diperbincangkan dalam cabang kedua ini ialah asal-usul geometri dan rujukan utamanya ialah Kitab al-Ustugusat[The Elements] hasil karya Euklid : geometri dari segi bahasa berasal daripada perkataan yunani iaitu ‘geo’ bererti bumi dan ‘metri’ bererti sukatan.  Dari segi ilmunya pula geometri itu adalah ilmu yang mengkaji hal yang berhubung dengan magnitud dan sifat-sifat ruang.  Geometri ini mula dipelajari sejak zaman firaun [2000SM].  Kemudian Thales Miletus memperkenalkan geometri Mesir kepada Grik sebagai satu sains dedukasi dalam kurun ke6SM.  Seterusnya sarjana Islam telah mengemaskanikan kaedah sains dedukasi ini terutamanya pada abad ke9M.

Algebra/aljabar
Ia merupakan nadi untuk matematik algebra.  Al-Khawarizmi telah diterjemahkan oleh Gerhard of Gremano dan Robert of Chaster ke dalam bahasa Eropah pada abad ke-12. sebelum munculnya karya yang berjudul ‘Hisab al-Jibra wa al Muqabalah yang ditulis oleh al-Khawarizmi pada tahun 820M.  Sebelum ini tak ada istilah aljabar.

Tuesday 20 March 2012

TOKOH MATEMATIK 1


PROFESSOR DR. SHAHRIR MOHAMMAD ZAIN


TOKOH MATEMATIK MALAYSIA

Bolehkah anda menamakan beberapa tokoh matematik negara?  
Tokoh matematik negara yang disegani ramai ialah Professor Dr. Shaharir Mohammad Zain.

  • Beliau merupakan anak Melayu pertama mendapat ijazah Ph.D. dalam bidang matematik fizik atau secara khususnya dalam bidang fizik kuantum.
  • Beliau merupakan antara perintis bidang penyelidikan matematik di Malaysia, dan ahli matematik pertama dari Malaysia menerima Fulbright Scholarship.
  • Beliau juga merupakan ahli matematik pertama yang mendapat pengiktirafan sebagai fellow Akademi Sains Malaysia. Hampir semua ahli matematik di Malaysia mendapat manfaat langsung atau tidak langsung dari usaha awal Prof. Shaharir menanam benih penyelidikan Matematik di Malaysia tahun 70an dahulu dan boleh dikatakan merupakan penyelidik melayu professional yang pertama.
  • Beliau terlibat secara aktif dengan Akademi Sains Islam Malaysia(ASASI) dan Persatuan Sains Matematik Malaysia (PERSAMA)  kedua-duanya sebagai Presiden.

Sumbangan  Professor Dr. Shaharir Mohammad Zain di dalam cabang ilmu matematik adalah seperti :

  • membina teori baru dalam kefahaman mekanik kuantum menerusi kamiran fungsian.
  • membina formulasi teori pengoptimuman multi-matlamat yang lebih serasi dengan Islam,
  • membina Lagrangean baru bagi soliton yang memenuhi persamaan KdV,
  • menemui sistem nombor, angka serta sistem sukatan Melayu, mengukuhkan gagasan teori danformula yang spesifik dalam pempribumian dan pengIslaman ilmu terutamanya dalam sains matematik
  • membina model peruntukan sumber universiti 

Monday 12 March 2012

BAGAIMANA BELAJAR MATEMATIK?

Langkah-langkah :

1. Cari masa belajar. Pastikan anda belajar matematik 1 jam sehari dgn sungguh-sungguh.

2. Pelajari banyak istilah matematik supaya anda tidak kecewa bila menemui istilah tersebut... dengan cepat anda akan mengetahui maknanya.

3. Dapatkan beberapa buku rujukan. Dengan cara begini, cara penerangan yang berlainan dari beberapa buku akan memudahkan anda memahami konsep sebenar.

4. Rajin-rajinlah merujuk semula konsep-konsep lama. Kebanyak konsep adalah berkaitan, jadi dengan mengetahui banyak konsep, akan membantu anda memahami sesuatu konsep dalam matematik.

5. Buat latihan banyak-banyak... termasuklah soalan-soalan dari buku-buku lain. Ini dapat membantu anda memahami tajuk-tajuk yang berlainan.

6. Jgn malu bertanya/menyoal. Bertanyalah bila anda tidak mengetahui sesuatu cara/teknik/kaedah matematik.